Thursday, October 30, 2025

SKODENG RUPA EBOOK BUNGA HATI😁😁😁

😜BILA BFF KO KEPOCHI, KO PUN BLUSHY😝

Random Teaser: BUNGA HATI

“Kenapa?”soal Arlisa.

Thea tersenyum meleret, “Sebenarnya aku nak sangat jumpa dengan dia...”

Arlisa cuak.

“Siapa?”soal Arlisa pura-pura tak tahu.

“Dengan that guy... Yang gambar dia ada dalam dompet kau.” Luah Thea dengan nada mengusik.

Terbuntang mata Arlisa mendengar kata-kata Thea.

“Kau skodeng hak privasi aku?” Jerit Arlisa nyaring.

Thea tergelak besar, “Aku ter... Tertengok waktu cari kad pengenalan kau. Almost ten years... Kau masih simpan gambar tu...”

“Thea. Itu maksudnya bukan sekali kau tertengok. Kalau dah banyak kali tengok. Tu dah memang melanggar hak privasi aku. Kau ni...” Arlisa pamer wajah merajuk.

“Alololo... Janganlah merajuk. Aku ni sahabat yang penyayang dan prihatin.” Balas Thea dengan nada lembut dan mengusik.

“Prihatinlah sangat. Kepoh, yea ler...” Bidas Arlisa geram.

Dengan Thea ini, memang Arlisa tak boleh nak berahsia. Selalu kantoi. 


Berminat
www.wasap.my/60182957365/kombobunga

Wednesday, October 29, 2025

BILA SI ALMA MEREPEK, FELLA RASE NAK CEPUK... 😆😆😆

Bila Hati Masih Mencintai Dia

🔥🔥🔥Random Teaser🔥🔥🔥

Hilang sahaja bayang Zafiera. Aryan tenung wajah Fella pula. Serba-salah Fella
dibuatnya.

“Terima kasih. Sedap...” Luah Aryan.

“Hah?” Fella blurr.

“Apa yang sedap, hah?”sergah Alma dari
arah belakang dan memeluk bahu Fella.

Terkebil-kebil Aryan dan Fella. Terkejut.

“Alma. Terkejut aku.” Luah Fella perlahan.

“Apa yang sedap bro? Siap berterima kasih lagi. Kau bagi apa kat bro, hah? Kau bagi apa? Baik cakap...” Usik Alma dengan tawa kecilnya sambil menggeletek Fella.

Aryan kalut. Panik. Apa yang difaham budak berdua ini? Astaghfirullah.

Pap.

Aryan simpan senyum di pinggir bibir.
Tangan Fella tu memang laju je mencepuk
orang.

Alma pandang wajah Fella dengan memek
muka sedih, “Sampai hati pukul aku.”

“Jangan duk melalut. Nah. Makan kuih ni.
Air kopi tu... Tuang ler sendiri. Buat macam rumah sendiri.” Kata Fella tenang.

“Duduklah Alma. Teman Fella pula. Fella...” Panggil Aryan lembut.

Fella memandang ke wajah Aryan yang
sudah berdiri di sisinya.

“Terima kasih. Sedap. Lazat. Nanti buatkan lagi.” Kata Aryan sambil mengangkat kening ke arah Alma.

Alma pecah gelak besar.

“Kau tengok tu... Apa kau bagi dia hah? Kau kiss dia heh?”

Pap.

Alma. Alma. Susah kalau orang tengah mood darah manis ni. Merepek aje otaknya.

Sunday, October 26, 2025

KOMBO BUNGA JUALAN KOMBO SAHAJA

KOMBO BUNGA-JUALAN KOMBO SAHAJA
(PROMO DARI 22/10/2025 SEHINGGA 3/11/2025)
✅PROMO harga KOMBO RM27✅

🌸BUNGA HATI BY DALIA MARITZA🌸
BUNGA HATI mengisahkan persahabatan Arlisa, Alana, Sirhan dan Kaesar. Kisah empat sahabat yang akrab namun diuji dengan satu salah faham. Yang pasti, Arlisa menghilang. Tanpa khabar. Tanpa jejak.

Sehinggalah, mereka berempat dipertemukan semula di majlis reunion kolej. Sesuatu yang mustahil berlaku, setelah mereka semua reunion berkali-kali. Reunion tahun ke-sepuluh ini, mempertemukan Arlisa dengan Alana, Sirhan dan Kaesar.

“Kau rasa, apa yang aku nak daripada kau Arlisa? Sejak di meja pendaftaran tadi... Aku tunggu satu patah kata sahaja daripada kau. Tapi kenapa keras sangat hati kau Arlisa?” -Alana

“Aku minta maaf.” -Arlisa
Akhirnya, beban jiwa ternoktah dengan kata maaf.

“Jangan lupa mesej aku Arl... You are my missing half. Jangan menghilang lagi. Kami semua rindukan kau. We can make it again. Together for ever. But... Please, do as I wish. Don’t waste time anymore.”-Alana

Rahsia jiwa akhirnya terbongkar juga. Melibatkan hati dan perasaan kesemua mereka. Lantas, mungkinkah mereka akan berbaik semula? Atau kebencian dan duka kekal berpanjangan? Apakah akan ternoktah persahabatan antara mereka?

“Sayang. Apa sayang merepek ini? Apa yang dah Arlisa buat? Salah faham pada siapa? Rahsia? Rahsia apa ni? Korang ni bergaduh sebab jantan mana ni? Sebab ni ke, kau hilangkan diri Arlisa?” -Kaesar

“Ecah bagitahu. Kau ada seminar esok. I’m proud of you. Coz you one of the speaker on that seminar. Kamipun memang stay kat sini Arl. Kami tunggu kau free esok. Aku harap kau boleh luangkan masa at least sehari untuk aku, Kae dan Han. Kami rindukan kau, Arl. A lot of things to story. Ten years Arl, one day still not enough.” -Alana

“Betul tu, Arl. Aku harap kita boleh perbaiki persahabatan kita berempat ini menjadi lebih baik dan lebih erat lagi. We need you. Alana, rindu nak bergurau dengan kau. Aku rindu nak mengusik kau. Sirhan, rindu dengan masakan kau. Jangan abaikan kami lagi Arl.” -Kaesar
“Welcome back, Arl... Miss you so much.” -Sirhan

Mujur Arlisa boleh kawal hatinya, jika tidak mahu Arlisa meraung kat situ. Sebab apa? Sebab Sirhan mengusap belakang kepalanya. Momen yang paling Arlisa rindu. Antara mereka bertiga, Sirhan memang prihatin dan sentiasa memanjakan Arlisa. Mungkin sebab itu juga, hati Arlisa jadi tak keruan. Kebaikan Sirhan disalah ertikan. Persahabatan berubah menjadi rasa yang berbeza.

Hati kembali berbunga. Dalam masa yang sama, luka lama akan berdarah kembali. Kali ini, bagaimana pula perjalanan hati? Makin terlukakah? Alana dah jadi isteri Kaesar. Sirhan? Pasti Sirhan pun dah ada pasangan pilihan sendiri. Sedar diri, Arlisa. Don’t make a mess again.

Jangan lupa memiliki naskhah ini, kisah cinta budak kolej yang mungkin berlaku dalam kehidupan realiti. Cinta monyetkah? Atau cinta sejati?

Berminat piyemmmm 🔥🔥🔥
www.wasap.my/60182957365/kombobungadm. 🔥🔥🔥

🌸BUNGA ARISSA BY BELLA HASTEL🌸
Tiga tahun selepas insiden memalukan di hari perkahwinannya, Bunga Arissa akhirnya berani balik ke tempat yang pernah menghancurkan dia. Dia buka kedai bunga kecil dan cuba hidup normal, jauh dari gosip dan luka lama.

Tapi Rhett Hayes muncul tanpa dijemput.
Lelaki yang sepatutnya berdiri di pihak abang dia, tapi entah kenapa, makin hari makin rapat. Rhett bukan jenis lelaki yang romantik.

“Kau kenal ke aku ni siapa?”- Rhett Hayes
“Macam mana aku boleh lupa? Nama kau pun dah cukup untuk naikkan tekanan darah aku.” - Bunga Arissa

Rhett lurus bendul, tapi keras kepala, dan suka buat Bunga geram. Namun dalam setiap ketegangan itu, Bunga mula belajar sesuatu yang dia tak sangka masih wujud. Ianya rasa tenang bila ada seseorang di sisi.

Cinta mereka bukan cinta mudah. Ia datang dengan luka, dengan penyesalan, dan dengan keberanian untuk percaya semula. Tapi bila semuanya hampir tenang, masa lalu mula mengetuk semula bila bekas tunang, Ryan Hayes muncul untuk menuntut cintanya kembali.

Dan kali ini, kalau Bunga nak bahagia, dia kena hadap semuanya dengan bijak. Bukan dengan air mata, tapi dengan hati yang dah belajar untuk kuat.

Sanggupkah dia buka hatinya semula, bila yang mengetuk pintu tu datang dari keluarga yang pernah hampir hancurkan dia?

Berminat piyemmmm 🔥🔥🔥
https://www.wasap.my/60182957365/kombobungadm 🔥🔥🔥

Wednesday, October 22, 2025

BUNGA HATI ... Karya Dalia Maritza

 


RANDOM TEASER:

Flashback... 

“Kau memang anak tak guna. Penat aku beranakkan kau. Susah-payah aku besarkan kau. Sekarang ini, bila dah ada otak sikit... Kau sombong dengan aku. Minta tolong sikitpun kau nak berkira. Aku ni mak kau tau.” Tengking Afifah nyaring.

Arlisa mengeluh.

“Mak. Bukan Lisa tak mahu tolong. Tapi Lisa tak ada duit. Lisa masih belajar, mak. Lagipun, duit kerja part time Lisa tu, semua Lisa dah bagi mak.” Balas Arlisa lembut.

“Kau mengungkit?” Bidas Afifah nyaring.

Jika ada yang sedang berjalan di halaman luar rumah mereka, pasti dapat mendengar pertelingkahan dua beranak ini. Rumah taman kot.

“Bukan Lisa mengungkit. Tapi Lisa dah tak ada duit. Tunggu hujung bulan baru ada duit.” Balas Arlisa jujur.

“Minta advance kat majikan kau tu.” Arah Afifah pula.

“Mana boleh mak... Lisa hanya pekerja part time. Pekerja tetap pun tak pernah minta advance.” Luah Arlisa sayu.

Seboleh mungkin Arlisa bersabar dengan situasi. Berdepan dengan mak sendiri kot. Salah gaya nanti, Arlisa juga yang dituduh anak derhaka.

Sejak ayah meninggal, Arlisa yang tanggung beban keluarga. Mujur tiada adik-beradik lain. Jadi, Arlisa hanya fokus untuk sediakan keperluan mak sahaja.

Walaupun, duit pencen babah ada dan setiap bulan masuk akaun bank mak. Namun, sepanjang babah tak ada, Arlisa tak pernah merasa duit pencen tu.

Duit kerja part time Arlisa pun tak cukup untuk diberikan kepada mak. Mana nak buat belanja ke sekolah lagi.

Pening kepala Arlisa nak hadap masalah kewangan ini. SPM dah dekat. Arlisa kena fokus.

Malangnya, semakin SPM mendekat, semakin hebat pula dugaan hidup ini.

“Aku dah cakap. Berhenti sekolah. Pergi cari kerja tetap. Degil. Sudahnya, menyusahkan aku. Lantak kaulah.” Afifah bengang dan berlari ke bilik tidurnya sambil menyusun beberapa helai baju dan dimasukkan kesemua baju yang diambilnya itu ke dalam beg bagasi sederhana besar.

Terpinga-pinga Arlisa memandang tingkah Afifah.

“Mak nak pergi mana?”soal Arlisa panik.

“Aku nak pergi kerja. Kau duduk sini, jaga rumah. Jangan kau pun hilang merayap dengan kengkawan kau pula. Aku ada mata-mata tau. Kau buat hal, aku halau kau dari rumah ni.” Kata Afifah lantang.

Rumah ini, rumah peninggalan arwah babah. Bebas hutang sebab babah dah habis bayar pinjaman perumahan rumah ni, sejak enam bulan sebelum dia meninggal.

Arlisa lega juga sebab setidak-tidaknya babah sediakan tempat berteduh untuk mak dan Arlisa. Terima kasih, babah. Rumah ini banyak sangat kenangan babah.

Pencen babah tu sepatutnya, memang dapat menampung keperluan asas Arlisa dan mak. Tapi...

Mak terlalu boros. Arlisa sendiri tak tahu ke mana duit pencen babah tu pergi. Bila ditanya mak marah-marah pula. Dalam masa yang sama, duit kerja part time Arlisa pun mak minta.

Sekarang ini, mak nak ke mana pun Arlisa tak tahu. Namun, Arlisa sentap sendiri apabila terpandangkan sebuah kereta mewah yang sedang menunggu mak di luar pagar rumah.

Siapa?

Arlisa tak nampak kawan yang sedang tunggu mak tu. Cermin keretanya gelap.

“Mak. Mak nak kerja kat mana? Dengan siapa?”soal Arlisa ingin tahu.

“Jangan kepoh. Kau tak nak cari kerja tetap kan... Belajar pun tak pandai mana. SPM pun belum tentu lulus. Sibuk nak sekolah. Sibuk nak masuk universiti. Tak nak dengar cakap aku. Sekarang ni, biar aku yang kerja.” Bukan main lagi Afifah melaser anak sendiri.

Bergenang air mata Arlisa. Cuba dipeluk tubuh mak tapi dengan kasar mak menolak tubuh kecil Arlisa.

“Mak...” Raung Arlisa akhirnya.

Tapi tetap tidak dihiraukan oleh Afifah.

Dan itulah kali terakhir, Arlisa bertemu mak. Ambil SPM tanpa mak. Dapat result gempak SPM pun tanpa mak. Masuk universiti pun tanpa iringan doa restu dan peluk cium mak.




Monday, October 20, 2025

KOMBO BUNGA

 

BERMINAT KLIK MANA-MANA GAMBAR





Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua.
Tanggal 22 OKT 2025 menjadi antara Tarikh TERINDAH kerana Dalia Maritza Novelist sekali lagi diberikan kelapangan dan kesempatan untuk mempromosikan karya terbaru bersama Bella Hastel. Ini merupakan kali kedua kita bekerjasama... Thank you sahabat.

Kami persembahkan dua karya KAMI dalam KOMBO BUNGA... 
🌷BUNGA ARISSA by BELLA HASTEL🌷
🌷BUNGA HATI by DALIA MARITZA🌷

... Hepi Ending... 

Jom warm up dengan BLURB dulu... 🤣🤣🤣

🌸BUNGA HATI BY DALIA MARITZA🌸

BUNGA HATI mengisahkan persahabatan Arlisa, Alana, Sirhan dan Kaesar. Kisah empat sahabat yang akrab namun diuji dengan satu salah faham. Yang pasti, Arlisa menghilang. Tanpa khabar. Tanpa jejak.

Sehinggalah, mereka berempat dipertemukan semula di majlis reunion kolej. Sesuatu yang mustahil berlaku, setelah mereka semua reunion berkali-kali. Reunion tahun ke-sepuluh ini, mempertemukan Arlisa dengan Alana, Sirhan dan Kaesar. 

“Kau rasa, apa yang aku nak daripada kau Arlisa? Sejak di meja pendaftaran tadi... Aku tunggu satu patah kata sahaja daripada kau. Tapi kenapa keras sangat hati kau Arlisa?” -Alana
“Aku minta maaf.” -Arlisa 
Akhirnya, beban jiwa ternoktah dengan kata maaf.
“Jangan lupa mesej aku Arl... You are my missing half. Jangan menghilang lagi. Kami semua rindukan kau. We can make it again. Together for ever. But... Please, do as I wish. Don’t waste time anymore.”-Alana

Rahsia jiwa akhirnya terbongkar juga. Melibatkan hati dan perasaan kesemua mereka. Lantas, mungkinkah mereka akan berbaik semula? Atau kebencian dan duka kekal berpanjangan? Apakah akan ternoktah persahabatan antara mereka?

“Sayang. Apa sayang merepek ini? Apa yang dah Arlisa buat? Salah faham pada siapa? Rahsia? Rahsia apa ni? Korang ni bergaduh sebab jantan mana ni? Sebab ni ke, kau hilangkan diri Arlisa?” -Kaesar

“Ecah bagitahu. Kau ada seminar esok. I’m proud of you. Coz you one of the speaker on that seminar. Kamipun memang stay kat sini Arl. Kami tunggu kau free esok. Aku harap kau boleh luangkan masa at least sehari untuk aku, Kae dan Han. Kami rindukan kau, Arl. A lot of things to story. Ten years Arl, one day still not enough.” -Alana

“Betul tu, Arl. Aku harap kita boleh perbaiki persahabatan kita berempat ini menjadi lebih baik dan lebih erat lagi. We need you. Alana, rindu nak bergurau dengan kau. Aku rindu nak mengusik kau. Sirhan, rindu dengan masakan kau. Jangan abaikan kami lagi Arl.” -Kaesar
“Welcome back, Arl... Miss you so much.” -Sirhan

Mujur Arlisa boleh kawal hatinya, jika tidak mahu Arlisa meraung kat situ. Sebab apa? Sebab Sirhan mengusap belakang kepalanya. Momen yang paling Arlisa rindu. Antara mereka bertiga, Sirhan memang prihatin dan sentiasa memanjakan Arlisa. Mungkin sebab itu juga, hati Arlisa jadi tak keruan. Kebaikan Sirhan disalah ertikan. Persahabatan berubah menjadi rasa yang berbeza. 

Hati kembali berbunga. Dalam masa yang sama, luka lama akan berdarah kembali. Kali ini, bagaimana pula perjalanan hati? Makin terlukakah? Alana dah jadi isteri Kaesar. Sirhan? Pasti Sirhan pun dah ada pasangan pilihan sendiri. Sedar diri, Arlisa. Don’t make a mess again. 

Jangan lupa memiliki naskhah ini, kisah cinta budak kolej yang mungkin berlaku dalam kehidupan realiti. Cinta monyetkah? Atau cinta sejati?

Berminat piyem,

Boleh juga hubungi ds2 sah kami... 
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

🌸 BUNGA ARISSA BY BELLA HASTEL🌸

Tiga tahun selepas insiden memalukan di hari perkahwinannya, Bunga Arissa akhirnya berani balik ke tempat yang pernah menghancurkan dia. Dia buka kedai bunga kecil dan cuba hidup normal, jauh dari gosip dan luka lama.

Tapi Rhett Hayes muncul tanpa dijemput.
Lelaki yang sepatutnya berdiri di pihak abang dia, tapi entah kenapa, makin hari makin rapat. Rhett bukan jenis lelaki yang romantik. 

“Kau kenal ke aku ni siapa?”- Rhett Hayes 
“Macam mana aku boleh lupa? Nama kau pun dah cukup untuk naikkan tekanan darah aku.” - Bunga Arissa

Rhett lurus bendul, tapi keras kepala, dan suka buat Bunga geram. Namun dalam setiap ketegangan itu, Bunga mula belajar sesuatu yang dia tak sangka masih wujud. Ianya rasa tenang bila ada seseorang di sisi.

Cinta mereka bukan cinta mudah. Ia datang dengan luka, dengan penyesalan, dan dengan keberanian untuk percaya semula. Tapi bila semuanya hampir tenang, masa lalu mula mengetuk semula bila bekas tunang, Ryan Hayes muncul untuk menuntut cintanya kembali.

Dan kali ini, kalau Bunga nak bahagia, dia kena hadap semuanya dengan bijak. Bukan dengan air mata, tapi dengan hati yang dah belajar untuk kuat.

Sanggupkah dia buka hatinya semula, bila yang mengetuk pintu tu datang dari keluarga yang pernah hampir hancurkan dia?

Saturday, October 18, 2025

C.O.M.I.N.G S.O.O.N!

 

                                                             

                                                           END OF OCTOBER 2025

KING UNTUK QUEEN

 


King, lelaki bulldozer yang kerjanya tolak, tebang dan tebas. Semua kerja kampung juga dia tibai, asalkan mendatangkan duit. Yang jadi masalahnya, YB SUFYAN kampung mahu dia jadi cucu menantu. Suami pada Queen Ciara. Puteri tunggal yang terlalu independence sampai semua bimbangkan dia. Tak nak berlaki pula tu...

Queen Ciara: Kau jangan nak bersemut dan tersengih macam tu depan aku. Meluat. Jauh sikit. Busuk. Kau baru balik berkubang dengan badak sumbu ke?

King: Haah, tapi dorang tu tak ganas. Kat depan mata aku ni lagi ganas. Dah macam Cik Ponti mengamuk kat hutan tu... Nasib baik cantik!

Queen Ciara: Hantu kau King... Kau mengata aku?

King dan Queen Ciara mula-mula tak sekufu tapi sekejap jer. Sakit perut King nak hadap telatah Queen Ciara yang acah-acah ada perisai cinta. Tapi tersungkur dalam pelukan rindu seorang King.

Nampak je King tu, ganas. Bila dah keluar senjata cinta... Queen Ciara tak boleh mengelak dah. Terus tersungkur.

Namun, bila cinta diuji maka Queen Ciara terjerat dalam pelukan asmara seorang King. Kehilangan bayi dalam kandungan, makin menguji istana cinta milik King dan Queen. Kehadiran Elrah pula menjampi kesetiaan King.

Dapatkah mereka berdua  mempertahankan rumahtangga yang hampir runtuh tiang serinya?

Atau kehilangan adalah noktah yang bakal mengakhiri segala?

PROMO BILA HATI MASIH MENCINTAI DIA SINGLE RM14 HINGGA 25/10/2025 - HARGA ASAL RM16

 














 

PROMO BLINDSPOT CINTA, TAWA TANGIS DI NAFASKU DAN RETAK HATIKU RINDU KAMU

 


DIA KARL EBRANI RM13

Kisah budak kolej bercinta... Tapi, tragis... Adakah setragis  kisah Laila dan Majnun, Uda dan Dara?

Kena baca sendiri ler yerk...






















DIA CINTA YANG KUCARI RM13

 




PROMO KOMBO MASIH CINTA

 KOMBO MASIH CINTA hingga 25/10/2025 sahaja tau.








BLURB

 

Semua mata memandang Fella meminta kepastian. Fella hanya tersenyum melirik sambil anak matanya bersinar-sinar memandang ke wajah Aryan.

 

“Cakaplah.” Sergah Aryan tenang.

 

Kus semangat! Semua terkejut termasuk Fella. Kak Long, Abang Ngah, dan Abang Long sudah tercengang-cengang dengan reaksi Aryan. Mana nak percaya kalau sikap Aryan sendiri dah kasar begini. Bercinta konon.

 

Hanya Alma sahaja yang tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Gelihati dengan perangai Aryan, Memang sesuai sangat dengan Fella yang keras kepala tu.

 

“Abang dah cakapkan. Nak cakap apa lagi.” Balas Fella kalut.

 

Aryan mengeluh perlahan sambil bebola mata hitamnya merenung tepat ke wajah Fella.

 

“Bagi dorang kepastian, boleh? Kalau abang aje yang cakap dorang tak percaya. Tengok muka masing-masing ini. Dorang ingat abang yang paksa Fella.” Luah Aryan sebal.

 

“Macam mana kami nak percaya kalau korang berdua macam arnab dengan kura-kura.” Tempelak Kak Long geram.

Abang Ngah merenung Aryan, “Orang bercinta patut bawa versi Romeo dan Juliet. Uda dan dara. Laila dan Majnun.”

 

“Tak nak aku. Semua tu kisah cinta tragis. Pengakhirannya, mati. Ni kisah realiti. Kisah cinta sejati.” Balas Aryan.

 

Slay sangat.

 

Inilah Aryan Habib. Lelaki yang Fella Arshad cinta. Secret crush di hati masing-masing sejak berbelas tahun. Lelaki yang dianggap diktaktor ini, rupa-rupanya hanya posesif pada Fella. Cemburu tapi cuba berselindung di sebalik wajah garangnya.

 

Salahkah jika Fella dan Aryan bercinta? Sejak kecil Mama Veeya dan Papa Zulfar sentiasa ingatkan bahawa Fella Arshad merupakan puteri bongsu keluarga ini.

 

Ironinya, realiti tetap realiti. Mama dan Papa menentang kisah cinta Fella dan Aryan. Bagaimana dengan Kak Long dan Abang Ngah? Apabila semuanya bermula dengan kesebalan yang dipamerkan, maka yang indah dianggap satu ilusi yang karut. Jangan lupa dapatkan ebook Bila Hati Masih Mencintai Dia. Kisah percintaan romantik komedi dan hubungan kekeluargaan yang menyentuh hati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Random Teaser 1

Masam mencuka wajah Fella menatap wajah kacak Aryan yang sedang lena di halaman luar rumah di atas hammock (buaian gantung). Dia ingat kalau muka macam International Model maka Fella tak berani nak mengamuk dan mendajal ler?

Silap besar!

Meh nak tunjuk, penangan amarah Fella Arshad. Ni baru Asofix Dye Fabric. Lagi kejam kalau guna canting batik saiz L yang berisi lilin panas. Tapi Fella masih berjiwa lagi. Masih ada rasa simpati.

Selamba sahaja si Fella mengukir Goofy Smiley dengan lidah terjelir pada wajah Aryan. Di dahi, di pipi kiri dan kanan. Siap warna merah di hidung lagi.

Mama dan papa tak ada di rumah, maka Fella berani mendajal. Jika mengaum satu rumah dengan amukan Aryan pun, Fella tak heran. Buat bodoh jer.

Ada aku kesah? Bisik Fella dalam hati.

Mak Lily dan Pak Hassan pula sporting. Tak ada nak mereport tak tentu pasal. Cool aje laki bini ni. Walaupun Fella buat perangai pelik. Apatah lagi, si Fella ini manja sangat dengan Mak Lily.

Beberapa saat, Fella ralit terbuai memandang wajah lena Aryan. Hati tidak menafikan bahawa cinta dan rindu itu menggebu. Namun, dek kerana malu. Maka, Fella pun buat perangai tak semenggah. Melayan angin sepoi-sepoi bahasa Si Aryan.

Yealah, kejap kang datang macam taufan. Kejap pula datang bagai hembusan bayu yang buat hati Fella menggebu. Uish, yang tak tentu arahnya Fella. Keliru tau!

Fella tersedar dan menggelengkan kepala.

Jika berterusan memandang wajah tampan Abang Aryan ini, mahu nanti hati makin mencair. Hati Fella ini memang dah sedia berbolak-balik. Yang pasti, dia tetap di hati. Yang berbolak-balik tu adalah keinginan untuk berterus-terang.

Akhirnya, siap juga Fella melukis dan mengerjakan wajah Aryan, bak mencurah ilham pada batik kanvas. Fella tersenyum manis. Melukis memang hobi Fella. Dalam masa yang sama, Fella memang pemilik Fella Batik Design. Jadi semestinya, lakaran dan tona warna pada wajah Aryan nampak hidup dan cute.

Bengkel canting batiknya memang terletak di bahagian belakang rumah. Galeri pameran dan jualan juga berada di tempat yang sama. Ada laluan mudah untuk masuk ke bengkel canting batik Fella ini. Siap parking yang selesa lagi untuk pelanggan. Setakat bas dua biji pun boleh muat. Memang mengagumkan. Alhamdulillah! Itu semua hadiah daripada Mama dan Papa. Memang Mama Veeya dan Papa Zafrul dah buat renovation sebaik mungkin khas buat Fella Batik Design.

Terharu!

Fella tenung wajah Aryan. Antara kita, kenapa mesti begini lagaknya? Maafkan Fella. Fella takut jika Fella terus-terang, maka Abang menjauh. Fella tak mahu berjauhan dengan abang. Cukuplah sekali, Fella ditinggalkan. Sakit rindu tu meletihkan jiwa.

Dalam masa yang sama, Fella terdengar pintu pagar utama terbuka. Pasti Abang Ngah dah balik. Dup dap dup dap, jantung Fella.

Fella berlari laju menyusup masuk melalui pintu dapur dan berlari naik ke tingkat dua. Apalagi, sembunyikan diri di dalam bilik sendiri ler. Kalau kekal di sisi Aryan, sah Fella akan kena tazkirah panjang oleh Abang Ngah. Abang yang sorang tu memang pantang diberikan peluang bercakap. Apatah lagi, peluang menasihat. Two hours non stop pun boleh tu. Jadi, lebih baik cabut lari.

Di dalam bilik, Fella menghitung masa. Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima... Berdebar-debar hati menanti reaksi Aryan dan Zein.

“Fella...” Jerit Aryan kuat dan nyaring.

B.I.N.G.O... Fella tergelak mengekek.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Random Teaser 2

Fella ketawa gelihati.

Pintu bilik Fella diketuk kuat dari luar. Fella diam. Bertahan.

“Buka pintu ini. Kalau tak aku robohkan pintu ini.” Luah Aryan lantang.

Fella telan liur sendiri. Terasa perit dan kelat pula. Takut? Tak taku. Tapi, adalah rasa gementar sikit.

Pintu dibuka.

Bola mata Aryan dah terlontar tepat memandang wajah Fella. Muka Aryan dah berubah merah.

“Kau tahu apa salah kau?”soal Aryan kasar.

Fellla mengangguk laju, “Tahu. Makanya hidup ini, kena jadi manusia yang baik tutur kata. Lembut budi bahasa. Penyejuk jiwa. Bukan mengaum macam singa. Ingat ini hutan ke? Zoo pun bukan tau.”

Memang selamba sahaja si Fella ini sekolahkan si Aryan.

Zein yang mendengar kata-kata Fella dari hujung anak tangga teratas, sudah tergelak besar. Kaki Zain dah mula melangkah ke arah Fella dan Aryan sambil mata memerhati gelagat kedua-duanya. Betul-betul macam Tom and Jerry.

“Minta maaf, Fella. Salah tetap salah.” Kata Zein lembut.

Fella tersenyum ke arah Zein, “Hah, ini baru betul. Sejuk je hati mendengar.”

Fella tersenyum ke arah Zein, manja.

“Eh, kesah pula aku sama ada hati kau sejuk ke dingin?” Balas Aryan cuak apabila Fella memuji Zein.

Fella ketawa mengekek, “Alah. Bukan permanent marker pun. Baru cat batik. Senang aje cuci.”

Terangkat kening Aryan mendengar kata-kata Fella.

“Ada hati kau nak conteng muka aku dengan permanent marker pula? Ingat Fella. Last warning. Kau buat lagi benda luar alam begini. Aku balas balik sampai kau pula yang mengaum macam singa betina. Cubalah, kalau berani. Jangan cabar aku.” Kata Aryan bengang sambil berpaling melangkah ke anak tangga untuk ke tingkat tiga.

Ke mana lagi jika bukan ke biliknya. Bilik Zein dan Aryan memang berada di tingkat tiga. Berdekatan dengan ruangan gym dan playstation.

Random Teaser 3

Zein memandang wajah Fella yang masih memandang figura Aryan.

“Apa yang Aryan dah buat sampai adik buat perangai macam ni?” Soal Zein lembut.

Fella mendengus kecil, “Kalau Abang Aryan ini, bukan sebab tingkah jer tau abang. Selalunya mulut dia tu yang buat Fella mental. Laju je nak sound-sound orang. Tak ada ribut. Tak ada taufan. Tapi kata-kata dia dah macam halilintar membelah alam.”

Zein menggeleng perlahan. Apapun, Zein tahu yang Aryan tak pernah berniat mahu berkasar pada Fella. Apatah lagi, mahu Fella terluka atau dilukai. Mamat tu... Mulut jer laju. Hatinya lembut gebu.

“Sudahlah. Nak maghrib dah. Pergi mandi. Solat. Nanti turun makan sama-sama. Abang ada beli ikan bakar dan sotong celup tepung. Boleh kita makan sama-sama.” Arah Zein dengan senyuman manis.

Kacak macam Papa Zafrul. Lembut macam Mama Veeya.

Sejuk aje hati Fella. Tapi dengan Abang Ngah ini berbeza. Jantung Fella tak berlagu rindu. Abang Ngah juga memang dah menganggap Fella seperti adik kandungnya sendiri walaupun mereka sepupu. Maklumlah, sejak kecil Fella dijaga oleh Mama dan Papa.

Sejak kecil, Mama, dan Papa sentiasa menasihati Fella agar menjaga aurat dengan Abang Ngah dan Abang Aryan. Batas hubungan lelaki dan perempuan perlu dijaga. Zein Zulfar, sepupu Fella. Aryan pula sepupu angkat Fella. Sama ada dengan Zein atau Aryan memang Fella boleh bernikah dengan salah seorang antara mereka. Tapi, Fella tak rasa apa-apa jika Abang Ngah yang melayannya dengan baik. Abang Ngah tu dah macam abang kandung Fella. Sejak kecilpun, Zein memang sayang Fella seperti seorang adik.

Berbeza dengan Aryan. Masa kecil sahaja Fella rapat dengan Aryan. Apabila dah meningkat remaja, semua berubah. Ada batas antara mereka. Sejak itu juga, perasaan Fella pada Abang Aryan berbeza. Jantung sentiasa berdetak laju apabila berbalas pandang dengan Abang Aryan.

Mereka berdua pernah rapat. Tapi tak tahu di mana silapnya. Mereka berdua ibarat  dingin apabila berdepan antara satu sama lain.

Di bilik, Aryan termenung panjang sambil anak matanya merenung cermin kaca di meja solek. Jarang Aryan duduk di situ. Almaklumlah, dia lelaki. Memang jarang dia pandang cermin ini dalam keadaan duduk begini sambil memandang muka sendiri.

Selalunya, Aryan sekadar pandang sekilas sebelum pergi bekerja. Sekadar melihat penampilan diri. Mahu sentiasa nampak rapi dan kemas.

Satu keluhan berat kedengaran. Penasaran. Bimbang jika tersalah tingkah, maka mungkin sekali lagi Mama dan Papa akan menegur Aryan. Setiap kali teguran, pasti Aryan diberi pilihan untuk berdikari dan terpaksa keluar rumah.

Pertama kali dahulu, sewaktu Aryan berusia enam belas tahun. Dek kerana, terkantoi berada di dalam bilik Fella yang waktu tu berusia sebelas tahun, maka Aryan terpaksa akur apabila Mama dan Papa menghantarnya ke sekolah berasrama penuh. Padahal, waktu tu Aryan hanya mengajar Fella subjek Matematik sahaja. Niat untuk mengajar. Aryan tahu batas diri. Tak pernah terfikir mahu mengambil kesempatan ke atas Fella.

Kali kedua pula, pada usia Aryan 23 tahun. Baru tamat diploma. Bukan main hepi sangat bergurau sampai terpeluk Fella dan sama-sama terjatuh dalam kolam renang kat halaman luar rumah tu.

Waktu tu, memang mereka tengah bergurau. Zein pun ada. Tapi Fella tersalah langkah, maka entah bagaimana Fella boleh berada dalam dakapan Aryan pula dan kemudian tercampak ke kolam renang. Mama nampak dan terus dipanggil menghadap di bilik bacaan selepas solat Isyak berjemaah.

Akhirnya, Aryan dihantar ke luar negara atas alasan perlu menyambung pelajaran ke peringkat degree dan master. Zein pun turut terjebak sekali. Kedua-duanya dihantar ke luar negara untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Kononnya, Mama dan Papa mahu Zein dan Aryan berdikari dan mandiri.

Tapi kenyataannya... Adalah kerana mahu menjaga batas perhubungan antara Aryan dengan Fella. Hal ini, Zein pun tak tahu. Rahsia ini tersimpan kemas antara Aryan, Mama dan Papa sahaja. Mungkin Mama dan Papa tak mahu Aryan hilang tingkah dan berasa malu pula jika Zein dan Fella tahu.

Kini, Zein dan Aryan sudah berada pada usia awal 30an. Fella pula sudah mencecah usia 25 tahun.

Pastinya, mama dan papa akan lebih tegas lagi berkaitan soal aurat dan adab. Memang sukar mahu membawa diri. Sama sukar mahu menutup perasaan hati.

Sakit rindu ini buat jiwa Aryan menderita. Perasaan yang hadir ini buat Aryan kebingungan dalam mencari sinar harapan. Mahu diluahkan tetapi mulut terkunci.

Aryan tersenyum hambar melihat wajah sendiri. Bukan main cantik lagi si Fella ini lukis Goofy Smiley kat wajah Aryan. Suka hati dia aje. Ni ada pegang-pegang ke tak ini? Sudahlah, dia tidur nyenyak tadi. Satu apapun tak sedar.

Tanpa sedar. Jauh di dasar hati. Ada senyuman terukir. Kembang kuncup Aryan menahan gelora jiwa. Rasa bahagia itu menyelinap lagi.