www.wasap.my/60182957365/ebookdm
💝SINOPSIS REDUP RENUNGAN MATA💝
Antara Marissa dan Lutfan, kedua-duanya terikat pada cinta pandang pertama. Tapi berbeza jurang usia. Kata orang dari mata turun ke hati. Kalau tak cinta, jangan pernah tenung anak dara orang penuh makna. Kalau tak rindu, jangan bina ayat double meaning selalu. Kelak rosak hati nanti.
“Pak Cik? Beauty and the beast pula. Kacak macam tu kau panggil the beast? Panggil Pak Cik? Tak patut betul.” - Marissa
“Aku panggil the beast bukan sebab rupa dia buruk. Tapi jarak usia kau dengan dia itu macam beza tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi. Pak Cik lah tu. Hish, kau nak Muqri kurung kau dalam perigi buta ke?” - Sofy
Agenda untuk bercinta dengan Lutfan si duda berhias yang hot lagi spicy tu, buat hidup Marissa kacau bilau.
‘Biar betul dorang ini. Tenung macam tak puas hati. Nak bunuh aku ke apa tu? Seriau Marissa dibuatnya.’ - Marissa.
“Macam nampak hantu aje? Saya, Lutfanlah.” - Lutfan
“Jauh sikit, boleh? Dato’ tak nampak ke, dorang kat sebelah tu pandang saya macam nak telan. Scary tau. Menyesal pula saya ikut datang sini.” - Marissa
Lutfan memang pandai menggoda tapi takut nak meluahkan kata cinta. Ibarat main tarik tali dan jinak-jinak merpati. Dah dekat kemudian lari. Namun kisah silam yang tak sempurna membuatkan Lutfan terlalu berhati-hati. Tidak mahu Marissa terluka dan tercalar rasa. Ditambah pula dengan perangai luar alam jandanya hingga Marissa jadi mangsa. Mujurlah tak hilang nyawa.
“Kau ingat aku desperate sangat sampai budak mentah macam tu pun aku nak tangkap jadi suri hidup aku? Panjang pula kisah cinta aku ni nanti. Lebih sadis daripada kisah Lela Majnun. Lagipun, masalah dengan Bella pun belum selesai sampai sekarang. Perempuan yang ada di laluan kehidupan aku ini pun dah memeningkan kepala. Nak tambah pula perempuan muda? Kalau begini dah versi sugar daddy pula hidup aku nanti.” -Lutfan
Sejak itu, Lutfan menutup laluan bahagia. Marissa bawa diri ke luar negara. Lutfan pasrah tanpa rela. Benarkah, bila hati menidakkan maka cinta akan berlalu pergi? Realitinya, walau jarak memisahkan, Lutfan dan Marissa tetap setia. Cinta dan rindu itu tetap menggebu menjadi satu.
Dengan redup renungan mata, hati dapat merasa. Namun sampai bila mahu menunggu? Jika tidak dilafazkan kalimah cinta, maka bila pula lafaz akad akan tercipta? Atau Marissa dan Lutfan mahu kekal sebagai teman tapi mesra tanpa sebarang ikatan?
