Wednesday, June 24, 2026
Monday, June 22, 2026
SI CANTIK BERSELIPAR JEPUN Karya Dalia Maritza
BLURB
Kisah Aryana yang mencari kekasih adiknya semata
mahu melunaskan hajat terakhir Aryani. Bila nafas Aryani terhenti, hidup Aryana
berubah. Sakit jiwa apabila kehilangan kembar yang selama ini membesar bersama.
Sakit otak juga dengan penyamaran Aryani. Sehingga Aryana hampir keliru yang
mana dunianya yang realiti dan yang mana yang palsu ciptaan Aryani. Hidup
Aryana jadi lebih kalut dengan kemunculan Kapten Israr a.k.a kekasih maya arwah
adik kembarnya. Israr hanya mengenali Doktor
Aryana Johari. Wajah yang sama. Kerjaya yang sama. Cuma personaliti Aryana sebenar apabila
bertentang empat mata agak berbeza.
Israr keliru. Siapa yang dia cinta? Siapa pula yang cintakan dia?
Mengenali Aryana buat
Israr yakin bahawa hatinya terikat dengan bayang yang dicipta Aryani untuk diri
Israr. Aryana juga tahu, dia mulai jatuh hati pada Israr. Tapi setiap kali mahu
membuka ruang cinta, Aryana berasa bersalah pada Aryani. Kenapa dia yang
bahagia? Sedangkan Aryani menderita ketika hidup dan cinta pun tak kesampaian?
Kapten Israr merupakan lelaki yang Aryani cinta sampai mati. Malah di saat-saat
akhirpun Aryani tetap ingat pada lelaki itu.
Aryana tekad. Kapten Israr bukan jodohnya. Setiap
kali dia memandang Israr, jiwanya terluka. Aryana tidak mahu menjadi
bayang-bayang Aryani. Tidak mahu Israr menerimanya kerana simpati.
"Kau buat aku jatuh cinta. Kemudian, kau nak blah macam tu aje?" -
Kapten Israr
"Kau dah tahu. Jadi, tugas aku dah selesai.
Aku hanya mahu kau tahu hal sebenar. Dan, berhenti jadi manusia hilang
rasa. Enjoy your life selagi bernyawa. Cari bahagia." - Doktor Aryana
Apabila rahsia
terbongkar satu per satu, seketika Israr hilang jiwa. Hati terpaut pada siapa? Yang
mati atau yang hidup? Bagaimana jika hatinya berkali-kali jatuh cinta? Yang
mati membawa hatinya terkubur sepi. Yang hidup memberi cahaya penyuluh bahagia.
Salahkah kalau Israr mahu memiliki keduanya? Yang tiada di depan mata jadi
kenangan. Yang ada di depan mata jadi masa depan.
Tapi hati Aryana begitu teguh dengan prinsip bodohnya. Akan kecewakah Israr buat kali kedua? Atau ada pelangi indah yang sedang menunggu masa untuk muncul semula?
RANDOM TEASER 1
Bunyi mesin di Wad Onkologi itu tidak pernah
benar-benar senyap. Ia berdetik, berdesir, dan bernafas. Seolah-olah
menggantikan nafas manusia yang semakin lemah.
Jika lemah semangat dan hati tisu, semestinya air
mata akan terus mengalir. Mata pula memerah sentiasa. Sebak. Sayu. Pilu. Emosi
tu semuanya bercampur-aduk.
Aryana berdiri di sisi katil, jari-jarinya
menggenggam hujung cadar putih yang sudah berkedut sama seperti hatinya yang
kusut sejak beberapa bulan lalu.
Di sisinya, Aryani terbaring kaku. Wajahnya pucat,
jauh berbeza daripada Aryani yang Aryana kenal.
Sejak kecil, adik kembarnya ini adalah anak yang
petah, mudah ketawa, degil, dan selalu berlagak walaupun hakikatnya seorang
yang cengeng.
Rambut Aryani kini menipis. Disorokkan di balik
tudung nipis berwarna biru tua. Bibirnya merekah dan matanya separa terpejam.
Namun, nafasnya masih ada.
“Aryana…” suara itu kedengaran seperti berbisik
dan hampir tenggelam.
Aryana tersentak.
Aryana segera duduk di sisi katil, menggenggam
tangan Aryani yang sejuk seperti air batu.
“Ya, Yani. Aku, ada.” Balas Aryana lembut dan
sedikit berbisik ke telinga Aryani.
Mata Aryani terbuka sedikit. Pandangannya kabur,
namun bibirnya tetap melengkung memberikan senyuman semanis mungkin. Aryani
mencuba seboleh mungkin untuk tidak menampakkan segala kesakitan dan kehampaan
pada wajahnya.
Aryani tidak mahu Aryana susah hati dan berduka.
“Kau tahu... Sakit ni tak sama macam dalam cerita.
Dalam novel yang aku selalu baca tu, orang sakit selalu pergi dengan cantik.
Tenang. Tapi aku... Makin tak rupa orang...” Kata Aryani tersekat-sekat.
Aryana menelan air liur.
Dadanya terasa sesak.
“Kau jangan cakap macam tu.” Tegur Aryana sebak.
“Tapi aku dah penat. Penat melawan penyakit ni.
Penat pura-pura kuat.” Aryani memejamkan mata seketika sambil mengumpul sisa
tenaga.
Aryana menggenggam tangan itu lebih erat. Aryana
seorang doktor. Dia tahu tanda-tanda ini.
Terlalu tahu. Namun sebagai kakak kembar kepada pesakit kanser tahap empat, Aryana masih berharap pada keajaiban yang sudah lama tidak berpihak padanya.
RANDOM TEASER 2
“Kalau aku dah tak ada nanti. Kau tolong aku,
boleh?”soal Aryani lembut dan perlahan.
Jantung Aryana berdegup laju. Nalurinya menjerit
supaya menghentikan perbualan ini, tapi dia tahu ini bukan masa untuk menipu
diri.
“Tolong apa?” suara Aryana bergetar.
Aryani menarik nafas panjang, nafas yang berbunyi
seperti luka yang akan ditinggalkan tanpa rela.
“Israr.” Luah Aryani tenang.
Nama itu jatuh seperti pisau yang mencucuk dalam
ke dada Aryana.
Israr. Atau yang dikenali Aryana dengan gelaran
Kapten Israr Ghilbran.
Nama yang selama ini Aryana simpan jauh di sudut
fikirannya. Nama yang dia tahu, tapi pura-pura tidak peduli. Lelaki yang wujud
dalam telefon Aryani. Dalam mesej panjang yang dibaca berulang kali. Dan dalam
senyuman Aryani setiap kali skrin telefon berbunyi.
“Masa macam ini, kau masih fikir tentang dia?”
Aryana cuba menenangkan suara.
“Bukan fikir tapi aku risau,” Aryani menggeleng
lemah.
“Risau apa?” Soal Aryana tanpa riak.
“Risau sebab Abang Israr tak tahu apa-apa. Tiga
tahun berkenalan. Dia benar-benar dah jatuh cinta pada kita.” Mata Aryani
berkaca.
Kita? Berdenyut-denyut kepala Aryana dibuatnya.
RANDOM
TEASER 3
“Kau kena janji dengan aku. Cari Israr. Beritahu dia hal sebenar. Jangan
biarkan dia tunggu orang yang takkan pernah muncul.” Aryani merayu.
Aryana memejam mata.
Dadanya sakit.
“Kenapa aku perlu buat semua tu? Kau yang mulakan. Kenapa aku pula yang
kena cari dia? Kau kena sihat. Kau yang kena cari dia sendiri...” Luah Aryana
tegas nadanya.
“Kau nak suruh aku cari dalam keadaan aku begini? Aku ni hanya menunggu
mati. Kalau macam tu, kita discharge. Kau usahakan agar kita berdua
dapat terbang ke Dubai. Segera. Aku dah tak ada masa.” Balas Aryani tegas juga.
Aryana terdiam. Dia ingin marah. Ingin menegur. Ingin mengatakan perbuatan
itu salah.
Namun apa guna kebenaran, jika nyawa di hujung waktu? Yang penting sekarang
adalah diri Aryani yang perlu dirisaukan, bukan Israr.
“Aku tak mahu mati tanpa pernah jadi seseorang dalam hidup orang lain. Aku
nak Abang Israr tahu aku, Aryani Johari yang menyintai dia. Bukan kau kak...”
Air mata mengalir laju di kelopak mata Aryani.
“Sekurang-kurangnya, Abang Israr tahu yang aku pernah wujud.” Sambung
Aryani lagi.
“Kalau Israr benci kau?” Aryana bertanya perlahan.
Aryani tersenyum. Senyuman yang rapuh.
“Hanya kau yang tinggal untuk mewakili aku. Aku mahu kemaafan daripada
dia.” Luah Aryani tenang.
Aryani memandang kakak kembarnya, “Abang Israr lelaki baik. Dia mungkin
payah untuk didekati tapi jika dah dekat kau akan rasa dihargai dan sayangi.
Seadanya....” Luah Aryani lagi.
Aryana menggeleng, “Aku bukan kau. Macam mana aku nak berdepan dengan dia?
Sesaat pun mungkin dia dapat membezakan kita berdua. Yea, wajah yang kau
sematkan di minda dia adalah wajah aku. Tapi... Personaliti kita berbeza. Amat
berbeza Aryani...”
“Tak apa. Kau cuma perlu jadi diri kau sendiri” Aryani menggenggam tangan
Aryana dengan sisa kudrat yang ada.
Mesin di sebelah katil berbunyi lebih laju. Jururawat masuk tergesa-gesa,
namun Aryani mengangkat tangan perlahan, meminta masa.
“Kak Aryana…” suaranya semakin perlahan.
“Kalau nanti Israr jatuh cinta pada kau. Aku tak marah. Aku takkan
menghantui kau dalam mimpi. Aku reda. Asalkan kau bahagia dan Abang Israr
bahagia. Ingat tu...” Sambung Aryani tersekat-sekat dan perlahan.
Terbeliak mata Aryana mendengar ayat-ayat tersebut. Dalam masa yang sama,
Aryana hilang kata, keadaan Aryani sangat menghentak jiwanya.
Aryana memang seorang doktor. Tapi apabila pesakit yang menunggu mati itu
merupakan adik kembarnya, sedih dan sabar itu hilang semerta.
“Aryani... Jangan tinggalkan aku.” Luah Aryana dengan juraian air mata.
Jururawat dan doktor yang ada sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
“Janji dengan aku... Cari Abang ... Israr.” Pesan Aryani tersekat-sekat.
“Doktor Aryana. Turutkan sahaja hajat terakhirnya tu. Biar dia pergi dengan
tenang...” Pujuk salah seorang jururawat yang bernama Asma.
Aryana menggenggam tangan Aryani dan terpaksa mengangguk apabila melihat
keadaan Aryani yang lemah dengan nafas yang tercungap perlahan.
“Aku janji. Aku cari dia. Aku janji, aku turutkan permintaan kau...” Luah
Aryana hiba.
Aryani tersenyum dan air mata menitis.
Aryani menghembus nafas panjang. Jari-jarinya melonggar. Senyuman kecil
terukir pada saat nafas terakhirnya terhenti.
Senyuman seseorang yang sudah selesai dengan dunia. Mesin itu berbunyi
panjang.
Aryana kaku memeluk tubuh Aryani.
Dan untuk pertama kalinya dalam hidup Aryana sebagai doktor, dia berharap
realiti di depan matanya ini adalah dusta dan mimpi semata.
Tapi hampa. Aryani sudah pergi meninggalkan Aryana sendirian. Sakit. Sedih
yang bertimpa.
Aryana pengsan.
RANDOM TEASER 4
Rumah itu jadi sunyi dan sepi. Aryana berdiri di
tengah ruang tamu dan masih berbaju hitam. Tudungnya belum ditanggalkan sejak
pulang dari tanah perkuburan.
Walaupun sebelum ini Aryana sebenarnya tidak
bertudung namun entah mengapa hari ini, Aryana selesa memakainya.
Bau tanah basah masih melekat di hujung deria bau.
Bercampur dengan bau susu basi yang Aryani tinggalkan dua hari lepas. Susu
terakhir yang Aryana buat untuk adik kembarnya, tapi tak sempat Aryani
habiskan.
Cawan itu masih di sinki. Tak pecah. Tak bergerak.
Tak berubah.
Kerana sepanjang dua hari lepas, Aryana berada di
hospital menemani Aryani.
Ruang terasa gelap. Sepi pula ibarat menusuk jiwa
Aryana. Akalnya kosong. Sama seperti hidup Aryana yang seakan-akan terhenti di
satu titik.
Titik di mana Aryani berhenti bernafas dan telah
pergi meninggalkan Aryana selamanya.
Sendirian.
Yang tinggal hanya kenangan. Membebankan perasaan.
Aku dah janji. Aryana berkata sendiri.
Suara itu bergema dalam rumah kosong. Rumah yang
sebelum ini penuh dengan bunyi ketawa kecil Aryani, bunyi selipar jepun diseret
malas di lantai dan bunyi pintu bilik yang tak pernah ditutup rapat.
Aryani memang suka berselipar jepun di dalam
rumah. Malahan jika keluar ke mana-mana, selipar itu juga yang menjadi
pilihannya.
Di dalam rumah ini, selipar jepun milik Aryani
memang banyak.
Di ruang tamu, di bilik air, di ruang belakang
dapur, di tangga depan rumah dan di bilik tidur dia pun ada. Dia tak mahu
selipar lain. Nak selipar tu juga. Nampak pelik. Tapi dia selesa.
Aryani tergelak kecil dengan wajah yang suram.
Kini, semuanya hilang.
Perlahan-lahan Aryana melangkah ke bilik Aryani.
Seperti biasa, pintu itu terbuka sedikit. Bau losyen bayi lembut yang Aryani
suka, masih dapat dihidu.
Aryana melabuhkan punggung di atas katil yang
Aryani selalu baring. Selipar jepun di tepi katil, disauk dan disarungkan ke
kaki. Terkelip-kelip Aryana memandang kaki sendiri.
Air mata Aryana mengalir lagi.
Tak baik menangisi pemergian arwah. Tapi nak buat
macam mana? Aryana sedih sangat. Rasa kehilangan yang berganda. Dulu sewaktu
ayah dan ibu meninggal, Aryana ada Aryani. Sekarang ini?
Tangisan bergema lagi.
RANDOM TEASER 5
Aryana meletakkan telefon bimbit Aryani di atas
katil. Skrin gelap bukan kerana auto off screen tapi kerana
bateri sudah mati.
Aryana terkelip-kelip memandang telefon bimbit
itu. Jari-jemarinya teragak-agak sebelum mencapai telefon itu.
Berat hati mahu mengecas telefon bimbit tersebut.
Jujurnya, jika tidak dicas pun tidak mengapa
kerana arwah Aryani tidak ada banyak kenalan.
Kebanyakan kenalan arwah Aryani pula tahu nombor
telefon bimbit Aryana.
Tapi...
Jika tidak dihidupkan, bimbang seseorang akan jadi
gila meroyan pula. Siapa lagi jika bukan Israr?
Sejak di tanah perkuburan lagi, telefon arwah
Aryani ni bergegar di dalam beg sandang Aryana. Nama Israr memang tertera di
skrin telefon tersebut sebelum habis bateri dan terpadam sendiri.
Aryana mengeluh. Aryana bersandar di kepala katil
dan mengecas telefon tersebut.
Dalam masa yang sama telefon bimbit tersebut cuba
dihidupkan.
Skrin menyala perlahan. Wallpaper gambar
Aryani dan Aryana sewaktu raya tiga tahun lepas tertera. Gambar lama. Gambar
sebelum dunia menjadi kelam.
Aryana mengalihkan pandangan. Rasa mual tiba-tiba
datang. Gastrik mungkin menyerang.
Maklumlah, dua tiga hari kebelakangan ini memang
Aryana tidak makan dengan teratur.
Roti yang berada di dalam beg sandangnya diambil
dan dibuka plastiknya. Aryana memaksa diri untuk makan. Aryana tidak mahu
sakit. Banyak benda yang Aryana perlu uruskan.
Aryana punya tanggungjawab. Aryana juga perlu cari
Israr.
Dalam masa yang sama, Aryana perlu teruskan
kehidupan.
Inbox mesej terbuka.
Israr. Israr. Israr.
Nama itu muncul berulang kali. Panggilan tak
terjawab. Mesej yang tidak dibaca.
Mesej suara juga terus memanggil, tanpa
tahu orang di hujung talian sudah tiada.
Aryana menutup mata.
Cari Israr. Beritahu dia hal sebenar. Suara arwah Aryani bergema di ruang
akalnya.
Janji yang perlu dilunasi. Dan kini, janji itu
ibarat berdenyut di kepalanya seperti migrain.
Aku bukan kau. Aku tak tahu macam mana aku nak
jadi kau. Aku tak tahu macam mana aku nak berdepan dengan dia. Bisik Aryana pada ruang yang kosong.
Telefon itu bergetar dalam genggamannya. Mesej
baharu masuk ke nombor Aryani.
Israr: Aryana, saya dah balik Malaysia.
Israr: Permanently.
Israr: Masa untuk bertemu empat mata. Dah penat
bercinta dengan orang halimunan.
Israr: Kenapa senyap?
Nafas Aryana tersekat. Balik Malaysia?
Kepala Aryana berpusing. Ini terlalu cepat.
Terlalu mendesak. Seolah-olah takdir tidak memberi ruang untuk Aryana bernafas.
Aku belum bersedia. Aryana menggeleng dan air mata mengalir tanpa
disedari.
Telefon itu jatuh ke tepi katil. Aryana bangun
secara tiba-tiba, melangkah mundar-mandir di dalam bilik sempit itu.
Fikirannya bercelaru antara logik dan emosi.
Antara doktor dan pesakit. Antara kakak dan adik. Antara kebenaran dan janji.
Antara yang hidup dan yang mati.
Jika dia beritahu Israr sekarang, lelaki itu akan
hancur.
Terluka teruk.
Jika dia diam, dia mengkhianati janjinya pada
arwah Aryani.
Jika dia menyamar pula, dia seolah-olah
mengkhianati diri sendiri.
Apa yang kau nak buat, Aryana? Suaranya meninggi dan hampir menjerit.
Otaknya buntu.
Aryana menekup muka. Tangisnya pecah, berat dan
tidak terkawal.
Selama ini, dia menyimpan air mata agar tak
mengalir laju.
Menjadi doktor mengajarnya untuk kuat, untuk
tenang dan untuk rasional. Tapi di sini, dalam bilik arwah adiknya ini, tembok
tegas dan tenangnya runtuh.
RANDOM TEASER 6
“Kau dah makan?”soal Doktor Hania sambil merenung
wajah Aryana.
Aryana mengangguk perlahan.
“Jangan banyak sangat ambil overtime dan
ganti shift orang. Tubuh badan sendiri pun kena jaga juga.
Aryana tersenyum kelat, “Hospital sahaja yang
boleh buat aku bahagia.”
“Pindah duduk dengan aku. Takpun cari calon suami
dan nikah.” Balas Doktor Hania selamba.
Aryana menepuk bahu Hania lembut.
“Buat lawak pula dia...” Balas Aryana tanpa riak.
“Aku tak buat lawak. Aku sungguh-sungguh.” Balas
Doktor Hania lagi.
“Kalau duduk sekali dengan kau pun, sama juga. Shift
kita tak menentu. Kadang boleh bertembung, kadang lama tak nampak muka.
Masing-masing ada tanggungjawab berbeza. Sama sahaja. Kesudahannya, aku sendiri
juga nanti.” Balas Aryana pula.
Hania menggeleng dengan wajah masam.
“Tahu dah jawapan kau tu. Tak apa. Kalau sama-sama
cuti. Aku datang lepak dan bermalam di rumah kau. Minta izin untuk jadikan
rumah kau sebagai rumah sewa kedua aku.” Kata Doktor Hania dengan senyumnya.
Aryana mengangguk, “Boleh. Datang aje.”
“Okeylah. Kau tu, rehat. Aku on duty ni.”
Kata Doktor Hania sambil bangun dan menepuk lembut bahu Aryana.
Aryana sekadar mengangguk tanda faham.
RANDOM TEASER 7
“Abang balik Malaysia sebab awak. Abang nak jumpa
awak. Abang pernah janji, kalau abang balik Malaysia kita jumpa dan kita
bertunang. Kalau nak nikah terus pun abang dah bersedia.” Kata Israr lancar.
Aryana terduduk perlahan di sofa. Jantungnya
berdentum tidak sekata.
“Maaf,” hanya itu yang keluar.
Israr ketawa kecil, tapi bunyinya kosong.
“Aryana tahu tak macam mana rasa ditinggalkan
tanpa sebab? Awak janji tunggu abang. Tapi awak tiba-tiba diam. Buat abang
takut dan menggelabah. Hati awak tak berubah, kan Aryana?” Soal Israr jujur.
Setiap kata itu menampar hati Aryana.
“Aryana janji tunggu abang. Awak masih berpegang
pada janji, kan?” Israr menyambung.
Aryana menggigit bibir. Air mata menitis.
“Ada benda yang Israr tak tahu,” Aryana berkata
perlahan.
Israr terdiam.
“Israr? Erm... Kenapa suara awak lain?” Israr
tiba-tiba bertanya.
“Awak sakit ke?” Soal Israr lagi.
Aryana pula yang terdiam.
Inilah titiknya. Sekarang atau tidak pernah.
“Israr,” Aryana menelan air liur.
“Nama saya, Aryana.” Sambung Aryana
tersekat-sekat.
Senyap di hujung talian.
“Abang tahu. Sejak dulu pun awak dah bagitahu yang
nama awak, Aryana.” Balas Israr dengan gelak kecil.
“Saya kakak, Aryani. Orang yang awak kenal tu
Aryani bukan Aryana. Nama tu nama saya, tapi yang bermesej, berbual dan
bercinta dengan awak tu bukan saya. Tapi Aryani...” Tutur Aryana lancar.
RANDOM TEASER 8
“Aryana, awak dah buat abang jatuh cinta pada
awak. Dan bila abang dah balik Malaysia untuk awak. Awak prank abang
macam ini pula,” suara Israr kedengaran sedikit ragu dan tidak mempercayai
segala kata-kata Aryana.
“Saya tak prank sesiapa.” Balas Aryana
menahan sebak di dada.
“Jangan main-main Aryana. Abang dah jatuh cinta
pada awak. Jangan awak nak blah macam tu aje? Abang dah bagitahu keluarga abang
tau pasal awak... Mereka semua tak sabar nak jumpa awak.” Kata Israr lembut
dalam panasaran.
Aryana terkejut.
Air mata Aryana mengalir tanpa henti.
“Saya tak berniat nak hampakan sesiapa. Saya tak
berbohong. Aryani memang cintakan awak juga, Israr. Tapi Aryani dah tak ada.
Dia dah meninggal minggu lepas.” Jelas Aryana susah payah.
Diam.
“Meninggal? Kau buat lawak apa ni? Minggu lepas
dia ada reply mesej aku...” Hambur Israr bengang.
Hatinya mula berang.
Aryana menutup mata rapat.
“Yang balas mesej awak tu, saya. Aryani dah
meninggal dunia. Saya serba salah nak bagitahu hal sebenar. Saya takut jadi
macam inilah...” Kata Aryana lirih.
Kata-kata itu jatuh satu persatu, berat dan kejam
pada Israr. Di hujung talian, Israr tidak bersuara. Aryana hampir boleh
mendengar nafas lelaki itu yang tidak teratur.
“Apa maksud kau?” Israr bertanya dengan nada
was-was.
“Aryani meninggal sebab kanser. Dia pinjam nama,
wajah dan personaliti saya untuk berkenalan dengan awak, Israr.” Aryana
menjawab perlahan.
Sunyi.
Kemudian bunyi sesuatu jatuh, mungkin telefon dan mungkin hati Israr pun turut
sama jatuh jika diimaginasikan.
“Jadi… selama ni, aku memang cintakan manusia
halimunanlah?” Israr ketawa pendek dan sinis.
Air mata Aryana jatuh tak terbendung.
“Aryani memang cintakan awak, Israr.” Kata Aryana
mempertahankan arwah Aryani.
“Dan kau? Dia guna nama, wajah dan latar belakang
kau... Malahan, kau juga pernah jadi dia... Korang adik-beradik ni memang jaguh
permainkan perasaan orang ke?” suara Israr tajam.
Aryana terdiam lama.
“Saya minta maaf, Israr. Saya dapat tahu pun, bila
awak dan dia memang dah bercinta. Saya cuma orang yang tinggal, yang mahu
melunaskan janji orang yang dah pergi. Arwah Aryani memang mahu saya cari awak
dan bagitahu hal yang sebenar... Tapi saya tak tahu nak mulakan macam mana.
Maafkan saya kalau penjelasan saya yang melulu ini buat awak keliru, marah dan
kecewa,” kata Aryana lembut.
Israr menarik nafas panjang, “Jumpa aku.”
Arahan itu membuatkan Aryana tersentak.
“Apa?” Soal Aryana keliru.
“Jumpa aku,” Israr mengulang arahannya.
“Aku nak lihat wajah yang buat aku jatuh cinta dan
benci serentak. Aku juga nak tengok wajah orang yang perbodohkan aku. Tahu tapi
diam dan buat-buat tak tahu...” Kata Israr tegas dan lantang.
RANDOM TEASER 9
“Vending machine ini tak perlu pengawal
keselamatan. Jadi, tak perlu kau nak duk tercegat lama kat depan ini.” Tutur
Doktor Hania lembut.
“Aku kat sini nak beli air.” Kata Aryana ringkas.
“Nak beli? Belilah... Yang duk tenung lelama tu,
kenapa pula? Nampak bakal imam?” Soal Doktor Hania dengan nada menyindir.
Aryana menjeling manja. Dalam masa yang sama,
Aryana memasukkan duit dan menekan butang air cincau.
Gedegang.
Hah, mungkin tu sebabnya nama lain vending
machine ini adalah air gedegang.
Aryana duduk di bangku yang berada bersebelahan
dan membuka penutup air tin yang dipegangnya.
Rasa segar, walaupun tak sejuk sangat.
“Nasib baik kau tak pakai jubah putih dengan
selipar jepun kau ini sambil merayau di dalam hospital.” Tegur Doktor Hania.
Aryana tergelak.
“Aku tahulah etika berpakaian kat hospital ini
waktu kerja. Ini... Aku dah nak balik dah.” Balas Aryana selamba.
“Yea. Tapi staf yang kenal tu dah berkali-kali
memandang sambil mulut tu bergosip. Jagalah sikit imej tu.” Kata Doktor Hania
lagi.
Aryana merengus, “Lantaklah dorang. Hmm, aku nak
balik dah. Kau on call, kan?”
Doktor Hania mengangguk.
“Balik terus. Jangan duk berkhayal dan termenung
kat jalan raya pula. Dah sampai rumah mesej aku.” Pesan Doktor Hania lembut.
RANDOM TEASER 10
“Doktor Aryana Johari... Jadi kau memang betul
Aryana.” Tutur Israr.
“Kapten Israr Ghilbran... Nama dan kerjaya... Itu
memang saya... Memang seperti yang Aryani gambarkan. Wajah pun wajah yang sama.
Tapi kalau awak tengok betul-betul masa video call dengan Aryani... Awak
akan nampak perbezaan antara gambar dan wajah masa video call tu.”
Hambur Aryana geram.
Sinis tanpa riak.
“Atau aku patut panggil kau, Aryani? Bagi kad
pengenalan kau...” Pinta Israr kasar.
Otak Israr pun sudah keliru. Tak tahu yang mana
asli dan yang mana palsu. Nak bezakan yang benar dan tipu pun, susah ini.
“Saya, Aryana. Nah...” Kata Aryana dengan nada
keras.
Aryana menghulurkan kad pengenalannya kepada
Israr.
“Buka laci dashboard tu. Ada sijil kat situ.” Kata
Aryana tenang.
Berkerut dahi Israr.
“Sijil apa? Aku dan Aryana belum menikah.” Balas
Israr semberono.
Bulat mata Aryana memandang ke wajah Israr.
“Sijil mati.” Balas Aryana perlahan.
RITMA YANG TERTULIS TAKDIR Karya Dalia Maritza
BLURB
RITMA
YANG TERTULIS TAKDIR
... Satu Malaysia kenal siapa Zayne Zayyan. Bersuara emas, rupa kacak dan
gelaran penyanyi nombor satu negara memang layak untuknya. Tapi bagi Umira,
Zayne Zayyan adalah beban paling manis yang perlu dia jaga 24 jam. Menjadi
pengurus kepada penyanyi nombor satu negara bukan senang. Apatah lagi bila
artis itu jenis yang pakej sekali dengan anak berstatus rahsia! Umira sangka
dia hanya perlu uruskan konsert dan kontrak.
Tapi
rupanya dia juga kena jadi pakar pujuk Wisha yang kuat merajuk dengan daddynya.
Macam Umira ni mummynya pula. Sakit otak nak memperbetulkan fakta pada budak
umur 5 tahun.
"Kakak,
nanti kalau papa kahwin. Kakak jadi mama Wisha, boleh?"
Soalan
polos Wisha buat Umira tersedak kopi dan buat Zayne tersenyum penuh makna.
Di
depan kamera, mereka profesional. Di belakang tabir? Mereka seperti suami
isteri yang sibuk menguruskan anak.
Namun,
sekuat mana pun mereka mengikat hati. Dunia glamor tetap memberi tekanan.
Mampukah Umira bertahan bila karier Zayne menuntut pengorbanan sebuah privasi?
"Umira,
kalau Wisha panggil I... Papa kat luar macam mana?" - Zayne
"I
akan cakap I, mama dia. Puas?" - Umira.
Serabut
Umira nak layan soalan-soalan tingkat tinggi Zayne dan Wisha.
Bermula
dengan gurauan, hati Umira mula terjebak dalam dunia keluarga rahsia ini. Wisha
yang manja dan Zayne yang terlalu bergantung padanya membuatkan Umira keliru.
Adakah dia sekadar pengurus kerjaya atau sebenarnya pengurus hati yang bakal
hancur bila rahsia ini terbongkar?
Antara
sorakan peminat yang membingitkan dan lampu pentas yang menyilaukan, Zayne
Zayyan hanya mencari satu wajah. Umira. Wanita yang setia memegang tangan anak
perempuannya di sudut gelap di belakang pentas. Wisha adalah nyawanya dan Umira
adalah nafasnya.
"I
tak mahu dia membesar dalam bayang-bayang, Umira. Tapi I juga tak mampu hilang
kerjaya ini." - Zayne.
Dalam
kesibukan mengejar carta lagu, mereka membina sebuah dunia kecil yang indah.
Ada tawa Wisha yang menceriakan hari dan ada gelagat romantik Zayne yang
menenangkan jiwa Umira.
Namun,
langit tidak selalu cerah. Apabila satu demi satu rahsia mula bocor, Umira
terpaksa memilih. Sama ada untuk terus menjadi pelindung di balik tabir atau
melepaskan segala-galanya demi keselamatan hati yang dia cintai.
SINOPSIS
Zayne Zayyan, penyanyi nombor satu negara yang menjalani kehidupan rahsia sebagai seorang bapa tunggal kepada Wisha. Kehadiran Umira sebagai pengurus bukan sahaja untuk menguruskan kerjaya seninya. Malah dia turut menjadi tonggak utama dalam menguruskan kehidupan peribadi dan menjaga Wisha. Lama-kelamaan, hubungan profesional mereka berubah menjadi cinta dan mereka membina kehidupan bahagia persis sebuah keluarga di belakang tabir. Namun, konflik timbul apabila Umira terpaksa berhadapan dengan tekanan dunia glamor dan risiko kerjaya Zayne Zayyan. Apabila rahsia tentang status Zayne mula bocor. Umira kini tersepit di antara terus menjadi pelindung rahsia itu atau melepaskan segalanya demi keselamatan hati dan privasi.
TEASER 1
Siapa
yang tak sayang anak? Secara logiknya, tidak ada ibu bapa yang tak sayangkan
anak. Apatah lagi kasihnya ibu... Laksana, kasih sayang tanpa syarat dan
dipenuhi kelembutan hati.
Doa
ibu juga sentiasa menjadi inspirasi dan kekuatan pada si anak.
Tiada
halangan... terus tertuju hingga ke lapisan langit ketujuh.
Cinta
seorang ayah juga tidak ternilai, mendalam dan tidak berbelah bagi.
Mungkin
terlindung dek wajah yang tegas. Namun melalui pengorbanan masa, tenaga dan
ketabahan dalam menjaga amanahnya... Itu sudah cukup menjadi bukti bahawa
seorang ayah juga adalah lambang cinta sejati dalam sebuah keluarga.
Menjadikan
setiap makmumnya rasa tenang dan selamat walau diduga.
Tapi...
Setiap
manusia memilih jalan hidupnya sendiri. Duka atau suka. Kecewa atau bahagia.
Air mata atau tawa. Semua itu berpaksikan pilihan sendiri.
Itu
adalah rasionalnya. Mungkin ada yang berbeza susur galur rentak kehidupannya.
Itu
lumrah kehidupan.
Kehidupan
Zayne Zayyan juga tidak terkecuali. Hati sentiasa bahagia dengan kasih sayang
dan doa daripada umi dan abi. Malangnya, pilihan sendiri telah merobek hati.
Mujur
ada Awisha. Tanpa Awisha mungkin Zayne akan hilang arah kerana kecewa.
Zayne
memagung wajahnya dengan kedua-dua tangan. Apabila bahagia menyinggah, dugaan
pula datang menerjah. Moga hati Zayne tak goyah. Kekal tabah.
Hanya
doa yang Zayne mampu titipkan setiap hari untuk isterinya, Umira Mustafa yang
masih mengalami Post-Traumatic Amnesia (PTA). Umira merupakan pesakit
kemalangan yang terlupa identiti diri setiap kali bangun daripada tidur. Zayne
amat berharap agar Umira cepat sembuh dan kuat. Tidak mahu Umira mengalami amnesia
fugue sehingga otaknya memadamkan memori tentang siapa dirinya.
Kata
doktor, keadaan Umira bertambah baik dan ianya bersifat sementara,
tetapi tempoh pemulihan bergantung kepada keterukan kecederaan otak.
Sesetengah
pesakit mungkin pulih sepenuhnya, manakala yang lain mungkin mengalami kesan
jangka panjang.
Jadi,
Zayne berusaha sendiri dengan terapi, penggunaan nota, gambar keluarga… dan
macam-macam cara lagi bagi membantu Umira mengingati identitinya setiap kali
terjaga.
TEASER
2
Umira
menggosok mata sambil berjalan menuruni anak tangga untuk ke dapur.
Tekak
terasa dahaga. Kering. Dengan langkah malas dan mamai, Umira gagahkan diri
menapak ke ruang dapur dan membuka suis di dinding.
“Aaaaa.”
Jerit Umira lantang.
Zayne
yang sedang duduk di dalam gelap dan termenung di dapur sambil menghirup kopi
panas juga turut terkejut.
Tiba-tiba
sahaja lampu menyala dan telinga sakit mendengar jeritan lantang seorang
perempuan.
Baru
sahaja Zayne nak berdiri bangun Umira dah berteriak.
“Siapa
kau?” Soal Umira separuh berteriak.
Fuh,
menguji sungguh pencuri ini! Tengah
malam buta dah memaksa Umira untuk menjadi Mak Lampir versi cun. Siap dengan uniform
baju kelawar lagi.
Suara
Umira bergema satu rumah. Kuat. Jelas. Marah tahap maksimum.
Apatah
lagi, baru terbangun daripada tidur…
Semuanya
berantakan gara-gara terkejut melihat Zayne Zayyan, sedangkan di dalam rumah
ini hanya ada umi dan abi sahaja.
Umira
mengerutkan dahi kerana kepalanya terasa berdenyut sedikit.
Umira
berdiri di pintu cowboy di dapur.
Rambut
kusut. Muka masih separuh hidup. Erk, separuh siap. Jangan kata macam
jamban tak siap pula. Aku sula kang!
Dan
di dapur seorang lelaki sedang minum kopi panas. Tenang. Sangat tenang.
Seolah-olah rumah itu milik dia. Lelaki itu berpaling perlahan.
“Morning.”
Tegur lelaki yang berwajah kacak.
Kemas.
Kulit putih bersih dan rambut ala-ala Korean Wolf Cut. Walawei... Ada oppa
sesat salah mendarat kat rumah aku ke?
Kalau
dah cenggitu bunyinya, faham-faham sahajalah bagaimana rupa lelaki sesat ini. Hot
nak mampus! Mujur Umira ini waras.
Umira
tenung wajah lelaki yang berada dengan jarak 1 meter, “Siapa kau?”
Lelaki
itu meletakkan cawan kopi dengan perlahan-lahan. Tenang. Wajah tenang tapi ada aura jangan cari pasal.
Seriau juga Umira.
“Zayne.”
Kata Zayne Zayyan sepatah.
Umira
blink blink mata.
“Zayne
mana pulak?” Soal Umira bengang.
Zayne
memandang Umira lama.
“Future
problem you yang you haven’t accepted yet.” Balas Zayne selamba.
Bergurau.
Lama sungguh Zayne tak bergurau dengan Umira ini. Rindu.
Umira
terus lempar senduk, “Out!”
Itu
sahaja yang dapat dicapai Umira. Takkan nak lempar periuk nasi pula...
Zayne
Zayyan tangkap senduk dengan satu tangan. Tanpa bergerak pun.
“Nice
aim.” Kata Zayne Zayyan tanpa riak.
Umira
makin marah, “Out of my house.”
Zayne
tenang, “This is my house too.”
“Kalau
nak memperbodohkan orang, pergi cari mangsa lain. Jangan scam aku... Aku
tak ada duit nak bagi.” Kata Umira bengang.
Zayne
Zayyan menghirup kopi di depan mata lagi dan lagi, “Technically.”
Umira
pandang sekeliling. Rumah dia. Sofa dia. Dapur dia.
“Technically,
what?” Soal Umira yang sudah hilang sabar.
Zayne
bersandar di kitchen bar, “You are my wife...”
Umira
terus beku, “I’m not married to any men...”
Zayne
tersenyum, “You did. But I’m your man. Your only one...”
Umira
terus capai phone, “Kalau kau tak keluar aku panggil polis...”
Zayne
tak panik langsung, “Okey.”
Umira
freeze, “Hah?”
TEASER
3
“Kalau
tak percaya apa yang abang bagitahu, call polis. Tak perlu teragak-agak.
Tapi standby, nanti kena kecam pula dengan polis bertugas. Masalah
rumahtangga settle kat rumah tak perlu bawa ke balai, sayang...” Kata
Zayne Zayyan dengan nada lembut.
Dalam
masa yang sama, Zayne menghulurkan buku nikah kepada Umira. Sejak Umira
mengalami amnesia ini memang Zayne sentiasa selit buku nikah mereka dalam
dompet.
Mujur
juga Zayne masih berseluar slack dan berkemeja. Kalau dah tukar baju
tidur atau berkain pelekat... Jenuh nak bagi penjelasan dan berlari ke bilik
cari bukti.
Umira
mengambil buku nikah tersebut. Bulat mata Umira melihat nama dan gambar yang
jelas terpamer di depan mata.
Diam.
Umira
duduk atas kerusi. Pause. Rewind. Explain pada diri sendiri.
Zayne
duduk bertentangan dengan Umira. Tenang. Macam orang tengah briefing meeting
corporate pula.
“Kau
paksa aku ker?”soal Umira naif.
Aryan
angkat bahu dan tergelak, “Kita sama-sama setuju. Tak ada istilah paksa. Kita
bercinta. Suka sama suka.”
Umira
capai bantal sofa, “Aku tak setuju...”
Aryan
pandang Umira, “Dah akad pun. Sah. Dah sama-sama jalankan rutin suami isteri
pun. You didn’t say no either. Okey aje. Suka. Bahagia...”
Umira
melempar sebiji epal ke arah Zayne. Namun, Zayne tangkas menangkap epal
tersebut.
Umira
tepuk dahi, “Aku tak ingat apa-apa. Jadi, sila berambus.”
“Ini
syurga kita sayang. Kenapa mesti salah seorang kena keluar? Dan abang takkan
benarkan sayang sendirian. Abang perlukan sayang. Sayang perlukan abang.” Kata
Zayne panjang lebar dengan nada nakal.
Umira
bungkam, “Kau tidur mana?”
Zayne
tunjuk bilik atas, “Bedroom.”
Umira
terus bangun, “Okey. Pandai-pandailah bawa diri. Esok kita bincang semula.”
“Siapa
kata tidur asing-asing? Abang suami sayang.” Kata Zayne.
“No.”
Balas Umira laju.
Zayne
pandang Umira, “No?”
Umira
tekap dada, “Kau tak boleh tidur di bilik aku.”
Zayne
mengangguk, “Okay.”
Umira
blurr, “…okay?”
Aryan
bersandar, “Then I’ll sleep here.”
Umira
makin stress. Namun, setelah meletakkan air masak ke dalam botol kosong. Umira
berpaling dan selamba menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Lantak kau!
Janji... aku kunci pintu bilik aku.
Zayne
tersenyum kecil.
Agaknya...
kalau dia nampak Awisha, dia pengsan tak? Tawa kecil singgah lagi di bibir
Zayne.
Namun,
beberapa saat kemudian Zayne mengeluh perlahan. Moga kabus hitam ini
cepat-cepat berarak pergi.
Lambat
pula umi dan abi pulang. Zayne juga dah rindukan Awisha. Umi dan abi bawa
Awisha balik kampung seminggu. Ada kenduri. Zayne tak dapat pergi kerana mahu
menjaga Umira.
Mana
mungkin Zayne mahu meninggalkan Umira sendirian.
TEASER
4
Umira
biasa-biasa sahaja. Bangun pagi. Masak sarapan pagi. Siram pokok. Aryan hanya
memerhatikan sahaja dari ruang tamu.
“Jom
makan.” Panggil Umira lembut dari balik dinding meja makan.
“Mana
yang lain?”soal Umira sambil mengunyah nasi goreng merah.
Zayne
memandang ke wajah Umira. Dia dah ingat ke? Tenang aje ni...
“Siapa?”soal
Zayne mahu menduga.
“Awisha...
Umi dan Abi... Dorang pergi mana?”soal Umira sambil merenung tunak ke wajah
Zayne.
Terlepas
sudu yang dipegang oleh Zayne.
“Sayang
ingat?” Soal Zayne sambil bangun dan duduk di sebelah Umira.
Umira
mengangguk, “Kenapa pula nak lupa?”
Zayne
garu kepala sendiri.
Petang
pula, Umira duduk di dapur. Letih. Zayne datang sambil membawa secawan hot
chocolate untuk Umira.
Kali
ini, reaksi Umira agak berbeza.
Dalam
masa yang sama, Umira memandang tepat ke wajah Zayne.
“Aku
tak minta.” Kata Umira dengan wajah masam.
Zayne
mengangguk, “I know. But you need it...”
Umira
diam. Tapi tangannya tetap juga mencapai hot chocolate yang dibuat oleh
Zayne. Selamba sahaja dia minum, seteguk... seteguk. Masing-masing diam melayan
perasaan hati.
Sesekali
Umira mencuri pandang ke arah Zayne.
Lelaki
ini bukan sekadar suami...
Dia
terlalu tenang untuk jadi masalah. Terlalu dekat untuk jadi orang asing.
Terlalu prihatin untuk diabaikan.
Umira
pandang Zayne, “Kau tak penat ke? Tak perlu pun jaga aku. You can go anywhere.
I don’t mind...”
Zayne
memandang ke wajah Umira.
Zayne
menjawab perlahan, “Abang suami sayang. Someone who will stayed longer than
you expected. Abang tak akan ke mana-mana.”
Umira
diam.
Lelaki
ini hadir bukan untuk mengganggu hidupnya.
Tapi
sebagai semangat dan sandaran untuk Umira temui bahagia pada masa depan yang
samar-samar dalam terang.
Umira
mungkin sudah ingat. Tapi segalanya masih berkabut.
TEASER
5
Bunyi
ketukan kecil di pintu apartment Umira hampir tidak kedengaran. Namun,
cukup untuk membuatkan Umira yang baru sahaja hendak merebahkan badan di katil,
terbangun sendiri.
Jam
di dinding menunjukkan pukul 1:47 pagi. Waktu yang terlalu lewat untuk sesiapa
datang tanpa janji.
Dia
menghela nafas panjang dan mencapai telefon di meja. Tiada mesej. Tiada
panggilan.
Ketukan
itu datang lagi.
Kali
ini sedikit kuat.
Umira
mengerutkan dahi. Dalam kepala, pelbagai kemungkinan melintas.
Siapa?
Urgent ke?
Dia
bangun perlahan, kaki melangkah ke arah pintu utama. Tangan kanan memegang
tombol tetapi daun pintu masih belum dibuka.
“Siapa?”
suaranya separuh berbisik.
Diam.
Beberapa
saat kemudian...
“Kak
Mira…” Panggil satu suara dari luar.
Suara
kecil itu buat jantung Umira berdegup laju.
Tanpa
berfikir panjang, dia terus membuka pintu.
Dan
di situ...
Seorang
kanak-kanak perempuan berdiri sambil memeluk patung beruang lusuh. Rambutnya
sedikit berserabut, mata bundar itu memandang dengan harapan.
“Awisha?”
Soal Umira terpinga-pinga.
Belum
sempat Umira bertanya apa-apa, tubuh kecil itu terus meluru masuk dan memeluk
pinggangnya, erat.
“Wisha
tak boleh tidur.” Rengek Awisha manja.
Umira
terpaku beberapa saat, sebelum tangannya spontan membalas pelukan itu. Hangat. Menenangkan.
Pelik
betul Zayne ini. Cubalah prihatin sikit dengan anak. Boleh pula dibiarkan si
kecil ini sendirian. Umira mengerutkan dahi sendiri. Tak mungkin...
Tapi
sejak bila pula Zayne ini tak ambil peduli pasal Awisha. Errkkk!
“Kenapa
Wisha kat sini? Papa mana?” Soal Umira.
Apabila
diseru-seru sebegitu, seorang lelaki muncul dari arah belakang.
“Papa
kat sini.” Kata Zayne selamba.
Umira
mendongak.
Zayne
Zayan berdiri di luar pintu, bersandar santai pada dinding batu. Lengkap dengan
hoodie hitam dan topi yang ditarik rendah bagi menutup sebahagian wajahnya.
Tapi
walau cuba disorokkan, aura itu tetap ada.
Aura
seorang lelaki yang dikenali satu Malaysia.
Umira
menghela nafas panjang, “Seriuslah… sekarang ini dah hampir dua pagi. Buat apa
kat sini?”
TEASER
6
“Wisha
nak jumpa you. Dia tak nak tidur kalau tak jumpa you.” Zayne bagi ayat penyata.
Umira
memandang Awisha di dalam pelukannya itu.
“Wisha…
betul ke ni?” Soal Umira inginkan kepastian.
Awisha
mengangguk laju dan pipinya masih melekat di perut Umira.
“Wisha
nak makan aiskrim… tapi Papa tak bagi.” Omel Awisha dengan wajah masam tanda
merajuk.
Umira
menutup mata seketika.
Ya
Allah. Ini bukan sekadar tak boleh tidur. Ini mogok aiskrim.
Umira
kembali memandang Zayne, tajam.
“You
bawa anak you ketuk pintu rumah I semata-mata sebab aiskrim?” Soal Umira sambil
memegang dahi.
Zayne
tersenyum. Tenang. Seolah-olah itu perkara biasa.
“You
manager I, kan? So… handle lah.” Balas Zayne selamba.
Umira
hampir tercekik apabila mendengar kata-kata itu.
“I
manager you, bukan babysitter!” Balas Umira tegas.
“Tapi
sekarang... You tolong pikul dua-dua tanggungjawab tu. Pening I bila dia
merengek nak you...” Balas Zayne.
Awisha
di dalam pelukan Umira tiba-tiba mendongak. Arh, budak ini pula buat muka
simpati dia! Banyak kali Umira cuba bertegas dengan tugas dan
tanggungjawabnya.
Tapi
bila berdepan dengan anak kecil ini, gagal. Benteng seteguh tembok besar China
pun, runtuh.
“Kak
Mira, please…” Pujuk Awisha lagi.
Umira
pejamkan mata. Itu sahaja. Satu ayat ringkas dengan mata bulat yang mula
berkaca.
Dan
seperti biasa... Umira kalah. Dia mengeluh, kemudian mengusap kepala Wisha
perlahan.
“Okey…
tapi aiskrim sikit je. Lepas tu tidur.” Kata Umira dengan senyuman.
Awisha
terus tersenyum lebar, “Yay! Kak Mira best!”
Zayne
ketawa kecil di pintu, “See? Dia memang suka you.”
Umira
menjeling tajam, “You ni… memang tak guna langsung sebagai papa. Budak kecil ni
pun tak pandai pujuk. Cubalah guna ayat elok-elok... Pujuk dia tidur...”
Zayne
hanya mengangkat tangan tanda surrender.
“Eh,
I cuba. Tapi clearly… I kalah dengan you.” Tutur Zayne.
Beberapa
minit kemudian, di ruang tamu kecil keadaan bertukar menjadi suasana yang…
aneh.
Di
satu sisi, Umira duduk di sofa dengan semangkuk kecil aiskrim vanila di tangan
dan menyuapkan perlahan ke mulut Awisha yang duduk di riba.
Di
sisi lain, Zayne bersandar di kerusi sambil memandang mereka berdua dengan satu
ekspresi yang sukar ditafsir.
Tenang.
Bahagia. Dan… sedikit lama. Pintu utama dibiarkan terbuka luas.
“You
jangan pandang macam tu boleh tak?” Umira bersuara tanpa melihat.
Zayne
mengangkat kening, “Macam mana?”
“Macam…
kita ni keluarga.” Balas Umira selamba.
Nak
bercakap dengan Zayne Zayyan ni kena jelas. Kalau berlapik nanti boleh jadi
mental layan gila dia.
Senyap.
Beberapa saat berlalu. Kemudian Zayne bersuara, perlahan.
“Tak
boleh ke?” Soal Zayne tanpa riak.
Sudu
di tangan Umira terhenti seketika. Dia tidak menjawab.
Awisha
yang tidak sedar apa-apa menarik tangan Umira agar terus menyuap lagi aiskrim
ke dalam mulutnya. Setelah habis, Awisha tersenyum puas.
“Sedap…”
Soal Umira lembut.
Dalam
masa yang sama, Umira menarik nafas perlahan. Cuba menenangkan diri. Tahu,
Zayne memerhati segala gerak-gerinya.
“Dah
habis. Lepas ni tidur.” Kata Umira lebih lembut.
Setengah
jam kemudian, Awisha akhirnya terlelap. Merengek tak mahu balik.
Kepalanya
bersandar di bahu Umira dan nafas kecilnya teratur. Patung beruang masih dalam
pelukan.
Umira
bergerak perlahan. Cuba bangun tanpa mengejutkan anak kecil itu. Niat hati mahu
mengejutkan juga Awisha agar memudahkan Zayne membawa anaknya ini pulang. Dan
Umira sendiri perlukan katil dan tilamnya untuk tidur. Esok, Umira perlu
bekerja.
Namun
sebelum sempat Umira bangun...
“Aku
ambil.” Kata Zayne tenang.
Suara
Zayne dekat di belakang.
Belum
sempat Umira membantah, lelaki itu sudah mendekat dan mengambil Awisha dengan
penuh berhati-hati. Gerakannya lembut. Berbeza dengan sikap selambanya tadi.
TEASER
7
Umira
memerhati dalam diam. Ada sesuatu tentang cara Zayne menguruskan Awisha yang
mencuit hati Umira.
Hati
Umira tersenyum diam-diam.
“Thanks.”
Kata Zayne ikhlas sambil menatap anak mata bundar milik Umira.
Suara
Zayne perlahan.
Umira
tersentak sedikit, “For what?”
“For…
being here. For her.” Balas Zayne.
Jelas
dan tenang.
Umira
menelan liur.
“I
cuma buat kerja I. Erm, not my official task. But I’m happy... Sebab
dapat bantu Awisha.” Balas Umira tergagap-gagap.
Zayne
tersenyum kecil, “Thanks a lot. Ini di luar tugas you. Tapi... Terima
kasih sebab layan anak I dengan baik.”
Mata
mereka bertemu seketika. Dan entah kenapa, Umira cepat-cepat mengalihkan
pandangan.
Zayne
bersedia untuk berpusing dan berdiri di daun pintu. Awisha masih lena di dalam
dukungannya.
“Next
time… You kena belajar pujuk Awisha. You, papa dia. Lagipun, kalau orang
luar tahu. Buruk reputasi you tu...” Kata Umira tenang.
Zayne
mengangguk, “Relax. I pakai hoodie. Kalau ada yang skodeng pun... Tak
dapat the real me.”
Umira
menjeling.
“I
serius.” Kata Umira.
Zayne
diam. Itulah hakikatnya. Dia bukan lelaki biasa. Dia milik umum. Milik peminat.
Milik dunia.
Dan
dunia itu tidak akan faham jika mereka nampak apa yang berlaku ini.
Seorang
penyanyi nombor satu negara… dengan seorang anak kecil dan seorang wanita yang
bukan sesiapa.
“Atau...
You risau pasal diri you?” Zayne bersuara perlahan.
Soalan
itu membuatkan Umira terdiam.
Dia
sendiri tak pasti jawapannya. Akhirnya dia hanya menggeleng.
“Pergilah.
Dah lewat. I pun nak tidur...” Kata Umira tegas nadanya.
Zayne
mengangguk.
Namun,
sebelum Zayne melangkah keluar dari rumah Umira, satu suara kecil tiba-tiba
kedengaran.
“Mama…”
Panggil Awisha dalam tidurnya.
Umira
tersentak.
Zayne
juga.
Awisha
menggeliat sedikit dalam dukungan papanya dengan mata yang masih tertutup.
Mata
Umira dan Zayne bertaut.
“Mama
Mira…” Luah Awisha lagi sekali dan kali ini lebih tepat sasarannya.
Dunia
terasa terhenti seketika. Umira kaku di tempatnya.
Zayne
perlahan-lahan berkalih memandang ke arah Umira lagi dan lagi.
Satu
pandangan yang terlalu dalam... Terlalu jujur. Dan terlalu berbahaya. Umira
menelan liur.
“Itu…
dia mengigau je.” Kata Umira cuba tenang dan tersenyum.
Zayne
tidak menjawab.
Beberapa
saat berlalu sebelum dia akhirnya mengangguk perlahan.
“Yeah…
maybe.” Kata Zayne perlahan.
Namun,
cara Zayne memandang Umira.
Seolah-olah
dia tidak percaya itu sekadar mimpi.
Rasanya
mahu direalitikan agar Awisha mendapat kasih sayang yang selayaknya tanpa perlu
merayu.
Figura
Zayne sudah hilang dari pandangan. Sunyi kembali mengisi ruang tamu itu.
Cepat-cepat
Umira menutup pintu.
Gila!
Umira
berdiri di situ untuk beberapa saat, tidak bergerak. Tangannya masih terasa
hangat. Seolah-olah pelukan kecil tadi belum hilang.
Dan
entah kenapa… Dadanya terasa kosong.
Dia
mengeluh perlahan sambil berjalan kembali ke sofa dan duduk sambil memeluk
kusyen.
Ini
salah… Bisiknya sendiri. Dia
tahu batasnya. Dia tahu siapa Zayne. Dia tahu siapa dirinya.
Namun
pagi ini…
Segalanya
terasa terlalu nyata. Terlalu… rapat dan dekat seperti keluarga.
Bahagia.
Umira
memejamkan mata. Kemudian, Umira menggaru kepala yang tak gatal. Aku buat
apa lagi kat sini? Masuk biliklah. Tidur. Bebel Umira pada diri sendiri dan
terus melangkah ke tingkat satu.
Sampai
sahaja di bilik, Umira berbaring dan memandang siling.
Sebelum
lena datang, satu suara kecil masih terngiang di telinganya...
“Mama
Mira…” Panggil Awisha lembut dan manja.
Dan
buat pertama kali sejak dia menerima kerja itu... Umira mula takut. Bukan pada
skandal. Bukan pada peminat. Tetapi pada hatinya sendiri.
TEASER
8
eritan
itu memecah ruang stadium.
“Zayne!
Zayne! Zayne!”
Bunyi
ribuan suara bersatu, bergema hingga ke belakang pentas.
Lampu-lampu
sorot berkelip, muzik latar berdentum kuat dan seluruh ruang terasa hidup.
Seolah-olah
dunia hanya berputar di atas satu nama.
Zayne
Zayan.
Di
hadapan cermin besar dalam bilik persalinan.
Lelaki
itu berdiri tegak, lengkap dengan jaket kulit hitam yang terletak sempurna di
bahunya.
Rambutnya
disisir rapi, wajahnya tenang. Terlalu tenang untuk seseorang yang bakal naik
ke pentas terbesar malam ini. Mungkin Zayne sudah terbiasa dengan rutinnya
sebagai performer.
Namun
di belakangnya... Umira tidak tenang. Macam dia pula yang nak buat konsert
solo.
“Mic
check dah settle. Setlist confirm. Wardrobe second half dah standby. Air
mineral letak tepi stage. Security pun dah clear...” Bebel Umira
seorang diri.
“You
nervous, ke I nervous?” Soal Zayne cuak.
Suara
Zayne memotong santai.
Umira
berhenti bercakap dan memandang refleksi lelaki itu di cermin.
“I
tak ada masa nak nervous. I tengah buat kerja.” Balas Umira.
Zayne
tersenyum kecil.
“Relax
lah, Mira. You macam nak pergi berperang.” Usik Zayne dengan senyum tawa kacak.
“Ini
lagi teruk dari perang. Ini you.” Bebel Umira dengan nada yang tegas.
Zayne
ketawa perlahan dan berpaling menghadapnya.
“You
ni… sejak bila jadi garang macam ni?” Soal Zayne tak puas hati.
Umira
mencebik, memandang tablet di tangan.
“Sejak
I kena jaga artis yang suka bawa masalah peribadi walaupun di luar waktu
kerja...” Luah Umira spontan.
Aryan
mengangkat kening dan senyumannya semakin lebar.
“You
boleh buat pilihan sendiri... I tak paksa.” Kata Zayne senada.
Umira
terus memandang Zayne tajam, “You jangan
nak mula yea. Jangan buat I sakit kepala...”
Umira
pamer wajah masam.
“Mula
apa? I cakap benda betul kot...” Zayne melangkah sedikit dekat.
Jarak
antara mereka semakin rapat.
Terlalu
rapat.
Sehingga
Umira dapat mencium bau perfume Zayne
yang lembut tapi cukup untuk buat dia sedikit… hilang fokus.
Umira
cepat-cepat mengundur setapak.
“Go
warm up. Lima minit lagi.” Kata Umira tegas dengan muka ketat.
Zayne
tidak bergerak. Sebaliknya, dia hanya memandang Umira.
Lama.
Seolah-olah
ada sesuatu yang ingin dikatakan, tetapi ditahan.
Akhirnya
dia menghela nafas kecil.
“Yes,
boss.” Kata Zayne akhirnya.
Lampu
pentas padam. Beberapa saat sunyi.
Kemudian,
muzik meledak... Dan nama itu kembali bergema berkali-kali.
“ZAYNE
ZAYYAN!”
Lampu
menyala terang.
Zayne
Zayyan muncul di tengah pentas.
Dan
sekelip mata. Dia berubah. Daripada seorang lelaki santai di belakang pentas… Menjadi
bintang yang memukau ribuan manusia.
Suara
emasnya memenuhi ruang, setiap nada sempurna dan setiap gerak penuh karisma.
Peminat menjerit, melompat dan menangis. Seolah-olah setiap lirik itu milik
mereka.
Namun
di belakang pentas...
Umira
berdiri di sudut gelap, headset di telinga. Matanya tidak pernah lepas memandang
ke skrin monitor.
“Camera
2, closer. Lighting slow fade. Yes, sekarang!”
Arahan
keluar tanpa henti.
Tangan
bergerak pantas, otak bekerja dua kali ganda.
Tetapi
di sebalik semua itu. Matanya tetap mencari satu wajah.
Zayne.
Dan
setiap kali lelaki itu berpusing, setiap kali dia mendekati hujung pentas. Seolah-olah…
Dia mencari seseorang. Dan setiap kali mata mereka hampir bertemu. Umira
cepat-cepat mengalihkan pandangan. Fokus, Umira… Bisik Umira dalam hati.
Di
tengah persembahan, muzik perlahan mula mengambil alih. Lampu menjadi malap. Suasana
berubah. Ini turn lagu balada.
Zayne
berdiri di tengah pentas, mikrofon di tangan dan wajahnya sedikit berbeza dari
tadi. Lebih tenang. Lebih… jujur.
“Lagu
seterusnya. Untuk seseorang yang… mungkin tak pernah tahu.” Suara Zayne bergema
perlahan.
TEASER
9
“You
tak sayang kerjaya you? Zayne, be serious. Jangan buat benda bodoh,
bole?” Luah Umira tanpa riak.
“Siapa
yang buat benda bodoh. I kerjalah ni...” Balas Zayne selamba.
“Hmm.”
Tutur Umira sepatah.
Hilang
kosa kata. Malas nak bertikam lidah dengan Zayne. Pening kepala jika dilayan.
Nanti boleh jadi gila. Tambah serabut lagi ada.
Zayne
mendekat lagi sedikit, “You selalu kerja. Tapi mata you… tak boleh tipu.”
Umira
terasa nafasnya sedikit sesak, “You jangan nak perasan lebih sangat.”
“Do
I?” Soal Zayne dengan suara garaunya.
Sunyi
seketika. Bunyi krew di sekeliling seperti menjauh. Hanya mereka berdua di dalam
ruang kecil yang penuh dengan sesuatu yang tidak diucapkan.
“Zayne...”
Umira jeda lagi.
“I
cari you atas pentas tadi.” Kata Zayne akhirnya mengaku.
Ayat
itu membuatkan Umira kaku.
“I
tahu you ada kat belakang. Dan setiap kali I pandang… I harap you pandang I balik.”
Kata Zayne mendatar.
Suara
Zayne perlahan tapi jelas.
Umira
menelan liur. Jantungnya berdegup kuat. Ini salah. Ini sudah terlalu jauh.
“Zayne,
kita kena...” Umira jeda.
“Kita
apa?” Soal Zayne yang cuba menyampuk lembut.
Umira
memejam mata sekejap, “Mereka semua tengok you.”
“Let
them.” Bisik Zayne perlahan.
“You
bukan milik I.” Kata Umira tegas.
Zayne
terdiam. Untuk pertama kali... Senyumannya hilang sedikit.
“Dan
you?” Soal Zayne dengan nada tak puas hati.
Soalan
itu perlahan. Tetapi cukup berat. Umira membuka mata. Memandang tepat ke
arahnya.
“I
manager you.” Balas Umira tegas.
TEASER
10
“We
need to talk...” Kata Datin Zailah dengan suara mendatar.
Nada
suaranya cukup untuk membuatkan suasana menjadi berat. Umira mengangguk,
menutup laptop.
“Duduk.”
Kata Datin Zailah.
Arahan
itu ringkas.
Dan
Umira menurut.
Beberapa
saat berlalu tanpa kata. Datin Zailah membuka fail di tangannya dan membelek
beberapa helaian sebelum dia akhirnya bersuara.
“Awak
tahu kenapa Zayne berada di tahap ini sekarang?” Soal Datin Zailah.
Soalan
itu kedengaran mudah.
Namun,
Umira tidak menjawab sembarangan.
“Disiplin.
Konsistensi. Dan… sokongan pasukan.” Jawab Umira sedikit gugup.
Datin
Zailah mengangguk perlahan.
“Betul.
Tapi ada satu lagi perkara yang paling penting.” Kata Datin Zailah tegas.
Dia
mengangkat muka, memandang tepat ke arah Umira.
“Kawalan.”
Kata Datin Zailah sepatah.
Sunyi.
Umira
hanya diam dan menunggu.
“Zayne
Zayyan bukan sekadar penyanyi. Dia jenama. Dia produk. Dia pelaburan berjuta
ringgit.” Kata Datin Zailah dengan bangganya.
Setiap
perkataan disebut dengan jelas.
“Dan
produk… tidak boleh rosak.” Sambung Datin Zailah lagi.
Umira
menelan liur, “Ada apa-apa isu ke, Datin?”
Datin
Zailah menutup fail itu perlahan.
“Semalam.
Di Apartmen awak.” Kata Datin Zailah dan jeda.
Dunia
Umira terasa berhenti. Jantungnya berdegup kuat. Dia cuba kekal tenang.
“Apa
maksud Datin?” Soal Umira panik.
Datin
Zailah menyandarkan badan ke kerusi, “Jangan buat saya ulang dua kali.”
Nada
suaranya masih tenang. Tapi cukup tajam untuk melukakan.
“Ada
orang yang nampak Zayne masuk ke apartmen awak. Dengan seorang budak
perempuan.” Kata Datin Zailah dengan wajah tegang sambil merenung tepat ke anak
mata Umira.
Umira
menggenggam tangannya di bawah meja, “Budak itu anak Zayne.”
“Saya
tahu.” Balas Datin Zailah senada.
Jawapan
itu pantas.
“Dan
itu lebih bahaya.” Kata Datin Zailah lagi dengan satu keluhan besar.
Umira
terdiam.
“Awak
sedar tak kalau benda ni keluar, kerjaya Zayne hancur... Imej single and
available sebagai Penyanyi nombor satu negara, terpadam. Populariti
merudum. Orang akan kata Zayne Zayyan, penipu.” Datin Zailah menyambung.
Umira
terkesima.
Setiap
perkataan seperti menekan dada Umira.
“I…
I jaga keadaan. Tak ada siapa ambil gambar.” Kata Umira sedikit goyah.
“Belum
berlaku...” Balas Datin Zailah sepatah.
Datin
Zailah memperbetulkan, “Belum bukan bermaksud tak akan tertangkap.”
Sunyi
seketika. Kemudian...
“Dan
satu lagi.” Kata Datin Zailah.
Umira
mengangkat muka.
Datin
Zailah memandang Umira lama, “Terlalu banyak masa yang awak habiskan dengan
dia… di luar skop kerja.”
Darah
Umira terasa sejuk, “Datin, saya cuma...”
“Saya
tak tanya. Saya beritahu.” Kata Datin Zailah tenang tanpa riak.












