KOMBO BUNGA-JUALAN KOMBO SAHAJA
(PROMO DARI 22/10/2025 SEHINGGA 3/11/2025)
✅PROMO harga KOMBO RM27✅
🌸BUNGA HATI BY DALIA MARITZA🌸
BUNGA HATI mengisahkan persahabatan Arlisa, Alana, Sirhan dan Kaesar. Kisah empat sahabat yang akrab namun diuji dengan satu salah faham. Yang pasti, Arlisa menghilang. Tanpa khabar. Tanpa jejak.
Sehinggalah, mereka berempat dipertemukan semula di majlis reunion kolej. Sesuatu yang mustahil berlaku, setelah mereka semua reunion berkali-kali. Reunion tahun ke-sepuluh ini, mempertemukan Arlisa dengan Alana, Sirhan dan Kaesar.
“Kau rasa, apa yang aku nak daripada kau Arlisa? Sejak di meja pendaftaran tadi... Aku tunggu satu patah kata sahaja daripada kau. Tapi kenapa keras sangat hati kau Arlisa?” -Alana
“Aku minta maaf.” -Arlisa
Akhirnya, beban jiwa ternoktah dengan kata maaf.
“Jangan lupa mesej aku Arl... You are my missing half. Jangan menghilang lagi. Kami semua rindukan kau. We can make it again. Together for ever. But... Please, do as I wish. Don’t waste time anymore.”-Alana
Rahsia jiwa akhirnya terbongkar juga. Melibatkan hati dan perasaan kesemua mereka. Lantas, mungkinkah mereka akan berbaik semula? Atau kebencian dan duka kekal berpanjangan? Apakah akan ternoktah persahabatan antara mereka?
“Sayang. Apa sayang merepek ini? Apa yang dah Arlisa buat? Salah faham pada siapa? Rahsia? Rahsia apa ni? Korang ni bergaduh sebab jantan mana ni? Sebab ni ke, kau hilangkan diri Arlisa?” -Kaesar
“Ecah bagitahu. Kau ada seminar esok. I’m proud of you. Coz you one of the speaker on that seminar. Kamipun memang stay kat sini Arl. Kami tunggu kau free esok. Aku harap kau boleh luangkan masa at least sehari untuk aku, Kae dan Han. Kami rindukan kau, Arl. A lot of things to story. Ten years Arl, one day still not enough.” -Alana
“Betul tu, Arl. Aku harap kita boleh perbaiki persahabatan kita berempat ini menjadi lebih baik dan lebih erat lagi. We need you. Alana, rindu nak bergurau dengan kau. Aku rindu nak mengusik kau. Sirhan, rindu dengan masakan kau. Jangan abaikan kami lagi Arl.” -Kaesar
“Welcome back, Arl... Miss you so much.” -Sirhan
Mujur Arlisa boleh kawal hatinya, jika tidak mahu Arlisa meraung kat situ. Sebab apa? Sebab Sirhan mengusap belakang kepalanya. Momen yang paling Arlisa rindu. Antara mereka bertiga, Sirhan memang prihatin dan sentiasa memanjakan Arlisa. Mungkin sebab itu juga, hati Arlisa jadi tak keruan. Kebaikan Sirhan disalah ertikan. Persahabatan berubah menjadi rasa yang berbeza.
Hati kembali berbunga. Dalam masa yang sama, luka lama akan berdarah kembali. Kali ini, bagaimana pula perjalanan hati? Makin terlukakah? Alana dah jadi isteri Kaesar. Sirhan? Pasti Sirhan pun dah ada pasangan pilihan sendiri. Sedar diri, Arlisa. Don’t make a mess again.
Jangan lupa memiliki naskhah ini, kisah cinta budak kolej yang mungkin berlaku dalam kehidupan realiti. Cinta monyetkah? Atau cinta sejati?
Berminat piyemmmm 🔥🔥🔥
www.wasap.my/60182957365/kombobungadm. 🔥🔥🔥
🌸BUNGA ARISSA BY BELLA HASTEL🌸
Tiga tahun selepas insiden memalukan di hari perkahwinannya, Bunga Arissa akhirnya berani balik ke tempat yang pernah menghancurkan dia. Dia buka kedai bunga kecil dan cuba hidup normal, jauh dari gosip dan luka lama.
Tapi Rhett Hayes muncul tanpa dijemput.
Lelaki yang sepatutnya berdiri di pihak abang dia, tapi entah kenapa, makin hari makin rapat. Rhett bukan jenis lelaki yang romantik.
“Kau kenal ke aku ni siapa?”- Rhett Hayes
“Macam mana aku boleh lupa? Nama kau pun dah cukup untuk naikkan tekanan darah aku.” - Bunga Arissa
Rhett lurus bendul, tapi keras kepala, dan suka buat Bunga geram. Namun dalam setiap ketegangan itu, Bunga mula belajar sesuatu yang dia tak sangka masih wujud. Ianya rasa tenang bila ada seseorang di sisi.
Cinta mereka bukan cinta mudah. Ia datang dengan luka, dengan penyesalan, dan dengan keberanian untuk percaya semula. Tapi bila semuanya hampir tenang, masa lalu mula mengetuk semula bila bekas tunang, Ryan Hayes muncul untuk menuntut cintanya kembali.
Dan kali ini, kalau Bunga nak bahagia, dia kena hadap semuanya dengan bijak. Bukan dengan air mata, tapi dengan hati yang dah belajar untuk kuat.
Sanggupkah dia buka hatinya semula, bila yang mengetuk pintu tu datang dari keluarga yang pernah hampir hancurkan dia?
Berminat piyemmmm 🔥🔥🔥
https://www.wasap.my/60182957365/kombobungadm 🔥🔥🔥
No comments:
Post a Comment