Wednesday, October 29, 2025

BILA SI ALMA MEREPEK, FELLA RASE NAK CEPUK... πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Bila Hati Masih Mencintai Dia

πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯Random TeaserπŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Hilang sahaja bayang Zafiera. Aryan tenung wajah Fella pula. Serba-salah Fella
dibuatnya.

“Terima kasih. Sedap...” Luah Aryan.

“Hah?” Fella blurr.

“Apa yang sedap, hah?”sergah Alma dari
arah belakang dan memeluk bahu Fella.

Terkebil-kebil Aryan dan Fella. Terkejut.

“Alma. Terkejut aku.” Luah Fella perlahan.

“Apa yang sedap bro? Siap berterima kasih lagi. Kau bagi apa kat bro, hah? Kau bagi apa? Baik cakap...” Usik Alma dengan tawa kecilnya sambil menggeletek Fella.

Aryan kalut. Panik. Apa yang difaham budak berdua ini? Astaghfirullah.

Pap.

Aryan simpan senyum di pinggir bibir.
Tangan Fella tu memang laju je mencepuk
orang.

Alma pandang wajah Fella dengan memek
muka sedih, “Sampai hati pukul aku.”

“Jangan duk melalut. Nah. Makan kuih ni.
Air kopi tu... Tuang ler sendiri. Buat macam rumah sendiri.” Kata Fella tenang.

“Duduklah Alma. Teman Fella pula. Fella...” Panggil Aryan lembut.

Fella memandang ke wajah Aryan yang
sudah berdiri di sisinya.

“Terima kasih. Sedap. Lazat. Nanti buatkan lagi.” Kata Aryan sambil mengangkat kening ke arah Alma.

Alma pecah gelak besar.

“Kau tengok tu... Apa kau bagi dia hah? Kau kiss dia heh?”

Pap.

Alma. Alma. Susah kalau orang tengah mood darah manis ni. Merepek aje otaknya.

No comments:

Post a Comment