NOVEL/E-NOVEL DALIA MARITZA

BILA HATI MASIH MENCINTAI DIA
RM16



DAMAI BERSAMA BINTANG 
RM18



RAHID MUMTAZ 
RM16



MY SUNFLOWER SIR NEIL 

RM16








 



TAHUN 2024


TAWA TANGIS DI NAFASKU (TTDN)
PDF READY FILE

Cara Pembelian : KLIK gambar 


SINOPSIS:

💝TAWA TANGIS DI NAFASKU💝


"Tak lama pun lagi. Sabar yea sayang. I will make sure that, hati Kapten Dylan akan terkunci mati buat Cikgu Warda. Amacam? Okey tak attire bakal imam you ini?" - Dylan.


"Bertuah punya anak. Ish, nak jadi bakal imam kena kuatkan iman." - Radhiatul (Umi Dylan)


”Aik. Bukan cuti kahwin ke? Apasal muncul pula kat sini?" - Daiyan 


***

Cuaca yang buruk menyebabkan sebilah kipas utama helikopter patah dan helikopter hilang keseimbangan dalam ketinggian 25000 kaki. Menggila berputar-putar di langit Bario tanpa arah.


"Boleh ke kita bertahan, bro?" - Daiyan 


"Kalau apa-apa jadi pada aku, kau cari Warda. Jaga umi dan Warda untuk aku Daiyan. Janji pada aku..." - Dylan 


Jika Kapten Dylan dah kata begitu. Daiyan lagilah cuak dan tak keruan. Lain yang ditanya, lain pula yang di balas oleh Dylan. 


Mereka berdua sudah terputus hubungan dengan pusat kawalan dan terpaksa berlegar-legar setempat. 


"Bila aku kata terjun kau terjun. Aku akan ikut terjun lepas tu." - Dylan


Wajah Daiyan sudah pucat lesi memandang ke bawah. Pertama kali dalam sejarah, Daiyan gugup mahu terjun ke bawah.


Latihan terjunan menggunakan payung terjun adalah berbeza jika mahu dilakukan pada saat-saat kritikal. 


"Kenapa tak terjun sama-sama?" - Daiyan 


"Aku dah kata, kau terjun dulu. Kalau terjun sama-sama nanti dua-dua tak selamat." - Dylan 


"Kebarangkaliannya?" - Daiyan 


Dylan pandang wajah Daiyan sekilas.


"I don't have time to think about that. Just go, when I said go... Daiyan." - Dylan


Tragisnya, Warda kehilangan bakal imam dan umi kehilangan satu-satunya anak yang dia ada.


***

"Baru sampai pun dah menyusahkan orang. Aku tak tahu sama ada hari ini hari yang malang atau memang nasib kau yang sememangnya malang. Dalam banyak-banyak tempat yang ada kat Sarawak ini, kenapa Bario juga yang kau hadap sangat? Kau tahu Mak Ngah dan ibu nak jodoh kan kita. Kau datang juga. Kata dah ada pilihan hati. Mana? Menyusahkan sungguh..." - Arfiz 


"Warda minta maaf. Warda datang sini bukan untuk susahkan sesiapa. Warda datang nak cari tunang Warda. Kes helikopter penyelamat yang terhempas. Seorang terselamat dan seorang lagi masih belum ditemui. Yang belum ditemui itu adalah tunang Warda." - Warda 


"Siapa awak?" - Warda 


"Aku manusia. Mudah tersesat. Ambil tu. Sarung kat badan kau tu. Tersesat kat hutan ini, masih boleh hidup tanpa dosa. Tersesat nafsu nanti dapat bala pula. Terus ke neraka. Dah lah berdua aje lelaki perempuan ini. Kau ini memang saja cari masalah. Kenapa tak stay aje kat Semenanjung tu?" Mr Bario


"Kami datang nak bawa Warda pulang. Mayat  Dylan dah ditemui. Sekarang berada di hospital Sarawak. Warda akan teman Umi utk sama-sama bawa arwah Dylan pulang. Warda kuat kan untuk hadap semua ini? Teman Umi dan iring jenazah Dylan." - Umi


"Salam kenal Warda. Kapten Daiyan Dzulkefli melapor diri. Anggota skuadron yang terbang bersama arwah Kapten Dylan Haliq." - Kapten Daiyan Dzulkeifli


Anggota skuadron 'kamikaze', 'keranda terbang' dan 'dinosour' yang pastinya telah berjaya menyelamatkan ribuan nyawa, menyertai ratusan misi keselamatan serta misi bantuan. Tugas itu bukan mudah.


Bisakah Warda bersetuju dengan permintaan terakhir arwah Kapten Dylan Haliq?


Mahukah Warda mempertaruhkan lagi hidupnya dengan anggota skuadron yang sama. Bolehkah Warda bertahan jika menghadapi satu lagi kehilangan?


Apakah langit Bario boleh munculkan pelangi dengan hujan tanpa matahari?


Tawa tangis di nafasku… Engkaulah saksi - Warda


Tawa tangis di nafasku… Hanyalah dirimu - Dylan Haliq / Daiyan Dzulkeifli



REDUP RENUNGAN MATA LUTFAN 
(RRML) - APRIL
PDF READY FILE

Cara Pembelian : KLIK gambar 


SINOPSIS:

💝SINOPSIS REDUP RENUNGAN MATA💝


Antara Marissa dan Lutfan, kedua-duanya terikat pada cinta pandang pertama. Tapi berbeza jurang usia. Kata orang dari mata turun ke hati. Kalau tak cinta, jangan pernah tenung anak dara orang penuh makna. Kalau tak rindu, jangan bina ayat double meaning selalu. Kelak rosak hati nanti. 


“Pak Cik? Beauty and the beast pula. Kacak macam tu kau panggil the beast? Panggil Pak Cik? Tak patut betul.” - Marissa


“Aku panggil the beast bukan sebab rupa dia buruk. Tapi jarak usia kau dengan dia itu macam beza tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi. Pak Cik lah tu. Hish, kau nak Muqri kurung kau dalam perigi buta ke?” - Sofy


Agenda untuk bercinta dengan Lutfan si duda berhias yang hot lagi spicy tu, buat hidup Marissa kacau bilau. 


‘Biar betul dorang ini. Tenung macam tak puas hati. Nak bunuh aku ke apa tu? Seriau Marissa dibuatnya.’ - Marissa.


“Macam nampak hantu aje? Saya, Lutfanlah.” - Lutfan


“Jauh sikit, boleh? Dato’ tak nampak ke, dorang kat sebelah tu pandang saya macam nak telan. Scary tau. Menyesal pula saya ikut datang sini.” - Marissa


Lutfan memang pandai menggoda tapi takut nak meluahkan kata cinta. Ibarat main tarik tali dan jinak-jinak merpati. Dah dekat kemudian lari. Namun kisah silam yang tak sempurna membuatkan Lutfan terlalu berhati-hati. Tidak mahu Marissa terluka dan tercalar rasa. Ditambah pula dengan perangai luar alam jandanya hingga Marissa jadi mangsa. Mujurlah tak hilang nyawa.


“Kau ingat aku desperate sangat sampai budak mentah macam tu pun aku nak tangkap jadi suri hidup aku? Panjang pula kisah cinta aku ni nanti. Lebih sadis daripada kisah Lela Majnun. Lagipun, masalah dengan Bella pun belum selesai sampai sekarang. Perempuan yang ada di laluan kehidupan aku ini pun dah memeningkan kepala. Nak tambah pula perempuan muda? Kalau begini dah versi sugar daddy pula hidup aku nanti.” -Lutfan


Sejak itu, Lutfan menutup laluan bahagia. Marissa bawa diri ke luar negara. Lutfan pasrah tanpa rela. Benarkah, bila hati menidakkan maka cinta akan berlalu pergi? Realitinya, walau jarak memisahkan, Lutfan dan Marissa tetap setia. Cinta dan rindu itu tetap menggebu menjadi satu.


Dengan redup renungan mata, hati dapat merasa. Namun sampai bila mahu menunggu? Jika tidak dilafazkan kalimah cinta, maka bila pula lafaz akad akan tercipta? Atau Marissa dan Lutfan mahu kekal sebagai teman tapi mesra tanpa sebarang ikatan?




BLINDSPOT CINTA (BC)
PDF READY FILE

Cara Pembelian : KLIK gambar 


SINOPSIS:

💝SINOPSIS: BLINDSPOT CINTA💝


Cinta akan hadir kerana kita adalah takdir - Arden

Pabila aku harus memilih untuk terus terluka atau bahagia - Darleen


BLINDSPOT CINTA ini mengisahkan ketabahan hati Darleen dalam melalui hari demi hari yang malang bersama ibunya (Maryana), adik tirinya (Arir) dan bapa tirinya (Uwais). Hubungan Darleen dan Maryana memang renggang semenjak kehadiran Uwais sebagai bapa tirinya. Darleen merasakan Maryana mementingkan diri sendiri sehingga perasaan Darleen tidak dipedulikan. Kehadiran Arir juga buat Darleen semakin membenci Maryana dan Uwais. Namun Darleen rapat dan melayan Arir dengan baik. Darleenlah tempat Arir berlindung apabila bapa sendiri pun menidakkan kehadirannya. 


Bukan itu sahaja, Darleen terpaksa jadi gadis kuat demi maruah diri kerana Uwais kaki judi. Darleen terpaksa menanggung hutang Uwais tanpa rela. Berdepan dengan ahlong membuatkan Darleen sentiasa berwaspada. Tanpa sedar jiwa Darleen sebenarnya terluka sehingga membuka ruang depresi. Namun demi Arir dan ibu, Darleen perlu nampak kuat. 


Lain pula jadinya apabila Darleen menjejakkan kaki ke Ard Holdings. Darleen terpaksa mendekati Arden kerana kehendak Uwais. Taqi juga menjadi asbab Darleen menjejakkan kaki ke Ard Holdings. Kata Taqi, tempat itu lebih selamat dari sarang pelacuran. 


Beberapa bulan bekerja, Darleen terjebak dengan konspirasi anak dan mak. Syarat kontrak sebagai setiausaha khas Arden sungguh tidak logik dek akal. Darleen menolak. Tidak cukup dengan itu, Puan Sri Ratna a.k.a bonda Arden tak pernah mengalah untuk memaksa Darleen menjadi mata dan telinganya. Dua-beranak ini memang buat Darleen hilang akal. Anak dan mak sama sahaja. Kedua-duanya mahu Darleen tandatangan kontrak kerja gila.


Tanpa sedar, Darleen yang tidak berjiwa mula mengenal bahagia.

Tanpa sedar, Arden yang mencari cinta ketemu bahagia.


Namun, hati Darleen ibarat batu sungai. Berubah bentuk namun tak berderai. Sukar dilembutkan walau iceberg rindu yang Arden selimutkan. Arden berubah jadi romantik tetapi Darleen tetap beku.


Blindspot cinta sentiasa wujud antara Darleen dan Arden. Mampukah Darleen mengubah diri agar lebih berjiwa dan membuka hati untuk cinta?




HATIKU BUKAN KRISTAL (HBK)
PDF READY FILE
Cara Pembelian : KLIK gambar 


SINOPSIS:

💝HATIKU BUKAN KRISTAL💝


HATIKU BUKAN KRISTAL (HBK) memaparkan kisah Cinta versi Adam dan Sara yang bukan kisah Cinta biasa. Pada awalnya mereka bertemu tetapi kebetulan itu tak mampu menyatukan mereka. Masing-masing punya sejarah Cinta yang melukakan jiwa. 


Cinta pertama yang hilang nilainya. Menjadikan Adam lelaki luka yang kecewa. Akad pertama yang ternoda  menghumban rasa ke lubuk derita. 


Cinta pertama yang digadaikan hatinya atas nama persahabatan. Menjadikan Sara  tercalar rasa. Ikrar cinta pertama yang kembali obses membakar rasa hingga hilang jiwa.


Lantas bagaimana pengakhiran kisah mimpi yang tak sudah antara Adam dan Sara? Sedang jodoh yang tersurat itu, hadir bersama duri tertusuk ke hati. Terlalu menguji ketabahan hati.


Apa kau rasa, jika orang yang kau hormat dan percaya mencipta jurang untuk kau bahagia? Apa kau rasa jika difitnah atas dasar inginkan yang sempurna? 


Layakkah lelaki bernama Adam dan wanita bernama Sara bahagia bersama? 

Atau reda itu maksudnya mengalah?


Jodoh itu rahsia Allah SWT. Datang bila tiba saat yang tepat. Datang walau bukan sebagai yang pertama tetap juga sebagai pelengkap untuk sama-sama menuju bahagia yang abadi. 


Masa walaupun berputar dihujung zaman tetap belum terlewat 

untuk memiliki atau dimiliki. Benarkah?



DIA BUKAN KRISTAL (DBK)
PDF READY FILE
Cara Pembelian : KLIK gambar 


SINOPSIS:

💝DIA BUKAN KRISTAL💝


DIA BUKAN KRISTAL (DBK) memaparkan kisah Cinta versi Adam dan Sara yang sama-sama mahu melakar pelangi. Bila hari berganti, kebetulan dan suratan itu semakin kerap hadir. Tidak tahu di mana titik mula, hati Adam dan Sara bagai terikat. Cinta menggamit rindu dan takdir hadir di laluan yang sama.


Namun Sara diuji dengan ketidaktentuan hati Adam dan dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan desakan ibunya, Puan Zehra. 


Cinta Raid dan kasih sayang Puan Zehra menjadikan Sara serba salah mahu memilih bahagia miliknya. Sedangkan hati terukir hanya nama Adam.


“Cinta ini buat aku kuat untuk tetap bersamanya sama ada saat suka atau duka. Jatuh cinta bukan sesuatu yang mudah untuk diubah. Sekali hati tercuit, maka disitulah bahagianya.” - Sara Aiza 


Aku tidak sempurna. Tapi Tuhan hadirkan dia di setiap langkahku. Makin dihindar makin dekat. Maka tak layakkah aku untuk menerima takdir ini? Aku juga ingin mencuba untuk berjuang demi bahagia yang bukan lagi mimpi.” - Adam


Titik silang pada paksi cinta yang jodohnya telah tertulis di loh mahfuz cuba diubah hingga melukakan hati ramai orang termasuk Adam dan Sara.


Begitu hinakah cinta Adam dan Sara di pandangan mata mereka? Sedangkan Adam tidak menduakan sesiapa. 

Sara juga tidak merampas milik sesiapa. 


Salahkah menjadi pilihan kedua? Khilaf kisah lalu bukan sengaja dipinta. Itu juga termasuk dalam ceritera qadak dan qadar dari Yang Maha Pencipta. 


Mampukah Adam dan Sara bertahan?





DIA CINTA YANG KUCARI (DCYKC)
PDF READY FILE

Cara Pembelian : KLIK gambar 


SINOPSIS:

💝SINOPSIS: DIA CINTA YANG KUCARI💝


Adara, gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Tetapi terpaksa akur dengan perancangan mama agar menemui calon-calon menantu pilihannya. 


"Selagi tak menikah, inilah yang perlu dihadap. Blind date sampai cinta tu tertembus kat hati. Mama tak kisah list berjuta pun ada. Tak ada kompromi. Kalau rasa lelah, lekas bawa calon menantu mama,"luah Hajah Aleya tegas dengan oktaf suara yang tinggi.


Geram dengan sikap Adara yang terlalu memilih. 


Lelaki bagaimana lagi mahu dijadikan suami? Semua serba tak kena. 


Kacak salah. Tak kacak lagi salah. 

Sopan salah. Tak sopan lagi salah. 


Pening! 

Sekarang biar sama-sama pening...






CINTA KU RYAN EZARIF (CKRE)
PDF READY FILE

Cara Pembelian : KLIK gambar 


SINOPSIS:

💝SINOPSIS CINTA KU RYAN EZARIF 💝


Siapa sangka, yang dia sedang diperbodohkan adik kandung dan tunangannya.


“Sejak bila?” - Ku Ryan


“Tiga hari selepas majlis pertunangan along. Kami menikah diam-diam di Thailand.” - Ku Qyan


“Kenapa menipu? Kenapa merampas? Jika kau mahukan Ku Jasmin. Kau boleh bagitahu aku dari awal lagi. Jika Ku Jasmin kebahagiaan kau. Aku sanggup mengalah. Kau adik aku, Qyan. Apa yang kau buat sekarang bukan sekadar memalit luka pada aku tapi pada seluruh keluarga. Walaupun kau dah menikah. Di luar sana, orang mengenali Ku Jasmin sebagai tunangan aku. Bukan sebagai isteri kau yang sah.” - Ku Ryan


Hati terluka. Berdarah. Jiwa mati saat dipermainkan..


“Aku harap kau bahagia, perempuan. Walaupun dengan menipu dan mempermainkan keikhlasan cinta aku.” - Ku Ryan


“Min cintakan Ku Qyan kerana dia lebih mesra dan prihatin pada Min. Berbanding Ku Ryan yang beku. Sebelum Ku Ryan salahkan Ku Qyan dan Min. Ku Ryan cermin diri sendiri dahulu.” - Ku Jasmine


Dia pergi membawa duka. Bertemu dengan si dia yang tak disangka.


“Nama?” - Ku Ryan


“Cinta.” - Cinta


Seakan jiwa hidup kembali, dia cipta rancangan.


“Dia sangat cantik Tengku. Kali ini pilihan Tengku berbeza sangat. I dah double check. Cinta masih anak dara. Tidak ada penyakit. Antibodinya kuat. Rahimnya kuat. Hormon juga tidak ada sebarang masalah. Gerenti dapat anak kalau you sentuh dia. Cuma I tunggu keputusan dari makmal untuk ujian darah dan beberapa ujian lain lagi.” 


Lalu, Cinta dia ikat disisi, bungkus kemas dalam hati! Seribu kali ditolak, sejuta kali dia mendekat!




TAHUN 2023

DIA KARL EBRANI (DKE)
EBOOK REBRANDING TERBITAN KEDUA - RM 13
PDF FILE
Cara Pembelian : KLIK gambar 

SINOPSIS:

💝SINOPSIS DIA KARL EBRANI💝


Jangan lupa dapatkan ebook (rebranding-ulang terbit ebook) dengan kisah DIA KARL EBRANI.


Kisah cinta pertama yang bermula di kampus.

Kisah cinta tragis yang mengusik hati.


Apa rasa jika dua nyawa bertarung pada satu masa yang sama?

Nyawa pertama bertarung untuk terus hidup bersama cinta pertama.

Nyawa kedua bertarung untuk nyawa baru bersama cinta pertama.

Takdir mengatur arah berbeza.

Terpisah tanpa sempat melihat nyawa barunya.

Apa yang Charissa Ermina rasa?

Mungkinkah kehilangan kali kedua akan membuat dirinya semakin menderita?

Dia, Karl Ebrani... Setia dalam rindu.








No comments:

Post a Comment