Friday, November 28, 2025
Monday, November 17, 2025
Healing Time
Belajar dari rumput yang bergoyang
Tuesday, November 11, 2025
RAHID MUMTAZ
BLURB:
RAHID MUMTAZ - The Beast Among The Hatred mengisahkan Rahid Mumtaz yang
jatuh cinta pada staf sendiri. Cuba dielak perasaan yang menggugat jiwa. Tapi,
setiap amarah ibarat menggamit rindu yang terpanah ke hati seorang yang
istimewa bernama Ellysha Zulfar.
“Hah, apa maksud kau tu? Aku
masa interview, baca bismillah aje. Tak ada guna ilmu khurafat. Tapi
ilmu penampar gila ada? Kalau nak rasa, mulut tu puakakan lagi ler. Yang tadi
tu tak cukup sentap pada aku.” – Ellysha Zulfar
Ellysha
dan Armell (The Cooler) memang ngam. Apatahlagi, hanya mereka berdua
sahaja bunga penyeri di PrimeHeart. Armell selalu menjadi penyelamat
keadaan. Bolehkah mereka berdua jadi bestfriend forever? Manakala Adem,
Ezkandar dan Zaman digelar The Player. Sesuailah dengan perwatakan
mereka yang suka buat lawak bodoh. Asyik nak pekena orang aje.
Rahid
Mumtaz pula digelar The Beast among The Hatred. Garang dan bad mouth.
Sentiasa menduga kesabaran Ellysha. Tapi Ellysha tak sabar pun. Selalunya, bila
Rahid Mumtaz attack, Ellysha terus fire balik. Eh... Bukan pada
Rahid Mumtaz aje. Sesiapapun kalau cuba buat emosi diri Ellysha berantakan
memang confirmed kena fire. Termasuk all the hatred iaitu
Ryan Faqeh tapi terkecuali Raees Miftan.
“Ellysha. Good
luck. Just remember to keep your brain function, your head down and don’t make
eye contact.” – Adem
“I don’t have time to babysit. If
she can’t handle the heat. She shouldn’t be in this company.” – Rahid
Mumtaz
“Classic Beast. Just wait until I show him what I can do." –
Ellysha Zulfar
“You really don’t know when to back
down, do you?” - Rahid Mumtaz
“Nope. Just let the legendary gossip
stuck with the statement... This Beast is about to meet his match. -
Ellysha Zulfar
Rahid Mumtaz tak mampu membendung perasaan hati apabila melihat Ellysha
tidak bahagia dengan rencana pernikahan aturan keluarga. Lantas, Rahid Mumtaz
tawarkan diri sebagai suami. Apa kes? Ellysha menyintai Iedlan, abang sepupunya
namun terpaksa makan hati apabila Iedlan menolak cinta Ellysha.
“Terima saya, Ellysha. Mungkin Tuhan hadirkan saya untuk jadi solusi pada
masalah hati awak tu. Saya rela. Tak ada cinta di hati awak tak bermaksud saya
tak mencintai awak.” – Rahid Mumtaz
Bolehkah Ellysha mempertaruhkan bahagia pada lelaki yang terkenal dengan
gelaran The Beast among The Hatred? Nampak kasar dan garang tetapi hati
penuh dengan kasih sayang. Betul ke? Jangan lupa dapatkan naskhah ini.
Sinopsis:
RAHID MUMTAZ - The Beast Among The Hatred mengisahkan Rahid Mumtaz yang
merupakan pemilik PrimeHeart, syarikat siber sekuriti ternama yang jatuh
cinta pada staf sendiri. Cuba dielak perasaan yang menggugat jiwa. Tapi, setiap
amarah ibarat menggamit rindu yang terpanah ke hati seorang yang istimewa
bernama Ellysha Zulfar. PrimeHeart jadi saksi pada kisah melankolik
mereka.
Ellysha
dan Armell (The Cooler) salah seorang pengurus jabatan di PrimeHeart
memang ngam. Apatahlagi, hanya mereka berdua sahaja bunga penyeri di PrimeHeart.
Armell selalu menjadi penyelamat keadaan. Bolehkah mereka berdua jadi bestfriend
forever? Atau ada konflik yang bakal mencipta jurang antara mereka?
Adem,
Ezkandar dan Zaman digelar The Player. Sesuailah dengan perwatakan
mereka yang suka buat lawak bodoh. Asyik nak pekena orang aje. Mereka bertiga
merupakan rakan sekerja. Sama-sama hadir temuduga dengan Ellysha dan sama-sama
diterima bekerja di PrimeHeart. Tiada dengki. Cuma, antara mereka ada
yang dalam diam menyintai Ellysha. Antara cinta dan persahabatan... Yang
manakah lebih bererti?
Rahid
Mumtaz pula digelar The Beast among The Hatred. Garang dan bad mouth.
Sentiasa menduga kesabaran Ellysha. Tapi kesabaran Ellysha juga ada had yang
tertentu. Tapi kebiasaannya, bila Rahid Mumtaz attack, Ellysha terus fire
balik. Eh... Bukan pada Rahid Mumtaz aje. Sesiapapun kalau cuba buat emosi diri
Ellysha berantakan memang confirmed kena fire. Termasuk all
the hatred iaitu Ryan Faqeh tapi terkecuali Raees Miftan.
Rahid Mumtaz tak mampu membendung perasaan hati apabila melihat Ellysha
tidak bahagia dengan rencana pernikahan aturan keluarga. Lantas, Rahid Mumtaz
tawarkan diri sebagai suami. Apa kes? Ellysha menyintai Iedlan, abang sepupunya
namun terpaksa makan hati apabila Iedlan menolak cinta Ellysha.
Bolehkah Ellysha mempertaruhkan bahagia pada lelaki yang terkenal dengan
gelaran The Beast among The Hatred? Nampak kasar dan garang tetapi hati
penuh dengan kasih sayang. Betul ke? Jangan lupa dapatkan naskhah ini.
RANDOM TEASER 1 : RAHID MUMTAZ THE BEAST AMONG THE HATRED
Mata Armell Elzan tajam
memandang ke arah empat orang staf baru dengan GPA terbaik dari universiti
tempatan. Bijak. Cantik. Kacak. Apabila lulus temuduga untuk menyertai PrimeHeart, maka kepintaran otak
mereka berempat ini tidak perlu dipertikaikan. Pucuk pimpinan PrimeHeart hanya
memilih yang terbaik sahaja sebagai staf di organisasinya. Jarang yang datang
melangkah ke PrimeHeart jenis otak udang dan tak ada rupa. Yang
pasti, bijak dan cekap tu perlu seiring.
Ellysha, Ezkandar, Adem dan Zaman merupakan staf baru yang
berjaya melepasi kesemua cabaran dalam sesi temuduga bertulis dan lisan PrimeHeart.
Dan Ellysha Zulfar merupakan satu-satunya staf perempuan yang berjaya menyertai
PrimeHeart sejak lima tahun syarikat ini beroperasi di bawah kepimpinan all
the hatred.
Empat pasang mata memandang ke seluruh ruang bangunan PrimeHeart.
Bangunan berdekorasi klasik berwarna dark brown ini sungguh nampak elit.
Terasa hidup jiwa Ellysha. Tiada segaris senyuman yang terukir pada wajah
Ellysha. Bukan sombong tapi dia memang begitu. Sentiasa nampak garang tanpa
segaris senyuman. Tapi, yang peliknya aura Ellysha ini mampu memakukan pandangan
mata orang kepadanya.
Suasana sepi. Yang kedengaran hanya derapan kaki
masing-masing. Ellysha, Ezkandar, Adem dan Zaman hanya diam mengikut langkah
Armell yang sejak tadi memandang tajam ke arah mereka berempat. Namun, sikap
ramah Armell memberi ketenangan kepada mereka berempat.
Dalam masa yang sama, hati Ellysha rasa pelik sebab
sepanjang mereka melalui beberapa ruang kerja di bangunan PrimeHeart ini...
Hanya kelihatan staf lelaki sahaja. Mana pergi staf perempuannya? Ada resah
yang menular di jiwa Ellysha. Namun, perasaan itu menghilang apabila
terpandangkan wajah Cik Armell Elzan di hadapan mereka.
“Syarikat ini memang tak ramai staf perempuan yea?”soal
Ellysha sambil berbisik pada Adem dan Ezkandar yang berjalan rapat di kiri dan
kanannya.
Adem tersenyum memandang Ellysha. Manakala, Ezkandar diam
tak beriak. Zaman pula pamer wajah blurr. Mungkin Zaman kurang jelas dengan
soalan yang dilontarkan oleh Ellysha.
“Cik Ellysha buat research tentang syarikat ini
sebelum temuduga, kan? Takkan tak baca ruangan gosip PrimeHeart? Tapi
kan... Aku teruja tau sebab kau dapat praktikal kat sini. Kau guna ilmu apa
erk?” Soal Adem perlahan dengan nada menyindir.
Ezkandar dan Zaman dah menepuk bahu Adem. Mulut Adem ini
memang tak berlapik. Melihat gaya dan personaliti Ellysha... Ezkandar dan Zaman
sangat yakin yang gadis ini mandiri dan berprinsip.
Bukan gadis kaki ampu yang jual diri untuk sampai ke
puncak.
Bukan gadis kucing parsi yang melese menggunakan kecantikan
sebagai tunggak meraih kejayaan.
Bukan juga di kalangan kabel nepotism PrimeHeart.
Kerana semua orang tahu yang PrimeHeart organisasi hebat. Tiada istilah privilege.
Bersih.
Dengar cerita, Ellysha Zulfar ini pemegang biasiswa DiRaja
dan merupakan pelajar genius yang selalu mengharumkan nama uni dan negara.
Namanya memang familiar.
Berkerut dahi Ellysha nak menghadam maksud kata-kata Adem.
Apabila faham, Ellysha rasa menyirap juga. Tahan rasa aje. Terpaksa bersopan
depan Cik Armell.
“Hah, apa maksud kau tu? Aku masa interview, baca
bismillah aje. Tak ada guna ilmu khurafat. Tapi ilmu penampar gila ada? Kalau
nak rasa, mulut tu puakakan lagi ler. Yang tadi tu tak cukup sentap pada aku.”
Balas Ellysha dengan senyuman mengejek.
Adem, Ezkandar dan Zaman terkedu. Amboi. Boleh tahan
garang perempuan ini. Bisik hati kecil Adem, Ezkandar dan Zaman.
Armell menahan senyum di hujung bibir. Thats our
PrimeHeart girl’s look-alike.
“Tapi kan, apa kau cakap tadi? Ruangan gosip? Perlu ke
ambil tahu gosip yang belum tentu sahih? Tak pernah pula aku terbaca mana-mana
gosip PrimeHeart ini. Can you guys, give me one example?” Soal
Ellysha ingin tahu.
Adem tersenyum dan merenung wajah Ellysha dengan mata yang
bersinar-sinar.
“All the hatred... Especially, the beast among
the hatred di PrimeHeart ni, tak suka perempuan. Ada yang kata,
dorang gay...” Balas Adem perlahan.
Ellysha berhenti melangkah. Terkedu mendengar gosip yang
diucapkan oleh Adem. Automatik mata Ellysha memandang ke arah Cik Armell yang
kelihatan anggun dan berkarisma. Ellysha tak pasti sama ada Cik Armell
mendengar kata-kata Adem atau tidak. Tapi, Cik Armell nampak cool. ‘Dia tak dengar kot.’ Bisik hati kecil
Ellysha.
Ellysha berjalan rapat ke arah Adem.
“Aku rasa Adem. Orang bodoh aje yang percaya pada gosip
murahan tu. Ini negara Islam kot. Suka sesama jenis tu haram. Dosa. PrimeHeart
ini punyalah gemilang terbilang di seluruh pelosok dunia. Tak mungkin syarikat
ini stabil dan berprestij jika robek dengan personaliti tak baik.” Bidas
Ellysha dengan nada mengejek.
Dalam masa yang sama, Ellysha mengangkat keningnya dengan
senyuman manis, “Tapi kan... Jika betul gosip tu. Koranglah yang patut
jaga-jaga. Kuatkan iman dan bersiap-siaga. Takut jadi mangsa... Aum...”
Adem dah menepuk belakang bahu Ellysha. Manakala, Ezkandar
dan Zaman dah membeliakkan mata masing-masing. Mulut Ellysha ini... Boleh
tahan.
Armell pula rasa dah tak boleh tahan. Rasa nak terburai aje
isi dalam perut mendengar perbualan pelajar praktikal PrimeHeart yang
baru lapor diri pada pagi ini.
Mulut dorang ini memang tahap puaka macam tiga orang bos di
PrimeHeart ini. Hari pertama kerja pun dah bergosip selamba tentang bos
dorang. Kalau ketiga-tiga bos tu tahu,
mahu kena rejam kat rooftop bangunan ini.
“Amboi. Sakan korang bergosip macam saya ni halimunan pula
kat sini. Saya nak bagi amaran, big boss kat sini memang menakutkan. Kat
sini tak ada staf perempuan ramai sebab all the big boss tak suka
digoda. Lapang dada saya bila Ellysha yang diterima berpraktikal di sini. Boleh
jadi teman saya. Jemu saya asyik bekerja dengan lelaki aje kat PrimeHeart
ni. Hah, Adem... Jangan kata saya bengkok pula. Saya single, but I’m
not available. All the hatred tu pun single, but not available. Just...
The beast among the hatred... Masih single dan sedang mencari.
Ellysha... Jaga-jaga. Takut kena aim. Aum.” Usik Armell pula sambil
ketawa perlahan.
Adem, Ezkandar dan Zaman turut ketawa sampai tak nampak
biji mata. Bukan main lagi Armell ini duk melayan merapu budak-budak ini.
Ellysha tarik muncung panjang, “Tak kelakarlah, Cik Armell.
Saya datang sini nak kerja. Bukan nak cari teman jiwa. Sayapun... Single,
but I’m not available.”
Armell memandang Ellysha dan thumbs up.
Masing-masing tersenyum mendengar kata-kata Armell dan
Ellysha.
Hari ini, secara rasminya mereka berempat bergelar pelajar praktikal PrimeHeart.
Kebiasaannya, sesiapa yang berjaya diterima sebagai pelajar praktikal di sini
bakal ditawarkan jawatan tetap selepas tamat praktikal. Rezeki Ellysha, Adem,
Ezkandar dan Zaman kerana tahun ini syarikat ini membuka ruang untuk pelajar
praktikal seperti mereka. Alhamdulillah.
Cuma perjalanan kerjaya mereka masih panjang dan masih pada
fasa percubaan. Anything can happen. Anything can change. Due to the boss
feelings.
Tapi, mereka berempat faham tentang satu perkara. Setelah
diterima... Doa dan usaha adalah kunci kerjaya yang gemilang, cemerlang dan
terbilang. Moga doa ibu bapa mampu mengekalkan mereka pada posisi terbaik dalam
organisasi PrimeHeart.
Semua rakyat di bumi Arsalan memang memandang tinggi pada
warga kerja PrimeHeart. Mereka semua dihormati, disegani dan dibangga.
RANDOM TEASER 2 : RAHID MUMTAZ THE BEAST AMONG THE HATRED
Kesibukan warga PrimeHeart
memang tak boleh disangkal. Setiap jabatan terlihat fokus dengan tugas
masing-masing. Yang kedengaran hanya derapan kaki mereka berlima dan ketak
ketik bunyi papan kekunci staf. Apa yang nak dihairankan... PrimeHeart merupakan
syarikat keselamatan siber. Bunyi papan kekunci tu memang satu bunyi yang dah
biasa Ellysha dengar. Lagipun, Ellysha juga datang dari kelompok bakal graduan
dari bidang yang sama. No strange at all.
Tiba-tiba...
“Ouh, Armell. Dorang dah mula bertugas
hari ni yea?”soal seorang lelaki.
Ellysha memerhati penampilan lelaki
itu. Kacak. Lebih kurang 170cm ketinggiannya. Nampak santai dengan outwear
jacket berwarna dark coffee. Spontan Ellysha memandang ke wajah Cik
Armell. Senyuman manis terukir di bibir Cik Armell.
“One of them is yours...” Balas
Armell ramah.
Armell memandang ke arah Ellysha,
Ezkandar, Adem dan Zaman.
“Perkenalkan... One of our B.O.D,
Tuan Raees Miftan.” Kata Armell memperkenalkan Raees pada semua staf praktikal PrimeHeart.
One of them is yours. Apa maksud
Cik Armell tu? Berkerut dahi Ellysha mendengar lontaran kata Armell pada
Tuan Raees Miftan.
Armell tersenyum melihat pandangan suspicious
Ellysha ke arah Raees Miftan.
“Nah, I’m okey. So, nice to meet
you, guys... Nanti kita sembang lagi. I have an urgent. Armell, book one
room for a dinner for us, later. Check my schedule...” Kata Raees Miftan
sambil mengangkat kening dan tersenyum ke arah Ellysha, Ezkandar, Adem dan
Zaman.
“Whooa... Tuan Raees Miftan? The
warm person in PrimeHeart? Wah... Akhirnya dapat juga saya bertemu empat
mata dengan Tuan. You are my idol, Tuan Raees.” Luah Zaman spontan.
Raees Miftan tersenyum galak.
“Well, Zaman... You are mine. See
you soon. I harap you dapat catch up semua benda dengan cepat. I
need you to make me free.” Kata Raees Miftan sambil menepuk bahu Zaman.
Ellysha, Adem dan Ezkandar
terkebil-kebil memandang ke arah Raees Miftan dan Zaman.
Armell tergelak kecil.
Semua mata fokus pada figura Raees
Miftan yang semakin hilang dari pandangan.
Armell membawa mereka berempat ke
bilik mesyuarat di tingkat 38. Cantik.
Ada pantry yang luas dengan kelengkapan canggih. Ada ruang rehat dengan
sistem skrin layar yang besar.
“Any question?”soal Armell
sambil tersenyum lagi memandang empat staf praktikal PrimeHeart.
“Erm, apa maksud one of them is
yours. Dan you are mine...” Soal Ellysha ingin tahu.
Ezkandar pandang
wajah Ellysha. Tak sangka pula soalan yang Ellysha tanya tu merupakan soalan
yang sama yang bermain di benak Ezkandar.
“Why? You rasa
insecure sebab macam related dengan gosip yang Adem bagitahu tu
ke?”soal Armell menduga.
Ellysha tersenyum
hambar, “I’m so sorry. Bukan maksud saya begitu. Saya yakin ianya bukan
seperti tu. Sebab tu saya bertanya. Jika saya bersetuju dengan gosip murahan
tu, saya takkan tanya. Saya terus angkat kaki je... Tak kuasa saya nak kerja
kat organisasi yang insecure. Tapi saya yakin, PrimeHeart
merupakan organisasi yang hebat. Hebat orangnya. Hebat budaya kerjanya. Hebat
impaknya pada masyarakat Arsalan. Sebab itu syarikat ini terkenal, kekal stabil
dan disegani di seluruh Arsalan.”
Armell mengangguk
perlahan.
“Have a seat...”
Kata Armell tegas.
Kesemua mereka patuh dengan arahan dan
masing-masing duduk sambil mata fokus memandang ke wajah Armell.
“Kamu berempat diterima di PrimeHeart
sebab masing-masing pintar dan ada kelebihan masing-masing. Especially,
kamu... Ellysha. Jujurnya, saya ingatkan kamu akan gagal di peringkat akhir
saringan. Tapi... Kamu lulus. Raees Miftan dan Ryan Faqeh pun speechless.
Tapi, bila berdepan empat mata dengan kamu. Berbual dengan kamu. Saya faham,
kenapa The Beast among The Hatred boleh terima kamu.” Luah Armell
panjang lebar.
Armell tersenyum merenung ke wajah
Ellysha.
Ezkandar, Adem dan Zaman juga turut
merenung ke wajah Ellysha.
“Maksud Cik Armell?”soal Ellysha lagi.
Ellysha blurr.
“Kamu akan faham nanti. By the way,
I nak maklumkan tentang workstation masing-masing. Merujuk kepada
persoalan Ellysha tadi. Saya umumkan semula yang Zaman akan berada di bawah
seliaan Raees Miftan.” Kata Armell tenang.
Zaman tersenyum. Nampak sangat wajah
teruja Zaman apabila dapat berada di jabatan yang sama dengan idolnya.
“At first, saya sebenarnya nak
bagi posisi tu pada Ellysha tapi... Tak sesuai sebab Tuan Raees selalu kerja
luar. Dia perlukan staf lelaki untuk cut the budget. Kalau staf
perempuan yang ikut dia... Nanti membazir bab penginapan.” Kata Armell senada.
Tak sangka pula Ellysha yang PrimeHeart
juga mengamalkan budaya kerja cut the budget. Tak sangka juga B.O.D si
Raees Miftan tu tak kisah jika berkongsi bilik dengan staf.
“Tapi... Tak semua staf, Raees Miftan
akan bawa jumpa klien dan memantau kawasan lapangan. Kecuali jika staf tu
memang boleh membantu dalam urusan di lapangan tu nanti. Setakat ini hanya
Encik Armin sahaja yang selalu ikut dia. Tapi, kebelakangan ini... Encik Armin
pun tak terkejar dengan kuota kerja hakiki. Sebab tu, Zaman diperlukan di
jabatan itu.” Jelas Armell panjang lebar.
Ellysha, Ezkandar, Adem dan Zaman
mengangguk tanda faham.
“Adem... Kamu berada di bawah seliaan
Tuan Ryan Faqeh. Saya rasa sikap kepochi kamu tu memang sesuai dengan bidang
tugas di jabatan itu. Cuma, saya harap kamu tak terikut-ikut dengan perangai big
boss kamu tu.” Pesan Armell pada Adem.
“The hunter?” Soal Ellysha
blurr.
Adem tergelak, “Erm, The Player...
Kau memang tak layak duduk kat jabatan tu. Silap haribulan kau yang kena ngap.”
Ellysha menepuk
bahu Adem kuat.
“Kau ingat ini syarikat cari jodoh ke?
Dating app?Ini syarikat siber sekuriti kot. Tak ada masa nak layan The
hunter or The Player.” Bidas Ellysha geram.
Mulut Adem tu
asyik nak pekena Ellysha sahaja.
Armell menggeleng
laju.
“Duduk di jabatan lain pun kena
berjaga-jaga Ellysha. Di PrimeHeart, majoriti stafnya adalah lelaki.
Kita perempuan memang kena sentiasa berwaspada. Tapi kamu jangan risau... Kamu
di bawah seliaan The Beast. Jadi, saya memang pasti tak ada sesiapa yang
berani usik. Kamu selamat. Cuma...” Nasihat Armell sambil memandang ke wajah
Ellysha.
“Cuma apa?”soal
Ellysha mendadak.
Ellysha jadi
kurang sabar apabila orang suka bercakap tersekat-sekat. Tak habis ayat. Buat
otak Ellysha ini suspicious. Mahu fikir yang aneh-aneh sahaja. Tak boleh
ke cakap tu jelas dan straight forward. Senang nak hadam.
“The Beast tak suka perempuan
penggoda. Nak kerja buat cara nak kerja. I hope you are ready for his
challenges. Let’s just say, he has a reputation. He’s brilliant at his job but
has zero patience for mistakes. Maybe thats why people call him The Beast for a
reason.” Kata Zaman panjang lebar.
“Wah, thats the real gossip. Sounds
like a real challenge for you. But I’m sure you can handle him, Ellysha. Good
luck. Just remember to keep your brain function, your head down and don’t make
eye contact. Scary kalau....” Adem jeda.
Ellysha memandang wajah Adem, “Scary
for what? Boleh tak kalau you cakap tu bagi noktah pada pernyataan yang
lengkap frasanya.”
Banyak sungguh gosip B.O.D
PrimeHeart yang Ellysha tak tahu.
“Well, Ellysha... You know what The
Beast said to me? Erm... I don’t have time to babysit. If she can’t handle the
heat. She shouldn’t be in this company.” Kata Armell sambil mengajuk
kata-kata The Beast dengan nada tegas dan garau.
Adem, Ezkandar dan Zaman tergelak
kecil. Masing-masing terhibur dengan tingkah sporting Armell.
Ellysha juling mata ke atas, “Classic
Beast. Just wait until I show him what I can do."
“What you want to do? To change the
boss attitude? Or to change the boss heart? You just another face in the crowd.
Nothing specials unless your brain can work out of the box. I hope you’re ready
to work hard. This place is not a trial and error.” Tegur Rahid Mumtaz dari
ambang pintu masuk bilik mesyuarat.
Diam.
Semua mata tertumpu ke arah Rahid
Mumtaz.
“Saya kenalkan... Tuan Rahid Mumtaz.
Pemegang syer terbesar dalam PrimeHeart. Ellysha... Your boss.”
Kata Armell dengan senyuman manis.
“The beast... Among the hatred...”
Luah Adem perlahan seolah-olah berbisik pada diri sendiri.
Keterujaan si Adem memandang ke arah
Rahid Mumtaz buat Armell rasa nak gelak guling-guling. Zaman dan Ezkandar masih
tenang dengan senyuman.
Ellysha? Armell tak dapat nak menebak
apa yang bermain di hati Ellysha. Gadis itu nampak tenang tanpa sebarang
ekspresi. Beku. Tapi sepertinya memiliki aura berapi.
Mata Rahid masih tertumpu ke wajah
Ellysha.
Jujurnya, Rahid
kagum sebab Ellysha nampak tak terkesan dengan kata-kata Rahid.
Rahid jalan
perlahan ke arah Ellysha dan menghulurkan Ellysha sebuah tablet 10 inci.
Ellysha mengambil tablet tersebut dari tangan Rahid tanpa sepatah kata.
“Tolong analisis
data yang saya letak dalam folder atas nama kamu tu. Saya perlukan analisis
tersebut sebelum tengahari esok. No excuses.” Kata Rahid mumtaz mendatar
tanpa riak.
“Terima kasih,
Tuan Rahid. So, this is my first task... I thrive under pressure. I’m
looking forward to collaborating with you."
“Collaboration
is only as good as the results. Don’t waste my time." Balas Rahid
Mumtaz selamba.
‘Well, that went well. Challenge accepted, Beast.’ Bisik Ellysha pada
diri sendiri.
Malangnya, Rahid
Mumtaz dengar bebelan Ellysha tu. Bulat anak mata Rahid memandang tajam ke arah
Ellysha.
Armell terkedu, “Rahid...
Are you really going to keep that gruff persona up? You scare the interns away!”
“Sorry, didn’t mean to...”
Ellysha jeda.
“You really don’t know when to back
down, do you?” Soal Rahid Mumtaz dengan suara garaunya.
Ezkandar, Adem dan Zaman dah ketar
lutut memandang wajah garang Rahid Mumtaz. Kecut perut sampai perut pun
memulas-mulas.
“Nope. Just let the legendary
gossip stuck with the statement... This Beast is about to meet his match.
Erm, maksud saya good match untuk memudahkan urusan PrimeHeart.
Saya akan sentiasa bersemangat untuk sahut segala cabaran kerja di PrimeHeart.
Harap dapat bagi pandu arah yang jelas, Tuan Rahid. In shaa Allah, saya akan all
out.” Balas Ellysha berani.
Pada Ellysha, dia yakin yang Rahid
Mumtaz bukan manusia yang cepat sentap. Bukan juga bos yang suka membuli staf.
Mungkin dia lelaki yang perfectionist. Menurut majalah usahawan, Rahid
Mumtaz lelaki hebat yang worksmart. The Beast with the brain.
Suasana hening seketika. Masing-masing
memandang kosong ke daun pintu, walaupun bayang Rahid Mumtaz dah hilang dari
pandangan.
“Cik Armell, how about me?”soal
Ezkandar teruja sambil memandang ke wajah Armell.
“You are with me... So, lets go. I
show the real space. Korang jangan lupa klik link untuk group wasap tu yea. Apa
sahaja yang kamu khuatirkan. Apa sahaja gosip yang kamu nak tanya. Jangan segan
segan untuk tanya saya.” Pesan Armell dengan senyuman manis.
RANDOM TEASER 3 : RAHID MUMTAZ THE BEAST AMONG THE HATRED
Keesokan harinya,
mereka berempat makan tengahari bersama-sama di kafetaria PrimeHeart di
level 25. Walaupun, mereka berempat ini jika bertemu asyik nak bertelagah dan
berdebat. Namun, mereka semua ibarat satu kapal yang punya haluan yang sama.
Ikatan ukhwah antara satu sama lain, memang tak boleh dipertikaikan. Apa yang
dah mereka lalui semasa sesi temuduga peringkat awal di PrimeHeart sebelum
ini telah mengukuhkan lagi ukhwah mereka berempat.
Sentiasa ada gelak tawa dan jenaka antara mereka.
Masing-masing ada karakter bagi melengkapi istilah sebuah persahabatan yang
bakal berbunyi friendship forever. Mungkin ini salah satu cara untuk
mereka melepaskan stress apabila terpaksa menghadap data di skrin
komputer.
“Tahniah Ell. Aku dengar Cik Armell bagitahu yang you
really make magic tadi.” Kata Ezkandar sambil meneguk air botol mineral
miliknya.
Ezkandar memang pelik sikit. Tak suka minuman manis dan
bergas. Kecuali susu segar low fat.
Maksud Ezkandar tu adalah berkaitan task pertama
Ellysha yang diberikan oleh The Beast. Analisis data yang dilakukan oleh
Ellysha mampu buat Rahid Mumtaz The Beast tu terdiam tak berkata
apa-apa.
“Huh, beringatlah. Kita sangka benda tu ibarat magic dan
satu kejayaan. Tapi, trust me... It’s only the beginning. Hidup aku akan
lebih berantakan selepas ini.” Balas Ellysha selamba.
“Yup, The Beast not easy to satisfied. Good Luck with
that, Ell.” Balas Zaman pula.
Ellysha mengangguk perlahan.
“Don’t worry. I can handle that kind of disaster. I’m
sure he will appreciate my sincerity and talent. Cuma aku rasa, lepas ini
aku perlu usaha keras untuk upgrade otak aku ini. Biar setara dengan
kepintaran dan kepekaan otak dia. Manalah tahu kot one day aku kena kick
out. Senang nak dapat kerja baru kalau otak aku satu level dengan
dia. Aku terjun kat organisasi pesaing. Kick out dia pula.” Bebel
Ellysha penuh semangat.
“Hahaha... Besar impian kau. Tapi tak sangka pula sampai
kau terfikir pasal kick out.” Kata Adem sambil merenung wajah Ellysha.
Hati Adem sedikit tersentak apabila mendengar kenyataan
Ellysha. Maklumlah, perempuan semberono ini memang terkenal dengan mulut lepas
dan karisma luar biasanya. Jarang nak mengalah. Tapi tiba-tiba buat ayat pasrah
pula.
“Bila aku dapat tahu aku diterima oleh The Beast.
Dan bila aku diletakkan di bawah seliaan The Beast. Kau ingat aku bodoh
sangat ke nak tafsir apa yang bermain dalam kepala otak The Beast tu?
Korang mesti ingat kan ayat yang Cik Armell bagitahu tu... I don’t have time
to babysit. If she can’t handle the heat. She shouldn’t be in this company. Hmm,
kedudukan aku di PrimeHeart ini macam time bomb tau. Anytime boleh
meletup. Erm, salah... Anytime boleh dibaling keluar dan meletup.” Luah
Ellysha dengan nada kesal.
Masing-masing diam tanpa kata. Sebagai lelaki mereka
bertiga rasa kasihan pula pada nasib Ellysha sebagai seorang perempuan.
“Apapun kau jangan putus asa dan mengalah pula.” Kata
Ezkandar penuh semangat.
“Well, I’ll always win.” Balas Ellysha dengan nada
girang.
Setakat Rahid Mumtaz tu, tak kuasa Ellysha nak layan hati
robek, tersentuh hati, sensitif, jiwa kacau dan sentap. Emosi tu tak lut kat
jiwa Ellysha.
“Hey, why not you do something to make The Beast fall...”
Kata Zaman tiba-tiba.
Wajahnya yang tersengih macam minta ditampar tu memang sesuatu sangat.
“You need to know how to keep your boss happy. May be make him fall in love with you.”
Luah Zaman lagi.
Hampir tersembur jus lemon madu yang sedang diminum oleh
Ellysha.
“Ko gila apa ni? Salah makan ubat erk, pagi tadi? Ingat
aku desperate sangat ke? Idea bodoh. Mental pun yea...” Balas Ellysha
bengang sambil mencapai tisu yang dihulurkan oleh Ezkandar.
“It’s natural what... Man and woman usually have a
spark. Life is miracle. Jatuh cinta tak salah.” Balas Adem menggiat pula.
Laju tangan Ellysha menghempuk belakang bahu Adem. Kuat.
“Sakitlah, Ellysha. Tangan kau tu memang suka buat physical
assault kat aku tau.” Luah Adem bengang.
“Dah mulut kau tu puaka sangat.” Bidas Ellysha masih
geram.
“Macamlah mulut dia tu sopan sangat. Laser juga.” Luah
Adem dengan wajah mengejek.
“Just be careful. The Beast known to bite.” Pesan
Ezkandar resah.
“Ah, I don’t have time for that. Just make sure that
I’m on my track. Bidang ini aku yang pilih. Memang mencabar bagi seorang
perempuan. I need to fight for my brightest star in my life. Maksud aku,
sekarang ini... Karier aku yang aku perlu pertahankan.” Balas Ellysha pula.
“Are you sure... Not even a little bit desire for that
feeling?” Soal Adem mengusik lagi.
“Adem. Stop it! It’s not good for morale. We only a
practical student. Soon, we will be his subordinates. Need to respect the
leader Adem. Don’t have dirty mind.” Nasihat Ellysha tenang.
Ezkandar dan Zaman mengangguk faham.
Adem? Masih tersenyum mengusik dengan kenyitan mata
kirinya. Nakal.
“Hmm. Malam ini dinner dengan B.O.D dan Cik Armell
kan? Semua hadir?”soal Zaman sambil memandang satu-persatu wajah mereka.
Semua mengangguk tanpa berkata apa-apa. Mereka dah penat
nak berbalas kata. Otak masing-masing fokus pada diri sendiri. Memikirkan masa
depan mereka di PrimeHeart.
RANDOM TEASER 4 : RAHID MUMTAZ THE BEAST AMONG THE HATRED
Malam tu...
Masing-masing
kekenyangan. Dalam masa yang sama, Adem, Zaman, Armell dan Ryan memang hepi
sungguh apabila dapat pegang microphone dan menyanyi. Macam-macam lagu
yang dorang gasak buang suara tu. Mujur sedap didengar.
Tiba-tiba, selepas
Zaman tamatkan nyanyian lagu baladanya... Rahid Mumtaz bersuara.
“Ellysha, give
me one song.” Arah Rahid Mumtaz tanpa riak.
Mata Raees, Ryan, Armell dan tiga orang lelaki yang
sama-sama praktikal dengan Ellysha terbuntang luas memandang ke arah Ellysha.
Permintaan gila apa yang Rahid lontarkan ini? Raees
memandang Ryan dan masing-masing bertentang mata dan mengangkat kening.
Sebenarnya, pelik dengan permintaan Rahid Mumtaz ini.
Pertamanya, Rahid Mumtaz break the law apabila
menghadirkan diri pada jemputan makan malam Raees untuk menyantuni staf
praktikal yang bakal menjadi staf tetap PrimeHeart. Senang citer, budak
praktikal berempat ni umpama calon pelengkap dan perisai pada Rahid, Raees,
Ryan dan Armell. Dorang mencari pelapis a.k.a asisten dalam tugas-tugas mereka.
Keduanya, Rahid Mumtaz tak pernah memberi arahan luar
skop tugas hakiki.
Ketiganya, Rahid Mumtaz telah memberi arahan yang pelik
pada seorang perempuan. Yang ini... Sesuatu sangat.
Ellysha tersenyum, “Lagu apa, bos. Wah... untungnya kami
dapat dengar Tuan Rahid Mumtaz nyanyi.”
Raees, Rayn dan Armell tepuk dahi serentak.
“Bukan aku. Tapi kau.” Balas Rahid Mumtaz senada dan
lantang.
“What? Saya nyanyi?” Soal Ellysha cuak dengan nada
suara yang sedikit tinggi.
“Yealah. Hmmm, I know that you are not kPop Idol
tapi bakal graduan dalam bidang Siber Sekuriti. Tak heran pun kalau suara tu
tak sedap. Nyanyi je. Lagipun kat luar tu memang dah hujan lebat pun.” Balas
Rahid Mumtaz selamba.
‘Hmmm... Kau memang The beast, Rahid
mumtaz.’ Bisik hati kecil Ellysha. Namun wajahnya tetap nampak
tenang tanpa sebarang reaksi.
“Terima cabaran atau mengalah?”soal Rahid Mumtaz menduga
hati Ellysha.
“Tuan memang silap besar sebab suruh saya nyanyi. Jangan
salahkan saya kalau sistem pendengaran Tuan meledak pula nanti.” Balas Ellysha
selamba.
Zaman menarik lengan baju Ellysha.
"You really think you can crack
him?" Zaman berbisik ke telinga Ellysha sambil terkebil-kebil
memandang ke wajah masam tu.
“I hope so... Aku Cuma tak suka mengalah dan
kalah. Apatah lagi pada urusan-urusan gila seperti ini. Dia ingat dia boleh
ketawakan aku... Silap besar. Kau tolong standby dengan kamera atau
video candid. Just record je, mana tahu kot nanti The Beast
ini berubah rupa jadi prince charming yang clumsy.” Kata Ellysha
dengan nada menahan geram.
"Good luck with that. Just remember, the Beast
doesn’t like to be tamed only because you sing a song..." Sakat Zaman.
Ellysha dengan yakin melangkah ke ruang tengah dan
mengambil microphone. Tak ada langsung riak gundah. Apatah lagi riak
panik dan gelabah. Anak mata Ellysha tu nampak bersinar aje dengan aura yang
lagaknya seperti kPop idol.
“Dia boleh nyanyi ke?”soal Adem lantang.
Zaman dan Ezkandar hanya mengangkat kedua-dua belah bahu
mereka. Yakin tak yakin sahaja.
All the hatred nampak teruja
kecuali The Beast yang tersenyum sinis ke arah Ellysha. Armell dah
bertepuk tangan.
Ellysha:
(Memutarkan minus one Doris Day – Que Sera Sera dan mula melontarkan suaranya)
When I was just a little girl... I asked my mother, what will I be?
Sebenarnya, Ellysha tak menyanyi tapi hanya berkata-kata
dengan lirik lagu tersebut. Memang Rahid Mumtaz murka ler.
“Stop. Hey. Kau nak aku tahan
kau kat sini karaoke sampai pagi ke? Aku suruh menyanyi bukan bercakap atau
berpuisi.” Tempelak Rahid Mumtaz bengang.
Ellysha: Missing
the way. That you’d make me laugh. Your voice in my head. I wish it would talk
back. It’s so hard to breathe. When you’re not with me. Cause everything feels
out of place……. If I cannot always have you. I’ll just take almost forever with
you.
Lagu CN Blue, Almost Forever yang dinyanyikan
Ellysha benar-benar merdu dan menyentuh hati kesemua mereka yang mendengar.
Ryan, Raees dan Armell automatik memandang Ellysha dan
Rahid Mumtaz silih berganti. Hah, Ellysha dah bangkitkan kenangan duka Rahid
Mumtaz. Fikir mereka.
Masing-masing terdiam membisu apabila Rahid Mumtaz dan
Ellysha sendiri ibarat menahan air mata di sebalik wajah tenang tanpa riak
mereka. Wajah kedua-duanya kelihatan merah padam menahan emosi menggila.
Setelah selesai menyanyi, Ellysha bangun dan berjalan
menuju ke tempat duduknya di sebelah Adem.
“Moralle is overrated. Results are what
matter here. And I bet you’d better results if you can look at the beast and
smiled once in a while, now. Just think of its as a work experiment.” Bisik Adem
perlahan.
Ellysha menjegilkan matanya.
“I’m not in the mood.” Bisik Ellysha pula.
“You are win as for now. Will pass the video for you,
later.” Bisik Zaman pula.
Ellysha diam.
“Suara you sedap sungguh Ellysha. Kalau hari-hari you
dapat dodoikan I begitu. Bagusnya… Can you?” Soal Ryan Faqeh tiba-tiba.
“No. I’m not desperate to have you. As I said to Cik
Armell before. I’m single but not available…” Balas Ellysha selamba.
“Not married yet. Then still have a space untuk
dipikat.” Usik Ryan dengan senyuman menggoda.
Armell dah menepuk lengan Ryan Faqeh.
“I need to go. Jangan balik lewat sangat. Esok
kena kerja.” Kata Rahid Mumtaz tiba-tiba.
Semua terdiam dan memandang susuk tubuh Rahid Mumtaz yang
sudah hilang dari pandangan. Armell, Raees dan Ryan berpandangan. Rahid Mumtaz
ini memang sukar nak dikawal. Nak dipujuk? Siapa yang nak memujuk? Armel, Raees
dan Ryan tak sanggup. Orang matang ini kalau merajuk susah terpujuk. Seperti
biasa, biarkan Sahaja Rahid Mumtaz tu tenangkan diri sendirian.
Mereka semua kekal di situ selama sejam dan kemudian
masing-masing membawa haluan sendiri. Pulang ke rumah masing-masing dengan
pelbagai rasa.



