Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan Selamat Pagi.
KOMBO TERLAJAK CINTA RM26=4EBOOK
Blurb: GHOSTWRITER CINTA
Aksara ini, milik siapa?
Dunia mengenali Aradya sebagai novelis airmata. Namun hakikatnya, setiap baris kata yang menyentuh jiwa pembaca adalah titisan air mata Cinta. Sebagai ghostwriter, Cinta dipaksa menulis untuk dijadikan karya agung Aradya.
Di pejabat, dia hanya kerani akaun dan admin yang dihina. Di rumah pula, dia dianggap hamba.
Tragisnya, Cinta dihalau sehelai sepinggang atas fitnah yang tidak pernah dia lakukan. Dia dituduh menjadi penyondol, sedangkan dialah mangsa yang cuba mempertahankan maruah diri.
Muncul pula Harris Sofyan yang merupakan novelis tersohor yang dingin dan misteri.
“Aku tak perlukan pekerja yang hanya pandai mengira untung rugi. Aku perlukan seseorang yang faham kenapa aksara itu bernyawa. Dan kau orangnya yang faham bahasa jiwa.” HARRIS SOFYAN
Dalam dunia ciptaan si ibu tiri, mampukah Cinta menuntut kembali haknya?
Atau selamanya dia akan kekal sebagai bayangan yang tak bernama?
BLURB CIK WEDDING PLANNER TERLAJAK NIKAH
Dania Athirah sudah biasa mengurus majlis kahwin orang. Dari pengantin yang kuat merajuk sampailah yang tak tetap pendirian dan suka mengubah keputusan di saat akhir, semua dia dah pernah hadap.
Bila majlis kahwin anak orang kaya yang diuruskannya hampir bermula, Dania yakin semuanya akan berjalan lancar, macam biasa.
Tapi rupa-rupanya dia silap besar!
Beberapa minit sebelum akad nikah berlangsung, pengantin perempuan tiba-tiba hilang tanpa jejak. Telefon tak dapat dihubungi dan barang-barang peribadi semua lesap. Satu dewan mula kecoh. Dalam keadaan semua orang panik, pengantin lelaki pula boleh buat muka tenang macam tak ada apa-apa berlaku.
Lebih mengejutkan, di tengah kekecohan itu, pengantin lelaki, Hiraz Haiqal tiba-tiba mengajak dia kahwin!
Memang gila!
Dania rasa, hidup dia dah cukup stres sebagai wedding planner. Tak sangka boleh terjebak sekali dalam situasi yang tak dijangka. Nak menolak, keadaan sudah terlalu rumit. Nak menerima, dia langsung tak kenal hati budi lelaki bernama Hiraz itu. Tapi demi menyelamatkan keadaan, maruah keluarga dan nama syarikatnya, Dania akhirnya bersetuju.
Dalam masa seminggu, hidup dia terus bertukar 360 darjah.
Daripada sibuk menyusun pelamin orang, dia pula yang duduk atas pelamin. Daripada sibuk mengurus pengantin orang, dia sendiri jadi isteri kepada lelaki kaya dan kacak tapi perangai boleh buat darah naik satu badan.
Hiraz pula jenis lelaki yang susah nak faham. Mulut pedas, muka tenang tapi suka menyakat. Perangai yang buat Dania meletup hampir setiap hari. Malam pertama pun boleh gaduh pasal selimut! Belum masuk bab kena ikut Hiraz ke majlis orang kaya dan menghadap mulut-mulut puaka.
Realitinya, perkahwinan mereka bukanlah kisah cinta indah seperti dalam drama. Bermula dengan pertengkaran, perang dingin, sindiran tajam dan ego masing-masing, Dania dan Hiraz terpaksa belajar hidup sebumbung walaupun hati tidak rela.
Lebih memeningkan, perangai Hiraz sering berubah-ubah. Sekejap dingin macam ais, sekejap romantik sampai buat jantung Dania tak keruan. Dalam masa yang sama, kisah Mawar yang melarikan diri dan rahsia cinta Hiraz terhadap seorang gadis mula menimbulkan persoalan di hati Dania.
Masalahnya sekarang, jika hati mula jatuh cinta, bagaimana mahu berpatah balik?
Berminat piyem
www.wasap.my/601136780082/komboterlajakcinta
