Monday, July 24, 2023
Sunday, July 23, 2023
Seseorang Untuk Aku...
Pertemuan itu bersyarat dan perpisahan itu mutlak...
Seseorang yang bersama kita saat ini mungkin pernah datang menyapa pada masa lalu secara kebetulan atau suratan. Tanpa pengetahuan kita takdir itu telah memberi petunjuk awal namun mungkin kerana kita manusia biasa maka segala petunjuk tak memberi kesan di mata atau di hati. Bukan kerana dia tidak tepat untuk kita. Tetapi kerana masanya belum tiba...
Cinta akan hadir pada saat yang tepat...
Hari ini DM pilih beberapa lagu Cinta dengan lirik yang indah. Sama-sama kita mengungkap kembali saat pertemuan pertama bersama insan yang kita cinta. Moga kenangan itu mampu menambah rasa agar kita sentiasa cinta.
DM sendiri merasakan hari demi hari DM semakin cinta pada insan kesayangan DM. Semakin hari berlalu... Semakin banyak kelebihan dan kelemahan dia yang DM tahu. Tapi itu semua buat cinta semakin menggebu.
Friday, July 21, 2023
Tuesday, July 11, 2023
Life is miracle...
Kehidupan ini sememangnya untuk diteroka.
Penelitian mata hati jiwa sepanjang usia.
Mata yang memandang kan terpukau pada keindahan.
Hati yang menilai kan terpesona dengan kebaikan.
Yang pasti, kata dan tingkah adalah bebayang rupa pada hakikat seorang hamba kepada PENCIPTA.
Monday, July 10, 2023
Hati yang bahagia...
Bisakah hati bahagia lagi?
Mengecap situasi pada hari yang pergi.
Bisakah pelangi munculkan diri?
Di saat mentari sembunyi...
Dan dari kerana mata...
Pandangan itu penuh emosi.
Namun setiap pandangan punya pengertian berbeza.
Pandangan kadangkala mewakili bahasa jiwa yang tak mampu diungkapkan dengan tutur kata.
Sejauh manakah mata tak bisa menipu?
Antara Dua Hati...
Antara dua hati...
Perlu untuk memahami.
Menerima kekuatan dan kelemahan sebagai PERSONA.
Ingatkan diri, bahawa tiada yang sempurna.
Khilaf di mana-mana antara sedar atau alpa.
KITA BERDUA bukan untuk SEMPURNA.
KITA BERDUA adalah untuk BAHAGIA.
BAHAGIA kita bukan kerana mereka kata.
BAHAGIA kita kerana kita yang cari dan beri untuk sesama kita.
Sebagai PELUANG pada setiap PERCATURAN KEHIDUPAN.
Hidup ini Percaturan...
Hidup ini adalah satu percaturan.
Setiap langkah ada piliha.
Pilihan yang mencorakkan kehidupan.
Benarkah memilih itu pilihan?
...Kerana kadangkala yang datang adalah suatu ketentuan...
Segenap Ruang
Bernafas di bumi ini perlukan jiwa yang kental.
Tak memikir apa kata orang.
Tapi perlu risaukan PERSONA di mata Yang Maha Pencipta.
Realitinya bagaimana?






