Saturday, October 18, 2025

KING UNTUK QUEEN

 


King, lelaki bulldozer yang kerjanya tolak, tebang dan tebas. Semua kerja kampung juga dia tibai, asalkan mendatangkan duit. Yang jadi masalahnya, YB SUFYAN kampung mahu dia jadi cucu menantu. Suami pada Queen Ciara. Puteri tunggal yang terlalu independence sampai semua bimbangkan dia. Tak nak berlaki pula tu...

Queen Ciara: Kau jangan nak bersemut dan tersengih macam tu depan aku. Meluat. Jauh sikit. Busuk. Kau baru balik berkubang dengan badak sumbu ke?

King: Haah, tapi dorang tu tak ganas. Kat depan mata aku ni lagi ganas. Dah macam Cik Ponti mengamuk kat hutan tu... Nasib baik cantik!

Queen Ciara: Hantu kau King... Kau mengata aku?

King dan Queen Ciara mula-mula tak sekufu tapi sekejap jer. Sakit perut King nak hadap telatah Queen Ciara yang acah-acah ada perisai cinta. Tapi tersungkur dalam pelukan rindu seorang King.

Nampak je King tu, ganas. Bila dah keluar senjata cinta... Queen Ciara tak boleh mengelak dah. Terus tersungkur.

Namun, bila cinta diuji maka Queen Ciara terjerat dalam pelukan asmara seorang King. Kehilangan bayi dalam kandungan, makin menguji istana cinta milik King dan Queen. Kehadiran Elrah pula menjampi kesetiaan King.

Dapatkah mereka berdua  mempertahankan rumahtangga yang hampir runtuh tiang serinya?

Atau kehilangan adalah noktah yang bakal mengakhiri segala?

No comments:

Post a Comment