RANDOM TEASER:
Flashback...
“Kau memang anak tak guna.
Penat aku beranakkan kau. Susah-payah aku besarkan kau. Sekarang ini, bila dah
ada otak sikit... Kau sombong dengan aku. Minta tolong sikitpun kau nak
berkira. Aku ni mak kau tau.” Tengking Afifah nyaring.
Arlisa mengeluh.
“Mak. Bukan Lisa tak mahu
tolong. Tapi Lisa tak ada duit. Lisa masih belajar, mak. Lagipun, duit kerja part
time Lisa tu, semua Lisa dah bagi mak.” Balas Arlisa lembut.
“Kau mengungkit?” Bidas Afifah
nyaring.
Jika ada yang sedang berjalan
di halaman luar rumah mereka, pasti dapat mendengar pertelingkahan dua beranak
ini. Rumah taman kot.
“Bukan Lisa mengungkit. Tapi
Lisa dah tak ada duit. Tunggu hujung bulan baru ada duit.” Balas Arlisa jujur.
“Minta advance kat
majikan kau tu.” Arah Afifah pula.
“Mana boleh mak... Lisa hanya
pekerja part time. Pekerja tetap pun tak pernah minta advance.”
Luah Arlisa sayu.
Seboleh mungkin Arlisa
bersabar dengan situasi. Berdepan dengan mak sendiri kot. Salah gaya nanti,
Arlisa juga yang dituduh anak derhaka.
Sejak ayah meninggal, Arlisa
yang tanggung beban keluarga. Mujur tiada adik-beradik lain. Jadi, Arlisa hanya
fokus untuk sediakan keperluan mak sahaja.
Walaupun, duit pencen babah
ada dan setiap bulan masuk akaun bank mak. Namun, sepanjang babah tak ada,
Arlisa tak pernah merasa duit pencen tu.
Duit kerja part time
Arlisa pun tak cukup untuk diberikan kepada mak. Mana nak buat belanja ke
sekolah lagi.
Pening kepala Arlisa nak hadap
masalah kewangan ini. SPM dah dekat. Arlisa kena fokus.
Malangnya, semakin SPM
mendekat, semakin hebat pula dugaan hidup ini.
“Aku dah cakap. Berhenti
sekolah. Pergi cari kerja tetap. Degil. Sudahnya, menyusahkan aku. Lantak
kaulah.” Afifah bengang dan berlari ke bilik tidurnya sambil menyusun beberapa
helai baju dan dimasukkan kesemua baju yang diambilnya itu ke dalam beg bagasi
sederhana besar.
Terpinga-pinga Arlisa
memandang tingkah Afifah.
“Mak nak pergi mana?”soal
Arlisa panik.
“Aku nak pergi kerja. Kau
duduk sini, jaga rumah. Jangan kau pun hilang merayap dengan kengkawan kau
pula. Aku ada mata-mata tau. Kau buat hal, aku halau kau dari rumah ni.” Kata
Afifah lantang.
Rumah ini, rumah peninggalan
arwah babah. Bebas hutang sebab babah dah habis bayar pinjaman perumahan rumah
ni, sejak enam bulan sebelum dia meninggal.
Arlisa lega juga sebab
setidak-tidaknya babah sediakan tempat berteduh untuk mak dan Arlisa. Terima
kasih, babah. Rumah ini banyak sangat kenangan babah.
Pencen babah tu sepatutnya,
memang dapat menampung keperluan asas Arlisa dan mak. Tapi...
Mak terlalu boros. Arlisa
sendiri tak tahu ke mana duit pencen babah tu pergi. Bila ditanya mak
marah-marah pula. Dalam masa yang sama, duit kerja part time Arlisa pun
mak minta.
Sekarang ini, mak nak ke mana
pun Arlisa tak tahu. Namun, Arlisa sentap sendiri apabila terpandangkan sebuah
kereta mewah yang sedang menunggu mak di luar pagar rumah.
Siapa?
Arlisa tak nampak kawan yang
sedang tunggu mak tu. Cermin keretanya gelap.
“Mak. Mak nak kerja kat mana?
Dengan siapa?”soal Arlisa ingin tahu.
“Jangan kepoh. Kau tak nak
cari kerja tetap kan... Belajar pun tak pandai mana. SPM pun belum tentu lulus.
Sibuk nak sekolah. Sibuk nak masuk universiti. Tak nak dengar cakap aku.
Sekarang ni, biar aku yang kerja.” Bukan main lagi Afifah melaser anak
sendiri.
Bergenang air mata Arlisa.
Cuba dipeluk tubuh mak tapi dengan kasar mak menolak tubuh kecil Arlisa.
“Mak...” Raung Arlisa
akhirnya.
Tapi tetap tidak dihiraukan
oleh Afifah.
Dan itulah kali terakhir,
Arlisa bertemu mak. Ambil SPM tanpa mak. Dapat result gempak SPM pun
tanpa mak. Masuk universiti pun tanpa iringan doa restu dan peluk cium mak.


No comments:
Post a Comment