PABILA RINDU TAK
PERNAH SEMBUH
TEASER 1
“Fia.” Panggil Zamani mesra.
Meluat.
Tak ada lelaki lain yang elok
sikit ke perangai yang duk nak try dia?
Langkah Wafia terhenti.
Di belakang Zamani kelihatan
susuk tubuh papa, Engku Hamdan.
Tajam mata Engku Hamdan
memandang ke wajah Engku Wafia.
Malapetaka apa pula ni? Gerutu Wafia dalam hati.
Engku Hamdan jika datang ke
bilik pejabat Wafia, pasti ada berita yang mengejutkan. Atau pasti ada
perubahan yang bakal berlaku. Maka, percanggahan pendapat akan wujud. Wafia
tarik nafas panjang.
“Kau buat apa kat sini,
Zamani?”soal Engku Hamdan tegang.
Engku Wafia tersenyum dalam
hati. Bagus juga jika papa ada. Boleh halau cepat-cepat sikit si Zamani ni.
Engku Hamdan berdiri di ambang
pintu, wajahnya tenang tetapi matanya mengerling ke arah Zamani yang selamba
datang duduk di sofa di sebelahnya.
“Kau tak ada kerja erh? Asyik
datang ofis aku aje.” Sindir Engku Wafia pula.
“Papa pula buat apa kat sini?”
soal Wafia, pelik.
“Ini pejabat papa juga.
Salahkah datang untuk menjenguk? Jenguk anak papa juga.” Balas Engku Hamdan
tenang.
“Kalau papa datang untuk urusan syarikat, kita
boleh berbincang secara formal.” Luah Wafia.
“Ini bukan tentang syarikat.
Ini tentang hidup kamu.” Nada Engku Hamdan serius.
Wafia memandang ke wajah
Zamani, “Kau... Boleh tak balik ofis kau. Jangan duk buang masa kat sini. Aku
tak suka jika pejabat aku jadi tempat orang melepak sesuka hati.”
“Uncle, I stay sekejap.
Lagipun, I nak tahu juga apa yang Uncle nak bincang dengan Wafia.
Tentang hidup Wafia, kan?” soal Zamani selamba.
Engku Hamdan diam sahaja. Mengiyakan, tidak. Menggeleng, tidak. Memandang
Zamani pun tidak.
Wafia memalingkan wajah,
“Hidup Fia terkawal. Papa tak perlu risau.”
Engku Hamdan tersenyum kecil,
senyum seorang ayah yang sudah terlalu lama melihat anaknya membina tembok
tinggi pada jiwanya sendiri.
Melihat Wafia yang cuba
menepis godaan Zamani inipun dah buat Engku Hamdan rasa sebal.
Zamani ni jenis tak makan
saman. Degil. Suka ikut kepala dia aje.
Ada hati nak jadi menantu
Engku Hamdan? Memang takkan approved sampai
bila-bila.
“Itulah yang papa risaukan. Sentiada terkawal. Sampai kamu bina tembok besar
dalam hati kamu tu. Papa nak menantu...” Kata Engku Hamdan terang dan jelas.
Zamani tersengih-sengih
memandang ke arah Engku Hamdan. Dengan harapan, Engku Hamdan akan melihat dirinya dengan jelas sebagai
calon menantu pilihan.
Wafia diam.
Wafia menyilangkan tangan dan bersedia
mempertahankan diri.
Apatah lagi jika papa mengusulkan Zamani sebagai
calon suaminya.
Rela Wafia membujang sampai ke mati.
“Papa dah buat Keputusan, papa
nak kamu berkahwin.” Sambung Engku Hamdan perlahan.
Dahi Wafia berkerut, “Fia tak
ada masa untuk benda remeh macam tu.”
“Ini bukan hal remeh.” Engku Hamdan menghela nafas.
“Papa dah pilihkan calon.” Kata Engku Hamdan
tenang.
Sekarang ini, Wafia yang jadi tak tenang dan kalut.
Janganlah papa pilih mamat
depan mata ini.
“Papa tak berhak atur hidup
Fia.” Balas Wafia bengang.
“Papa, penjaga kamu. Ayah
kandung kamu. Papa hanya mahukan yang terbaik untuk kamu. Lagipun, papa tak
mahu kamu dihurung lelaki sembarangan. Merunsingkan papa. Calon papa, adalah
yang terbaik untuk kamu. Kuat iman. Berjiwa besar. Penyayang. Yang penting, penyabar. Papa dah uji hati dia.
Papa dah bagi dia situasi yang payah. Dan, papa approved dia adalah
calon suami kamu yang boleh papa sandarkan harapan untuk jaga kamu. Bimbing
kamu.” Kata Engku Hamdan panjang lebar.
Wafia lega. Yang pasti, bukan Zamani. Kuat iman. Berjiwa besar. Penyayang. Itu bukan Zamani.
Pasti.
Berkerut dahi Zamani mendengar
kata-kata Engku Hamdan.
“Wait the minute. Uncle pilih siapa untuk
Fia?” Soal Zamani dengan suara yang panik.
Engku Hamdan tersenyum sinis, “Balik Zamani. I
need a time to talk in private with my precious daughter.”
Wafia tahan senyum melihat
wajah tak puas hati Zamani.
.png)
.png)
.png)
.png)
No comments:
Post a Comment