EBOOK:
BLURB : PABILA RINDU TAK PERNAH SEMBUH - Dalia Maritza
+/- 400 PagesEngku Wafia Engku Hamdan, merupakan CEO sebuah syarikat terkemuka. Beliau juga mempunyai status elit di kalangan ahli perniagaan. Cantik, kaya dan disegani.
Namun, egonya bagai dipijak-pijak apabila Engku Hamdan mengatur perkahwinannya dengan Dhiya Ulhaq. Anak angkat kesayangan papa, merangkap sahabat baik adiknya.
Segalanya berjalan lancar... Pertunangan dan pernikahan benar-benar tersusun rapi dan mengikut kehendak Wafia.
Sehinggalah satu saat, Wafia memerangkap Dhiya agar kelihatan teruk di mata Engku Hamdan. Bukan sahaja dituduh tamak kerana cuba menggelapkan wang syarikat.
Malahan, Wafia mencipta plot kecurangan Dhiya dengan seorang perempuan. Sehingga Dhiya dibelasah separuh mati oleh orang suruhan Engku Hamdan. Dalam masa yang sama, Engku Hamdan kemalangan dan koma.
Engku Wafir, adik Wafia diminta untuk menerajui semua syarikat yang diuruskan oleh Engku Hamdan. Wafia tidak membantah malahan menyokong Wafir.
Wafir yang tahu Wafia memerangkap Dhiya begitu benci dengan kakaknya yang selfish. Tanpa pengetahuan Wafia, dalam diam Wafir sentiasa membantu Dhiya.
Malahan, Wafir mahu Dhiya kembali dan berbaik semula dengan Wafia. Bagi Wafir, tiada lelaki yang sesabar Dhiya dalam melayan tingkah luar alam Wafia. Cantik dipandang mata tapi hati empatinya tiada.
Dhiya berdendam dengan Wafia kerana perbuatan Wafia menyebabkan nenek Dhiya meninggal dunia akibat serangan jantung.
Kembalinya Dhiya penuh aura maskulin yang menyentak jiwa sunyi Wafia.
Dhiya pula memang sengaja menjentik hati Wafia dengan sikapnya yang romantik dan gentleman. Wafia, akhirnya tersungkur di pelukan cinta Dhiya dengan rela. Tapi, saat Wafia berterus-terang akan hal lama Dhiya berubah laku. Menjadi lelaki tanpa emosi.
“Jika begitu, semua yang berlaku ini satu kesilapan. Kau bersalah sebab buat nenek aku meninggal. Kau pembunuh. Dan aku tak mahu terlibat dengan perempuan yang tak ada hati nurani. Pentingkan diri dan keras hati.” - Dhiya
“Buat apa datang lagi?Tak cukupkah apa yang dah Dhiya buat? Dhiya rampas bahagia Fia. Rampas adik kesayangan Fia. Rampas papa... Apalagi yang Dhiya nak? Nak Dhiya mati? Ouh, hutang nyawa mesti dibalas nyawa juga, kan? Kalau macam tu upah aje pembunuh untuk bunuh Fia. Fia rela mati tapi Fia tak mahu ambil nyawa sendiri. Dosa besar.” - Wafia
“Habis kau mahu aku pula yang terpaksa pikul dosa besar sebab bunuh kau?” - Dhiya
Bagaimana pengakhirannya? Dapatkah Wafia kembali menawan hati Dhiya?
Sedangkan benci bukan sekelumit tapi bernanah teruk di jiwa Dhiya. Atau selamanya Wafia rela disakiti Dhiya bagi menebus dosa lama? Jangan lupa untuk dapatkan ebook Pabila Rindu Tak Pernah Sembuh.
BLURB : LELAKI PILIHAN AFIYYA IRDYNA - Rose Aleyna
+/- 430 PagesJatuh cinta pada abang tirinya!
Itu perkara paling bodoh pernah berlaku dalam hidup Afiyya Irdyna.
“Kau tahu kenapa mama cuba pisahkan kita?”
“Sebab mama terbaca diari kau. Sejak bila kau mula jatuh cinta pada aku?”
Kerana rahsia itu pernah terbongkar, Afiyya tekad menjarakkan diri. Desakan Saif membuatkan dia terpaksa melibatkan Zuhair, kawan baik Saif. Ditolak mentah-mentah oleh Zuhair membuatkan Afiyya merajuk lama. Tujuh tahun dia merantau di negara orang.
Setelah kembali semula ke Malaysia, dia diminta bekerja sebumbung dengan papa dan Saif. Paling Afiyya tak sangka, dia ditempatkan di jabatan yang sama dengan Zuhair.
Hidupnya menjadi semakin kucar-kacir apabila mama dan papa memaksa Saif bertunang dengan calon pilihan mereka.
“Tolong jawab dengan jujur! Kau masih cintakan aku ataupun tidak?” ~ Saif
“Kalau kau masih cintakan aku, majlis pertunangan tu akan diteruskan. Bukan dengan Azza. Tapi dengan kau.” ~ Saif
Apabila Saif mengaitkan namanya, Afiyya tebalkan muka untuk melibatkan Zuhair sekali lagi. Dia tidak mahu lagi menimbulkan salah faham seperti tujuh tahun lalu.
“Boleh tak Encik Zuhair jadi tunang sementara saya?”
“Saya janji! Kita bertunang sekejap saja. Lepas Abang Saif berkahwin, kita putus tunang.”
Lain pula yang terjadi setelah mereka bertunang. Zuhair terus bersetuju apabila mama mencadangkan mereka berkahwin pada tarikh yang sama dengan Saif.
“Afiyya Irdyna… Aku bukan lelaki pilihan kau. Sejak dulu lagi dalam hati kau hanya ada cinta untuk Saif, kan?” ~ Zuhair
“Aku akan teruskan perkawinan kita. Dengan syarat, perkahwinan ini hanya sementara sahaja. Bila semuanya selesai, kita berpisah.” ~ Zuhair
Ya, dia bukan perempuan pilihan Zuhair. Sejak dulu lagi namanya tetap tak pernah singgah di hati Zuhair.
Saban hari, gelora rasa di jiwanya kian bercelaru. Saif yang selalu mendesak. Cemburu kakak iparnya yang melampaui batas. Juga suami yang seperti tidak mempedulikan dirinya.
Tak perlu tangisi apa yang bukan milik kita. Kadang-kadang yang selalu ada di hadapan mata itu adalah pilihan yang terbaik.
Di akhir cerita, siapa sebenarnya lelaki pilihan Afiyya Irdyna?
.png)
No comments:
Post a Comment