OPERASI : GODA ISTERI SYURGA mengisahkan pertembungan takdir antara Haris Rafael dan Bella Innara. Dua insan yang tak pernah kenal, disatukan bukan kerana cinta tetapi oleh dendam lama dua keluarga yang bermusuhan.
Perkahwinan mereka dirancang sebagai jalan damai. Namun, hidup sebumbung selepas nikah antara Haris Rafael dan Bella Innara tak semudah akad yang dilafazkan. Setiap senyuman penuh makna tersirat. Kesudahannya, salah faham menggugat bahtera rumahtangga mereka berdua.
Apatah lagi, Mama Haris sentiasa menguji kesabaran Bella Innara.
“Bila kahwin sebab dendam, jatuh cinta pula jadi kesalahan?” – Haris Rafael
“Kau hanya isteri Haris Rafael di atas kertas, tapi bagaimana dengan hati?” – Sara Othman
“Awak masuk bilik saya tanpa ketuk lagi, saya saman awak atas kesalahan melanggar sempadan isteri sendiri…” Bella Innara
Apabila dua keluarga mempunyai agenda tersendiri, Haris pula menyimpan operasi rahsia. Bella Innara? Dia enggan tunduk pada perasaan yang semakin mengganggu jiwa.
Persoalannya kini, bukan lagi tentang agenda tersembunyi tapi tentang dua hati.
Adakah benci akan terus diwarisi, atau cinta akan mekar di hati tanpa disedari? Bila benci bertukar rindu, siapa yang akan mengalah dulu?



No comments:
Post a Comment