Friday, October 17, 2025

TERPISAHNYA LAKARAN BAHAGIA:DYGRA

 

TEASER 1

 

T

unak mata Deluna memandang wajah Dygra. Sedih dan sakit hati menjadikan emosi Deluna rabak teruk. Jika diberikan peluang mahu sahaja Deluna tumbuk bertalu-talu dada bidang Dygra. Sampai hati Dygra buat Deluna begini. Deluna punya hati.

Dalam masa yang sama, Dygra juga menahan emosi. Menyakiti Deluna umpama menyakiti diri sendiri.

 

Namun, Dygra terpaksa buat begini untuk mengetahui isi hati Deluna. Dygra tak mahu ditipu lagi. Dygra mahu menyintai seseorang yang benar-benar menghargai Dygra.

 

Hidup ini tak panjang. Dygra mahu isteri yang setia. Mahu fokus untuk mencipta momen bahagia dan berbuat amal untuk saham akhirat.

 

“Jika cinta kau palsu, kenapa berpura-pura? Kau lelaki tak hilang apa-apa jika menolak aku.” Kata Deluna kasar dan bernada hiba.

 

Dygra pandang wajah Deluna. Kasihan. Sumpah Dygra tak sampai hati mahu berkasar lagi.

 

Hati Dygra sendiri rasa sakit dengan permainan ini. Tapi Dygra perlu kuat. Dygra perlu tahu hal sebenar. Sampai bila Dygra mahu bertahan butakan mata dan tulikan telinga?

 

Yang menjadi mangsanya adalah Dygra.

 

Sejak kejadian tertangkap berdua-duaan dengan Deluna di dalam bilik gadis itu... Mama collapse dan dikejarkan ke hospital.

 

Jantung mama tak stabil dan lemah. Mama hampir terkena minor stroke. Mujur keadaan mama masih stabil. Cuma sekarang, mama berkerusi roda. Kaki mama lemah.

 

Dygra rasa bersalah sangat.

Sejak itu, mama langsung tak mahu memandang dan berbicara dengan Dygra. Umpama Dygra ini tak wujud.

 

Sudah sebulan berlanjutan begini. Dygra tak mampu bertahan lagi. Tanpa reda dan keampunan mama, hidup Dygra tak tenang.

 

“Aku tanya kau ini... Jika cinta kau palsu kenapa berpura-pura? Kenapa perlu menikah?”soal Deluna sudah meninggi sedikit nada suaranya.

 

Sebal melihat Dygra yang buat tak tahu.

 

Dygra memandang wajah Deluna dan menapak selangkah demi selangkah menghampiri Deluna.

 

“Aku yang patut tanya soalan tu pada kau. Kenapa kau buat begini? Aku layan kau baik bukan bermaksud kau boleh buat sesuka hati pada aku. Aku tunang Amalis. Bakal suami dia. Kenapa sampai kau sanggup menconteng arang ke muka sendiri? Dalam masa yang sama, kau libatkan aku dan keluarga aku juga.” Kata Dygra.

Mata bertentang mata.

 

“Aku tak buat apa-apa. Kau yang datang bilik aku. Aku yang patut tanya kau...” Tempelak Deluna kasar.

 

Dygra melangkah dekat ke arah Deluna lagi dan lagi hingga tubuh Deluna tersekat di dinding batu.

 

Deluna tahan nafas.

 

“Aku tahu kau nak aku sangat kan... Sebab tu kau sanggup buat begitu. Kau tipu aku. Kau tipu keluarga aku dengan muka naif kau tu. Kau ingat aku boleh terima kau ke?” Soal Dygra geram.

 

Tangan Dygra sudah mencengkam kasar lengan Deluna.

 

Sakit.

 

Deluna cuba melepaskan cengkaman tersebut dan kedua-duanya bergelut seketika sehingga akhirnya terjatuh ke tilam empuk Dygra.

 

Deluna terkedu apabila tubuh sasa Dygra menindih tubuhnya. Bergetar rasa seluruh tubuh.

 

Sejak menikah mereka berdua tak pernah serapat ini. Malam pertama pun tak pernah wujud. Dygra memang tak pernah sentuh Deluna.

 

Keadaan mama buat Dygra mencipta jurang antara mereka berdua.

 

“Aku tanya sekali lagi Deluna. Kenapa kau buat aku begini? Apa dosa aku pada kau sampai kau perangkap aku? Aku bakal suami Amalis. Sanggup kau buat begini pada Amalis. Kau rapat dengan dia. Amalis layan kau macam kakak sendiri. Tapi kau sondol hak dia. Perempuan jenis apa kau ini, Deluna...” Luah Dygra sambil memegang kedua-dua pergelangan tangan Deluna yang cuba meronta.

 

“Aku mangsa juga Dygra. Kalau mama tu hampir lumpuh. Aku ini... Hilang mak terus. Aku sendiri tertanya-tanya, apa konspirasi korang semua? Sampai aku jadi mangsa? Sampai mak aku hilang nyawa? Terkejut dan sampai matipun tersalah sangka pada aku. Kau ingat kau sorang yang terluka? Kau ada otak dan bijak Dygra. Kau mampu menilai situasi. Kau boleh faham aku... Sebab aku juga mangsa. Ingat tu...” Luah Deluna dengan suara yang tersekat-sekat.

 

Takut.

 

Deluna takut terpaksa menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri di saat Dygra tak menyintai.

 

Tak kisah jika hati Dygra tak rasa simpati tapi Deluna takut disakiti secara fizikal.

 

Boleh trauma Deluna. Cukuplah arwah abah mendera Deluna sewaktu kecil. Perkara itupun masih belum boleh dilupakan lagi. Masih terasa sakit dan nyeri.

 

Deluna telan liur sendiri apabila tangan kanan Dygra sudah mula meneroka.

 

Kedengaran nafas Dygra yang tak teratur. Terbuai dengan susuk tubuh Deluna.

“Dygra...” Panggil Deluna perlahan.

 

Berdebar juga Deluna apabila berbalas tatapan dengan Dygra.

 

Ah, lelaki ini dah runtuh ke tembok keimanannya? Hilang ke mana amarah dan benci yang bersarang di hati tu? Boleh pula bertukar emosinya... Sekarang ini apa? Nak memadu asmara pula?

 

“Hurmm...” Sepatah kata yang keluar dari bibir Dygra buat Deluna terkedu.

Siap pakej mengongoi macam terlebih hormon testosteron sahaja. Desahan Dygra buat Deluna terbuai juga.

 

“Dygra... Ini tak betul...” Luah Deluna tersekat-sekat bicaranya.

 

“Kau cantik sangat Deluna... Aku... Assalamualaikum...” Kata Dygra akhirnya.

 

Saat Dygra dah membaca doa mendatangi isteri Deluna sendiri hanyut.

 

Ertinya: Ya, Allah Ya Tuhanku, hindarilah daripada kami syaitan dan singkirkanlah syaitan itu dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak).

 

Deluna bagai terjampi. Sama-sama hanyut melayan keinginan sendiri.

 

Dygra adalah lelaki yang Deluna cintai. Walaupun terperangkap dalam kisah yang sebegini dan terpaksa hadap caci-maki semua. Namun hati Deluna masih cintakan Dygra dalam diam. Sepenuh hati.

 

Pagi tu, Deluna terjaga awal seperti hari-hari sebelumnya. Badan terasa lenguh. Seketika Deluna kejung keras kerana terpandangkan dada sasa milik Dygra.

 

Otak Deluna ligat berfikir kejadian malam semalam. Allahuakbar. Apa kau dah buat ini Deluna?

 

Deluna cuba menolak tangan Dygra yang masih memeluknya erat.

 

Deluna telan liur sendiri melihat susuk tubuh suami.

Dygra buka mata. Mata bertentang mata. Dygra memeluk tubuh Deluna.

 

“Dygra... Aku tak salah.” Deluna tak dapat meneruskan kata apabila bibir Dygra sudah menyentuh bibirnya.

 

Merah wajah Deluna.

 

“Boleh kau jujur dengan aku?” Soal Dygra serius sambil merenung wajah Deluna.

 

Comel.

 

“Sejak dulu lagi, aku jujur dengan kau dan seluruh ahli keluarga kau. Banyak budi yang papa dan mama kau tabur pada aku dan mak aku. Mana mungkin aku tegar nak melukakan hati ahli keluarga kau. Termasuk kau, Dygra... Aku...” Deluna kelu pula.

 

Hilang kosa kata mahu meluahkan perasaan pada Dygra.

 

“Kau cintakan aku?”soal Dygra sambil menarik dagu Deluna agar wajah Deluna terlihat jelas di pandangan mata Dygra.

Deluna tundukkan wajah. Namun Dygra menarik lembut dagu Deluna.

 

“Aku perlukan jawapan Deluna. Walaupun, tubuh kau dah bagi jawapan yang pasti. Tapi aku tetap mahu dengar sendiri daripada mulut kau.” Kata Dygra lembut.

 

“Yea. Aku cintakan kau Dygra.” Balas Deluna akhirnya.

 

“Sejak bila?”soal Dygra ingin tahu.

 

“Sejak dulu... Sejak kau dokong aku dari sekolah ke rumah, waktu aku kena buli dengan kawan sekolah kerana tak ada abah.” Kata Deluna perlahan.

 

Dygra menarik nafas panjang.

 

“Aku nak tahu... Kenapa kau boleh tak berpakaian waktu aku masuk bilik kau hari tu? Aku dengar gelas pecah dalam bilik kau. Aku risau. Sebab tu aku masuk. Panggil kau bertalu-talu tapi kau tak menyahut.” Cerita Dygra.

 

“Aku minta maaf. Kau percaya, jika aku kata aku tak tahu apa yang jadi? Lepas makan pagi tu, kepala aku sakit dan berdenyut-denyut. Aku masuk bilik dan tertidur. Aku tak sedar. Sedar-sedar aku rasa dahaga dan capai air di tepi meja. Tapi pegangan gelas tu terlepas sebab kepala aku sakit.” Luah Deluna pula.

 

“Kepala sakit berdenyut-denyut? Kau tahu... Kepala aku pun sakit lepas aku makan dan minum di dapur. Waktu aku masuk bilik kau tu, aku memang tengah menahan sakit kepala. Otak aku pun tak mampu nak fikir dengan waras. Bila dengar gelas pecah dari dalam bilik kau. Terus aku redah masuk. Itupun, selepas berkali-kali aku ketuk pintu bilik kau.” Cerita Dygra lagi.

 

Deluna pandang wajah Dygra. Ada yang tak kena di situ.

 

“Kau dengan siapa sebelum tu?”soal Dygra lagi.

 

“Amalis. Amalis minta aku makan dengan dia.” Balas Deluna.

 

Berkerut dahi Dygra.

 

“Amalis ada kat rumah? Bukan dia ikut mama pergi spa ke pagi tu?” Soal Dygra pelik.

 

Dygra dan Deluna tertangkap berdua-duaan dalam keadaan memalukan, sehari sebelum majlis akad nikah Dygra dan Amalis.

 

“Habis aku makan dengan siapa? Hantu? Kau boleh tanya Dhariq. Sebab waktu aku makan tu, Dhariq menjenguk ke dapur sebelum keluar joging.” Balas Deluna.

“Dhariq?” Soal Dygra separuh meninggi suaranya.

 

Musykil.

 

“Iyerlah, Dhariq. Adik kau...” Balas Deluna selamba.

 

Dygra cubit pipi Deluna geram. Sempat lagi dia main cubit-cubit manja. Bukan tengah bincang isu serius ke? Gumam Deluna dalam hati. Tak puas hati dengan si Dygra ini.

 

Semalam bukan main berkasar dengan Deluna.

Lepas tu mood swing. Berubah jadi lelaki sejati yang romantik. Bulu roma Deluna meremang apabila mengenang memori indah semalam.

 

“Dhariq ada kat rumah juga? Kau biar betul. Dhariq ikut abah jumpa Tok Imam. Nak bincang pasal majlis akad nikah malam tu. Nak dibawa ke waktu selepas Isyak.” Kata Dygra pula.

 

Dalam masa yang sama, tangan Dygra dah mengelus manja rambut ikal mayang Deluna.

 

Berkerut pula dahi Deluna, “Tengku Hufail dan Puan Cempaka Sari tak ada kat rumah? Amalis dan Dhariq pun? Kau biar betul... Aku makan tu jam 10 pagi kot.”

 

“Aku makan jam 10.30 pagi. Lagipun, awal pagi tu aku memang nampak mama dan papa kat kereta masing-masing menunggu Amalis dan Dhariq. Aku bertembung dengan Amalis kot kat tangga.” Kata Dygra pelik.

 

Deluna melepaskan keluhan panjang.

 

Dygra pandang wajah Deluna.

 

“Kau ada perkara ke yang tak bagitahu aku?”soal Dygra sambil bangun sedikit dan menopang dagu di sebelah Deluna.

 

Tak berkelip mata Deluna memandang. Darah gemuruh pun datang lagi.

 

Deluna menolak tubuh Dygra. Cuba mencipta jarak. Tapi, sia-sia sebab tubuh Dygra dah melekat rapat ke sisinya. Ditolak pun tetap melekat rapat.

 

“Kalau aku bagitahu kau... Kau akan percaya aku? Aku takut kau hilang akal lagi dan tuduh aku bukan-bukan pula.” Kata Deluna perlahan.

 

Dygra tenung anak mata Deluna.

 

“Jujurnya. Aku percayakan kau Deluna. Sebab itu aku menikah dengan kau. Aku tak mahu kau tanggung malu. Aku tak mahu maruah kau tercemar dan jadi bualan orang. Termasuk dicaci dengan ahli keluarga dan kaum kerabat aku.” Luah Dygra.

 

“Tapi kau layan aku macam aku seorang pesalah.” Balas Deluna dengan nada sedih.

 

“Aku terpaksa sebab otak aku serabut. Aku tak dapat berfikir dengan waras. Amalis menangis sampai bengkak-bengkak mata. Tuduh aku curang dengan dia. Sampai mama pun kata aku anak derhaka. Mengaibkan keluarga.” Balas Dygra lirih.

 

“Aku rasa kita kena game ini.” Kata Dygra lagi.

 

Sekali lagi Dygra pandang wajah Deluna, “Apa yang kau nak bagitahu aku?”

 

“Kau janji tak akan mengamuk tak tentu hala?”soal Deluna lembut.

 

“Selama kau kenal aku... Kau rasa aku ini cepat baran ke?”soal Dygra sambil menjungkit sebelah keningnya.

 

Deluna menggeleng laju.

“Amalis dan Dhariq ada hubungan. Sejauh mana aku tak pasti. Tapi aku pernah nampak Dhariq masuk dalam bilik Amalis. Lama.” Luah Deluna berdebar-debar.

 

Takut menunggu reaksi Dygra.

 

Dygra terdiam. Hati Dygra rasa tersepit di celahan batu konkrit.

 

Deluna menggoncang bahu Dygra.

 

Dygra pandang wajah Deluna. Entah mengapa, rasa kasihan dan simpati pada Deluna.

 

Kerana peristiwa yang memalukan itu, Mak Lea meninggal dunia. Mati mengejut kerana terkejut.

 

Jadi, Dygra dan Deluna dituduh curang sedangkan yang sebanar-benarnya curang adalah Amalis dan Dhariq?

 

Dygra pejam mata rapat-rapat. Kemudian membuka mata dan memandang wajah Deluna yang nampak blurr dan resah melihat reaksi Dygra.

 

Dygra tersenyum manis memandang Deluna.

 

“Kau jangan buat aku risau. Sekejap sedih. Sekejap marah. Sekejap begini...” Luah Deluna panik.

 

Pandangan mata Dygra yang sebegini buat jantung Deluna rasa nak pecah meletup.

 

Haish, suami aku ini kena cultural shock ke?

Lain macam sejak dapat Deluna semalam. Tapi bagus juga. Sekurang-kurangnya, Dygra dah boleh bertenang dan berfikir dengan akal yang waras. Tidak lagi menuduh Deluna yang bukan-bukan.

 

Dygra buat hal lagi...

 

“Eh, bangun ler. Dah masuk waktu. Solat Subuh...” Deluna tak dapat meneruskan kata.

 

Selamba Dygra cium bibir Deluna. Lama.

 

“Ada sejam setengah lagi. Erm, kita buat pahala suami isteri dulu.” Ajak Dygra lembut.

 

Belum sempat Deluna jawab Dygra dah hanyut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEASER 2

 

T

engku Affan Dygra hanya  mampu tersenyum lemah. Mahu membantah tapi tiada kekuatan untuk mengutarakan alasan.

 

Jika melihat riak wajah mama… Dygra tak rasa boleh berkompromi dengan mama.

Dygra pun malas nak buang air liur untuk bertekak dengan mama. Tak mahu jadi anak derhaka. Jika mama dah kata begitu. Dygra turutkan sahaja.

 

Walaupun ijab dan kabul ini, Dygra yang akan hadap. Namun, untuk menolak permintaan mama… Dygra tak sampai hati.

 

Lagipun, anak lelaki memang anak mama. Syurga anak lelaki walaupun sudah beristeri tetap juga perlu mengutamakan mama.

Ini kalau bakal isteri dengar mesti menyirap je. Silap hari bulan cancel jadi laki.

 

Tapi…

Bakal isteri Dygra adalah anak angkat kesayangan mama dan papa. Kesayangan Dygra juga.

 

Cuma Dygra tak menyangka yang Dygra perlu menikahi Amalis. Seorang perempuan yang Dygra anggap seperti adik sendiri.

 

Dygra memang rapat dengan Amalis.

Mereka berdua memang selalu berkongsi cerita kehidupan masing-masing.

 

Harapnya, permintaan mama ini tidak mengubah hubungan baik antara Dygra dan Amalis. Risau juga jika Amalis yang cantik itu sudah mempunyai kekasih hati.

 

Dygra memandang figura Amalis yang mula mendekat dan menghampiri Dygra.

 

“Dah siap?” soal Dygra sambil cuba tersenyum pada Amalis seperti biasa.

Amalis mengangguk.

 

Entah mengapa Dygra rasa serba salah pula apabila melihat riak wajah Amalis. Dia suka atau tak suka ini? Dia setuju atau terpaksa? Dygra dah mula resah.

 

Laju sahaja langkah kaki Amalis ke kereta. Seperti biasa, Amalis melabuhkan punggung di kerusi sebelah pemandu.

 

Dygra tarik nafas dalam-dalam cuba mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan Amalis.

Sunyi. Sepi.

Masing-masing diam.

Sampai sahaja di depan butik pengantin yang mama syorkan, Dygra laju keluar dari kereta untuk membukakan pintu buat Amalis.

 

Amalis pandang wajah Dygra.

 

“Abang. Tak perlu pun abang buat begini. Buat macam biasa sahaja.” Luah Amalis serba salah.

 

Dygra tersenyum.

 

“Mana boleh. Amal, bakal isteri abang. Jadi memang perlu abang layan dengan baik. Cuma abang nak tanya sebelum kita berdua melangkah lebih jauh…” Dygra jeda sambil merenung dalam ke wajah Amalis.

 

Amalis membalas renungan Dygra.

 

“Amal setuju ke dengan permintaan mama ini?” Soal Dygra hati-hati.

 

Amalis tersenyum, “Permintaan mama. Sanggup ke abang tolak? Lagipun banyak jasa mama pada Amal. Mana mungkin Amal tolak.”

 

Dygra capai tangan Amalis dan menggenggam erat.

 

“Amal. Jangan cakap begitu. Abang tak mahu Amal buat semua ini sebab Amal nak balas jasa. Abang mahu Amal bahagia. Abang sayang Amal tau. Jadi, tolong ambil kira perasaan Amal juga. Kalau Amal dah ada orang lain, bagitahu abang. Abang akan slowtalk dengan mama.” Kata Dygra lembut.

 

Amal tersenyum tawar.

 

“Jodoh yang mama cari untuk Amal adalah Tengku Affan Dygra kot. Mana mungkin Amal menolak. Abang jangan risau. Amal terima sebab Amal yakin abang adalah imam terbaik buat Amal.” Luah Amalis berhati-hati.

 

Amalis bimbang jika Dygra tersalah mentafsir pula.

 

Walaupun, dalam hati Amalis… Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa terkejutnya Amalis dengan permintaan mama.

 

Cempaka Sari memang bukan mama kandung Amalis. Namun, kerana kasih sayang Cempaka Sari maka Amalis membesar dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Tak pernah terbeza antara Dygra, Dhariq dan Amalis kerana Amalis sentiasa dianggap sebagai puteri bongsu dalam keluarga Tengku Hufail dan Cempaka Sari.

 

Cuma…

Jika ditanya soal cinta. Amalis tiada jawapan.

Lelaki yang rapat dan baik dengan Amalis hanyalah Abang Dygra dan Dhariq.

 

Amalis tak pernah bercinta.

 

Itu yang memusykilkan Amalis. Tidak tahu apa yang Amalis mahu. Tidak pasti dengan hati sendiri.

 

Jika Amalis bersama Dygra, Amalis sentiasa rasa tenang dan bahagia. Rasa selamat dan teruja. Mana tidaknya, Dygra merupakan pewaris utama dan orang kepercayaan Tengku Hufail.

Dhariq?

Jika Amalis bersama Dhariq, Amalis sentiasa rasa gembira dan bahagia juga. Enjoy setiap masa. Insecure juga sebab Dhariq tu tak tegas macam Dygra. Mungkin kerana usia Dhariq yang lebih muda sepuluh tahun daripada Dygra. Maka life is fun. Need to enjoy.

 

Dygra juga lebih sopan dan rasional.

 

Dhariq pula suka bergurau dan sentiasa happy go lucky. Kadangkala gurauan Dhariq menjengkelkan juga. Boleh sentap tangkai hati.

Seorang perempuan hanya boleh memilih seorang lelaki untuk dijadikan suami. Pilihan mama mungkin tepat. Jika memilih Dhariq untuk Amalis, mungkin hidup Amalis akan sentiasa turun naik macam roller coaster.

 

Maklumlah, Amalis dan Dhariq lahir pada tahun yang sama. Usia mereka hanya beza seminggu sahaja dan mereka lahir pada bulan yang sama.

 

Dygra menoleh pandang ke arah Amalis. Terasa lega sedikit apabila Amalis memberi respon yang positif.

Sekadar untuk menyantuni Amalis. Bagaimana dengan diri Dygra sendiri?

 

Entahlah… Nak kata tak cinta… Sayang. Tapi cinta dan sayang itu berbeza. Bukan sahaja ejaannya sahaja berbeza, malahan maksudnya pun berbeza. Jika disalahtafsir bimbang ada hati yang akan terluka. Termasuk hati Dygra sendiri.

 

Namun, seboleh-bolehnya Dygra cuba tenangkan hati demi menjalankan kewajipan sebagai seorang anak yang taat.

 

“Ouh, cantik bakal pengantinnya.” Tegur pemilik butik pengantin bernama Puan Salwana.

 

Puan Salwana ini salah seorang sahabat baik mama. Mama memang percayakan butik THE DIVA ini untuk jadi wedding planner majlis perkahwinan Dygra dan Amalis.

 

Dygra dan Amalis masing-masing ke bilik persalinan untuk mencuba beberapa pasang persalinan pengantin. Dalam masa yang sama, mereka berdua sebenarnya menanti mama.

Keluar dari bilik persalinan, Dygra berjalan mundar mandir di depan standing mirror. Teruja dengan penampilan diri sendiri. Tampan.

 

Pandangan Dygra tertoleh ke arah Amalis yang sedang berjalan perlahan ke sisinya.

 

“Cantik.” Luah Dygra ikhlas.

 

“Abang pun tampan.” Kata Amalis tenang.

 

Amalis cuba tersenyum.

Mata mereka bertentangan. Malangnya Dygra tak rasa apa-apa.

 

“Anak-anak mama. Mestilah tampan dan cantik. Korang berdua memang nampak sepadan. Tak sabar mama nak tunggu majlis sebenar.” Kata Cempaka Sari sambil memeluk bahu Dygra dan Amalis lembut.

 

“Bertuahlah dapat bakal menantu cantik dan baik begini. Pandai Dygra pilih.” Ucap Puan Salwana sambil tersenyum melirik ke arah Amalis.

 

“Ini anak angkat aku, Wana. Aku bela dia sejak kecil. Memang aku nak jodohkan dia dengan Dygra. Aku tak mahu hilang dia. Kami sekeluarga sayang dia.” Luah Cempaka Sari jujur.

 

“Asalkan mereka berdua sama-sama suka. Itu dah memadai Cempaka.” Kata Puan Salwana sambil memandang kedua-dua bakal pengantin dengan mesra.

 

Dygra tersenyum tenang.

Amalis tundukkan wajah.

 

Hati rasa tak sanggup bertentang mata dengan sesiapa. Bimbang rahsia hati terbongkar.

 

Hampir tiga jam Dygra melayan kerenah mama dan Amalis di butik pengantin ini. Letih menjadi model pakaian pengantin.

 

Kenapalah perlu banyak sangat persalinan pengantin? Satu sahaja tak boleh ke? Nak kena tukar-tukar baju pula. Renyah.

 

Lelah.

Otak Dygra juga tak mampu nak hadam perbincangan mama, Amalis dan Puan Salwana tentang konsep majlis mereka. Warna tema. Bunga. Gubahan. Pelamin, Susun atur. Layout keluar masuk. Kad undangan. Makan beradab, makanan dan lain-lain lagi.

 

Cerewet sungguh.

 

Entah mengapa, Dygra merasakan perancangan Puan Salwana sebagai wedding planner terlalu sempurna.

 

Setiap orang mahu yang sempurna dalam setiap apa yang mereka lakukan. Tapi realitinya, tak semua yang wujud tu sempurna.

 

Yang paling penting adalah majlis akad nikah. Itu yang wajib.

 

Apapun, Dygra hanya jadi pak turut sahaja. Asalkan mama bahagia dan gembira.

 

Amalis memandang Dygra dan menghampiri Dygra yang sedang berpeluk tubuh sambil memandang ke luar melalui sliding door.

 

“Abang okey?”soal Amalis lembut.

 

Dygra tersenyum.

 

“Okey.” Balas Dygra sepatah.

 

“Tapi Amal nampak macam abang tak hepi aje…” Soal Amalis cuba menebak hati Dygra.

 

“Apa Amal cakap ini? Abang cuma tak tahu nak bawa diri kat sini. Semua ini, memang perlukan penelitian yang baik dari sudut pandangan perempuan. Jika tanya abang, semua pun abang rasa okey. Semua pun cantik dan nampak sempurna. Nak buat pilihan, abang memang tak tahu nak pilih yang mana. Jadi, lebih baik Amal yang pilih. Ikut keinginan Amal. Mesti Amal pun ada impian sendiri. Majlis perkahwinan yang bagaimana yang Amal mahu…” Jelas Dygra panjang lebar.

Risau juga jika Amalis tersalah tafsir. Bimbang hati Amalis terluka.

Amalis mengangguk, “Amal bergurau aje. Seriuslah abang ini. Dah jadi suami nanti jangan serius sangat tau. Takut Amal.”

 

Tersenyum kelat Dygra.

 

Amalis memang suka buat lawak. Jika suasana tegang memang Amalis yang akan buat semua orang dalam Vila Awan Biru kembali tersenyum girang.

 

“Amal akan tumpang mama untuk balik rumah. Kami nak singgah spa. Abang macam mana?” Soal Amalis lembut.

 

Dygra memandang Amalis, “Dah siap ke?”

 

Amalis mengangguk.

 

“Kalau macam tu, abang terus balik rumah. Malam nanti abang ada dinner dengan klien.” Balas Dygra lega.

 

Bukan apa, Dygra rasa otaknya tepu apabila duduk lama di sini tanpa memberi apa-apa manfaat. Rasa macam buang masa pula.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEASER 3

 

 

D

eluna melangkah laju untuk menjauh daripada Dhariq. Lemas dengan sikap Dhariq yang terlalu memaksa.

 

Puas Deluna memberi alasan yang munasabah untuk Dhariq hadam baik-baik. 

Namun, Dhariq tetap berdegil. Tetap juga memujuk dan mahu memaksa Amalis.

 

Sakit pula hati Amalis.

 

“Dhariq. Kau faham bahasa tak? Aku bakal jadi kakak ipar kau.” Kata Amalis nyaring.

 

Jika wujud Dygra memang boleh terkejut beruk Dygra. Amalis mana pernah cakap kasar begitu depan Dygra...

 

Selalunya depan Dygra, Amalis jadi perempuan melayu terakhir. Lembut gigi daripada lidah.

 

“Aku tak kira. Aku nak kau putuskan pertunangan kau dengan Dygra. Kau gila ke? Nak kahwin dengan orang yang kau tak cinta...” Tempelak Dhariq nyaring.

 

      Mujurlah mereka bukan berada di Vila Awan Biru.

 

      Amalis mengeluh, “Dhariq. Aku akan menikah dengan Dygra. Jangan ganggu aku lagi. Aku pilih Dygra. Aku harap otak kau boleh hadam dengan kenyataan ini.”

 

      “Kenyataan apa? Kenyataan yang kau pilih Dygra sebab Dygra pewaris utama harta kekayaan tengku Hufail? Aku kneal kau Amalis. Rahsia kau semua dalam poket aku je.” Luah Dhariq cuba mengugut Amalis.

 

Amalis memandang wajah Dhariq, “Kau ingat rahsia aku sahaja dalam poket kau... Rahsia kau? Kau jangan lupa yang papa, mama dan Dygra tak tahu apa yang dah kau buat di belakang mereka.”

“Okey, fine. Kau tahu rahsia aku. Aku tahu rahsia kau. So, what? Sesuailah tu... Kenapa kau nak libatkan Dygra pula?”soal Dhariq tak puas hati.

 

Bertahun-tahun Dhariq memadu kasih dengan Amalis. Cinta Dhariq pada Amalis bukan cinta monyet. Bukan juga kerana nafsu. Mungkin Dhariq ini jahat. Tapi Dhariq bukan kaki perempuan.

 

Sampai hati Amalis buat Dhariq begini. Semua dah Dhariq bagi. Boleh pula Amalis tak puas hati dan masih memilih Dygra.

“Aku takkan lepaskan kau, Amalis. Apa nak jadi. Jadilah... Aku tak kisah. Asalkan kau jadi milik aku. Bukan milik Dygra.” Kata Dhariq lantang.

 

Tiba-tiba, Amalis berhenti melangkah, “Kau tak boleh paksa aku. Kau yakin kau boleh lukakan hati mama dan papa kau? Jangan sombong Dhariq. Kelemahan kau tu adalah mama. Sejahat mana pun kau... Kau tu lembik bila depan mama.”

 

Dhariq cuba merentap pergelangan tangan Amalis. Tapi Amalis menepis kasar.

“Jangan bertindak membabi buta, Dhariq. Kalau orang nampak... Susah kita nanti.” Balas Amalis resah.

 

Dhariq ini memang cepat naik hantu. Tapi Amalis tahu cara bagaimana mahu melembutkan hati Dhariq tu. Kacang je...

 

Amalis tukar gera naik bukit. Slow and steady memujuk Dhariq.

 

“Balik dulu. Kau tunggu aku kat tempat biasa. Selesai urusan aku ini, aku akan terus pergi cari kau. Tolong Dhar... Faham aku... Aku dah janji dengan mama ini.” Kata Amalis lembut.

 

Dhariq tarik nafas panjang, “Kau janji kita spent time together malam ini?”

 

Amalis mengangguk laju.

 

Bukan apa... Amalis mahu Dhariq cepat-cepat pergi. Tak mahu ada mata yang tertangkap tingkah mereka berdua. Tak mahu rahsia pecah. Amalis masih mahu jadi isteri Dygra. Siapa tak mahu jadi isteri Dygra? Hot kot.

Yang penting, Dygra adalah harapan Tengku Hufail. Lelaki yang diberikan kepercayaan untuk menguruskan Empayar Tawoon. Sebuah hotel terkemuka dengan fasiliti pasaraya setempat dan dilengkapi dengan residen lot golongan elit. Bukan satu... Bukan dua... Bukan tiga... Tapi ada lebih sepuluh rangkaian Tawoon di Malaysia ini. Luar negara? Ada. Dan berkembang megah di beberapa negara Asia dan Barat.

 

Siapa mastermindnya? Tengku Affan Dygra...

 

Nak harapkan Tengku Ulfan Dhariq? Menghabiskan duit lagi ada. Yang dia tahu, cari duit guna kerja haram dia tu.

 

Lega Amalis apabila, Dhariq berlalu meninggalkan dirinya di parkir lot tu.

 

“Amalis. Kenapa ini?”soal Cempaka Sari risau.

 

Berkerut wajah Cempaka Sari apabila melihat Amalis yang terpinga-pinga di tengah jalan begitu.

 

Amalis berkalih pandang ke wajah mama, “Tak ada apa. Cuma ada orang yang Amal tak kenal... Menegur. Mama jangan bimbanglah. Salah orang.”

 

Cempaka Sari mengangguk perlahan dan mempamerkan wajah manis.

 

“Maaf sebab Amal terpaksa tunggu mama pula. Mama lupa yang mama ada janji dengan supplier. Mama kan dapat bajet untuk tukar langsir hotel. Dah bertahun-tahun tak tukar warna. Dapat green light dari papa dan Dygra... Teruja pula rasa nak buat pembaharuan. New year... New look.” Luah Cempaka Sari panjang lebar.

 

Amalis tersenyum, “Tak apa, mama. Take your time. Amal pun memang ada urusan kat area sini. Jadi sekarang, mama dah free?”

 

Cempaka Sari mengangguk sambil memeluk lengan Amalis.

 

“Jomlah kita ke spa. Memanjakan tubuh sendiri. Lebih-lebih lagi, Amalis ini. Nak kahwin perlu jaga tubuh badan ini. Bagi yang terbaik untuk bakal suami. Harapan mama, moga dapat bagi mama cucu dengan segera.” Luah Cempaka Sari sambil ketawa kecil.

 

Amalis pula yang terkulat-kulat mendengar impian dan harapan mama.

 

Takkan dah kahwin, mama minta cucu pula? Ah, serabut! Mana Amalis suka budak-budak... Buat semak otak aje.

 

Amalis masuk ke dalam kereta. Jika keluar dengan mama, memang Amalis yang akan memandu. Walaupun kereta mama.

Spa Seri Pengantin Dara tak adalah jauh mana. Dalam lima kilometer sahaja dari Butik Pengantin tadi.

 

Ramai orang. Tapi slot yang Cempaka Sari tempah memang dah tempah dua belum lalu. Lagipun, Cempaka Sari memang mudah berurusan dengan pemilik spa ini.

 

Biasalah support bisnes sahabat sendiri. Cempaka Sari ini memang begini. Walaupun di Tawoon tu macam-macam fasiliti ada. Tetap juga ambil khidmat butik dan spa sahabat-sahabat terdekat dia.

Cempaka Sari suka sokong bisnes sahabat-sahabatnya ini. Jika boleh, Cempaka Sari mahu mereka semua berjaya melebarkan sayap dan terbang tinggi dalam bidang perniagaan.

 

Gah seperti Tawoon.

 

Barulah hebat wanita Melayu kita ini. Sehebat Amalis yang tersohor sebagai Model dan Duta. Bukan di Malaysia sahaja tau tapi di peringkat antarabangsa juga.

 

 

Terbuntang mata Amalis apabila terpandangkan pakej Bridal Spa yang mama tempah.

 

Herbal steam bath, Relaxing Back Body Massage, Fragrance whitening Body Scrub, Skin Whitening Body Bleaching, Flower Seri Bride Bath, Facial Treatment, Manicure and Pedicure. Pukul berapa nak siap ini? Banyaknya... 10 sesi pula tu. Ini baru sesi pertama.

 

Jap. Majlis perkahwinan dalam dua minggu lagi. Ada 10 sesi? Biar betul...

 

Mahal pula tu.

 

Amalis memandang wajah Cempaka Sari, “Mama. Are you sure that I need to take this package?”

 

Cempaka Sari tersenyum dan mengangguk.

 

“Mama nak anak-anak mama teruja antara satu sama lain. Kamu kena ambil pakej ini. Bagi Dygra tu rasa kelainan. Mesti nanti bertambah sayang dia pada kamu.” Luah Cempaka Sari.

 

Sopan aje Amalis membalas senyuman mama. Terpaksa serah diri. Walaupun rasa malas nak berlama di spa ini.

 

Yang rasmikan nanti bukan Dygra. Sah. Sah Dhariq. Untunglah mamat tu.

 

Amalis tadah diri aje. Amalis memang pernah datang spa tapi untuk facial sahaja. Tak pernah pula ambil pakej sebegini.

 

Layankanlah. Mana tahu urat saraf yang tergeliat ini dapat dibetulkan.

Selesa sikit. Lagipun, badan Amalis memang perlu dimanjakan. Sejak rasmi menajdi tunangan Dygra, makin kerap pula Dhariq lanyak dia.

 

Huish, seriau juga dengan nafsu gila Dhariq tu. Tapi Amalis suka. Dhariq memang pandai layan Amalis.

 

“Ini ke pengantinnya?” Soal Bonda Kasmah yang merupakan sahabat baik Cempaka Sari.

 

“Yea. Inilah anak angkat kesayangan aku. Yang aku jaga dari kecil tu. Anak Umaiya.” Cerita Cempaka Sari dengan senyuman di wajah.

 

Bonda Kasmah merenung pandang wajah Amalis. Amalis cuak.

 

“Ini yang nak dijodohkan dengan Dygra?”soal Bonda Kasmah mencari jawapan yang pasti.

 

Terkejut sebab Amalis bukan dara lagi. Kasmah kenal Dygra. Tak sangka pula Dygra jenis yang ngap dulu sebelum halal.

Terkejut Kasmah. Mengenali perwatakan Dygra buat Kasmah rasa kurang percaya pula. Jika Dhariq tu lainlah. Dua beradik tu memang berbeza perwatakan.

 

Yang tua memang nampak alim dan sopan. Yang muda pula memang suka buat orang naik darah. Mulut selamba aje membidas orang dengan muka tak bersalah. Dhariq juga suka pandang rendah pada orang.

 

Pernah Kasmah terkena apabila Dhariq memperkecilkan perniagaan spa Kasmah ini.

 

Berbeza dengan Dygra yang lebih sopan dan hormat orang tua. Lembut dan nampak penyayang.

 

Rasa tak percaya pula jika Dygra menyentuh Amalis sebelum nikah.

 

Tak mungkin Kasmah salah tebak. Melihat susuk tubuh Amalis dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kasmah tahu, Amalis memang dah pernah buat hubungan suami isteri tu.

 

“Waktu datang rumah kau tu, aku tak pernah nampak pula Amalis ini.” Kata Kasmah mahu mengorek cerita.

 

Tangan Kasmah masih ligat mengurut tubuh Amalis yang nampak mamai dan mengantuk. Biasanya kalau bakal pengantin, mahu egelian dan menjerit kecil sebab tak biasa disentuh tubuhnya. Berbeza pula dengan reaksi tubuh Amalis yang seperti sudah terbiasa.

 

Tadipun selamba  sahaja Amalis membuka pakaian dalam di depan Kasmah dan memakai kain tuala. Langsung tak ada perasaan malu. Anak dara sepatutnya memang akan rasa malu-malu jika mahu mendedahkan auratnya walaupun pada perempuan. Tak biasa...

 

Ini selamba badak pula si Amalis ini. Sampai Kasmah pula naik malu.

 

Cempaka Sari yang selalu datang spa pun tak lepas laku begitu.

 

“Waktu kau datang tu, Amalis masih belajar. Ada di kampus. Tak bertembung sebab dia pun busy. Malam baru nampak muka. Amalis ini, memang tinggal dengan aku sekeluarga. Membesar sama-sama dengan Dygra dan Dhariq.” Cerita Cempaka Sari lagi.

 

Kasmah dah terangguk-angguk. Dah ikan depan mata. Takkan kucing nak buat selamba. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Walaupun nampak alim tak semestinya tak buat dosa.

 

Kasmah pula yang rasa kecewa apabila mengenangkan Dygra.

 

Tak percaya Dygra sanggup sentuh Amalis sebelum Amalis halal menjadi milik lelaki itu.

 

Sumpah Kasmah hilang rasa bangga pada anak muda tu. Sebelum ini memang Kasmah memuji anak sulung Cempaka Sari. Bukan sahaja hebat malah helok serba-serbi.

 

Dunia... Dunia...

Kalau dah begini. Tak suprise lah. Tak ada sedapnye dah... Sedap dah diratah. Moga Dygra tu jenis menghargai perempuan. Mujur tak ditinggalkan si Amalis ini.

 

Macam-macam pula teori dan kesimpulan yang Kasmah reka sendiri.

 

Kasmah beristighfar dalam hati. Moga Dygra dan Amalis bertaubat dan bahagia.

 

 

 

No comments:

Post a Comment