Friday, October 17, 2025

MIA LOVE STORY

 

MIA LOVE STORY

 

PROLOG

 

Takdir terindah dambaan semua orang. Tapi… Setiap orang punya takdir berbeza.

Tak semestinya yang ditakdirkan itu akan indah-indah belaka.

 

Sabar.

 

Sabar untuk berdamai dengan takdir. Sabar untuk menanti takdir terindah. Tapi penantian ini bagi Mia adalah sia-sia. Faheem Syazryl tak pernah mahu berubah.

 

Sampai bila Mia harus hidup begini? Bukan wang ringgit dan status yang Mia harapkan.

Sejak dulu hanya kasih sayang yang Mia dambakan.

 

Kenapa susah sangat semua orang nak faham? Atau mereka faham tapi buat-buat tak faham.

 

Mia nekad untuk berdepan dengan Faheem.

 

Sebagai model di bawah naungan syarikat Faheem, Mia mungkin tak kisah dengan siapa pun Faheem rapat.

Tapi sebagai isteri Faheem, sungguh Mia tak mampu menghindar rasa cemburu.

 

Yang pasti, Mia tak mahu bersubahat dan menambah dosa yang sedia ada.

 

Mia sabarkan hati demi menanti Faheem di ruang tamu. Jam menginjak ke angka satu pagi, tapi bayang Faheem masih tak muncul.

 

Begini ke tingkah seorang suami? Balik lambat satu hal. Tak memaklumkan ke mana perginya… Itu yang buat Mia rasa sebal.

 

Kemudahan telefon bimbit ada tapi tak digunakan untuk hal yang sepatutnya.

 

Mungkin boleh dicampak aje telefon mahal tu ke mangkuk tandas.

Buat apa ada telefon bimbit jika masih sukar untuk dihubungi. Apa nak buat sebagai perhiasan juga ke? Macam diri Mia ini…

 

Dijadikan isteri tapi sekadar untuk dipamer pada mata umum. Tidak diiktiraf. Tapi dijadikan batu loncatan untuk jadi lebih kaya.

 

Mia pejamkan mata seketika. Mia mengantuk tapi Mia tegah mata untuk layu tenggelam dalam mimpi malam.

Deruman kereta milik Faheem sudah kedengaran memecah kesunyian malam.

 

Mia menjeling jam di dinding.

 

Dua setengah pagi.

 

Bunyi derap kaki Faheem sudah kedengaran menghampiri pintu utama.

 

Buka sahaja pintu, Mia terpandangkan wajah masam Faheem Syazryl.

 

Jika bertemu di rumah ini, wajah Faheem memang tak ada yang nampak manis.

 

Mata Faheem bertemu pandang dengan Mia.

 

“Tak tidur lagi?”soal Faheem mendatar.

 

“Mia tunggu suami Mia yang hilang sejak pagi tadi. Berkepit dengan model baru sampai tak ingat jalan balik rumah.” Sindir Mia lantang.

 

“Jangan nak merepek Mia.” Balas Faheem senada.

 

Faheem selamba mahu naik ke bilik namun Mia bangun dan memegang lengan Faheem.

 

“Apa lagi Mia?” Soal Faheem sambil memandang wajah Mia.

 

Mia tarik tubuh Faheem ke ruang tamu.

 

“Hari ini, Mia nak tahu. Apa status Mia?” Soal Mia sudah mula hilang sabar.

 

“Kau isteri akulah…” Balas Faheem sedikit nyaring.

 

Dah mula berkau dan aku pula.

“Isteri?” Mia tergelak sinis.

 

“Isteri yang tak diiktiraf? Abang sentuh bila abang nak. Tapi nafkah lain abang tak bagi. Isteri ke macam tu?”soal Mia semakin meninggi nada suaranya.

 

“Aku malas nak gaduhlah Mia.” Kata Faheem mahu menapak menaiki anak tangga ke bilik.

 

Namun Mia pegang erat lengan Faheem.

“Mia nak tahu, abang cintakan Mia atau tak?” Soal Mia akhirnya.

 

Faheem mendengus kasar, “Perlu ke aku jawab soalan tu?”

 

“Perlu. Sebab Mia dah tak nak bersubahat dengan maksiat yang abang buat. Mata Mia sakit. Hati Mia sakit. Otak Mia sakit. Mia dah tak mahu hidup dalam sangkar emas ciptaan abang.” Luah Mia dengan nada keras.

 

Faheem menarik nafas.

 

“Apa yang Mia nak?”soal Faheem sambil merenung wajah Mia.

 

Hati Mia tersentuh. Pandangan Faheem pernah mencairkan jiwa Mia. Tapi sejak tinggal bersama di sini. Mia semakin kehilangan Faheem yang Mia kenal sewaktu di kampung dahulu.

 

“Mia tak mahu jadi model lagi. Sejak dulupun memang Mia tak mahu jadi model. Mia nak jadi isteri abang yang diiktiraf. Mia nak bahagia sebagai isteri abang. Mia nak kita ubah cara hidup kita. Mia nak kita sama-sama selamatkan rumahtangga kita.” Jawab Mia sambil menahan airmata yang mula bergenang di tubir mata.

 

Faheem terdiam.

 

“Kita okey je kan… Abang sentuh Mia. Abang bagi nafkah batin. Abang bagi nafkah zahir. Abang sediakan segalanya pada Mia. Hidup Mia dah lebih bahagia berbanding dulu.” Luah Faheem pula.

 

Mia tersenyum hambar, “Memang nafkah zahir semua abang dah bagi. Nafkah batin?”

 

“Kau ini dah kenapa, Mia? Tak cukup lagi ke layanan yang aku beri atas katil? Kau dapat juga kan tiap-tiap minggu. Kau nak banyak mana pula?” Soal Faheem dah mula hilang sabar dengan Mia.

 

Terus Faheem angkat tubuh Mia dan bawa naik ke bilik mereka.

 

“Kau nak sangat kan? Baik. Mulai hari ini, hari-hari aku bagi. Berapa kali kau nak?” Soal Faheem menggila.

 

Tubuh Mia dah dicampakkan ke atas tilam. Mujurlah tilam empuk. Jika tidak mahu terkehel urat saraf dan otot Mia.

 

Mia blurr. Lain yang dimaksudkan lain pula yang Faheem faham.

 

Faheem dah mula memainkan peranan dengan penuh nafsu.

 

Mia cuba duduk tegak dan menolak tubuh Faheem. Baju tidur yang Mia pakai, Mia betulkan agar tak terdedah tubuh Mia di mata Faheem yang mula bernafsu tu.

“Nafkah batin termasuk keperluan emosi dan mental isteri. Bukan sentuhan fizikal begini sahaja, Faheem. Suami wajib jaga emosi dan mental isteri. Islam melarang seorang suami melayan isteri dengan cara yang tak baik. Ingat Mia ini apa?” Bidas Mia geram.

 

Fahee pandang wajah Mia.

 

“Abang cintakan Mia. Okey, abang minta maaf kalau apa yang abang buat menyakitkan hati Mia. Mia, please. Jangan begini.” Kata Faheem memujuk Mia.

 

Faheem dah lembutkan suara. Risau juga Faheem jika Mia berkeras. Seriously, Faheem tak ada mood nak gaduh sekarang ini. Mood lain yang memuncak ini.

 

Mia menelan liur sendiri. Mia selalu kalah jika Faheem memujuk begini. Mia pejam mata. Kemudian, mata dibuka semula. Mia pandang Faheem.

“Cinta? Jika cinta kenapa tak bagitahu semua orang yang abang suami Mia? Jika cinta kenapa abang sanggup biar tubuh Mia ditatap lelaki lain? Jika cinta abang takkan keluar dengan perempuan lain dan puaskan nafsu abang pada yang haram.” Tempelak Mia kasar.

 

Meluat pula mendengar Faheem menyatakan cinta.

 

“Mia. Abang tak pernah tidur dengan perempuan lain selain Mia tau. Berat tuduhan Mia tu.” Bidas Faheem tergugah.

 

“Sekarang yer lah. Tak tidur sekali lagi. Tapi kalau dah buat maksiat berkepit tak kira malam siang. Haram juga. Lama-lama boleh tersasar jauh…” Tempelak Mia lagi.

 

Faheem pandang wajah Mia.

“Okey. Okey. Abang minta maaf.” Faheem mendekati Mia dan memeluk Mia.

 

“Abang minta maaf. Abang cintakan Mia. Sungguh. Abang tahu abang, suami yang tak sempurna. Abang akan berubah. Tapi Mia… Bagi abang masa untuk memaklumkan pada semua yang kita dah nikah. Mia pun tahu kan… Mia ada kontrak dengan penaja. Ada enam bulan aje lagi Mia. Lepas enam bulan kita umumkan pada semua yang kita suami isteri yang sah. Boleh Mia?” Pujuk Faheem dengan belai manja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RANDOM TEASER

 

Di tengah perjalanan, tiba-tiba ada yang menegur. Mia terkejut. Mamat dalam kereta ini buat hal.

 

Cuak Mia sebab kereta 4X4 mamat tu hampir terlanggar tubuh Mia.

 

Sikit lagi nak bergesel dengan badan Mia. Jika bergesel, silap hari bulan Mia tercampak kat parit tepi jalan ini.

 

Kereta aje besar. Otak kecik. Bebel Mia dalam hati.

 

“Hujan ini, jom saya tumpangkan.” Tegur mamat 4X4 tu.

Mia cuak. Aku dahlah tak kenal dia. Entah datang daripada mana. Ajak orang tumpang dia pula. Ingat aku ini mudah untuk digula-gulakan ke?

 

Mia buat tak tahu. Cikgu pesan, zaman sekarang ini jangan mesra sangat dengan orang yang kita tak kenal.

 

Bahaya. Lebih-lebih lagi lelaki. Takut ada yang buaya. Kang dia ngap. Hilang terus tanpa radar. Mati terus tak apa. Kalau hidup tapi maruah tergadai? Malang di sepanjang usia.

 

“Sombongnya.” Kata mamat 4X4 tu lagi.

 

Mia berpaling. Orang sibuk nak berlari dalam hujan. Dia sibuk pula nak berperang mulut bagai.

 

“Saya tak kenal. Maaf.” Mia berkata.

 

Kemudian, Mia berlari laju meredah hujan yang semakin lebat. Menggila dan menduga.

 

Sakit hati dengan Mikael sampai lupa tengok langit sebelum keluar rumah tadi.

 

Jika tahu mendung pasti Mia dah sediakan payung sebelum hujan.

 

Mia berlari menuju ke kedai. Basah kuyup dah tubuh Mia.

 

Sampai di kedai, Mustika dah menerpa ke arah Mia sambil membawa sehelai kain batik.

 

Mia tersenyum.

 

Mustika ini sahabat baik Mia. Anak Pak Qatar dan Mak Oda. Adik Adam. Pemilik kedai runcit paling hot kat kampung ini.

 

Kedai Pak Qatar hot dan laris.

Mustika pun hot dan manis.

Adam pun hot dan spicy.

Arh, Mia dah bengong melayan fikiran yang tidak-tidak.

 

“Apasal tak bawa payung?” Soal Mustika sambil menarik Mia agar masuk ke dalam ruang kedai yang berbumbung.

 

Mia tersengih, “Tadi tak hujan begini. Lagipun, tadi tak dan nak fikir segala.”

 

“Berdebat dengan Mikael lagi ke?”soal Mustika selamba.

Sedih tengok nasib Mia ini. Anak kandung dah macam anak tiri.

 

Orang luar disanjung. Anak sendiri diabaikan. Kadang Mustika meluat dengan Pak Kashah, si bapak Mia ini.

 

Adam datang mendekati Mia dan Mustika.

 

“Nak beli apa, Mia? Lorat jer.” Soal Adam prihatin.

 

Mata Adam ini duk pandang wajah Faheem.

 

Sejak turun dari kereta sampai sekarang ini duk bersandar kat tiang luar tu sambil mata duk tenung Mia.

 

Tempias hujan pun Faheem buat tak endah. Mata tu… Tak berkelip pandang Mia.

 

“Rokok.” Balas Mia.

 

“Rokok? Anak dara tak elok hisap rokok. Perempuan tu buat cara perempuan.” Tegur satu suara.

 

Terbuntang mata Mia sebab yang menegur tu mamat 4X4 tadi.

 

“Bukan urusan awaklah.” Balas Mia geram.

 

Mustika tergelak.

 

“Yang kau gelak, kenapa?”soal Mia pelik.

“Pak Su Faheem dah salah sangka. Yang kau emo tak tentu pasal ini, kenapa? Marahkan Abang Mikael jangan kau sembur pak cik kesayangan aku pula.

 

Mia tersenyum kelat. Pak Cik Mustika dan Adam? Aku baru hidup kat kampung ini ke? Tak tahu pun mamat ini Pak Su mereka.

 

“Maaf sebab menebak melulu.” Kata Faheem sopan.

Mia angguk je. Malas nak letihkan anak tekak.

 

“Sejak bila korang ada Pak Su?”soal Mia separuh berbisik dan blurr.

 

“Ini adik tiri ayah kami. Selalu aje dia datang sini Mia. Sejak kita kecil pun memang dia dah wujud. Kau je yang tak pernah nak ambil tahu. Spesies kau ini, mana nak ambil tahu tentang lelaki kat kampung ini.” Bidas Mustika pula.

Kuat pula tu. Sengaja mengusik Mia.

 

“Eh, aku tahu je gosip lelaki kat kampung ini. Hah, tu… Abang kau tu. Lelaki paling hot dan spicy kan kat kampung ini. Musuh ketat Mikael sejak zaman sekolah menengah.” Protes Mia selamba.

 

Adam dah tergelak.

 

“Aku tak pernah anggap dia musuh aku. Dia je yang selalu tak yakin diri. Ingat aku nak merebut cinta hati dia tu.” Kata Adam pula.

 

Faheem diam aje jadi pendengar yang setia.

 

“Nah. Amik rokok yang si Mika tu selalu beli. Aku pun tak sempat nak tanya dia lebih-lebih.” Kata Mia sambil menghulurkan beberapa keping wang kertas pada Adam.

 

Faheem kekal memerhati Mia.

Mia tahu tapi buat-buat tak tahu. Malas pula nak bertekak dengan Pak Su kesayangan Mustika ini.

 

Adam menuju ke kaunter dan mengambil sekotak rokok dan duit baki Mia.

 

“Nah. Lain kali, suruh dia beli sendiri. Ada ke suruh kau yang perempuan ini beli rokok dia pula.” Kata Adam geram.

 

Mia mencebik.

“Masalahnya, akal dia tak sebijak kau.” Luah Mia bengang.

 

Adam dan Mustika berpandangan. Teringat pula yang keputusan SPM Mia yang cemerlang tu.

 

Tapi kasihan sangat dengan nasib Mia. Pak Kashah tak bagi Mia sambung belajar. Gembira pun tak. Muka ketat je bila orang kampung bagitahu yang anak dia cemerlang dalam SPM. Tak ada perasaan langsung.

Mustika pegang tangan Mia, “Mia… Betul ke, ayah kau tak bagi kau lanjutkan pelajaran?”

 

Mia tersenyum kelat.

 

“Kau pun tahu kan… Sepatutnya sejak tingkatan empat pun dia dah suruh aku berhenti sekolah. Bagi dia, perempuan ini tak perlu belajar tinggi-tinggi. Membazir.” Balas Mia sedih.

 

Mustika jeda seketika.

“Habis kau tak nak pujuk ke?”soal Mustika sedih.

 

Mia diam.

 

Wajah Mustika ditenung lama, “Kalau ada rezeki aku akan sambung belajar Mus. Tapi, kalau Allah memang tak permudahkan urusan tu, maka aku terpaksa menurut sahaja.”

 

Adam menggeleng perlahan.

 

“Sabarlah, Mia. Doa banyak-banyak. Aku dengar ayah kau dah canang satu kampung. Buka ruang untuk anak bujang kampung ini datang meminang kau.” Kata Adam pula.

 

Mustika dah menyiku perut Adam. Mia tengah serabut. Lagi Adam tambah fakta yang boleh buat Mia tambah sedih dan serabut.

 

Mia tersenyum pahit.

 

“Aku harap ada lelaki yang baik akan masuk meminang ko. Dan jaga ko dengan baik Mia.” Luah Adam ikhlas.

 

Mia tersenyum.

 

Faheem tiba-tiba mendekat dan berdiri di depan  Mia.

 

Berkerut dahi Mia menatap wajah Faheem. Apa masalah mamat ini?

 

Faheem pandang wajah Mia.

“Nikah dengan saya. Saya jaga awak. Saya akan tunaikan segala impian dan cita-cita awak.” Kata Faheem tiba-tiba.

 

Hampir jatuh rahang Mia mendengar Faheem propose dia.

 

Ingat ini program realiti tv ke? Will you marry me? Tak kenal tapi ajak menikah. Aku luku kepala tu, baru bersambung fius otak dia… gamaknya.

 

Mustika dan Adam dah lemah lutut. Mujur sempat berpaut di rak kayu yang mempamerkan barang kedai mereka.

 

Pak Su Faheem ini biar betul? Baru pertama kali jumpa dah begini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RANDOM TEASER

 

Gila ke? Tak kenal. Tak pernah jumpa. Tak pernah berbual lama. Tup. Tup. Ajak nikah.

 

Zaman milennium kot. Bukan zaman tok kaduk. Muka je nampak moden. Tapi perangai dah macam orang zaman batu.

 

Mia juling mata ke atas.

 

Faheem senyum meleret. Comel.

 

Adam dan Mustika jadi saksi pada drama telenovela di alam realiti. Terkejut juga dengan kata-kata Pak Su Faheem.

 

Tapi jika difikirkan dengan akal yang waras. Bagus juga jika Pak Su Faheem  yang menikah dengan Mia.

 

Sekurang-kurangnya, Mustika tahu yang Pak Su Faheem akan jaga Mia dengan baik.

 

Pak Su Faheem ini kaya. Ada syarikat sendiri. Siap ada tanah yang diusahakan lagi di kampung ini.

 

Kiranya, hidup Mia tak akan susah lagi selepas ini. Setakat nak bayar duit pengajian Mia tu. Mampu aje.

 

“Terima aje, Mia.” Pujuk Mustika tiba-tiba.

 

Faheem tersenyum memandang Mustika. Siap angkat ibu jari kanan lagi.

 

Suka sebab ada penyokong. Adam ini nak sokong siapa pula? Mia atau Faheem?

“Terima aje, Mia. Lagipun, daripada si Ujang tu yang ayah kau terima jadi menantu… Sejuta kali Pak Su aku ini.” Kata Adam pula.

 

Mia tutup telinga.

 

“Eh, aku nak balik. Kang mengamuk pula si Mikael tu. Tunggu rokok lama.” Kata Mia selamba.

 

Mia alihkan pandangan mata.

Tidak mahu berbalas pandang dengan Faheem. Sejak bertentang mata tadi, debar di hati Mia tak mahu berhenti.

 

Faheem  tersenyum.

 

Firasat hati Faheem… Mia tertarik dengan dirinya. Cuma mungkin Mia terkejut. Mia mungkin perlukan waktu untuk berfikir dengan waras.

 

Faheem  faham.

“Biar Pak Su aku hantar kau balik. Hujan ini.” Kata Mustika sambil memegang lengan Mia.

 

“Eh, tak pe. Hujan pun dah tak lebat sangat. Aku boleh je redah. Tak pun kau pinjamkan aku payung.” Kata Mia lembut.

 

Mustika menggeleng, “Jangan risaulah. Korang bukan berdua. Aku pun nak balik. Jom aku teman sekali.”

 

Mia menarik nafas panjang. Terpaksa menurut sahaja apa yang disyorkan oleh Mustika.

 

Rasa berat hati juga nak hadap Faheem  ini. Mia takut hati Mia terjatuh sayang pula.

 

Pandangan Faheem ini, begitu tajam. Kalut juga Mia nak pamer tingkah. Malu pula ke, Mia? Arh, otak Mia pun dah hilang fius. Kacak. Lagi hot and spicy daripada Adam.

Hah, sudah. Mia dah makin melalut.

 

“Tenang, Mia. Saya tahu saya handsome. Cool. Hot and more spicy.” Bisik Faheem ke telinga Mia.

 

Meremang bulu roma Mia mendengar suara garau Faheem. Eeiii… Yakin diri sangat mamat ini.

 

Mia ikut sahaja langkah Mustika yang memimpin tangan Mia ke kereta 4X4 milik Faheem.

 

Pintu kereta sebelah pemandu dibuka oleh Mustika. Laju sahaja Mustika tolak tubuh Mia ke dalam kereta di sebelah pemandu.

 

Kemudian, pintu kereta ditutup rapat. Mustika meluru naik ke tempat duduk bahagian belakang.

 

Faheem sudah tersenyum.

Bagus ada anak saudara yang faham perasaan ini. Tanpa disuruh dah jadi pasukan memikat Mia untuk Faheem.

 

Ceewah.

 

Mia dah pamer wajah masam. Semasam  pauh ringan kat pokok di halaman depan rumah Mia tu.

 

“Jangan risau. Saya tak makan orang.” Usik Faheem sambil memegang gear tangan.

Namun automatik Faheem dan Mia berpandangan.

 

Tangan Mia yang Faheem pegang. Bergetar tubuh Mia. Seram sejuk dah. Suhu aircond pun sejuk. Jangan hati Mia jadi beku dah.

 

“Maaf. Tak sengaja. Salah mendarat pula. Tapi…” Faheem jeda sejenak sebelum menyambung bicara menggoda.

 

Mia pandang wajah Faheem. Blurr.

Tak sabar menunggu ayat-ayat Faheem  yang seterusnya.

 

“Hati saya tak salah mendarat Mia. Saya memang sukakan Mia. Saya tak main-main.” Luah Faheem sambil mengenyitkan mata.

 

Mustika dah tutup mulut. Terkejut dan teruja.

 

Mia?

Dah merah muka.

Tersentuh juga dengan tutur kata Faheem. Tapi… Lelaki jika mahu memikat memang begitu.

 

Sampai di halaman rumah Mia, Faheem mahu turun untuk membukakan pintu.

 

“Erm, tak perlu turun. Cukup begini aje.” Luah Mia sambil memegang hujung lengan baju t-shirt Faheem.

 

Faheem memandang jemari Mia yang bersentuh sedikit dengan lengannya.

 

“Okey. Tapi, boleh kita jumpa lagi?” Soal Faheem serius.

 

“Hah?” Mia blurr.

 

“Saya nak jumpa awak lagi, Mia. Nak kenal awak. Yealah. Nak nikah terus awak tak mahu.” Luah Faheem selamba.

 

Berkerut dahi Mia apabila mendengar ayat-ayat Faheem. Lemas Mia dibuatnya.

 

Mia tersenyum kelat.

 

“Kalau Tuhan bukakan ruang dan peluang. In shaa Allah kita akan jumpa lagi.” Balas Mia selamba juga.

 

Faheem  tersenyum.

 

Jika Mia tak balas tidak maka peluang Faheem tu cerah. Faheem yakin sangat yang Mia pun memang dah tersuka dengan Faheem  ini.

 

Faheem  kot. Kalau di Kuala Lumpur tu, ramai perempuan yang tergila-gilakan Faheem.

 

Mia turun dan memeluk Mustika sebelum melangkah ke rumahnya. Mustika pula  masuk dan duduk di kerusi sebelah pemandu.

“Kenapa Pak Su suka dia?” Soal Mustika sambil memandang wajah Faheem.

 

“Sebab dia cantik dan baik.” Balas Faheem.

 

“Baik tu yea. Cantik tu… Ermh, perempuan kat KL tu pasti lebih cantik. Si Mia tu, siap berkain batik dan hanya memakai t-shirt aje. Betul ke, Pak Su suka dia? Jangan main-mainkan bff Mus, Pak Su. Kasihan dia.” Luah Mustika dengan nada penuh harap.

 

Faheem tersenyum sambil mengusap kepala Mustika.

 

“Jangan risau. Pak Su tak pernah main-main. Kat KL tu memang ramai yang cantik. Tapi ramai yang cantik tak semulajadi. Lagipun, tak pernah Pak Su begini. Pak Su memang dah jatuh cinta pandang pertama pada Mia. Pak Su tak main-main.” Luah Faheem jujur.

 

Mustika mengangguk girang.

 

“Mus akan sokong apa sahaja yang Pak Su usahakan. Janji jaga Mia dengan baik.” Kata Mustika tenang.

 

♥♥♥

Mikael memandang Mia yang baru mahu menaiki anak tangga rumah.

“Siapa yang hantar tu?”soal Mikael.

 

“Mia dan Pak Su dia.” Balas Mia sambil menghulurkan rokok yang dipesan oleh Mikael.

 

Rakus je Mikael merampas kotak rokok tu. Bukan Mia nak pun. Tak boleh ambil elok-elok ke? Bebel Mia dalam hati sendiri.

 

Mikael mengangguk.

 

“Mak suruh kau hantar makanan pada ayah kat ladang tu. Pergilah, cepat.” Arah Mikael lagi.

 

Mia baru balik dari kedai dah di arah ke ladang pula. Yang ada motorsikalnya, dia.

 

“Bukan tu tugas abang ke? Mia tak mahu pergi. Baru lepas redah hujan.” Kata Mia geram.

 

Namun Mia seboleh mungkin menahan amarah.

Suara dilembutkan sebaik mungkin. Kang dikatanya menderhaka pula.

 

Sebetulnya Mia dah tak larat nak bertekak panjang dengan Mikael. Kepala Mia dah berdenyut-denyut sebab kena hujan tadi. Mia nak mandi. Nak tukar baju yang kering.

 

“Aku ada date dengan Farah kat pekan ini.” Kata Mikael pula.

 

“Ha, baguslah tu. Singgah sekejap kat ladang tu. Bukan susah pun. Hantar makanan aje. Mia tak larat. Nak demam. Kang kalau pengsan tengah jalan, macam mana?” Luah Mia tenang.

 

Mikael memandang wajah Mia.

 

“Tolonglah, abang. Satu jalan kot. Kenapa nak suruh Mia lagi. Kan Mia dah tolong abang belikan rokok tu.” Kata Mia perlahan.

 

Mikael mendengus perlahan.

 

“Geram aje aku dengan kau ini. Kalau aku suruh, ada sahaja alasan. Dah gertak baru nak buat. Kau pergi kedai tu pun tadi, lama sangat.” Bebel Mikael lagi.

 

“Hujan lebat kot. Takkan Mia nak redah? Mujur Mus dengan Pak Su dia ada.” Balas Mia sebal.

No comments:

Post a Comment