RANDOM TEASER 1
Terkedu King memandang wajah
Queen. Cerai bukan jalan terbaik. Talak tak mudah untuk dilafazkan. King
menikahi Queen bukan untuk suka-suka.
Bukan
untuk tempoh masa yang pendek. Bukan juga untuk menemani saat suka dan
meninggalkan Queen saat duka.
Tapi
king mahu jadi suami Queen seumur hidup. Kalau boleh biarlah hubungan King dan
Queen ini sampai ke syurga. Abadi selamanya.
“Aku
tak boleh bahagia King. Lepaskan aku. Aku tak boleh hadap muka kau lagi. Aku
boleh jadi gila, King. Tolong King...”Rayu Queen lagi.
Sehabis
daya King memujuk namun, hampa. Queen tetap berdegil dan mahu berpisah.
Mujurlah
King dan Queen tak duduk sekali dengan Aki atau dengan YB Sufyan dan Nenek
Saerah.
Jika
hal sebegini berlaku di depan mata mereka. Pasti hancur berkecai juga hati
mereka.
King
memeluk tubuh Queen. Erat. Cuba memujuk. Namun, Queen menepis dan menolak tubuh
King dengan kasar.
Tiba-tiba,
Queen buat hal lagi... Meraung sekuat hati dan meminta King jatuhkan talak
untuk dirinya.
Airmata
King dah tak tertahan melihat kesakitan jiwa dan batin Queen.
Sumpah.
King
tak mahu menceraikan Queen. Tapi jika dengan King, hidup Queen terseksa. Tak
adil jika King tetap memaksa.
Queen
dah macam orang hilang akal. Merayu dan meraung minta diceraikan. Tangkai hati
King rasa sakit sangat apabila melihat keadaan Queen.
Sejak
keguguran anak pertama mereka dua hari lepas. Queen berubah laku. Diam.
Menyendiri. Dalam masa yang sama, Queen tak mahu King memaklumkan apa yang
berlaku ini pada keluarga mereka. Mahu merahsiakan hal keguguran ini daripada
aki, atok dan nenek.
Tak
elok begini tapi jika Queen dah menangis merayu pada King. Bagaimana? King pun
buntu.
Keadaan
mental Queen juga agak membimbangkan King.
Lega
apabila Queen terlena dalam dakapannya. Dengan perlahan, King mencempung tubuh
Queen dan meletakkan tubuh Queen di atas katil.
Wajah
Queen ditenung.
Sebak
melihat perubahan fizikal Queen yang semakin cengkung dengan mata lebam kerana
ada lingkaran gelap. Queen memang tak cukup tidur dalam beberapa hari ini.
Menangis dan meracau sahaja.
Walaupun
usia kandungan Queen yang keguguran tu baru tiga bulan. Namun, tetap memberi
kesan yang mendalam pada Queen.
Doktor
Afiqa ada juga datang melawat beberapa hari lepas.
Namun
keadaan Queen tetap sama. Tak mahu bercakap dengan orang luar. Murung dan tak
seperti sebelum keguguran.
King
berjalan ke ruang tamu... Duduk di sofa sambil merenung siling.
Tiba-tiba...
Queen
buat hal lagi. Menangis dan meracau yang bukan-bukan.
“King.
King. Mana kau? Dah berapa kali aku cakap. Lepaskan aku. Aku tak mahu hidup
dengan kau lagi.” Marah Queen dengan suara yang lantang.
Kelam-kabut
King meluru ke arah Queen. Terkedu melihat Queen yang sedang memegang pisau
yang tajam. Dari mana pula Queen dapat pisau ini?
“Sayang.
Letak pisau tu. Bahaya.” Arah King lembut.
King
cuba memujuk.
Queen
mengacukan pisau ke arah King.
“Aku
kata lepaskan aku. Aku tak mahu hidup dengan kau dah. Kau faham tak?” Tengking
Queen kasar.
Dalam
masa yang sama Queen mngalihkan pisau ke arah diri sendiri.
“Kau
dengar tak King? Ceraikan aku. Kalau kau tak ceraikan aku sekarang... Aku benam
pisau ini kat jantung aku. Kau jangan cabar aku, King. Aku rela mati dari hidup
dengan kau.” Ugut Queen lantang.
King
telan liur sendiri. Allahuakbar. Apa aku nak buat ini?
“Queen...
Sayang...”
“Jangan
nak berdalih atau memujuk aku King. Aku nak kau ceraikan aku. Ke kau nak aku
mati? Terus bercerai mati aje?” Ugut Queen lagi.
Kali
ini pisau dituju semakin dekat ke arah dada Queen.
King
kalut.
“Jangan
Queen. Okey. Abang ikut apa yang sayang nak. Tapi buang pisau tu dulu.” Kata
King lembut.
“Kau
ingat aku bodoh? Ceraikan aku dulu, King...” Arah Queen lantang lagi.
King
pejam mata.
Air
mata dah mengalir laju membasahi pipi. Siapa tak sayang isteri? Sayang sangat.
Tapi
King terpaksa...
King
cuba mendekat dan rampas pisau di tangan Queen tapi langkah King terhenti
apabila tangan Queen semakin meneka rapat ke dadanya.
Berderau
jantung King.
“Baik.
Queen Ciara binti Safri. Aku tak akan ceraikan kau dengan talak satu.” Luah
King perlahan dan tersekat-sekat.
Jelas
dan termaksud.
Queen
ketawa bahagia. Automatik pisau di tangan di campak jauh. Queen terduduk dengan
hilai tawa pula.
King
meluru ke arah Queen yang sudah terkulai lemah dan pengsan. Segera King
mengangkat Queen dan diletakkan di atas katil.
Tubuh
Queen diselimutkan hingga ke paras dada.
Kemudian,
King menelefon Awang.
King: Awang. Tolong aku. Tolong
pergi rumah Aki dan bawa Aki ke rumah YB Sufyan. Sekarang.
Awang: Kau okey tak ini? Pukul
satu pagi ini, King. Apa hal ini?
King: Nanti aku cerita. Kau pergi
sekarang. Nanti kita jumpa di rumah YB.
Awang: Baik. Hati-hati King.
King
memasukkan beberapa keperluan untuk pulang ke rumah YB Sufyan.
Sungguh,
King perlukan bantuan ahli keluarga. Tak boleh begini. Bimbang Queen buat hal
lagi.
Beg
disandang.
Setelah
merapikan baju dan memakaikan stoking pada kaki Queen... Queen dicempung erat
dalam pelukan King dan diletakkan di tempat duduk di sebelah pemandu.
Harapnya,
Queen akan tidur lena. Sebab tadi, King ada masukkan ubat penenang pada minuman
Queen.
Risau
sebab Queen dalam keadaan masih berpantang sebab keguguran.
Mujurlah
rumah mereka dengan rumah YB Sufyan tak jauh jaraknya. Hanya dalam sepuluh
kilometer.
RANDOM TEASER 2
Masam mencuka wajah Aki apabila terang-terangan King tidak
bersetuju dengan cadangan Aki. Sekilas dipandangnya wajah King. Besar harapan
Aki pada King.
King
dah besar panjang. Dah memang sampai masa untuk berbini pun.
Nak
tunggu apa lagi? Nak tunggu sampai tenaga dah tak ada? Muda-muda begini eloklah
berumahtangga. Senang. Bini boleh beranak awal. Nanti dah tua, anak dah besar
panjang.
Tapi,
King ini degil. Keras kepala. Usia dah hampir 30an. Girlfriend pun tak
ada. Lepas aje habis belajar duk terperuk dalam kampung ini. Sibuk dengan
bulldozer dia aje.
Bukan
dia ingat nak cari girlfriend. Tapi sibuk duk banyakkan bulldozer dan
macam-macam jenis besi berat lagi.
Jentolak. Jengkaut. Pembajak.
“Aki
dah terima cadangan YB Sufyan tu. Jangan nak menolak dan membantah pula. Mana
Aki nak letak muka ini?” Bebel Aki lagi.
King
cuba tahan emosi. Dengan orang tua, tak boleh nak meninggi suara. Kang terkecil
hati pula. Dah berdosa.
Nasi
Lemak Keli Berlado Kak Temah yang viral ni...Automatik rasa tak sedap pula.
Kesat rasa tekak nak telan makanan. Hilang selera.
“Kalau
King nak beristeri. King cari sendiri la. Aki tak perlu nak berjanji dengan
sesiapa. Lagipun, King kan lelaki... Patutnya, King yang memikat bukan dirisik
sebegini.” Luah King sebal.
Begitu
berhati-hati King mahu melontarkan kata. Aki ni bukan boleh dikira.
Bila
dah sentap, King juga yang susah hati. Tapi isu nikah kahwin ini. Sensitif tau.
Sebelum Aki sentap. King dulu dah tersentap. Acaner?
“Kamu
nak cari sendiri? Mana nak jumpa kalau asyik duk dalam hutan tu? Apa nak
berbinikan puteri bunian ke? Cakap macam pernah ada mak we.” Bebel Aki lagi.
“Aki...”
King jeda apabila terpandangkan mata Aki.
Penuh
harapan dan impian.
Mata
tua yang nampak berkaca memandang sayu dirinya... Melemahkan tugu pertahanan
diri.
“Aki
dah janji dengan YB Sufyan. King cubalah... Lagipun, Aki pernah jumpa cucu
perempuan YB Sufyan tu. Cantik. Sopan. Sesuai dengan King.” Luah Aki penuh
harap.
Terdiam
terus King.
Susah
betul nak menolak permintaan Aki yang satu ini. Tak lut dengan kata-kata biasa.
Nak
merajuk pun tak boleh. Belum sempat King merajuk, Aki dulu yang dah jauh hati.
King
serba salah. King sayang Aki.
Siapa
lagi yang King ada dalam dunia ini selain Aki?
Dan
King memang hanya ada Aki sahaja.
Sejak
umur 10 tahun, Aki yang bersusah payah membesarkan King. Mak dan ayah king dah
meninggal lama dah.
Aki
dan Opah yang jaga King. Dua tahun lepas, Opah dah meninggal. Tinggallah King
dengan Aki aje.
Segala
kebaikan dan kasih sayang Aki dan Opah memang tak mampu King nak balas.
Semua
tu, buat King makin tersepit untuk menolak permintaan Aki.
Tahu.
Impian Aki nak tengok King berumahtangga dan hidup bahagia.
“Aku
bukan apa. Setidak-tidaknya, sebelum aku tutup mata. Aku nak kau, ada yang
teman. Ada yang jaga. Ada yang sayang. Bukan hidup sengsorang aje.” Luah Aki
perlahan.
Jika
nada begitu yang dilontarkan oleh Aki. Maka, King memang angkat bendera putih.
“Ikut
Aki... Kalau cucu YB Sufyan tu, Aki rasa dapat bahagiakan King. King ikut je.
Tapi... Kalau cucu YB Sufyan tak setuju. King tarik diri. Tak mahu teruskan
semua ini. King tak mahu sebab janji Aki dan YB Sufyan, cucu perempuan YB
Sufyan tu pula yang merana hati. King tak mahu nikah dengan mayat hidup pula.”
Luah King akhirnya.
Aki
tersenyum memandang King. Tak susah manapun nak memujuk King ini. Jika kena
gayanya, memang King ini jenis lembut hati.
Dalam
masa yang sama, Aki memang berkenan dengan cucu YB Sufyan tu. Tak sabar nak
dapat cucu menantu perempuan. Kalau Gayah masih hidup, tentu Gayah gembira.
Mesti sibuk nak menguruskan majlis kahwin King tu nanti.
Rindu.
Aki
amat rindukan isteri kesayangannya.
Gayah
dah meninggal. Sakit tua. Bermula dari demam biasa. Kemudian kena tahan wad
seminggu sebab ada kuman dalam darah. Tak sempat keluar wad, Gayah pergi untuk
selamanya. Meninggalkan Aki dan King.
Tangkai
hati Aki rasa tersayat pilu. Mengenangkan isteri kesayangan.
Sembilan
belas tahun lalu, anak tunggal lelaki dan menantu perempuan Aki telah pergi
terlebih dahulu ke dunia abadi. Mujurlah meninggalkan King sebagai pengubat
rindu.
King
adalah kesayangan Aki dan Gayah.
Tanpa
king, mungkin Aki dan Gayah hilang arah seketika.
Kehadiran
King membuatkan Aki dan Gayah kembali bersyukur dan gembira. Ada zuriat
penyambung keturunan yang ditinggalkan oleh anak tunggal lelaki Aki.
King
yang masih mengunyah makanan lambat-lambat... Terkedu melihat riak wajah Aki
yang sebegitu. Terlihat ada air mata yang bertakung di tubir mata tua Aki.
King
memegang bahu Aki.
“Aki.
King dah setuju. Kenapa nak bersedih lagi? King akan ikut aje apa yang Aki nak.
Asalkan Aki bahagia. King sanggup buat apa sahaja.” Pujuk King.
Tak
suka melihat Aki bersedih begitu.
“Iyerlah...
Tapi King. Kalau cucu YB Sufyan tu berat hati terima kamu. Kamu pikat dia yea.
Jangan mengalah.” Kata Aki dengan senyuman.
Hampir
tersedak King yang sedang meneguk air jarang.
“Aki.
King tak reti nak pikat-pikat anak dara orang ini.” Balas King cuak.
“Eh,
tadi bukan kamu kata, patutnya kamu yang memikat anak dara orang? Bukan
dirisik untuk jadi menantu...” Perli Aki
selamba.
King
tersenyum kelat.
“Yealah.
Kalau dah jodoh. Mesti Tuhan mudahkan. Mana tahu, kemahiran memikat tu akan datang secara
semulajadi. Kan Aki?” Kata King cuba menenangkan diri sendiri.
Aki
tergelak perlahan.
“Ini
baru cucu kesayangan Aki. King. Berjiwa besar. Ingat jangan menyerah kalah.”
Kata Aki dengan gelak kecil.
King
tersenyum mengangguk. Layankan aje.
Tak
berani nak jawab apa-apa. Bimbang Aki sambung sedih jika King tersalah
melontarkan kata.
Yang
pasti, untuk Aki. Apapun King sanggup buat. Asalkan Aki gembira. Bahagia.
Sentiasa tersenyum.
Aki
dah masuk ke bilik. Katanya, nak mandi dan bersiap ke masjid untuk mesyuarat
ahli jawatankuasa kampung.
Maklumlah,
dua bulan lagi dah nak masuk bulan Ramadan. Banyak aktiviti perlu dirancang.
Termasuk
gotong-royong, majlis berbuka puasa di masjid, moreh dan macam-macam lagi
aktiviti.
Tinggallah
King sendirian di dapur sambil melayan perasaan hati. Teruja pula nak kenal
cucu perempuan YB Sufyan ni. Bukan main pesona dia...
King
pun boleh tahan apa... Sampai YB Sufyan pun datang merisik untuk dijadikan cucu
menantu. Kalau orang kampung tahu, pasti heboh.
Malu.
Moga
tak ada sesiapa yang tahu tentang hal ini melainkan King, Aki dan YB Sufyan.
Tak
bertuah pun jika lelaki dirisik pihak perempuan. Huh, jika ketahuan... King
tak tahu, bagaimana nak hadap muka orang
kampung.
King
bangun dan segera ke sinki. Jika duk layan perasaan hati ni... Sampai malam pun
tak habis lagi. Tak jadi kerja.
Kalau
tak bekerja macam mana duit nak masuk? King kan... Nak kahwin dah... Sindir King pada diri sendiri.
RANDOM TEASER 3
Tubuh King basah kuyup sebab
meredah hujan. Bukan main lebat hujan. Nak kata musim tengkujuh... Memang belum
sampai lagi.
Tapi,
sekarang ini...
Jika
nak hujan tak kira musim tengkujuh ke musim kemarau. Banjir di musim kemarau
pun bukan sesuatu yang pelik.
Bumi
dah tua.
Kelam-kabut
King meredah hujan kerana panggilan kecemasan yang YB Sufyan buat.
Dalam
masa yang sama, Aki dah membebel panjang meminta King ke rumah YB Sufyan dengan
segera.
“Assalamualaikum...”
Laung King sederhana kuat.
“Walaikumussalam.
King. Masuklah.” Jemput YB Sufyan sambil membukakan pintu utama rumahnya.
King
meluru ke arah YB Sufyan yang sedang tersenyum ke arahnya. King hulur tangan
untuk bersalaman dengan YB Sufyan.
Dalam
masa yang sama, King memegang lengan YB Sufyan dan membantu lelaki tu untuk
duduk di kerusi di beranda luar rumah.
“Kamu
dah basah kuyup ini. Pergi tukar baju dulu...” Kata YB Sufyan prihatin.
“Eh,
tak apa YB. Saya okey. ..” Balas King sambil berdiri di sisi YB Sufyan.
“Jangan
degil. Badan tu nak guna lama. Aku nak cucu menantu aku... Sihat luar dalam.
Baru cucu perempuan aku bahagia zahir batin.” Luah YB Sufyan selamba.
King
cuak. Hilang kata untuk membantah.
“Haq...
Haq...” Panggil YB Sufyan nyaring.
Haq
tu pembantu YB Sufyan, juga merangkap
jururawat peribadi pada YB Sufyan. Anak jati kampung ini juga. Sudah berkahwin
dan mempunyai dua orang cahayamata. Isteri Haq pun jururawat juga. Tapi
jururawat di Klinik Kesihatan kampung ini. Rumah Haq dekat aje dengan rumah YB
Sufyan. Sebelah tu je...
Memang
YB Sufyan yang taja Haq sambung belajar dalam bidang kejururawatan. Bila dah
bergraduat, Haq terima tawaran kerja daripada YB Sufyan untuk terus bekerja
dengannya.
Dalam
kampung ini, siapa yang tak mahu bekerja dengan YB Sufyan? Lelaki budiman dan
dermawan. Sentiasa ada mempertahankan hak penduduk setempat. Memang layak
menang sebagai wakil ADUN.
Haq
menapak menghampiri YB Sufyan dan King.
“Tunjukkan
arah bilik tamu pada King. Bagi satu persalinan baru yang ada di bilik tetamu
tu juga.” Kata YB Sufyan pada Haq.
Haq
mengangguk tanda faham.
Terus
sahaja Haq tersenyum pada King dan menunjukkan arah jalan seperti yang diminta
oleh YB Sufyan.
“Kenapa
sampai basah kuyup?”soal Haq hairan.
King
tersenyum kelat.
“Kau
tahu kan Aki dan YB tu rapatnya bagaimana? Aki aku tu kalau YB minta apa-apa,
memang tak menyempat gegau aku suruh segerakan segala.” Balas King selamba.
King
dan Haq memang berkawan baik. Berapa kerat sangat anak muda kampung yang ada
kat kampung ini. Mestilah kenal. Mereka berdua rapat sebab Aki dan YB Sufyan
pun memang rapat. Jadi mereka berdua memang selalu bertemu muka.
Kadang-kadang
sempat habiskan masa hujung minggu pergi memancing bersama.
Tapi
tu sekali sekala sahaja. Bila Haq cuti. Maklumlah, Haq terikat kerja hakiki
dengan YB Sufyan.
“Alahai...
Memang ler. Bakal cucu menantu dia kan.” Usik Haq selamba.
King
berhentikan langkah dan berpaling memandang Haq.
“Aku
tahu. Kat rumah ini, selain Puan Saerah. Dengan siapa lagi YB nak sembang?
Mestilah aku. Untung kau King... YB berkenankan kau jadi cucu menantu dia.”
Usik Haq lagi.
King
jeling Haq. Geram.
“Argh.
Diamlah kau. Kalau dah tahu, jangan duk gebang pula satu kampung. Aku tak suka
gosip murahan. Lagi satu... Cucu perempuan YB pun aku tak kenal. Sesuka hati
sahaja dua atok ini nak mengkenenkan cucu-cucunya. Silap haribulan... cucu
perempuan YB tu dah ada kekasih hati.” Luah King mendatar.
Haq
gelak besar.
Pintu
bilik tetamu Haq buka.
“Jangan
bimbanglah. Cucu perempuan YB tu single. Kebetulan Uwaina dan cucu YB berkawan
baik. Mereka teman sebilik waktu belajar diploma dan degree dulu. Jadi aku
tahu... Bakal isteri kau tu... Single. Jangan bimbanglah Haq. Memang sesuai dia
dengan kau.” Kata Haq dengan sisa gelaknya.
King
tersenyum tawar.
Haq
dah meninggalkan King di bilik tetamu selepas meletakkan sepersalinan baju
sukan yang lengkap. Siap ada tuala baru lagi. Macam bilik hotel. Lengkap
segala.
Selepas
selesai membersihkan diri di bilik air. King memakai pakaian yang telah
disediakan. Tersarung elok t-shirt dan tracksuit di tubuh King.
Setelah
merapikan rambut, King meluru keluar untuk ke beranda semula.
Belum
sempat King melangkah jauh. King
bertembung dengan Puan Saerah, isteri YB Sufyan.
“Kau
buat apa kat sini?”soal Saerah tanpa riak.
King
cuak,”YB panggil saya datang. Tak tahu kenapa...”
“Aku
tanya... Kau buat apa kat dalam rumah ini? YB kat luar sana...”Kata Saerah
kasar.
Saerah
tak suka King. Apatah lagi, apabila suaminya mahu King jadi suami pada
satu-satunya cucu perempuan yang Saerah ada. Kot iyerpun bersahabat baik dengan
Aki... Tak perlulah nak mengikat tali persaudaraan dengan pernikahan cucu pula.
“Saya
tumpang salin pakaian, Puan. Tadi redah hujan. Basah. YB minta Haq bawa saya ke
bilik tetamu.” Balas King sopan.
Sejak
dahulu lagi, Puan Saerah memang bersikap dingin dengan King.
Jika
bertembung, jarang nak berbual dengan tenang. Kadangkala Puan Saerah ini... Dah
macam polis pencen. Ada sahaja yang nak disoal siasat.
“Aku
harap... Kau tolak permintaan YB. Aku tak suka kau jadi cucu menantu aku.” Kata
Saerah sambil memandang tajam ke wajah King.
King
terkelu seribu bahasa.
Tidak
menyangka yang Puan Saerah akan berkata begitu. Pipi terasa berbahang. Macam
kena penampar.
“Saya
dah cuba menolak. Tapi Aki dan YB terlalu mendesak. Saya setujupun kerana
bimbangkan kesihatan Aki dan YB. Mungkin Puan boleh bantu pujuk YB. Sayapun
sedar diri. Lelaki macam saya ini... Memang tak layak pun nak jadi menantu Puan
dan YB.” Balas King sopan.
Saerah
tak membalas apa-apa dah. Cepat sahaja Saerah melangkah meninggalkan King untuk
duduk bersembang dengan YB dan Haq.
King
meraup wajah sendiri. Jika begini... Bagaimana mahu melakar bahagia?
“Hah...
Duduk King. Aku suruh kau datang sini sebab nak minta kau ambil bahagian dalam
pencalonan ketua pemuda kawasan kampung kita ini.” Kata YB Sufyan sambil
menepuk-nepuk bahu King.
King
tersenyum kelat.
“Saya
minta maaf, YB. Kalau untuk jadi ketua pemuda memang saya perlu menolak YB.
Saya tak mahu terikat dengan segala proses. Saya lebih suka begini. Bebas dan
saya dapat fokus dengan kerja-kerja saya. Lagipun, saya tak mahu terlampau
sibuk. Cukuplah dengan kerja hakiki saya sekarang ini.” Balas King sopan.
YB
Sufyan mengangguk beberapa kali.
“Erm,
aku faham. Tak apa. Jika kau selesa begitu. Aku tak mahu memaksa. Tapi... Pasal
jadi cucu menantu aku tu... Jangan menolak King. Aku memang berhajat sangat.”
Luah YB Sufyan sambil memeluk bahu King.
King
pandang wajah Saerah.
Masam.
“Jika
berjodoh YB. Jika didekatkan dan dipermudahkan. In shaa Allah. Jika tidak...
Harapnya YB tak berkecil hati.” Balas King berhati-hati.
“Apapun,
aku akan usaha bagi jadi.” Balas YB Sufyan tegas.
“Awak
buat keputusan macam sendiri yang nak kahwin. Sedangkan, King dan cucu kita
tu... Tak pernah kenal. Kalau dorang tak setuju, tak perlu awak berharap dan
memaksa pula.” Kata Saerah lantang.
“Saya
tak kira. Saya mahu King juga jadi cucu menantu saya. Awak tak akan faham.”
Balas YB Sufyan mendatar.
Lama
juga King berada di rumah YB Sufyan. Mujur ada Haq sekali. Jadi, tak adalah
terasa janggal sangat. Bukan tak biasa berbual dengan YB Sufyan ini. Cuma,
apabila Puan Saerah ada sekali... King rasa insecure. Takut tersalah cakap.
Hujan
dah berhenti. King meminta diri untuk pulang. Maklumlah, kerja-kerja
pembersihan hutan dan beberapa kawasan
kebun masih memerlukan pantauan daripada King.
Tak
boleh lepas tangan pada pekerjanya sahaja. Perlu ada pantauan.
Dalam
masa yang sama, ada beberapa tanah individu yang perlu dibersihkan. Memang
direct dengan King. Tanah orang kampung sini juga.
King
bersalaman dengan YB Sufyan dan Haq. Sempat juga King tunduk hormat pada Puan
Saerah.
“Cucu
aku datang nanti... Kau datanglah sini. Aku kenalkan.” Pesan YB Sufyan dengan
senyuman mengharap.
King
mengangguk sahaja.
Haq
dah pamer senyuman mengejek.
Puan
Saerah? Dah menjeling tajam pada King. Terkesan juga hati dan emosi
King.Walaupun, hati King tidak senipis kulit bawang. Tapi, tetap juga rasa
tercalar.
Jujurnya,
King ini lelaki biasa. Tidak kaya. Tidak kemas. Lelaki kampung yang bekerja sendiri sahaja.
Mana
nak sepadan dengan cucu YB? Cucu YB tu budak bandar.
Jurang
antara King dan cucu YB memang tinggi. Tak masuk akal juga. Tempeleng pipi
kanan. Sakit. Rupanya tak bermimpi.
King
serabut juga jika Aki dan YB Sufyan duk memaksa dan berharap. Sepatutnya, soal
jodoh ini tidak boleh dipaksa-paksa.
Entahlah,
semakin difikir jadi semakin serabut. Ditambah pula dengan penerimaan Puan
Saerah yang dingin tu.
RANDOM TEASER 4:
Suasana senja semakin menggelap.
Dada langit yang berwarna oren merah pekat pun dah ada bebayang hitam. King
memang sengaja gantikan tempat Awang.
Sendiri
mahu penat untuk membersihkan tanah peneroka baru ini. Katanya, nak buat
tanaman kontan... Jenis tanaman singkat masa dengan tujuan utama adalah untuk
dijual hasilnya.
Kebiasaannya,
tanaman kontan ini mengambil masa tidak lebih dari setahun. Antara 3 hingga 6
bulan, contohnya seperti jagung, ubi kayu dan keledek.
King
tersenyum melihat tanah luas yang dah lapang tu.
Namun,
beberapa saat kemudian King kembali muram. Sebenarnya, King sentap dengan
isteri YB Sufyan maka, King sibukkan diri di hutan. Malas nak ambil tahu hal
dunia. Sakit hati.
Pagi-pagi
hari, King dah bertembung dengan Puan
Saerah di Kedai Kak Temah. King kena sound dan kena paksa untuk menolak
permintaan YB Sufyan pula.
Stress
otak.
Patutnya,
Puan Saerah yang buat sesuatu untuk buat YB Sufyan menarik balik permintaan
tersebut. Baru tenang hidup King.
Sejak
YB Sufyan utarakan hasrat pada Aki, semakin King ditekan oleh Aki dan YB
Sufyan. Pening kepala.
Teringat
kata-kata Puan Saerah...
Puan Saerah: Kau tu kotor. Tak
ada gaji tetap. Tak layak dijodohkan dengan cucu aku. Aku harap kau cari alasan
yang munasabah untuk menolak.
Bisa
betul ayat-ayat Puan Saerah. Meresap sampai ke tangkai hati. Akar emosi pun
boleh mati.
Akhirnya,
King sibukkan diri.
Jika
duduk di rumah, nanti kena dengar bebelan Aki pasal nikah kahwin ini. Jika
melepak kat tempat biasa dia melepak, kang terserempak dengan YB Sufyan atau
Puan Saerah pula. Serba salah hidup jadinya. Jadi, eloklah King berada di hutan
sahaja.
Stress
hidup jika ada seseorang yang mahu mencorakkan bahagianya.
Tapi...
Alhamdulillah!
Hari
ini, segala kerja King berjalan lancar. Mujurlah bulldozer yang King guna tak
meragam. Lancar sahaja proses untuk membersihkan kawasan hutan ini.
Lega.
Seronok
pula King sendirian melayan perasaan hati sambil menatap langit senja.
Tiba-tiba...
Kedamaian
hati dan ketenangan jiwa King diceroboh.
King
terkejut apabila terdengar bunyi suara wanita menjerit meminta pertolongan.
Tengah-tengah
hutan begini, mendengar suara sebegitu memang meremang juga bulu roma.
Namun,
King rasa tak sedap hati. Baru sahaja King terjun ke tanah dari bulldozer,
seorang gadis cantik meluru ke arah King dan memeluk King.
Erat.
Tersentak King.
Pertama
kali, King bersentuhan dengan perempuan bukan mahram dengan jarak dekat begini.
Suka
hati dia aje nak peluk King.
Automatik
King menolak tubuh dan menarik tangan gadis tu agar wujud jarak antara mereka.
Berkerut
dahi King apabila tubuh gadis tu tetap memeluknya erat dalam keadaan menggigil.
Anak mata mereka bertemu. Terpancar riak takut yang jelas kelihatan pada wajah
gadis tu.
Dalam
masa yang sama, belakang tubuh King dihentak dengan kayu. Sakit. Mujur
King ini lelaki ada ilmu pertahanan diri dan sasa.
King
berpaling memandang musuh yang menyerangnya.
Geram.
Merah
padam juga muka King menahan sakit.
Sakit
hati pun iyer juga. Ish, bukan anak jantan jika main serang hendap begini!
Ramai.
Tiga orang semuanya.
“Tolong
saya. Kereta saya rosak. Saya ingat mereka nak membantu, Rupanya...” Gadis yang
berada dalam pelukan King menangis teresak-esak.
Takut.
Degil
betul perempuan ini. Orang dah cipta jarak. Dia datang juga mendekat.
King
tarik nafas panjang. Begitu ceritanya. Samseng nak jadi setan pula. Memalukan
kaum Adam sahaja.
Patutnya
mereka menjaga dan menyantuni kaum Hawa. Tapi begini pula perangai si setan
bertiga ini.
“Lepaskan
perempuan tu...” Kata lelaki yang berbadan tegap dan rendah sekaki daripada
King.
King
merenung tajam wajah lelaki bertiga tu.
“Isteri
kau ke? Atau mahram kau?”soal King selamba.
Masalahnya,
sekarang ini... Gadis dalam pelukannya inipun bukan mahram King. Macam terludah
ke langit dan kena batang hidung sendiri sahaja.
Tapi
bezanya, King niat membantu dan mereka bertiga tu niat jadi setan bertanduk
versi manusia.
“Bukan
urusan kau lah, setan. Lepaskan dia...” Kata lelaki yang kurus pendek tu pula.
Bukan
main suara macam cengkerik halus. Korang google sendiri suara cengkerik tu
macam mana.
King
pandang wajah gadis dalam pelukannya, “Kau kenal mereka?”
Gadis
tu menggeleng laju.
“Dia
tak kenal kau. Jadi blah...” Balas King selamba pada tiga setan tu.
Namun,
belum sempat King habiskan ayat... lelaki bertiga tu dah menyerang King dan
mahu menarik gadis cantik yang berada di sisi King.
King
menolak tubuh gadis tu ke belakang. Terkedu apabila gadis tu kembali memeluknya
erat daripada belakang pula.
“Kau,
boleh panjat transformer warna oren tu tak? Kalau boleh, pergi panjat dan duduk
diam-diam kat sana. Ko peluk aku macam ini. Macam mana aku nak lawan
setan-setan ini? Kang kita berdua pula yang jadi arwah dan terus kena tanam kat
sini.” Bebel King.
Transformer?
Dia ingat aku budak tadika ke? Aku kenal la, bulldozer. Arwah? Kena tanam?
Scary... Gadis
cantik tu laju sahaja melangkah memanjat bulldozer kesayangan King.
King
tersenyum. Lasak. Kejap je dah elok gadis tu duduk kat atas bulldozer.
Ketiga-tiga
lelaki yang menyerang King cuba menuju ke arah bulldozer dan mendapatkan gadis
tersebut.
Namun,
King lebih pantas menghalang mereka. Pergelutan berlaku dan masing-masing
menyerang dan mempertahankan diri.
Tapi
dorang bertiga ini, salah terkam da. King, guru silat kat kampung ini.
Mendapat...
Setan
bertiga tu dah terkulai kat atas tanah. Belum sempat King buka langkah lagi...
Dorang
bertiga dah cabut lari dalam keadaan terjengket-jengket. Kena tibai dengan guru
silat, kot...
Ingatkan
hebat sangat bila nak jadi setan.
King
baru nak berpaling dan menyuruh gadis yang diselamatkannya tu turun.
Namun,
buk...
Belakang
tubuh King diterjah dan King tersembam ke tanah. Gadis tu elok landing di
belakang tubuh King.
King
pusingkan badan. Kini, gadis yang diselamatkan King berada di atas tubuhnya.
Bila
mata bertemu mata. Masa ibarat terhenti.
“Tak
reti nak bangun? Ke kau nak kena terajang macam setan-setan tu juga?” Soal King
bertalu.
Kelam
kabut gadis tu bangun dan betulkan baju. Siap rapikan rambut ikal mayang dia
lagi.
Uh,
muka helok tapi bahasa... Out. Bebel gadis tu dalam hati sendiri. Berani ke nak
menempelak lelaki yang telah menyelamatkan maruahnya ini?
“Kau
buat apa tengah-tengah hutan ini?” Soal King senada.
King
dah bangun juga dan berdiri di depan gadis cantik tu.
“Saya
nak balik rumah atuk. Tersesat. Kereta pula kurang air. Saya nak turun ambil
air kat sungai tepi jalan besar tu. Tapi dorang bertiga tu...” Gadis tu tak
dapat meneruskan kata-kata. Sebaliknya dia tunduk menahan airmata.
“Terima
kasih. Sebab selamatkan saya. Awak, okey?”soal gadis tersebut.
Khuatir.
Tahu, lelaki yang menyelamatkannya ini memang ada kena pukul dengan kayu di
bahagian belakang badannya tu. Bukan itu sahaja, siap kena hempap lagi.
“Kereta
kat mana?”soal King selamba.
Persoalan
gadis tersebut tidak diendahkan.
“Kat
tepi jalan besar tu.” Balas gadis tu sepatah-sepatah.
Janggal
pula berbicara dengan lelaki yang tak mesra alam ini.
King
berjalan menuju ke jalan besar. Hari dah nak gelap. Elok King tengok kereta
gadis ini cepat.
Laju
juga langkah gadis cantik ini untuk jalan seiring dengan King. Dalam diam,
bukan main lagi anak dara ini explore tubuh badan King.
Tak
kawal mata langsung. King bukan tak tahu. Tahu. Tapi pura-pura buat tak tahu.
Tahan emosi aje apabila ditatap sebegitu oleh anak dara yang cantik manis.
“Dalam
hutan begini, kawal mata tu. Kang keluar dari mulut buaya termasuk pula mulut
naga. Aku pun manusia biasa juga. Lelaki.” Nasihat King mendatar dan perlahan.
Terkulat-kulat
gadis tu menundukkan pandangan. Betullah tu... Pandang anak teruna orang
macam desperate sangat. Huh!
No comments:
Post a Comment