Friday, October 17, 2025

TEASER MALU MALU SAYANG

 

TEASER MALU MALU SAYANG

Suasana lapangan terbang KLIA kelihatan sesak. Jasmin Ilani memegang kepalanya yang sedang berdenyut-denyut sambil tangan sebelah lagi menarik bagasi sederhana besar secara semberono.

’Mana Ambra ini? Janji nak datang ambil. Takkan dah lama tak jumpa maka dah berubah jadi si pemungkir janji pula?’ Bebel Jasmin dalam hati sendiri.

 

Panasnya.

 

Baru lima tahun Jasmin Ilani berada di negara suhu empat musim. Rasanya perlu biasakan diri semula pada suhu khatulistiwa.

 

Jasmin tahu kat sini ada dua musim penting, iaitu musim hujan dan musim kemarau. Berbeza dengan iklim di Jepun.

 

“Wah, tengoklah siapa ada kat depan mata ini! Fashion designer online terkenal kita, JASIL brand owner. Baru graduate dari Kolej Fesyen Jepun dah ada brand sendiri.” Sergah Amrina sambil memeluk bahu Jasmin erat.

 

Jasmin Tarik muncung panjang, “Lambat. Ambra lambat mesti pasal kau kan, Mok Su.”

 

Amrina menepuk bahu Jasmin perlahan.

 

“Berapa kali dah bagitahu. Kalau tempat umum jangan panggil aku Mok Su. Muka aku lagi muda daripada kau. Pak Ngah kau, boleh pula kau panggil nama sahaja…” Marah Amrina.

Geram.

 

Jasmin Ilani berjalan mendekati Ambra dan mencium tangan Ambra. Selamba juga Jasmin memeluk bahu Ambra erat.

 

“Rindu Pok Ngoh yang handsome ini.” Luah Jasmin manja.

 

Meluat Amrina melihat tingkah dan mendengar tutur kata manja Jasmin pada Ambra.

“Dengan aku tak salam?”soal Amrina dengan nada merajuk.

 

Jasmin tersenyum dan bersalaman dengan Amrina. Baru nak cium tangan Amrina dah menepis laju.

 

“Sebab tu malas Min nak salam Mok Su ini. Sejenis yang tak boleh terima kenyataan. Mentang-mentang usia dia muda. Malu pula kita panggil Mok Su.” Luah Jasmin bengang.

 

Menyesal pula tunjuk sopan.

 

Amrina juling mata ke atas, “Ada kau bawa balik Yamazaki Kento? Takpun Yosoke Sugino?”

 

Jasmin tepuk bahu Amrina kasar, “Dah kenapa aku nak kena bawa dorang? Ouh, mentang-mentanglah dua lelaki tu aktor kacak. Kau ingat dorang nak ke? Aku ada bawa…”

 

Jasmin diam sambil angkat kening dan pandang Amrina.

 

Mata Amrina melilau memandang persekitaran, “Sape? Mana?”

 

Berkerut dahi Jasmin memandang Amrina. Ambra dah ketawa geli hati. Amrina kalau bertemu Jasmin memang beginilah…

 

Ting Tong…

 

“Nah. Aku bawa gambar Yohji Yamamoto dengan Kenzo Takada. Tupun dalam pamphlet notable alumni Fashion College je.” Jasmin memberikan beberapa pamhplet kepada Amrina.

 

Terkebil-kebil Amrina memandang pamphlet di tangannya.

 

“Ada ke fashion designer yang berdekad-dekad jurang usia dengan aku yang digebangkan dekat aku. Aku nak simpan pamphlet-pamphlet ini, buat apa?” Bebel Amrina sebal.

 

Terus dia bagi balik semua pamphlet yang ada tu pada Jasmin semula.

 

Jasmin tersenyum.

 

“Okey apa.” Balas Jasmin sengaja mahu mengusik Amrina.

 

Amrina dah tarik muka bak asam kecut warna putih.

Rasa pun bercampur… Manis dan masam bergabung.

 

Ambra pandang kedua-dua gadis di sisinya. Apapun dua gadis kesayangan Ambra ini memang cantik.

 

“Jomlah balik. Mami Dahlia dah lama tunggu tu. Tak penat ke membebel sambil berdiri kat tengah-tengah alam ini?” Tegur Ambra sambil menarik bagasi yang dibawa oleh Jasmin.

 

Amrina dan Jasmin tersenyum mengangguk.

 

Tangan Jasmin dah melingkar kat lengan Ambra, manakala tangan Amrina dah melingkar kat pinggang Jasmin. Kedua-duanya pun memang manja dengan Ambra.

 

Begitulah jika Jasmin, Ambra dan Amrina bertemu enam mata.

 

Kemanjaan mereka bertiga kadangkala boleh disalah erti oleh orang sekeliling. Lebih-lebih lagi, Jasmin dan Ambra.

No comments:

Post a Comment