TEASER: BERTEMU
BILA TIBA WAKTU
Pemandangan Bandar Baru Arsyla kelihatan indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Namun, hati Fahd tak sejuk damai dek
suasana tersebut. Kesal
dengan apa yang terjadi sehingga ada yang hampir hilang nyawa.
Helang Terbang sempat menjeling ke
belakang melihat susuk tubuh Fahd Al Rafa.
Tahu, pasti ada sekelumit kesalan dalam
hati Fahd. Lelaki itu bukan lelaki tak berperasaan. Lelaki itu
lelaki yang penuh dengan emosi. Cuma Fahd lebih gemar memendam rasa.
Mike sekadar tunduk tanda hormat
apabila bersisipan dengan Helang Terbang di ruangan Fahd. Selepas bayang Helang
Terbang hilang daripada pandangan. Mike menghampiri Fahd dan menepuk bahu
lelaki itu sedikit kasar.
Fahd hanya menoleh sekilas.
“Aku rasa otak kau ini rosak sebab
kena hentak dengan Beena. Mata kau ni ada masalah ke nak cam yang mana jantan
dan yang mana betina? Lagi satu, power kau dah hilang erh?” Soal Mike bengang.
Fahd cuba bertenang dan memegang tiang
seri rumah kayu ini. Nasib baiklah duduk menumpang di rumah orang. Jika di
rumah sendiri mahu patah tiang ini.
Semua ini sebab Beena.
“Kau tahu tak vip kita nyaris cedera
sebab kau salah bantai orang kita sendiri.” Mike pegang kepala sendiri.
Pening.
Sudahlah vip tu sayang sangat dengan
Beena. Dah bertahun Beena jaga vip ini. Fahd ini baru sahaja diupah vip yang
sama. Itupun sebab nak menjaga keselamatan Beena. ‘Argh, pening kepala. Ada
pula vip pasang bodyguard pada bodyguardnya sendiri. Tak pernah dibuat orang.
Sayang sangat. Tapi si Beena ini nak kata bodoh, bijak. Jika tak, dah lama
hilang harga diri dengan perangai vip sebegini.’
“Aku tak tahulah, apa nasib kau bila
perlu berdepan dengan Tan Sri. Kau jawablah sendiri untuk back up diri
sendiri.” Mike angkat tangan tanda mengalah.
Sungguh Mike tak mahu terlibat dengan
amarah Tan Sri Adan. Ini belum jumpa si Beena lagi ini… Kalau jumpa mampus Mike
kena bambu juga.
“Diamlah! Aku tak suruh kau back up
atau cover khilaf aku. Prinsip Jaguh Jantan, berani buat berani tanggung. It’s a man
quote. Tan Sri Adan pun salah juga. Kenapa tak bagitahu Beena pasal ada
bodyguard yang jaga dia?” Bentak Fahd geram.
Mike pandang wajah kelat masam Fahd.
“Kau rasa Beena setuju ke? Kalau tahu
1001 alasan dia cipta untuk elak diri daripada keprihatinan Tan Sri Adan untuk
dia.” Balas Mike pula.
Hah, jangan duk pelik jika si Mike ini
fasih berbahasa Melayu. Nama panggilan sahaja Mike.
Nama sebenar lelaki ini adalah Mikael
Muhammad.
Fahd tarik nafas panjang.
“Apa hubungan Beena dengan Tan Sri?
Kekasih gelap? Perempuan simpanan? Atau isteri yang sah?” Soal Fahd inginkan
kepastian.
Hati tak mampu menahan teka teki yang
menyemak di otaknya.
Mendengar soalan Fahd itu buat Mike
tersentak. Lain macam benar bunyinya.
“Kalau Beena dengar soalan kau ini,
aku rasa bukan kepala sahaja kena hentak. Silap hari bulan kena tetak terus.
Kau ingat perempuan tunggal di Jaguh Jantan perempuan murah ke? Lagipun, Helang
Terbang tu takkan berdiam diri kalau Beena pilih jalan tu. Silap hari bulan
terus dinikahkan Beena tu. Kalau nak cakap pun, guna otaklah. Jap... Jap…” Mike
paut dagu Fahd.
’Apahal pula si
Mike ini?’ Bebel Fahd dalam hati.
Berkerut dahi Fahd dibuatnya.
Automatik dielak wajahnya daripada menjadi santapan mata Mike.
Gila apa buat
macam tu.
Jika ada yang nampak, silap hari bulan
dicop songsang pula.
Mike ini memang cari gosip murahan.
Tapi lain pula ekspresi wajah Mike.
“Ada keraguan pada nada suara kau.”
Mike tenung wajah Fahd.
Fahd teguk liur sendiri.
Kesat.
Segera dia berpaling ke arah lain.
Terangkat kedua-dua kening Mike dek
reaksi Fahd.
“OMG.” Mike hilang kosa kata.
Fahd hanya diam tanpa reaksi. Berlalu
meninggalkan Mike yang hilang dalam meneka hati Fahd.
Sungguh ke, si Mike ini dah dapat
menebak apa yang tersimpan kemas dalam hati seorang Fahd?
Lantaklah!
Kalau Mike tahu pun, takkan Mike nak
bergosip pula. Nak sebarkan gosip? Setahu Fahd, lelaki bernama Mike bukan
begitu.
©©©
Hidup untuk berjihad demi kelangsungan
akhirat. Ini prinsip Tan Sri Adan selama lima puluh tiga tahun dia hidup.
Dalam masa yang sama, banyak rahsia
kehidupan yang perlu Tan Sri Adan teroka demi mendapatkan sebuah kebenaran.
Bertemu dengan Beena merupakan satu
takdir terindah. Jika bukan kerana Beena maka Tan Sri Adan mungkin sudah tak
bernyawa. Apabila mencari tahu tentang Beena... Sungguh Tan Sri Adan terkejut
dengan kerjaya dan circle wanita anggun tersebut. Berusia dalam lingkungan awal
30an.
Cantik.
Bijak.
Tangkas.
Cergas.
Sejak itu juga, Tan Sri Adan berjaya
memujuk Helang Terbang a.k.a Chief Jaguh Jantan yang merupakan sebuah syarikat
dan akademi bodyguard tersohor di Malaysia untuk mengupah Beena sebagai
bodyguard kepada Tan Sri Adan.
Keperibadian Beena sudah memikat hati
Tan Sri Adan yang kesepian. Sendiri dalam dunia getir yang dilaluinya.
"Nah, aku hadiahkan satu juta
sebab kau dah selamatkan nyawa aku. Jika di tambah tolak memang tidak setimpal
bayaran ini dengan apa yang kau dah lakukan. Aku benar-benar telah terhutang
budi pada kau. Hanya Tuhan yang mampu memberkati hidup kau sebab membuat
kebaikan dan sanggup mempertahankan nyawa aku sedangkan kau tak kenal aku. Aku
kagum dengan keberanian yang kau ada. Aku kagum dengan sikap kemanusiaan
kau." Kata Tan Sri Adan ikhlas.
Memuji bukan mahu alasan bagi
menyenangkan hati sendiri. Memuji kerana si pelaku Layak dipuji.
"Maaf Tan Sri. Saya hanya
menjalankan tanggungjawab sebagai sesama manusia. Bukan bermaksud untuk
menunjukkan kehebatan atau untuk menerima ganjaran. Lagipun mungkin sudah
terbiasa dengan persekitaran yang mencemaskan begini hingga saya bertindak sepantas
itu tanpa berfikir panjang. Jika saya bukan bodyguard mungkin saya juga antara
manusia yang berdiam diri dan menyelamatkan nyawa sendiri. Jadi tak perlu resah
jika saya menolak pemberian ini. Cukup mendoakan saya agar diberkati dan
dilimpahi rezeki yang mengalir sederas air di sungai dan seluas lautan."
Balas Beena sopan.
Tidak tahu pula yang lelaki yang
diselamatkannya adalah orang kaya dan terkenal.
Malangnya kuasa yang dia ada
menjadikan nyawanya menjadi taruhan. Ramai yang mahu dia mati. Menjadi
Tan Sri Adan memandang Beena yang
masih tidak sedarkan diri di katil wad 07 private room, Hospital Fylantrope.
Beena tersedar dan memegang bahunya
yang terasa perit.
Tan Sri Adan segera menghampiri Beena
sambil menggenggam erat jemari Beena.
"Tan Sri. Fahd?” Beena resah
apabila terkenangkan Fahd yang ditembaknya.
Sesungguhnya, kehadiran Fahd di
Warehouse Ardouza mengelirukan Beena.
"Tak perlu you risaukan orang
yang tembak you. I
will make sure that, Fahd…”
Beena pandang wajah Tan Sri Adan, “Tan
Sri. Fahd tak salah. I yang tembak dia dulu tanpa ambil tahu identiti dia. Dia
hanya bertindak ikut situasi. Dia tak salah. I yang salah. Tapi I nak tahu, apa
dia buat kat warehouse tu?”
Tan Sri Adan
tarik nafas panjang, “Dia bodyguard yang I upah untuk jaga you. Tapi dia pula
yang tembak you. Kenapa you nak back up dia sangat?” Soal Tan Sri Adan dengan
nada keras.
“Dia team I.
Sama-sama dari Jaguh Jantan. Memang patut I risau. Kami dalam Jaguh
Jantan satu keluarga. Kat sini, Tan Sri yang salah. Kenapa tak inform I selaku
bodyguard you, yang you upah bodyguard untuk I? This is not a normal
situation.” Keras nada suara Beena.
Beena juga menarik tangannya daripada
terus digenggam oleh Tan Sri Adan.
No comments:
Post a Comment