TEASER KISAH MIMPI YANG TAK SUDAH
Suasana agak sepi. Masing-masing terpana memandang antara
satu sama lain. Kelu tanpa kata.
Aryan memandang tajam wajah Narleesa. Masih cantik.
Namun kecantikan sahaja tidak cukup untuk mengubat hati
Aryan yang sudah terluka.
“Apa khabar?”soal Narleesa menahan rasa gugup.
Semakin tajam pandangan mata Aryan memandang wajah ayu
Narleesa.
“Belum mati lagi.” Balas Aryan kasar.
Narleesa jeda.
‘Kalau dah mati, tak adalah wujud di depan mata aku ini.’
Gumam Narleesa sendiri.
Aryan Ikhbar masih sama. Kacak. Arrogant. Mulut puaka.
Yang berubah mungkin level kebencian Aryan. Meningkat
atau berkurang?
Resah jiwa Narleesa mahu menebak apa yang ada di hati
Aryan.
Melalui pandangan mata, Narleesa tahu... Kebencian masih
membara.
“Kau buat apa kat sini?”soal Aryan senada.
Narleesa memandang Aryan, “Baru lepas ziarah kubur ibu.”
Narleesa berkata jujur. Sampai sahaja di KLIA, terus
Narleesa bergegas ke kubur dahulu. Rindu pada ibu. Rindu pada bumi kelahiran
tercinta.
Sepanjang berada di negara orang, Narleesa tak pernah
lupakan kisah silam.
Tak pernah melupakan Aryan Ikhbar juga. Narleesa kembali
inipun adalah kerana Aryan.
Mahu mendapat kemaafan daripada Aryan. Nekad mahu
berdepan dengan Aryan.
Jika dahulu, Narleesa terpaksa membawa diri kerana Aryan
menghalaunya. Tapi sekarang, Narleesa tak akan berganjak dan mendengar cakapa
Aryan lagi.
Apa nak jadi... Jadilah.
Narleesa kecut perut juga apabila terpandangkan genggaman
tangan Aryan yang kelihatan seperti sedang menahan sabar.
Narleesa
membuang pandang ke wajah Aryan.
Masam.
Merah
padam.
“Aku
rasa, kau dah lupa apa yang aku pernah katakan...”kata Aryan namun
percakapannya telah dipotong oleh Narleesa.
“Tak lupa. Abang haramkan kaki Leesa untuk jejak tanah
kubur ibu.” Balas
Narleesa sebak.
“Berambus.
Dan jangan pernah munculkan diri lagi.” Tutur Aryan kasar.
Segera
dia berpaling dan mahu melangkah ke kubur ibu.
Tetapi...
Narleesa
dah duduk melutut sambil memegang kedua-dua belah kaki Aryan. Erat.
Berkerut dahi Aryan apabila kakinya dipeluk erat oleh
Narleesa.
“Hey, perempuan. Kau buat apa ini? Jangan
berdrama boleh tak? Aku tak nak tengok muka kau lagi kat sini. Berambus. Kau
dengar tak? Aku kata berambus. Berambuslah.” Tengking Aryan lantang sambil
menyepak tubuh Narleesa.
Kasar.
Namun Narleesa tetap tidak berganjak dan masih berpaut
erat pada kaki Aryan.
No comments:
Post a Comment