Friday, October 17, 2025

TAWA TANGIS DI NAFASKU

 

TEASER TAWA TANGIS DI NAFASKU

Kebiasaannya, setiap bakal pengantin gemar meluangkan masa bersama-sama untuk ke butik pengantin. Masa inilah dapat posing ala-ala model laku keras.

 

Warda tersenyum memandang diri sendiri di Full Length Standing Mirror yang terletak elok di ruangan butik pengantin tersebut. Banyak pula tu cerminnya, maka terbias rupa sendiri ibarat puteri raja. Berangan!

 

"Sayang nampak cantik..." Puji Dylan sambil tersenyum manis memandang Warda yang masih merenung diri sendiri di cermin.

 

"I tahu. Dan I tahu memang hari-hari pun I cantik. Cuma hari ini, level cantik tu up sikit ke skala 10 sebab baju dan hiasan ini memang mempengaruhi penampilan diri." Balas Warda.

 

Yakin diri. Tapi memang Warda seorang wanita yang cantik. Kurus tinggi dengan kulit putih melepak. Hidung mancung dengan wajah bujur sirehnya. Mata yang redup dengan senyuman yang menawan.

 

Lelaki mana yang tak tertawan? Yang beruntungnya Dylan...

 

Dylan tersengih, "Cikgu Warda memang wanita cantik milik Mejar Dylan Haliq."

 

Warda tergelak kecil dan matanya memandang Dylan.

 

"Berangan dulu. Akadnya belum lagi. Belum rasmi lagi." Balas Warda dengan senyuman manis.

 

Mata Warda masih menatap Dylan.

 

Kacak. Dylan juga lelaki idaman ramai perempuan. Tetapi dalam ramai-ramai tu, Warda yang bertuah kerana dapat menakluk sekeping hati Dylan.

 

"Tak lama pun lagi. Sabar yea sayang. I will make sure that, hati Mejar Dylan akan terkunci mati buat Cikgu Warda. Amacam? Okey tak attire bakal imam you ini?"soal Dylan.

 

Warda mendekati Dylan dan berdiri di sebelah Dylan sambil mereka berdua memandang ke cermin.

 

"Perfect." Luah Warda yakin.

 

Lima tahun Warda dan Dylan berkenalan... Bermula dengan blind date aturan keluarga dan jatuh cinta pandang pertama.

 

Sekarang, mereka berdua menanti hari bahagia untuk hidup bersama sebagai suami dan isteri.

 

Tentu sahaja itu adalah harapan pada setiap pasangan yang berkasih. Mahu Bersama-sama melayari bahtera kehidupan dengan bahagia.

 

"Lepas ini sayang ikut balik rumah Umi kan?" Soal Dylan lagi.

 

 

"Erm, Umi suruh datang sana. Bersungguh sangat ajak. Wada singgah lah kejap. Tapi nanti Dyl tak perlu hantar balik rumah mama dan papa."

"Habis Wada balik dengan apa? Kalau public transport Dyl tak benarkan. Baik Dyl yang hantar sendiri." Balas Dylan khuatir.

 

"Angah ambil Wada. Mama suruh Angah ambil. Lagipun Attar memang ada keje dekat-dekat area ni. Mama kan sayang sangat dengan Dyl. Tak mahu Dyl susah ulang-alik dari Gombak ke Bangi. Mama kata darah manis tak elok duk ulang-alik begitu. Mama suruh kurangkan keluar rumah. Jaga diri. Kata mama nak bina masjid ni, banyak cabarannya." Kata Warda lagi.

 

"Baguslah kalau ibu sayang Dyl sebagai menantu lelakinya dan Umi pun sayang Wada sebagai menantu perempuannya." Dylan pandang wajah Warda.

 

"Walau apapun yang jadi, Wada jangan putuskan hubungan dengan Umi tau.  Umi tu sayang sangat dengan Wada. Memang nak sangat Wada jadi menantu. Lagipun Dyl tak ada adik-beradik lain. Dyl seorang sahaja yang ada untuk Umi. Umi pun dah sendirian sejak abi meninggal dunia tahun lepas." Pesanan Dylan penuh pengharapan.

 

"Apa cakap macam tu pula. Wada anggap Umi macam mak Wada sendiri. Wada pun sayang Umi. Tak mungkin Wada nak abaikan satu-satunya syurga Dyl." Balas Warda lembut.

 

Warda pegang Tangan Dylan erat, "Jomlah balik umah Umi. Lapar..."

 

Dylan menggeleng perlahan mendengar rengekan Warda. Geram aje hati Dylan mendengar suara manja Warda ini. Nak dekat-dekat akad ini, manjanya memang sengaja menguji iman.

 

Warda tersengih mengejek. Tahu sangat apa yang ada dalam fikiran Dylan.

 

***

 

Sampai sahaja di perkara ngan rumah Umi, Warda dulu yang keluar kereta. Tak menyempat. Dylan masih mengundur nak parking, Warda dah buka pintu.

 

Cuak Dylan melihat telatah Warda. Tak sempat Dylan nak menengah dan cakap apa-apa. Geleng kepala tengok telatah keanak-anakan Warda. Warda memang manja dengan Umi.

Umi pun melayan. Maklumlah, Warda tu dah macam  anak perempuan Umi. Hilang tempat Dylan nak bermanja kalau Warda ada. Sudah nya Dylan bermanja pada Warda ler pula. Biarpun Umi buat mata terjojol, Dylan buat selamba.

 

"Umi... Rindunya!" Jerit Warda sambil berlari anak memeluk Umi.

 

"Allahuakbar. Umi pun rindu dengan anak perempuan Umi ini." Balas Radhiatul sambil membalas perlukan Warda.

 

Radhiatul menilik tubuh Warda, "Kenapa nampak kursus ini?"

 

Warda tersengih.

 

"Jaga badan. Kan nak jadi raja sehari. Mestilah kena slim. Untuk anak Umi juga." Kata Warda sambil menjeling manja ke arah Dylan.

 

Dylan tersenyum.

 

"Jangan duk senyum gatal macam tu Dylan. Takut Umi tengok. Dah macam buaya darat nak terkam mangsa aje. Sabar." Tegur Radhiatul sambil menepuk bahu Dylan kuat.

 

Warda gelak besar.

 

Radhiatul menggelengkan kepala. Warda memang suka mengusik dan menguji emosi Dylan.

 

"Yealah. Dyl naik atas dulu. Solat Zohor jap. Yang mencabar iman tu anak perempuan Umi. Saje je nak jadi syaitan bertanduk. Saje buat Dyl tak sabar nak lafaz akad. Mendera jiwa sangat." Balas Dylan sambil mencubit pipi gebu Warda.

 

Umi dah besarkan mata memandang Dylan. Warda pula sudah mengaduh kesakitan. Pipi pun dah merah.

 

"Bertuah punya anak. Ish, nak jadi bakal imam kena kuatkan iman." Kata Radhiatul garang.

 

Warda dah ketawa geli hati apabila Umi dah membebel pada Dylan. Siap tunjuk thumbs up lagi.

 

No comments:

Post a Comment