Friday, October 17, 2025

RETAK HATIKU RINDU KAMU

 

TEASER RETAK HATIKU RINDU KAMU

Suasana       di        masjid kariah kelihatan suram.

 

Ramai orang kampung datang untuk bersama-sama melakukan solat jenazah sebagai penghormatan terakhir buat si mati.

 

Langit mendung tetapi tidak hujan. Redup dengan matahari. Paling dicemburui apabila perginya seorang hamba Allah pada hari Jumaat.

Arwah Tehrani         selamat dikebumikan. Perginya meninggalkan Iris sendirian. Iris yang baru berusia lima tahun, kini yatim piatu. Hanya bergantung pada Dian selaku ibu tiri yang dinikahi arwah Tehrani tiga tahun lepas.

 

Anak kecil yang tidak tahu apa-apa itu terkelip-kelip memandang sekujur tubuh kaku ayahnya yang sudah tidak bernyawa.

“Papa, jom main layang-layang. Janganlah tido…” Rengek Iris sedih.

Melihat arwah Tehrani yang diam tak berkutik, Iris lantas menangis sambil menggoncang tubuh kaku Tehrani.

 

“Allahuakbar, Iris. Dian. Pujuklah Iris tu. Sibuk dengan telefon aje. Cuba dipeluk budak tu.” Kata Mak Ghia geram.

Sempat juga Mak Ghia tarik tangan kanan Iris. Mak Ghia geram apabila Dian buat muka selamba. Sedikitpun tidak tersentuh hatinya melihat Iris.

Sibuk menghadap telefon bimbitnya sahaja sejak datang tadi. Langsung tak ditenangkan si Iris.

 

Kalau anak sendiri dah lama Mak Ghia cepuk kepala jendulnya.

Mak Ghia tarik tubuh Iris ke dalam dakapannya dan memeluk anak kecil itu erat. Tangisan Iris makin kuat kedengaran dengan tatapan matanya tak lepas memandang arwah Tehrani sayu.

“Papa… Papa…” Panggil Iris berkali-kali hingga mengundang

 

sebak pada beberapa orang kampung.

Keadaan Iris begitu sehinggalah di tanah perkuburan. Dan sewaktu tubuh arwah Tehrani dibawa turun ke liang lahad, Iris memalingkan wajahnya dan menyembunyikan wajah di dalam pelukan Mak Ghia dengan esakan yang tidak kedengaran. Hanya kelihatan bahu kecil itu sahaja terhinjut-hinjut mengawal sebak.

 

Apalah yang anak kecil itu tahu. Ada ditanya juga pada Mak Ghia, kenapa papa masuk ke dalam tanah? Kenapa kena buat begitu? Sebak Mak Ghia mahu menjawab segala pertanyaan Iris tu. Namun, Mak Ghia tetap memberi jawapan yang jujur.

“Papa dah tak ada. Papa kena pergi jauh ikut Mama Iris.” Kata Mak Ghia dengan nada lembut.

 

Iris mendongak dan memandang Mak Ghia.

“Habis tu Iris? Kenapa papa tak bawa Iris sekali?” Soal Iris sedih.

“Iris kena teman Mak Ghia. Nanti Mak Ghia tak ada kawan.” Balas Mak Ghia tenang.

Itu sahaja jawapan yang mampu diberikan kepada Iris pada saat dan ketika  itu.  Bayang  wajah  Dian  tak

 

kelihatan di tanah perkuburan ini. Mak Ghia bertanggapan baik tetapi setelah sampai di rumah, Mak Ghia berang.

Rupanya Dian dah bawa beg baju dan hilangkan diri tak tahu ke mana. Pintu rumah arwah Tehrani pun dikuncinya dengan mangga. Siap dirantainya pintu pagar besi yang dah nak hampir roboh tu juga.

Mak Ghia pantas menyuruh anak lelakinya  Adhan  menghubungi  Dian.

 

Lenguh jari jemari Adhan mendail nombor telefon bimbit Dian. Tapi tak berjawab. Kali keempat Adhan mendail talian terus tak dapat disambungkan.

“Habis macam mana si Iris ini, mak?” Balas Adhan sambil matanya memandang wajah Iris.

Sedih betul Adhan mengenangkan nasib anak kecil ini. Kalau dia dah ada calon  isteri.  Mahu  sahaja  Adhan

 

menjaga Iris sendiri. Masalahnya sekarang bayang isteri pun tak ada.

Kampung ini memang kekurangan perempuan bujang yang available. Semua dah merantau ke bandar. Mungkin di bandar besar lebih banyak peluang untuk menyara kehidupan.

Maklumlah dunia sekarang memang memerlukan wang untuk terus bertahan. Dan manusia sekarang lebih suka pada tempat yang ada banyak kemudahan

 

dan hiburan. Jika di bandar lebih moden gaya hidupnya. Berbanding di kampung yang jaringan internet dan telefon pun kadangkala semput.

Takkanlah Adhan perlu ulang-alik ke bandar semata-mata mahu mencari jodoh.

Nak ke perempuan bandar tu dengan rela hati serah diri untuk tinggal di pekan kecil ini?

 

Jadi isteri kepada cikgu lulusan diploma maktab perguruan. Berfikir panjang barangkali jika mahu menerima.

“Mak jagalah macam anak sendiri. Nak harapkan kau bagi cucu memang lambat lagi. Bayang isteri pun tak ada lagi.Lagipun Iris ini bukan orang lain. Keluarga kita juga. Sepupu kamu. Ayah dia, abang kandung mak.   Mana   mungkin   mak

biarkan   dia   tanpa   terbela

 

nasibnya.” Balas Mak Ghia dalam masa yang sama sempat menyindir anak bujangnya itu.

Adhan garu kepala. Cerita pasal Iris, tapi dalam masa yang sama diri sendiri pula yang terkena sindiran. Patutnya sindiran tu diberikan kepada si Dian tu. Mak Ghia kalau hati geram memang semua orang boleh ditempelaknya.

Iris adalah sepupu Adhan. Memang sejak  kecil  Adhan  memanjakan  Iris.

 

Apabila Tehrani keluar bekerja outstation, memang Adhan selalu menjenguk Iris dan membawa Iris keluar jenjalan atau makan.

Adhan dan ibunya risau apabila Iris berada berdua sahaja dengan Dian. Ibu tiri Iris tu bukan betul sangat otaknya. Harap cantik sahaja. Tapi tak ada hati perut. Selalu sangat buli dan pukul Iris bila Tehrani tak ada. Tapi kalau Tehrani ada di rumah, bukan main lagi si Dian tu

melayan Iris. Siap makan bersuap lagi.

 

Palsu semua. Menyirap juga Adhan sekali sekala melihat tingkah Dian tu. Manalah ibunya tak menyampah. Nak suruh Tehrani menceraikan Dian, rasa bersalah ibarat meruntuhkan masjid pula.

 

 

 

No comments:

Post a Comment