TEASER DI ANTARA
SEPINYA HATI
Elana termenung panjang apabila Papa Joe menelefon dan meminta untuk dia
kembali ke pangkuan keluarga.
Keluarga?
Elana menarik nafas panjang. Walaupun tak tertulis di sijil kelahirannya
namun pertalian ini tak mungkin terputus begitu sahaja.
Mama Fati dan Papa Joe tetap mentua Elana sampai bila-bila.
Sejauh mana sekalipun Elana lari namun dia tidak dapat menolak takdir
bahawa keluarga Megat Johari telah banyak berjasa pada dirinya. Mereka bukan
sahaja memberikan status anak angkat kesayangan kepada Elana.
Malahan mereka mengizinkan Elana menjadi suri hati anak lelaki tunggal
mereka iaitu Megat Faris bin Megat Johari.
Cuma takdir juga telah tertulis bahawa Elana dan keluarga Megat Faris tidak
panjang jodohnya.
Elana terpaksa akur bahawa dirinya berstatus janda pada usia yang muda.
Seawal usia 23 tahun. Elana ditinggal pergi setelah tiga bulan menjadi isteri
kepada Megat Faris.
Hari tersebut merupakan majlis resepsi mereka setelah tiga bulan bernikah. Persalinan raja sehari
untuk majlis resepsi juga masih tersarung di badan.
Megat Faris menghembuskan nafas terakhir dengan pakaian pengantin di
pangkuan Elana yang turut sama terlibat dengan kemalangan ngeri tersebut.
Ya, Elana hanya sempat menjadi isteri pada Megat Faris selama tiga bulan.
Dalam masa yang sama, akibat kemalangan tersebut juga… Elana yang mengandung
dua bulan telah keguguran.
Elana pejam mata
rapat-rapat. Tidak Mahu mengingati kisah duka lama. Cukuplah hatinya tercarik hingga
kini tak tercantum rasa pedih.
Tak mampu bahagia kerana
mahligai yang dibina atas dasar cinta. Musnah hingga memberi luka di sepanjang
usia.
Jiwa Elana berombak
resah setelah mendengar permintaan mama. Tiga tahun Elana meninggalkan bumi
Malaysia. Menjalani kehidupan di negara asing sendirian. Walaupun hubungan
Elana dengan mama dan papa masih seperti dahulu. Namun Elana tak pernah kembali
ke Malaysia.
Takut.
Gementar.
Rindu.
Emosi itu menerjah hati
Elana yang galau.
Komputer riba Elana
berbunyi menandakan ada panggilan video skype daripada seseorang.
Elana mengetap bibir
sendiri.
"Hai, beb. Rindunya." Sergah
Dian dengan gelak tawanya.
"Assalamualaikum.
Kau ini, kalau nak menyergah bagilah salam dulu." Balas Elana dengan
senyuman yang cuba dimaniskan sebaik mungkin.
Dian tersenyum manis.
Rindu itu pasti.
"Hehehe…
Waalaikumussalam. Beb. Aku rindu ko lah." Luah Dian tanpa secalit senyuman.
"Kalau rindu, datanglah jenguk. Ni biar aje
aku tersadai kat sini sorang-sorang." Tempelak Elana tanpa
perasaan.
"Aku memang nak
pergi sana. Tapi dua orang lelaki dan seorang perempuan kat umah aku tu, tak
bagi. Mereka takut aku lupa jalan balik Malaysia. Paling mereka takut kalau aku
bawa suami Korea pula." Kata Dian dengan wajah sedih.
Namun sedikitpun Elana
tak rasa simpati.
"Papa Joe baru
lepas call aku." Elana jeda seketika selepas memberi ayat penyata.
"Jadi kau dah
tahulah…" Kata Dian tenang.
Sebenarnya, Dian tahu
perihal Papa Joe yang mahu menelefon Elana untuk membuat permintaan. Dian juga
tahu apa yang Papa Joe minta pada Elana.
"Teruk sangat ke
keadaan kesihatan Mama Fati?"soal Elana resah.
Dian menarik nafas
panjang.
"Baliklah, El. Bantu Papa Joe dan Mama Fati. Amanah dan tanggungjawab
takkan sempurna kalau kau berjauhan dari mereka. Mereka rindukan kau tapi tak
pernah meminta untuk kau faham hati mereka. Tapi pada aku, apabila Papa Joe
meminta sesuatu… Maknanya Papa Joe dan Mama Fati tu memang perlukan kau. Kau harapan mereka, El.
Walaupun aku ada bantu kau uruskan syarikat Papa Joe di sini. Tapi tu tak sama
El. Sebab kau adalah anak perempuan mereka." Pujuk Dian.
"Aku hanya anak
angkat, Dian." Balas Elana lirih.
Dian tenung wajah Elana
di skrin laptopnya.
"Kenapa? Kau tak
sayangkan mereka? Kau lupa jasa dan kasih sayang mereka sekeluarga? Kau
satu-satunya harapan yang mereka ada." Kata Dian pula.
"Kau lupa yea,
mereka berdua tu… Bapa dan ibu mertua kau? Mereka orang tua kesayangan arwah.
Kau harapan arwah El untuk jaga mereka berdua. Lagipun, mereka berdua dah tua.”
Pujuk Dian lagi.
Elana memandang kosong
ke arah skrin laptop. Berkerut dahi Dian melihat wajah Elana yang diam tanpa
riak.
“Kau okey kan, beb?”
soal Dian tiba-tiba.
Elana memandang wajah
Dian sambil cuba tersenyum manis.
Dian tersenyum tawar.
“Bila aku dah tempah
tiket flight. Aku maklumkan pada kau. Tapi janji dengan aku yang kau tak
bagitahu Mama Fatima dan Papa Joe tentang perkara ini.”
“Tapi… Apa?” Terbeliak
mata Dian apabila memproses kembali ayat-ayat yang diluahkan oleh Elana tadi.
“Kau tak bergurau
kan?”soal Dian girang.
Namun apabila
terpandangkan wajah resah Elana…
Dian kembali bertanya,
“Kau, okey?”
Elana sekadar mengangguk
perlahan.
“Mungkin aku perlu
berdepan dengan takdir. Menerima dengan reda. Bertahan dengan pasrah. Jika gagal… Aku ada kau, Mama
Fatima dan Papa Joe. Kan?” Soal Elana dengan senyuman sendu.
Dian tarik nafas panjang
dan tersenyum.
“Kami semua tetap ada
dengan kau, El. Tak kira apa situasi sekali pun. Aku akan tetap akan ada dengan
kau. Dan kau kena ingat El. Allah sayang
kau.” Pujuk Dian.
“Thanks, beb. We will meet soon.” Kata Elana
dengan yakin.
Dian tersenyum gembira.
Perbualan Elana dan Dian berlangsung selama
sejam.
Ini merupakan perbualan paling singkat
mereka. Kebiasaannya, mereka akan berbual lama sehingga berjam-jam. Elana
rindukan Dian, Mama Fatima dan Papa Joe.
Dan Elana tidak mampu menyangkal bahawa
hatinya merindui dia. Mana mungkin Elana lupakan arwah Megat Faris.
Mereka sempat bahagia
sebagai suami isteri selama tiga bulan. Malahan, mereka berdua bakal menimang
cahaya mata. Jika kemalangan itu tak berlaku… Elana dan Megat Faris pasti
bahagia bersama anak mereka.
Elana bungkam.
Sejak mendapat panggilan
daripada Papa Joe, hati Elana rasa ngilu. Jiwanya terasa kembali rapuh.
Mampukah Elana berdamai dengan takdir? Sedangkan Elana tidak ada perisai untuk
mestabilkan emosi dan midanya. Hatinya berbolak-balik sama ada mahu kembali ke
Malaysia atau kekal di bumi asing ini.
Terasa menyesal pula
Elana berjanji dengan Dian. Wahai hati… Apakah aku perlu mengalah lagi? Sampai
bila mahu bersembunyi dengan diri sendiri?
No comments:
Post a Comment