Friday, October 17, 2025

MY SUNFLOWER SIR NEIL

 

MY SUNFLOWER SIR NEIL

PART 1

TEASER 1

Jam menunjukkan pukul sembilan pagi. Sebentar lagi, Neil Abra perlu memberi ceramah dalam Bengkel Grafik Asas Lanskap. Ini adalah antara rutin wajib sebagai tenaga pengajar. 

Neil Abra merupakan tenaga pengajar bagi Program Senibina Lanskap di salah sebuah institusi pendidikan di Sabah.

Walaupun, bumi Sabah ini bukan tanah kelahiran Neil. Namun, Neil tidak kisah merantau demi tugas dan tanggungjawab.

Bukan setahun dua Neil berkhidmat di sini. Sudah lebih sepuluh tahun. Sudah terbiasa berdikari.

Sedikit sebanyak, Neil juga sudah semakin mahir dengan dialek Sabah.

Neil termenung lagi. Memandang kosong ke dinding batu. Hingga tembus entah ke dunia mana.

Beginilah keadaan Neil sejak bertunang dengan Safi. Sepatutnya hubungan Neil dan Safi semakin aman kerana mereka berdua sudah lama mengenal hati budi masing-masing.

Neil dan Safi membesar bersama. Kebetulan mereka berdua berjiran. Jadi mereka berdua memang kenal dan berkawan sejak kecil lagi.

Bertahun juga mereka bercinta sebelum mengambil keputusan untuk bertunang.

Waktu bercinta, Safi tak banyak ragam. Apatah lagi mahu merajuk panjang.

Namun, sejak bertunang pada hujung tahun lepas... Safi berubah.

Mengongkong.

Merajuk.

Merungut.

Mengugut.

Semua ada...

Lemas Neil mahu melayan kerenah Safi.

Sakit otak jadinya.

Waktu bercinta, Safi setuju untuk berpindah ke Lahad Datu ini.

Katanya, mahu mencari kerja yang dekat dengan tempat Neil mengajar.

Lagipun, setelah berpencen atau jika pertukaran diluluskan maka Neil akan tetap kembali ke Semenanjung juga.

Pada awal kisah kasih mereka, semua okey.

Tak ada masalah.

Tapi, bila dah bertunang Safi berkali-kali memaksa Neil untuk kembali ke Semenanjung sebelum mereka bernikah.

Kerana cinta, Neil jadi serabut.

Staf gomen macam Neil ini mana boleh bertindak sesuka hati. Banyak benda kena fikir.

Masalahnya, Neil terikat dengan kontrak kerja. Apatah lagi, semasa dalam perkhidmatan Neil merupakan antara staf yang pernah mendapat biasiswa peringkat Sarjana dalam bidang lanskap.

Neil memang suka dengan kerja ini. Tak mungkin Neil berhenti kerja, semata-mata mahu kembali ke Semenanjung.

Melainkan jika kementerian sendiri yang meluluskan pertukaran Neil ke Semenanjung.

Tapi, tak semudah itu... Program Senibina Lanskap ini bukan wujud di merata tempat.

Neil dikejutkan dengan bunyi beep telefon bimbitnya.

Mesej masuk.

Safi: Berhenti kerja Neil. Jangan lupa hantar surat berhenti kerja tu. Notis 24 jam pun, okey. Papa setuju bantu bayar semua kos.

Neil terkedu membaca mesej Safi. Mood swing... Menyirap je rasa hati. Telefon bimbit dicampak di atas meja.

Neil bangun dan berlalu keluar dari bilik pejabat. Ada tugas yang perlu dilunaskan.

Walaupun, hati kacau-bilau tetap juga tugas dan tanggungjawab diutamakan.

Cuma...

Jangan ada manusia yang buat ragam pula semasa berbengkel. Bimbang Neil hilang kawalan emosi. Haru nanti...

 

TEASER 2

Neil Abra mempamerkan muka ketat sekali pakej jelingan tajam pada salah seorang pelajar perempuannya.

Hati Neil Abra memang sejak awal, tengah bengang dengan Safi.

Kemudian, wujud pula situasi menjengkelkan hati semasa bengkel berjalan tadi.

Neil mencerlung pandang wajah pelajar perempuan yang banyak bertanya semasa slot ceramahnya.

Panas hati.

“Cetek akal sangat ke? Sampai banyak buat soalan bodoh... Semua yang awak tanya tu... Terang-terang ada jawapannya dalam modul bengkel. Siap tertulis langkah demi langkah lagi. Buta mata?” Tengking Neil dalam bilik pejabat.

Kuat.

Adina dan Talha yang rela hati menemani Weena sudah tundukkan wajah dan menapak selangkah ke belakang.

Takut.

Weena?

Adina yang terpandangkan wajah Weena rasa nak hempuk je belakang kepala Weena agar betul saraf otaknya.

Menduga sungguh.

Adina terkaku apabila terpandangkan wajah Sir Neil.

Neil?

Saat hati mendidih, perempuan ke lelaki... Sama sahaja pada Neil.

Weena tersengih lagi, “Sorry Sir. Saya cuma bertanya. Orang tua-tua kata... Malu bertanya sesat jalan. Jadi bila tak tahu saya tanya ler.”

Selamba badak aje si Weena ini.

“Menjawab lagi. Kamu ini sejak awal lapor diri di sini sehinggalah tahun akhir ini... Kerjanya asyik nak menguji suhu kemarahan saya sahaja. Mulut tu laju je menjawab. Awak tahu tak, soalan bodoh awak tu... Menganggu konsentrasi pelajar lain.” Bebel Neil lagi.

“Sori Sir.” Luah Weena seperti kebiasaannya.

“Sori... Sori... Lepas tu buat lagi. Sampai saya pun jadi scary.” Kata Neil.

Weena tersenyum. Sejak awal lapor diri sehinggalah tahun akhir... Auch, tersentuh hati aku sebab dia ingat segalanya! Omel Weena dalam hati.

“Saya marah tahap gaban, yang awak tersengih dah kenapa? Eh, budak ini... Blah sekarang!” Marah Neil lagi.

Weena tersenyum lagi dan lagi.

Neil pandang wajah Weena. Fius otak si Weena ini dah putus gamaknya. Geram ajer!

Adina sudah menarik pergelangan tangan Weena. Siap sedia untuk cabut lari.

Talha?

Uish, dah hilang bayang!

“Sir... Jangan marah lelama. Nanti cepat tua. Jatuh saham nanti.” Usik Weena selamba.

Bulat mata Neil memandang wajah Weena yang masih tersengih selamba.

Belum sempat Neil bagi tazkirah, Adina dah tarik Weena keluar dari bilik pejabat Neil.

 


Teaser 3

Fuh, lega!

Boleh mencair tahi telinga jika berlama di bilik pejabat Sir Neil tu.

Jiwa tak tenteram.

Tak sanggup.

Kini, mereka berdua sudah berada jauh dari bilik pejabat Sir Neil Abra sambil termengah-mengah mencari nafas.

Adina menepuk bahu Weena.

“Kau ini memang kebal. Tuli pun iyer. Berkali-kali kena sembur dengan Sir Neil... Tetap juga mahu menduga. Hilang akal, erh?” Tempelak Adina.

Geram.

“Saje. Jika tak buat begitu. Dia takkan ingat aku. Jika begini... Aku yakin. Jika kita dah tamat belajar nanti... Dia akan tetap ingat dan kenang perangai aku ini. Walaupun, nampak dia marah. Satu hari nanti, dia akan rindu dan akan  tersenyum sendiri jika mengenang kembali.” Luah Weena perlahan.

Adina menepuk dahi Weena kuat.

“Oit. Kepala jangan sentuh sembarangan erh...” Marah Weena sambil mengusap dahi yang sedikit sakit.

“Kau jangan menakutkan aku. Ingat sikit. Dia tu, pensyarah kita. Jangan nak mencantum rindu pula. Kalau terjatuh cinta... Parah nanti.” Nasihat Adina ikhlas.

“Aku tahu. Akupun ada had limit aku. Selama ini, kau ada nampak aku mengorat dan menggatal ke dengan Sir Neil tu?”soal Weena pula.

Adina tarik nafas panjang.

“Masalahnya, setiap kali wujud Sir Neil... Ko jadi wartawan tak bertauliah. Main bedal aje soalan-soalan yang terlintas kat kepala. Dah rupa... Mak Cik bawang yang buat soalan tak masuk akal. Kau suka Sir Neil, kan?” Tebak Adina sambil merenung wajah Weena.

Weena diam tidak memberi sebarang respon.

“Aku risaukan ko. Jangan menaruh harapan atau memasang impian yang bukan-bukan. Kita ini budak mentah yang kurang pengalaman. Belajar pun tak habis lagi. Tak dipandangnya kita ini... Rosak hati tu nanti. Susah nak dibaiki.” Nasihat Adina lembut.

Weena tersenyum kambing. Pada Weena pula... Dia bebas melakukan apa sahaja selagi tidak melampaui batas.

Bukan dia mengurat terang-terangan pun. Bukan juga meluahkan perasaan cinta dan rindu.

Entahlah...

Yang pasti, Weena suka berdebat dengan Sir Neil.

Mulut ini memang laju je mahu berbalas kata. Tak kisah apa persepsi Sir Neil.

Tapi, pada Weena...

Kaedah ini berjaya menyematkan nama Weena dan wajah Weena pada minda Sir Neil.

Jika takdir tu searah, mana tahu kaedah ini dapat menyentuh hingga ke dasar hati Sir Neil pula.

Cinta?

Cukuplah hati Weena berbicara sendiri. Biar Yang Maha Pencipta sahaja yang mengetahui segala yang tersirat di hati.

Belum tiba masa untuk Weena mengiyakan segala.

 

No comments:

Post a Comment