Friday, October 17, 2025

MY SUNFLOWER SIR NEIL

 

MY SUNFLOWER SIR NEIL

PART B

RANDOM TEASER 1

“Riak cemburu tu wujud Cik Weena Johari. Dhariq cemburu bila ko berbalas kata dan bertentang mata dengan Sir Neil. Faham tak?” Luah Adina jelas.

“Bukan masalah aku. Lagipun, aku dan Dhariq kawan. Dhariq tak pernah confess. Dan aku tak pernah say, yes…” Balas Weena tenang.

“Jadi, awak nak saya confess ke Weena? Saya pun memang nak sangat awak say, yes.” Soal Dhariq dari arah belakang.

Tiba-tiba Sahaja Dhariq muncul dan bersuara.

Masing-masing terkedu.

Dhariq mendekati Weena dan berdiri berdepan dengan Weena. Mata bertentang mata.

“Saya memang nak confess pada awak. Saya sukakan awak. Saya cintakan awak, Weena. Dan saya memang bercadang untuk bertunang dengan awak lepas saya tamat belajar di sini. Saya mahu ikat awak untuk jadi suri hati saya. Awak terima?”soal Dhariq susah-payah.

Weena terpaku.

Adina dan Talha sudah melopong.

Namun, beberapa saat kemudian… Weena berlari laju ke arah jalanraya

“Sir…” Jerit Weena kuat dan panik.

Weena berlari menuju ke arah Sir Neil yang sedang bercakap di telefon.

Hampir putus nyawa Dhariq melihat Weena yang berlari ke arah Sir Neil dan menolak Sir Neil ke bahu jalan.

Weena dan Sir Neil jatuh berguling sebelum Weena tercampak dan terhantuk kepala ke batu yang tersusun di bahu jalan.

Rupanya ada lori hilang kawalan yang hampir-hampir melanggar Sir Neil.

Dhariq berkejar ke arah Weena. Adina juga.

Talha pula sudah membantu Sir Neil untuk berdiri.

Puan Anisa dan Sir Bukriz juga sudah berlari mendapatkan Weena dan Sir Neil.

Kejadian depan mata kot…

Sir Neil melangkah laju ke arah Weena yang sudah tak sedarkan diri dengan darah yang sudah mengalir banyak di bahagian kepala.

“First aid.” Jerit Sir Neil kalut.

Dhariq sudah berlari menuju ke dalam bas yang membawa mereka untuk mendapatkan kotak first aid.

Sir Neil mengangkat kepala Weena perlahan dan meletakkan kepala Weena di atas pehanya. Itupun selepas Sir Neil memastikan yang tiada yang patah di Bahagia tersebut.

Sir Neil adalah jurulatih JPAM atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia juga. Jadi memang terlatih untuk situasi kecemasan begini.

“Anisa cuba pastikan tubuh badannya ada yang patah dan luka, selain kepala ini... Dhariq buka ruang jangan bagi ramai berkerumun di sini. Talha bagitahu pengurusan taman rekreasi ini. Kita perlukan kereta untuk bawa Weena ke hospital atau klinik yang berdekatan.” Arah Sir Neil senafas.

Adina terkedu melihat ekspresi wajah Sir Neil.

Dalam masa yang sama, Sir Neil dah merawat dan membalut luka di kepala Weena. Sekurang-kurangnya tiada lagi darah yang mengalir dan menakutkan pandangan mata Adina.

Talha berlari ke arah Sir Neil, “Kereta tak ada. Ada van. Van dah standby, Sir.”

Sir Neil mengangguk dan segera mencempung Weena ke van. Siap pemandu sekali. Baguslah.

“Bukriz… Kau handle dorang semua ini pulang dulu. Dhariq make sure semua berjalan lancar ikut tentatif.” Pesan Sir Neil.

Sir Neil berpaling ke belakang, “Anisa, Adina dan Talha. Ikut saya.”

Masing-masing mengangguk.

Anisa dan Adina berada di tempat duduk belakang bersama Weena. Talha duduk di belakang sekali.

Sir Neil pula duduk di sebelah pemandu.

Sepanjang perjalanan, Neil berdoa agar Weena selamat dan tidak apa-apa.

Berkali-kali Sir Neil berkalih ke belakang dan memerhatikan Weena yang masih tak sedarkan diri.

Resah.

Risau.

Semua emosi tu bercampur.

Anisa, Adina dan Talha diam sambil memerhati situasi.

Pertama kali, mereka melihat Sir Neil panik dan pucat begini. Mujur dalam keadaan cemas begini… Sir Neil cepat bertindak dan berfikir. Tahu apa nak buat…

Moga Weena tak apa-apa...

Mujur juga, Bandar Sri Indah dan Hospital Tawau tu dekat. Tak sampai 20 kilometer.

Sampai sahaja di hospital, Weena dibawa ke bahagian kecemasan.

Anisa mendekati Sir Neil.

“Neil. I rasa, you pun perlukan rawatan tu.” Kata Anisa sambil menunjukkan darah yang bertombok di belakang bahu Neil.

“Aku okey.” Balas Neil lemah.

“Sir. Jom saya bawa untuk dapatkan rawatan. Lagipun, luka tu... Darah Sir. Bukan darah Weena.” Kata Talha pula.

Sir Neil menarik nafas panjang dan akhirnya mengangguk.

“Anything… Please update aku segera, Anisa.” Kata Neil meninggalkan pesan.

 

 

MY SUNFLOWER>SIR NEIL

PART B

RANDOM TEASER 2

Weena buka mata.

“Sir... Sir, okey?”soal Weena perlahan dan tersekat-sekat.

Weena cuba duduk bersandar tapi tangan Sir Neil memegang bahu dan lengan Weena.

“Jangan bergerak. Awak dah dua hari tak sedarkan diri. Awak buat saya risau, Weena. Syukurlah, awak dah sedar. Awak tunggu sini. Diam-diam. Saya panggil doktor atau jururawat dahulu. Saya nak pastikan awak semakin sembuh.” Kata Neil sambil berlari anak keluar dari bilik wad yang menempatkan Weena.

Lega.

“Tak berbaloi awak gadaikan nyawa untuk orang luar seperti saya.” Kata Neil perlahan.

Weena cuba tersenyum walau dalam keadaan sakit.

“Jika bukan Sir. Saya tetap akan selamatkan juga. Cuma saya berbangga sebab saya dapat selamatkan Sir.” Balas Weena selamba.

“Apa yang awak nak banggakan? Ingat Weena, sayangi diri sendiri dahulu sebelum menyayangi orang lain. Nyawa awak ada satu sahaja tau.” Pesan Neil tegas bunyinya.

Weena tersenyum manis lagi, “Saya selamatlah, Sir. Dan saya dapat selamatkan pensyarah kesayangan saya. Tu yang buat saya bangga.”

Neil jeda.

Mata tunak memandang wajah Weena. Dia sayang aku? Sayang jenis yang macam mana ini? Sayang sebagai pensyarah atau sebagai secret admire? Kenapa hati aku berdebar pula ini?

“Terima kasih, Weena. Sebab awak, saya hanya luka ringan sahaja.” Kata Neil ikhlas.

Buat pertama kalinya, Neil tersenyum dan membalas senyuman Weena.

Weena terkedu. Mata tak berkalih daripada terus memerhati Sir Neil.

“Kenapa pandang saya begitu?”soal Neil kurang selesa.

“Handsome... Bila senyum memang 10 kali handsome. Faham...” Balas Weena selamba.

Neil cuak.

“Apa yang faham?”soal Neil pula.

Ingin tahu.

“Fahamlah. Faham, kenapa Sir sukar sangat nak senyum. Handsome. Mahal senyuman tu. Bagus juga... Senyum kat saya sahaja yea, Sir...”Luah Weena lagi.

Neil tergelak pula. Tambah kacak. Bersinar-sinar anak mata Weena memandang Neil.

“Jika senyuman saya boleh buat awak bahagia, saya akan senyum setiap kali saya jumpa awak, Weena.” Balas Neil berjanji.

Weena pula yang tergelak kecil.

“Awak memang tak ada penjaga, Weena? Mak saudara atau sepupu atau sesiapa sahaja? Saya boleh maklumkan pada mereka.” Kata Neil sambil anak mata masih memandang ke wajah Weena.

Weena menggeleng.

Tapi jawapannya berbeza.

“Ada. Tapi saya tak mahu menyusahkan mereka. Lagipun, saya memang tinggal dengan nenek. Bila nenek meninggal. Saya memang sendiri. Sekali-sekala, ada juga mereka datang menziarah dan sesekali bertanya khabar melalui telefon. Cukuplah begitu.” Balas Weena perlahan.

“Jangan sedih, Weena. Mulai daripada hari ini... Saya penjaga awak. Saya akan ambil tahu hal awak. Saya janji, saya akan sentiasa ada dengan awak. Awak boleh harapkan saya untuk apa sahaja urusan.” Kata Neil bersungguh.

Weena memandang Neil. Kalau saya minta Sir jadi suami saya... Agak-agak Sir setuju? Tapi Weena tahu. Soalan tu tak sesuai untuk ditanya sekarang.

Tunggulah masa yang sesuai nanti. Ruang untuk dekat dan rapat dah ada. Tinggal ruang untuk meluah rasa sahaja.

Tamat belajar nanti, mana tahu ada ruang untuk Weena confess. Arh, sekarang pun memang Weena dah bagi hint tanda suka.

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment