Friday, October 17, 2025

MY DEAR RIDER

 

MY DEAR RIDER

 

PROLOG

 

Private party golongan elit ini memang dahsyat dah sama level macam party kat luar negara.

Ternganga mulut Jaad dan membuntang besar matanya memandang persekitaran.

 

Dalam masa yang sama, meremang juga bulu roma Jaad apabila terpandang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Astaghfirullah…

 

Jaad tak adalah alim sangat. Tapi ilmu agama tu tersemat di dada. Makanya, Jaad memang jaga solat dan jaga iman.

Tak mahu cultural shock atau tersesat jalan ketika belajar di luar negara dulu.

 

Sepanjang berada di luar negara, Jaad memang tak melibatkan diri dengan party sebegini.

 

Tapi macam mana pula aku boleh terperangkap kat sini? Menerima pekerjaan yang dicari oleh Mama Mareya memang satu kesilapan besar. Omel Jaad dalam hati.

 

Party apa begini? Pelik pula…

Menyesal Jaad main terima sahaja arahan Mama Mareya. Kesudahannya… Jaad terpaksa hadap tempat maksiat ini.

 

Jap. Jap. Kenapa party ini dihadiri golongan yang sebaya umur dengan Mama Mareya erk? Jaad tepuk dahi.

 

“Jaad Hafsyam. Service you kat bilik utama di tingkat satu. You buat apa kat sini? Kan I dah bagitahu hantar makanan dan minuman tu kat tingkat atas. Pantas sikit buat kerja. Badan aje sasa tapi terkial-kial nak buka langkah.” Bebel Tiara lantang.

 

Geleng kepala Tiara melihat tingkah laku Jaad.

 

Kalut Jaad bergegas menaiki anak tangga. Dada semakin berdebar apabila kaki mendarat di anak tangga terakhir di tingkat satu. Room Service? Kenapa sunyi pula ini?

 

Dengan berhati-hati, Jaad membuka pintu bilik utama. Itu sahaja pintu yang ada di tingkat satu ini.

 

Masuk aje, Jaad telan liur sendiri. Ni night club ke rumah orang? Tempat apa yang aku dah salah masuk ini.

 

Jaad meletakkan dulang dessert yang disediakan oleh Pembantu Cik Tiara tadi di atas meja.

 

Tak ramai yang ada di dalam ruangan ini. Lima orang sahaja. Sempat Jaad mengira sambil memperhatikan persekitaran ruang.

 

Jaad dah nekad dah… Tak mahu berlama di sini. Tak kisahlah jika tak dapat gaji. Yang penting Jaad nak keluar dari sini.

Lagipun, makanan dan minuman memang dah banyak terhidang kat ruangan ini.

 

Gila dorang ini. Habis ke, makanan ini semua? Arh, lantak koranglah!

 

Jaad berpusing mahu melangkah ke pintu untuk cabut lari.

 

Tapi…

 

Tak semena tubuh Jaad didakap daripada belakang.

 

Sepantas kilat Jaad menepis. Mujur tak terjatuh perempuan sebaya Mama Mareya tu.

 

Jaad kalihkan pandangan apabila terpandangkan lurah dendam perempuan tua yang cuba memeluknya tadi.

 

Seksi. Kulit masih tegang. Sakit kepala Jaad memandang.

“Vee dia tolak you? Bukan you dah bayar ke?” Soal seorang perempuan yang memakai gaun biru gelap separas peha.

 

Dorang ini, dah nak mampus pun masih tak sedar diri. Berpakaian seksi hingga menampakkan sebahagian besar aset termahal mereka. Rambut pula dibiarkan menggerbang. Lupa diri gamaknya. Lupa yang kubur tu dah menanti… Bebel Jaad dalam hati sendiri.

Geram.

 

Jantung Jaad hampir terhenti apabila perempuan yang bernama Vee tu mendekat dan memeluknya dari arah depan.

 

Jaad menolak kasar hingga terduduk si Vee tu di sofa.

 

“Wow, ganas. I suka…” Balas Vee manja.

 

Jaad malas nak layan. Terus berpaling namun Vee dah berlari anak menyekat laluan di muka pintu.

 

“Puan. Saya nak lalu.” Kata Jaad mendatar.

 

“Puan? Panggil I, Vee.” Vee dah berjalan menapak selangkah demi selangkah ke arah Jaad.

 

Jaad pula yang terpaksa menapak ke belakang setapak demi setapak. Dugaan apakah ini?

 

“You nak pergi mana? Tugas you layan I. I dah buat bayaran untuk perkhidmatan you selama sebulan. I dah bayar. 50 ribu kot. You tak boleh lari Jaad Darling.” Kata Vee sambil merapatkan diri ke arah Jaad.

 

Jaad pula yang terduduk di sofa. Jantung Jaad dah berdegup laju. Nafas pun dah tak menentu.

 

Vee ambil sebotol besar air Pepsi dan menggoncang botol tersebut  sebelum membuka penutupnya.

 

Jaad pandang sahaja. Pelik.

 

Tapi beberapa saat kemudian,  Jaad terkesima apabila Vee sembur air tersebut ke tubuh Jaad.

 

Vee ketawa berdekah-dekah dan diiringi dengan gelak tawa perempuan-perempuan yang lain.

 

Malam tu, Jaad memakai T-shirt lengan pendek berwarna putih dan berkolar. Dipadankan pula dengan jeans hitam. Sumpah. Kacak.

 

Vee melabuhkan punggung di atas ribaan Jaad yang kelihatan sibuk mengelap baju dan seluarnya.

Jaad terkejut.

 

Jaad cuba bangun dan menolak Vee. Kasar.

 

Memang Jaad perlu berkasar dengan perempuan jika begini keadaannya.

 

Jaad pegang kepalanya. Entah mengapa kepala Jaad rasa berpinar-pinar pula. Pening.

 

Vee menolak Jaad ke sofa semula. Tangan Vee laju menarik rakus kolar baju Jaad sehingga tercabut butang dan terkoyak di bahagian depan.

 

Menampakkan dada bidang Jaad dan selamba menjatuhkan wajahnya ke situ.

 

Jaad tak dapat nak pertahankan diri sebab kepala otaknya dah berdenyut kuat. Sakit.

 

Kedengaran dekahan ketawa rakan-rakan Vee. Ada juga yang berkata kesat dan menggiat Vee.

Jaad berdoa sangat agar ada seseorang yang datang membantunya. Jaad mahu keluar dari tempat ini.

 

Tiba-tiba…

 

“Puan Sri Veana. Lepaskan dia.” Arah satu suara di muka pintu.

 

Dalam masa yang sama dua orang lelaki berpakaian hitam mendekati Jaad dan membantu Jaad berdiri untuk dibawa keluar dari ruangan tersebut seperti yang diarahkan oleh bos mereka.

 

Jaad menurut sahaja. Terhuyung-hayang dah Jaad. Tak boleh berfikir dengan waras dah. Suhu badan pun rasa hangat. Dah macam ada matahari terik kat atas kepala.

 

“Qirana? Kau buat apa ini? Dia milik aku. Aku dah bayar dia.” Balas Vee tak puas hati.

 

“Berapa?”soal Qirana lantang sambil bola matanya mencerlung pandang wajah Vee.

 

Dasar orang tua tak sedar diri. Perabih duit suami demi nak puaskan nafsu sendiri. Hilang akal agaknya. Tak ingat dosa pahala. Scary betul dengan perempuan versi sugar mummy ini. Qirana dah mula mengutuk dalam hati sendiri.

 

Mata Qirana juga menjeling pandang ke arah Jaad yang nampak gelisah.

 

“50K…” Balas Vee tapi ayatnya dipotong oleh Qirana.

 

“I bagi you, 60K. I bawa dia. Cari jantan lain yang nakkan duit you. Jangan paksa lelaki yang tak mahu layan nafsu gila you tu. Tapi I nasihatkan you agar ubah party gila ini kepada majlis ilmu agama. Bagi cerah terang sikit hati yang gelap tu.” Sindir Qirana sambil mencampakkan cek ke arah Vee.

 

Qirana memberikan isyarat kepada bodyguardnya untuk membawa Jaad ke kereta.

 

Melihat keadaan Jaad begitu, jantung Qirana juga turut berdegup laju. Arh, daya memikat Jaad ini memang kuat. Macam besi magnet bahagian Utara dan Selatan. Sempurna sungguh tubuh si Jaad Hafsyam ini. Muka dah sememangnya helok.

 

Qirana duk berkira-kira… Ke mana nak di bawa Jaad ini?

 

Huish, nasib baik Qirana masih waras. Jika tidak mahu diterkamnya Jaad kat kereta ini juga. Tengok keadaan Jaad tu memang takkan menolak dah tu. Dah rosak teruk akal warasnya tu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RANDOM TEASER

 

Berhati-hati Jaad menarik bagasi dan berjalan keluar dari KLIA.

Menarik nafas di bumi Malaysia terasa lebih tenang dan menggamit rasa bahagia.

 

Jaad tersenyum sendiri. Tak sabar nak jumpa abah, Hirani dan Mama Mareya. Rindu sungguh pada mereka semua.

 

Jaad ada juga video call dengan Hirani bulan lepas. Adik perempuan seorang tu memang sibuk. Maklumlah baru masuk belajar.

Tak sabar nak menyakat Hirani.

 

Jaad memang tak bagitahu Mama Mareya waktu penerbangan sebenar. Jaad tak mahu susahkan Mama dan Hirani. Mesti mereka berdua sibuk bergilir-gilir menguruskan abah.

 

Mama Mareya tu sayang sangat pada abah. Hirani pun memang manja dengan abah.

 

Jaad bersyukur sangat sebab, Allah kurniakan seorang mama tiri yang baik seperti Mareya.

 

Jaad memang terhutang budi pada Mama Mareya. Memang dah anggap Mama Mareya tu macam mama kandung Jaad sendiri.

 

Rasa hormat dan rasa sayang Jaad pada Mama Mareya tu tak pernah berkurang.

 

Sejak Mummy meninggal, pada siapa lagi Jaad nak dapat kasih sayang seorang ibu. Mujurlah Mama Mareya tu ada. Sentiasa bantu abah untuk uruskan Jaad. Senang cerita, kalau tanpa asuhan dan didikan Mama Mareya… Jaad tak dapat belajar sampai ke luar negara ini.

 

Mareya dulu seorang guru. Sanggup berhenti kerja sebab nak tumpukan perhatian pada Jaad dan abah.

Hal itu memang buat hati Jaad tersentuh. Bila Hirani lahir, Jaad tak pernah rasa kurang kaish sayang.

 

Mama Mareya layan Jaad sama sahaja macam mana dia layan dan sayang Hirani.

 

Jaad memang bersyukur sangat sebab mama tiri Jaad ini baik dan penyayang.

 

Mama Mareya juga bukan manusia yang gilakan harta. Tapi memang selalu membazirkan duit abah. Jaad senyum sendiri.

 

Tak apalah abah mampu.

 

Lagipun, jika Mama Mareya bahagia dan senyum selalu tentu rezeki abah pun akan bertambah dan dipermudahkan.

 

KLIA lengang. Tak ramai orang.

 

Jaad tak bawa bagasi. Hanya bawa beg sandang yang berisi komputer dan beberapa buku sahaja.

 

Jaad berjalan keluar bangunan KLIA untuk mencari teksi. Nak pesan grab tapi terlupa pula nak setting telefon bimbit dan aplikasinya.

 

Tiba-tiba…

 

Buk… Buk… Belakang bahu Jaad dipukul kuat oleh seseorang.

 

Jaad berkalih pandang apabila ada beberapa orang lelaki datang mengerumuni Jaad. Jap… Satu. Dua. Tiga. Empat. Empat orang kesemuanya.

 

“Apa hal korang ini?” Kata Jaad bengang dan lantang.

 

Sakit hati betul kalau orang main tibai diam-diam ini. Kalau anak jantan depan-depanlah minta bertempur.

 

Empat orang malaun tu diam tak menjawab persoalan Jaad. Sebaliknya mereka berempat menyerang Jaad bersama-sama.

 

Mujurlah Jaad memang pernah belajar Silat Gayung sejak darjah enam sampai A-Level. Jaad ambil A-Level di salah sebuah IPT di Malaysia sebelum menyambung pengajian ke luar negara.

Level atau Advance Level ini merupakan program pra-universiti yang ditawarkan di beberapa IPT di Malaysia yang berdasarkan sistem pendidikan UK.

 

Atau dikenali juga sebagai GCE Advanced  Level.

 

Sesiapa yang berminat dan berkemampuan untuk belajara di luar negara, bolehlah mendaftar kat program A-Level ini selepas dapat keputusan SPM.

Bertahun-tahun di luar negara, mujur juga Jaad selalu praktis ilmu persilatan ini dengan Zarith.

 

Sekali-sekala, Jaad buat video cal dan berlatih dengan guru silatnya melalui skype.

 

Fuh, baru jejak kaki ke Malaysia dah kena warm up pula. Siapa dorang ini? Bisik Jaad dalam hati.

 

Jaad mengelak aje. Tak melawan. Kalau boleh tak mahu mencedrakan sesiapa.

 

Selagi boleh dielak. Jaad elak. Mempertahankan diri itu penting. Tak perlu pun balas balik.

 

Kedaan di sudut luar kawasan KLIA ini agak tersorok dari pandangan orang. Keadaan agak gelap menyukarkan pandangan mata untuk bergerak.

 

Tanpa sedar Jaad dikejar dan dibawa ke arah kawasan ini.

 

Nampak macam mereka dah rancang untuk kerjakan Jaad ini.

 

“Siapa korang ini? Apa korang nak?” Serga Jaad geram.

 

Jaad dah mula hilang sabar dan berbalas serangan. Mana tahan kalau asyik nak mengelak sahaja.

 

Serang orang tak tentu pasal. At least, bagitahu alasan. Bukan main serang mebuta-tuli aje.

 

“Eh, aku tanya ler. Apa korang nak?” Soal Jaad garang.

 

Saat tu dah dua orang Jaad rebahkan. Jatuh terperosok ke sudut dinding batu. Yang seorang ada dikilaskan tangan ke belakang ini. Jaad mengugut pula malaun yang masih bersiap siaga mahu menyerangnya juga.

“Aku tak tahu. Kami hanya diupah dan tugas kami adalah serang kau sampai masuk ICU.” Kata malaun yang sedang tercungap-cungap kesakitan.

 

Jaad makin kuatkan pegangan dan rentapan.

 

“Aku tak mahu cederakan sesiapa. Tapi kau salah orang ini. Silap hari bulan, korang yang masuk ICU.” Sergah Jaad lantang.

 

Merah padam dah wajah Jaad menahan geram dan sabar.

 

Jaad tendang malaun yang cuba menyerangnya.

 

Terkial-kial melompat sambil memegang sebelah kakinya.

 

Jaad tolak kuat malaun yang dikunci pergerakannya tadi ke tanah. Dalam masa yang sama, Jaad ambil peluang kesakitan dan ketidakpekaan mereka untuk melarikan diri.

 

Tanpa menoleh ke belakang laju Jaad berlari ke jalanraya.

 

Dalam samar-samar lampu jalan, Jaad berlari tanpa menoleh ke belakang.

 

Jaad selamba mendepangkan tangan menahan sebuah kereta.

 

Berdecit bunyi tayar apabila ditekan brek secara tiba-tiba. Kereta tengah laju kot.

 

“Woi nak mati ke? Selamba tahan kereta macam tu. Ingat kau tu Tony Stark si Iron Man ke? Nyawa ada lebih daripada satu, erk?” Tengking seorang perempuan seksi yang dah keluar dari kereta mewah BMW X3.

 

Selamba aje perempuan seksi tu sound Jaad.

Jaad yang salah.

 

“Saya minta maaf. Boleh saya tumpang ke stesyen LRT atau terminal bas? Atau mana-mana tempat yang ada public transport?” Soal Jaad sambil tercungap-cungap menstabilkan pernafasan.

 

Jauh juga Jaad berlari.

 

“Kau dari airport kan? Yang kau berlari ke jalanraya ini, kenapa? Kat sana kan ada public transport. Hah, grab pun ada…” Tempelak perempuan seksi tu lagi.

 

Namun saat Jaad angkat wajah dan memandang tepat ke arah perempuan seksi tu…

 

Mata bertentang mata. Jaad alihkan pandangan. Lain macam pula rasa apabila ada anak dara seksi yang tenung dia begitu.

 

“Saya minta maaf. Saya baru sampai Malaysia. Tak ada apps tu lagi. Tadipun saya tak nampak teksi atau mana-mana public transport. Saya ada kecemasan. Tu yang agak hilang akal sikit tindakan tu.” Kata Jaad tenang.

 

“Okey.” Balas anak dara seksi tu sepatah.

 

Berubah riak wajah Jaad. Terkejut.

 

“Okey?”soal Jaad blurr.

“Okey. Jomlah. Takkan nak tersadai je kat sini. Pelik dah kereta lalu-lalang ini tengok.” Bebel anak dara yang seksi ini.

 

Memang seksi sebab pakai baju singlet tanpa lengan dengan seluar paras peha. Berkaca mata hitam.

 

Sempat juga Jaad ini beristighfar dalam hati. Tengah malam begini, perempuan ini memandu sendirian? Tak takut ke? Dah lah ramai kes orang hilang kat Malaysia ini.

 

“Terima kasih.” Kata Jaad sambil duduk di sebelah pemandu.

 

Jaad berkira-kira juga untuk masuk ke perut kereta. Takkan perempuan ini jahat pula.

 

“Sama-sama. Masuklah cepat. I bukan orang jahat. Kebetulan I lalu sini sebab baru lepas hantar My Second Brother naik flight. Pakai seat belt tu. Siapa nama?”soal anak dara seksi tu dengan senyuman manis.

 

“Jaad. Cik?”soal Jaad pula dengan nada sopan.

 

“Qirana. So, rumah you kat mana?”soal Qirana selamba sambil menekan pedal minyak pada kelajuan sederhana.

 

“Hah?” Jaad blurr.

 

Qirana tergelak kecil, “I tanya rumah you kat mana? Senang I nak hantar.”

 

Jaad garu kepala yang tak gatal.

 

“Hantar kat tepi jalan yang ada perhentian bas atau lrt pun okey.” Balas Jaad.

 

Tak mahu menyusahkan Qirana.

 

“Don’t worry. Once you masuk kereta I, I akan pastikan I bantu you sampai ke destinasi yang you nak pergi. Sekarang bagitahu… You nak I antar ke mana?” Soal Qirana lagi.

 

Jaad tarik nafas panjang, “Tak menyusahkan ke?”

 

“Kalau I tak bantu. You lagi susah tau. Ni dah tengah malam kot. Mana ada public transport lagi. You pun kata teksi tak ada tadi. Waktu-waktu begini memang tak banyak teksi. Lrt pun tak beroperasi dah.” Balas Qirana pula.

 

Jaad mengangguk. Betul juga.

 

“Murfree.” Balas Jaad sepatah.

 

“Alam Damai?” Soal Qirana mahukan kepastian.

 

“Yea, betul. Nanti dah sampai kawasan tu saya tunjuk arah. Tapi betul ke ni nak hantar? Kalau ada urusan lain, tak apa saya…”

“I hantar.” Balas Qirana sambil menyimpan senyum.

 

Jaad mengannguk lagi.

 

Serba salah pula sebab dah menyusahkan Qirana.

 

“You kata baru balik daripada luar negara. I tak nampak bagasi pun?” Soal Qirana.

 

Suasana sepi tak bagus untuk perjalanan yang berjarak jauh dan sesak ini.

 

“Ouh. Bagasi, kawan saya tolong pos.” Balas Jaad sopan.

 

Di sebalik kacamata hitam tu, Qirana sekali sekala menjeling pandang ke sisi mencari wajah Jaad.

 

Kacak.

Sopan.

Jaad nampak resah. Mahu tak resah. Telefon bimbit habis bateri.

 

Qirana senyum.

 

“Dekat dalam laci dashboard depan tu ada wayar cas telefon bimbit. Rasanya sama tu, type C. Ambillah dan cas telefon tu.” Kata Qirana sambil memandu dengan berhati-hati.

 

Jaad segan juga nak menyelongkar barang orang.

Tapi dah Qirana bagi izin, Jaad selongkar aje laci tu dan ambil wayar untuk cas bateri.

 

“Saya dah on hotspot. Password  20242024*.” Kata Qirana lagi.

 

Jaad tersenyum tawar. Qirana ini macam tahu-tahu aje yang Jaad memang perlukan internet.

 

“Terima kasih.” Kata Jaad.

 

“Kasih diterima.” Balas Qirana dengan senyuman menawan.

 

Walaupun daripada sisi, tapi Jaad terpesona juga dengan wajah Qirana.

 

Tapi Jaad kembali palingkan wajah ke tempat lain. Qirana ini seksi sangat. Jaad daripada tadi dah risau kalau terbabas iman. Bukan apa, takut mata tak mahu berkalih pandang daripada tempat terlarang. Dah dapat dosa. Dosa yang ada inipun tak tertanggung.

 

Jaad lega apabila kereta Qirana dah sampai di depan pagar rumah abah.

 

“Berapa?”soal Jaad sambil memandang wajah putih bersih Qirana.

 

“Berapa apa?”soal Qirana pula.

 

“Berapa tambang nak kena bayar? Jauh ini dari KLIA ke sini.” Kata Jaad lagi.

 

Qirana tergelak.

 

“I tak ambil bayaran. Anggap saja I buat amal bakti. Tapi kalau rasa terhutang budi, you ready je. Tiba masa dan ketika jika I perlukan pertolongan you. You tolonglah I pula.” Kata Qirana dengan senyuman menawan.

 

Terpana Jaad.

 

“Terima kasih. In shaa Allah. Jika ada apa-apa yang saya boleh bantu. Saya bantu. Pandu elok-elok. Terima kasih tau.” Kata Jaad lagi.

 

Qirana mengangguk.

 

Jaad keluar daripada kereta. Baru nak melangkah masuk, Qirana dah menurunkan cermin kereta dan menjerit nama Jaad.

“Jaad…” Panggil Qirana.

 

Jaad menoleh memandang Qirana.

 

“Nice to meet you, Jaad.” Kata Qirana senafas.

 

Jaad tersenyum mengangguk. Berdebar-debar pula jantung Jaad apabila Qirana tersenyum dan mengenyitkan mata kepadanya.

 

Dia nak try aku ke apa? Jaad tersenyum dalam hati.

 

 

 

 

 

 

RANDOM TEASER

 

Hari ini sahaja dah empat kali, Jaad delivery makanan ke apartment mewah Qirana.

 

Pagi.

Tengahari.

Petang.

Malam.

 

Harapnya tak ada si Qirana ini order supper pula. Jaad pula yang naik bosan dan geram duk menghadap muka Qirana ini.

 

Kali ini, Qirana meminta Jaad naik ke tingkat atas.

 

Terkejut beruk Jaad apabila Qirana keluar dengan bathrobe. Rambut pun masih basah lagi. Menitik-nitik air tu jatuh membasahi leher putih bersih Qirana.

 

Jaad telan liur dan berkalih pandang ke arah lain.

 

Qirana buka pintu grill.

 

“Cik Qirana. Masuk dalam.” Arah Jaad serius.

Muka dah masam mencuka dengan nada suara seperti orang ajak gaduh.

 

Qirana blurr.

 

“Laa… Kalau masuk macam mana saya nak ambil makanan dan bagi duit ini?” Soal Qirana.

 

“Masuk… Buka pintu sikit aje. Nanti saya hulur makanan ni.”Kata Jaad lagi.

 

Qirana menurut sahaja. Geli hati melihat perangai Jaad yang gelabah taik tu.

 

Dia kata, dia pernah belajar kat Amsterdam. Bertahun kat sana. Betul ke? Perangai macam belajar kat Mesir je… Gelak Qirana dalam hati.

 

Qirana sembunyikan tubuh di belakang pintu seperti yang disuruh oleh Jaad.

 

Jaad buka kasut dan membuka pintu grill. Kemudian mendekat ke pintu utama sambil menghulurkan makanan pada Qirana.

 

Qirana menyambutnya dengan senyuman manis.

 

“Kejap. Duit…” Kata Qirana.

 

Namun disebabkan QIrana tidak menahan daun pintu maka Jaad yang bersandar di pintu jatuh tertiarap ke lantai.

Betul-betul jatuh di kaki Qirana.

 

Qirana duduk melutut dan memegang bahu Jaad.

 

“Jaad. Awak okey tak? Saya minta maaf. Saya ingat awak bersandar kat dinding batu. Tapi kat pintu rupanya. Ada yang luka?” Soal Qirana prihatin sambil memandang tubuh Jaad dari atas ke bawah.

 

Jaad telan liur.

Apatah lagi, terpandang peha putih melepak Qirana dari belahan bathrobe.

 

Kalut Jaad bangun dalam keadaan siku dan lutut yang sedikit berdenyut.

 

“Saya okey. Erm, saya pergi dulu.” Kata Jaad kelam-kabut bergegas memakai kasut dan keluar dari rumah Qirana.

 

“Eh, Jaad. Duit ini…” Laung Qirana.

 

“Tak apa. Saya belanja.” Kata Jaad tanpa menoleh ke belakang.

 

Di dalam lif, Jaad mengurut dada sendiri. Astaghfirullah. Inilah sebab… Kenapa Jaad malas nak delivery makanan pada Qirana.

 

Ada saja perkara pelik yang berlaku.

Jaad boleh terpesong hati. Terpesona dan mungkin tergoda.

 

Jaad keluar dari lif dan bergegas ke motorsikalnya.

 

Malam-malam begini boleh pula dia buat free show. Ingat aku laki dia ke? Nak sambut dengan keadaan macam tu? Tahulah malam ini malam Jumaat. Argh…. Apa aku merepek ini?

 

Jaad pun tak tahu kenapa, dia gelabah gila tadi.

 

Padahal bukan tak pernah tengok. Kat luar negara tu, bersepah perempuan seksi. Lebih teruk lagi pun ada. Tapi kenapa, bila pandang Qirana… Hati Jaad rasa macam dah marathon sejauh 20 kilometer?

 

Pernafasan pun tak teratur.

 

Jaad pegang dada sendiri.

Aku jatuh cinta ke? Tak mungkin… Ke dah kena cari jodoh dah? Tapi tak adalah desperate sangat nafsu tu. Argh, aku bukan bernafsu dengan dia. Tapi nafas aku ini macam tak boleh bernafas bila dia buat perangai pelik begitu. Dahlah selalu aje macam nak try aku… Dia nak try aku? Jaad senyum sendiri.

 

Last-last, Jaad tepuk dahi sendiri. Berkhayal yang bukan-bukan.

 

Membebel dalam hati. Lebih kepada membebel diri sendiri yang selalu berfikir yang bukan-bukan.

 

Qirana… Qirana… Qirana… Jika lama-lama begini, Jaad boleh  pengsan tau. Bagus juga. Jika pengsan confirm dia buat CPR. Memang dia takkan biarkan aku mati tak boleh bernafas.

 

“Arghhhh….” Jerit Jaad kuat.

 

Geram sebab merepek yang bukan-bukan lagi. Dan lagi….

 

Jaad menunggang ke RUNZ Express dengan berhati-hati. Sampai sahaja di ofis, Wasim dah menunggu Jaad.

 

“Bos… Tak balik lagi ke?” Soal Jaad.

 

Pelik pula melihat Wasim memandang ke arah Jaad begitu.

 

“Customer nama Qirana call. Kenapa kau tak ambil duit cash daripada dia?” Soal Wasim dengan kerutan di wajah.

 

“Erm… Saya terlupa.” Kata Jaad cuba bertenang.

 

Tak gila lagi Jaad nak cerita satu persatu babak bengong yang berlaku tadi.

 

“Dia dah transfer dalam akaun syarikat. Jadi, kau tak perlu guna duit kau. Dah pergi balik. Aku nak tutup kedai dah. Malam ini, aku ada candle light dinner dengan bini aku.” Kata Wasim sambil menarik grill pintu utama.

 

Terkebil-kebil Jaad memandang Wasim.

 

Atika dan Sufian dah tersenyum-senyum memandang Jaad yang blurr tu.

 

Sudahnya Wasim tolak tubuh Jaad ke motorsikalnya semula.

 

“Balik. Kedai dah tutup. Apps tu pun aku dah off. C.L.O.S.E. Close.” Kata Wasim lagi.

 

Jaad menarik nafas panjang. Baru nak buat OT malam ini.

 

Sufian menepuk bahu Jaad, “Jaad. Kalau free jom karaoke.”

 

Jaad menggeleng laju.

Jaad memang manusia yang tak reti nak bersosial begitu. Nyanyi di dalam bilik air. Bolehlah. Nak menyanyi di pusat karaoke? Kang microphone tu pula yang terlekat kat kerongkong aku.

 

“Sori. Aku dah janji dengan mak dan adik aku nak balik awal.” Kata Jaad dengan senyuman.

 

Tak mahu dikatakan sombong pula.

 

Terangkat kening Wasim apabila mendengar jawapan Jaad tu.

 

“Anak mak betul kau ini.” Usik Sufian dengan gelak tawanya.

 

Wasim tersenyum.

 

“Dah balik. Jangan buat mesyuarat depan kedai aku ini.” Arah Wasim sambil berjalan menuju ke keretanya.

 

Jaad pun dah memakai topi keledar.

 

Semua menghilang dalam kelam malam menuju ke destinasi masing-masing.

 

Jaad melayan perasaan hati. Tiba-tiba, satu keluhan berat kedengaran.

 

Apabila mengenangkan nasib abah… Jaad jadi lelah. Terbeban sungguh emosi Jaad.

Jaad rindukan abah. Jaad risau sangat tentang abah ini. Sihat ke? Macam mana dia? Kat mana sekarang? Dah makan ke belum?

 

Tapi nak buat macam mana… Semua masih tak ada pembayang. Samar-samar tanpa jawapan yang pasti.

 

Risau Jaad.

 

 

No comments:

Post a Comment