MEWANGI
PROLOG
Dinding dan
siling bangunan SER ONE bagai nak runtuh walaupun tanpa petir dan guruh. Emosi
yang berada pada tahap gunung berapi yang mahu meletop ini juga adalah satu
bencana dalam diam.
Lahar dan
magma jiwa tunggu masa sahaja mahu mengalir meluahkan baranya.
Suasana di
ruang pejabat Waser tegang. Beberapa lelaki berkopiah yang memperkenalkan diri
sebagai pegawai agama Islam dan orang masjid di kawasan ini sudah hilang
ditelan lif SER ONE.
Pengawal
keselamatan juga sudah turun ke ground floor dan sempat berpesan agar Waser
membawa Arleyna pulang. Bimbang juga jika mereka yang menyerbu tadi datang
semula ke sini.
Tahan malu
juga Waser nak berdepan dengan pengawal keselamatan a.k.a staf SER ONE.
Siapa tak
kenal Waser Ilmaan? CEO SER ONE yang bijak dan bergaya. Penuh pesona.
Tapi hari
ini, maruah Waser tercalar dek agenda tak masuk akal Umi dan Waneyda. Makhluk
yang bersubahat inipun ada di depan mata. Aku nak buat apa dengan pensubahat
ini? Jatuhkan hukuman nikah, kang koma pula tiba-tiba.
Waser diam
sambil bola matanya merah menyala menahan amarah.
Tajam anak
mata Waser memandang Arleyna.
Panas hati.
Jika Arleyna
ini jantan dah lama bersepai muka tu. Penghawa dingin yang sejuk inipun tidak
mampu mengurangkan suhu panas menggelegak di hati Waser.
Arleyna dah
kecut perut. Tahu khilaf diri. Arleyna rasa nak menyorok, tapi tahu sekarang
bukan masa yang tepat untuk sembunyikan diri. Nak angkat kaki pun, langkah
terkunci.
Waser
menarik tangan Arleyna dan menolak Arleyna hingga terduduk di kerusi empuk CEO.
Terkebil-kebil
mata Arleyna memandang Waser.
Waser
mendekatkan bibirnya ke telinga Arleyna. Pucat lesi wajah Arleyna. Kebas muka
menahan nafas.
“Puas
hati?’’ Soal Waser dengan senyuman sinis.
Tangan kanan
Waser dah menolak kuat bahu Arleyna hingga Arleyna tak dapat bergerak.
Arleyna buka
mata dan membalas pandangan Waser.
Berani.
Sebelum
tangan Waser merayap tak tentu hala, Arleyna menolak tubuh Waser untuk berdiri
tegak pula.
Arleyna
pejam mata.
Maaflah,
kalau terkasar tingkah. Bimbang ada iman yang terbabas pula. Bisik Arleyna pada
diri sendiri.
Terkedu juga
Waser dengan tindakan pantas Arleyna. Tahu takut. Yang duk jadi pensubahat
untuk perangkap aku yang tak bersalah ini, dia tak takut pula.
“Saya keluar
dulu, Tuan.” Tutur Arleyna sopan.
Waser
pandang gerak-geri Arleyna.
Arleyna
memang suka panggil Waser dengan panggilan Tuan. Jika di pejabat, laju je
Arleyna nak berbalas kata. Nampak hepi jika menggunakan gelaran itu.
Tapi jika di rumah, nampak sangat Arleyna berkira
dan terpaksa apabila perlu memanggil Waser dengan gelaran abang.
Kadang tu
sanggup lari lari sebab tak mahu berbual dengan Waser di rumah.
“Awak nak ke
mana? Ada saya benarkan awak keluar dari ruangan ini?”soal Waser dengan nada
tinggi.
Panggilan
awak untuk Arleyna tu dah biasa Waser lafazkan jika ada staf lain bersama
mereka. Apatah lagi jika mereka berada di pejabat.
Senang
cerita panggilan Waser pada Arleyna berubah ikut persekitaran dan suasana hati
Waser. Begitu juga sebaliknya.
Waser dan
Arleyna pun dah terbiasa bersaya awak atau bersaya tuan jika berada di pejabat.
Kecelaruan
status dan gelaran panggilan tu memang wujud antara mereka berdua.
Arleyna
berhenti melangkah dan menoleh kembali ke arah Waser.
Mana mungkin
Arleyna buat derk aje dengan arahan Waser.
Tak berkelip
mata Arleyna memandang wajah Waser yang sedang marah dan bengang dengan
Arleyna.
Arleyna
tahu. Tapi boleh tak, Arleyna buat tak
tahu.
Madam
Waneyda dan umi inipun satu, boleh pula suruh Arleyna aturkan ‘love date’ untuk
Waser di pejabat pada waktu malam.
Sengaja mahu
menempah maut. Orang tu dahlah letih seharian. Tak makan lagi sejak petang.
Walaupun, Arleyna dah sediakan dinner tetap juga Waser tak berselera. Sudahnya
rezeki pengawal keselamatan yang bertugas. Dorang yang kenyang.
Waser?
Perutnya
mungkin terlupa rasa lapar. Tu yang tak ada notifications.
Arleyna
tahu, Waser tak berapa sihat. Tapi kerana desakan Madam Waneyda dan umi,
Arleyna terpaksa buat.
“Saya minta
maaf, Tuan.” Luah Arleyna tanpa disuruh.
Waser
pandang wajah Arleyna, “Saya tak faham. Jadi tak boleh nak memaafkan.
Perincikan kesalahan.”
Arleyna
gugup.
“Saya tahu
Tuan tak sihat hari ini. Tuan penat sebab seharian bekerja. Saya tak patut
setuju untuk laksanakan rancangan Madam Waneyda dan umi Tuan. Saya minta maaf,
Tuan. Tapi, saya tak tinggalkan Tuan dan Cik Anahita berdua sahaja di sini.
Saya tahu jika saya buat begitu saya umpama bersubahat pada kemungkinan
berlakunya maksiat. Sebab itu, saya kekal di sini. Siap suruh Taufiq, si
pengawal keselamatan tu teman sekali. Yealah… Bukan saya tak kenal Cik Anahita
tu. Bimbang juga kalau saya tak boleh nak urus baran dia. Dan demi Allah, saya
tak tahu yang Madam Waneyda dan umi Tuan mahu…” Arleyna tak dapat mencari kosa
kata yang sesuai untuk menyambung ayat.
Bola mata
Waser masih memandang tajam pada wajah Arleyna.
Bendul.
Mudah sangat
percaya pada Waneyda dan Umi.
Mereka
berdua tu memang penuh muslihat, berbaik dengan orang pun kadangkala ada hajat.
Mujurlah dua beranak tu memang ikhlas sayangkan Arleyna ini.
Tapi Waser
tahu yang Waneyda dan Umi mempergunakan Arleyna yang naif ni untuk kerja-kerja
sebegini.
“Arleyn tahu
tak, nasib baik abang tak kena tangkap khalwat. Dengan perangai Anahita yang
begitu. Arleyn fikir layak ke abang nak jadi suami dia? Berbeza banyak tau. Tak
ada chemistry langsung. Tolonglah guna otak Arleyn. Jangan main terima aje
arahan Waneyda dan umi. Arleyn ada otak. Arleyn boleh fikir baik dan buruk.
Kalau rasa salah, Arleyn tolak.” Marah Waser.
Waktu tu,
hanya tinggal mereka berdua sahaja di lantai lima belas ini. Jika di ikutkan
hati mahu sahaja Waser melampiaskan kemarahannya pada Arleyna yang ada di depan
mata.
Tali barut
Umi dan Waneyda yang bendul. Rasa nak lenyek jadi cendol. Tambah ais kepal bagi
dingin salju sikit hati Waser ini.
Waser tarik
nafas panjang.
“Jomlah
teman abang makan. Lepas tu baru balik rumah. Kalau ikutkan nak sahaja abang
bagi tazkirah pada Arleyn kat sini sampai pagi esok. Tapi, abang bimbang orang
masjid tu datang balik. Rugi pula kalau dapat kahwin free dengan Arleyn.” Balas
Waser selamba.
Sinis pula
bunyi nada Waser.
Waser
mencapai telefon bimbitnya di atas meja dan berjalan keluar.
Arleyna
tuding jari pada muka sendiri. Kahwin free dengan aku, rugi? Melampau betul
ayat Abang Waser ini. Ingat aku anak dara tak ada kualiti ke? Hurm, tapi…
Arleyna diam
dan bungkam sendiri.
“Apa lagi
yang Arleyn duk meratap tu? Takkan nak kahwin free dengan abang pula…” Usik
Waser sambil sembunyikan senyum di bibir.
Comel. Omel
Waser dalam hati.
Waser memang
suka menyakat Arleyna. Waser tahu Arleyna bengang dengan ayat yang keluar dari
bibir Waser.
Tapi Waser
rasa pelik melihat riak wajah duka Arleyna.
Mendung
tiba-tiba…
Setahu
Waser, Arleyna bukan perempuan yang mudah sentap.
Nak
bertanya…
Anak tekak
bagai tak berfungsi pula.
Sudahnya,
Waser diam di sepanjang perjalanan. Sesekali Waser mencuri pandang pada wajah
redup Arleyna.
֎֎֎
Di Bayu
Bistro…
Seusai
menghabiskan kesemua makanan yang terhidang, Waser meluah bicara dengan nada
lembut dan tenang.
“Boleh
Arleyn jujur pada abang tentang plan Waneyda dan Umi?” Soal Waser sambil
memandang seraut wajah ayu milik Arleyna.
Arleyna
pandang wajah Waser sambil berkerut kening di dahi.
“Tuan,
tahu?” Soal Arleyna tersasul.
Waser dah
buat muka sebab Arleyna masih panggil Tuan.
“Waneyda,
kakak kandung abang. Umi pula ibu kandung abang. Mana mungkin abang terlepas
pandang akan tingkah pelik mereka. Sebelum Arleyn bekerja di sini, memang
mereka tu banyak ragam. Selalu huru-harakan hidup abang dengan masalah
sebegini.” Balas Waser selamba mengutuk Waneyda dan Umi.
Wajah Waser
dah mendung suram. Resah.
Jika dua
beranak tu mendengar luahan Waser ini, memang lagi huru-hara keadaan.
“Jujurnya,
jika Arleyn kat tempat abang, Arleyn akan mengamuk juga. Arleyn rasa plan kali
ini agak keterlaluan. Silap hari bulan boleh jatuhkan reputasi abang dan SER
ONE. Arleyn pun rasa Cik Anahita tak sesuai dengan abang. Mana mungkin
perempuan terlebih dos penggalak tu jadi pendamping abang. Arleyn dah mula
bosan dengan semua plan ini.” Luah Arleyna jujur.
Waser
tergelak.
Arleyn dah
mula bosan dengan semua plan ini. Macam tertukar tempat pula dengan Waser
gayanya.
Tapi riak
lelah pada wajah Arleyna buat Waser akui. Mungkin Arleyna memang benar-benar
bosan kerana terpaksa menambah beban tugas untuk memenuhi kehendak Waneyda dan
umi.
“Kalau dah
bosan sangat. Arleyn ajelah dengan abang.” Luah Waser sambil anak matanya
memandang tunak pada wajah Arleyna.
Melopong
mulut Arleyna mendengar luahan selamba Waser.
Arleyna
tersenyum kambing.
“Abang.
Jangan buat drama kat sini. Cukuplah drama kat ofis tadi.” Luah Arleyna sambil
berkalih pandang ke arah lain.
Boleh
terbang iman Arleyna jika terus bertatapan mata dengan Waser ini.
Lelaki ini
hot kot.
Bergoncang
iman Arleyna jika Waser buat ayat begini
selalu.
Tapi Arleyna
sedar diri. Arleyna tak layak untuk Waser.
“Abang tak
buat drama. Abang sungguh-sungguh ini. Lagipun, abang tak kenal perempuan lain
yang senaif Arleyna Basri. Abang suka cara Arleyn. Abang suka perwatakan
Arleyn. Abang yakin yang abang boleh terima Arleyn seadanya.” Luah Waser jujur.
Arleyna
melopong.
“Jangan
tertipu dengan kenaifan Arleyn.” Balas Arleyna tanpa diduga.
Arleyna
tundukkan wajah.
Waser
tergelak, “Kadangkala cukup dengan pemerhatian sahaja sudah mampu untuk kita
membuat kesimpulan pada setiap hipotesis.”
“Arleyn
bukan objek sains. Arleyn manusia yang banyak versi dan tingkah, bergantung
pada situasi.” Balas Arleyna perlahan.
“Abang juga
manusia yang punya kelebihan tersendiri, mampu menilai dengan mata hati.” Kata
Waser dengan nada mengusik.
Waser
mengeluh perlahan, “Abang bukan lelaki yang suka memaksa. Abang cuma meluahkan
apa yang abang rasa. Dengan harapan satu hari nanti, bila Arleyn rasa Arleyn
dah bersedia untuk jadi pelengkap hidup abang. Maka, Arleyn akan lebih berani
untuk buat keputusan yang tepat.”
“Tak perlu
kot. Sebab hati Arleyn memang dah tetap. Arleyn tak perlukan lelaki untuk
bahagiakan Arleyn. Cukuplah dengan wang ringgit yang Arleyn ada. Arleyn lebih
tertarik dengan duit berjuta daripada lelaki yang setia. Jadi tak perlu provoke
Arleyn.” Balas Arleyna selamba.
Peliknya,
Waser langsung tak terkesan.
Waser tenung
wajah Arleyna.
“Okey. Abang
bantu Arleyn dapatkan banyak duit daripada Waneyda dan Umi. Tapi… Jika
Arleyn berkompromi dengan abang, Arleyn
boleh dapat semua. Duit berjuta dan lelaki yang setia.” Luah Waser sambil
kenyit sebelah mata ke arah Arleyna yang terkesima mendengar kata-katanya.
BAB 01
Air
mata yang tersisa di pipinya di sapu bersih. Hampir setiap malam Arleyna
bermimpi ngeri.
Mimpi yang
sama menghantui diri Arleyna sejak lima tahun lalu. Sejak peristiwa itu, tak
pernah sehari pun Arleyna dapat tidur lena.
Mujurlah
kehidupan Arleyna tidak seburuk mimpi tersebut.
Hari demi
hari, kehidupan Arleyna bertambah baik dengan peluang dan ruang yang memberikan
harapan untuk Arleyna menjadi manusia berharga.
Pukul tiga
pagi…
Tekak
Arleyna terasa haus pula. Laju Arleyna melangkah turun dari katil.
Dalam
keadaan yang mamai, Arleyna mencapai thumbler 1000ml yang terletak elok di meja
tulisnya.
Elok sahaja
sampai ke bibir, Arleyna tarik nafas panjang. Thumbler dah kosong. Tak ada
setitik air pun lagi yang tersisa.
Malas betul
Arleyna nak turun ke dapur. Tapi tekak terasa dahaga sangat.
Maka dengan
langkah malas, Arleyna membuka pintu bilik dan berjalan lemah ke dapur. Tangan
kanan Arleyna masih memegang thumbler dengan erat. Mata Arleyna pula
kejap-kejap tertutup rapat. Berjalan pun dalam keadaan separuh sedar.
Sampai di
dapur Arleyna tadah air Coway dengan thumbler. Air sejuk. Sempat juga Arleyna
menyandarkan tubuh di peti ais dan meminum seteguk dua air tersebut. Kemudian
kembali menadah air tersebut hingga thumbler miliknya itu penuh.
Arleyna
tutup thumbler rapat-rapat dan mahu berjalan kembali ke biliknya.
Tapi…
“Arghhh….”
Jerit Arleyna kuat.
Satu tangan
sasa memeluk kedua-dua bahu Arleyna.
“Arleyn.
Ini, abang ler.” Kata Waser lembut.
Sempat juga
jari Waser menekan suis lampu dapur.
Terang.
Ternganga
Waser melihat wajah Arleyna. Terbuntang juga mata Arleyna memandang wajah
Waser. Automatik Arleyna capai tuala yang tergantung di leher Waser dan dengan
selamba juga Arleyna meletakkan tuala Waser tu di atas kepalanya.
Mengah
sekejap sebab Arleyna kelam-kabut
memperbetulkan anak rambut yang terjuntai agar tak kelihatan.
Mujur juga
tuala milik Waser ini bersaiz besar. Tuala mandi ke? Erk… Arh, tak kisahlah!
Janji aurat terjaga.
Pinjam
sekejap, asalkan dapat menutup kepalanya yang tidak berhijab.
Bila masa
pula Waser balik? Bukan Umi kata dia oustation seminggu ke? Arleyna dah pelik.
“Maaf…” Kata
Waser sepatah. Mahu disambung ayatnya lagi tapi Arleyna dah potong percakapan
Waser dengan muka bersalah.
Sampai Waser
pun rasa serba-salah.
“Erm, Arleyn
yang salah. Arleyn minta maaf. Tuala ini Arleyn pinjam dulu. Kejap lagi Arleyn
bagi balik. Kejap erh… ” Arleyna berkata laju sambil berlari anak meninggalkan
Waser di ruang dapur.
Ada yang
salah ke? Arleyna tak salah. Waser kot yang salah. Waser garu kepala yang tak
gatal. Rambutnya masih basah. Baru lepas mandi kot. Selamba sahaja Arleyna
rentap tuala yang tergantung di lehernya. Senyuman nipis terpamer pada raut
wajah Waser.
Waser ambil
air suam dan duduk di meja dapur. Berangan sampai tembus dinding batu. Senyum
mekar di hati.
Waser
memperbetulkan posisi duduknya apabila menyedari yang Arleyna sudah munculkan
diri kembali di dapur.
“Nah…”
Arleyna hulurkan tuala warna hijau tua milik Waser.
Waser
mengambil tuala tersebut dan diletakkan kembali ke lehernya seperti tadi.
Dalam masa
yang sama, Waser menggunakan hujung tuala tersebut untuk menyapu wajahnya
kerana air rambut ada yang menitik ke wajah.
Arleyna
blurr melihat babak spontan tu.
Tangan
Arleyna laju mahu menarik tuala tu semula.
Tapi Waser
dah pegang kemas. Waser pandang Arleyna dengan wajah pelik.
Terkejut.
Arleyna ini dah kenapa?
“Erm, tuala
tu dah kotor. Bak sini, Arleyn letak dalam mesin basuh.” Kata Arleyna sambil
cuba mencapai tuala yang tergantung di leher Waser tu berkali-kali.
Waser dah
mengelak ke kiri, ke kanan dan ke belakang…
“Tak
perlulah. Bukan kotor pun. Tuala baru guna sekali.” Balas Waser sambil memaut
tangan Arleyna.
Waser tarik
Arleyna agar duduk di sebelahnya.
“Daripada
duk sibuk dengan tuala abang ini. Lebih baik masakkan maggi untuk abang.
Boleh?” Soal Waser tenang.
Berkerut
dahi Arleyna nak menghadam ayat-ayat yang keluar dari bibir Waser.
“Maggi?
Pagi-pagi buta ini?” Soal Arleyna.
“Abang
laparlah. Baru sampai tadi, terus mandi. Abang ke dapur ini sebab nak cari
makanan. Malam tadi abang tak sempat dinner. Event habis lewat. Lepas je
selesai abang terus balik, tak tunggu jamuan makan...” Luah Waser panjang
lebar.
Arleyna
mengangguk faham.
“Okey.
Tunggu jap.” Kata Arleyna sambil mengambil sebungkus maggi dari dalam kabinet
dapur dan memulakan proses memasak maggi.
“Rendam
dengan air panas je pun, okey. Abang tak kisah.’’ Kata Waser sambil
memerhatikan tingkah Arleyna.
“Takkanlah
maggi rendam pula. Tak pe. Tunggu jap. Kejap je. Arleyn masak tambah sayur dan
telur sikit. Tumis bawang dan cili potong. Baru berselera sikit nak makan.’’
Balas Arleyna dengan senyuman.
Waser
tersenyum sambil otaknya menerawang mengingat babak tadi.
Tak sangka
pula dapat tengok Arleyna versi tak bertudung. Selalu Waser hanya nampak
Arleyna yang sudah cantik berhias dengan tudung yag terletak elok menutupi
mahkota mahalnya. Cantik.
Rambut
panjang separas pinggang. Waser dah menerawang berangan pula.
Arleyna
meletakkan maggi yang dah siap dimasak di depan mata Waser.
“Dah siap.
Jemput makan. Erm, Arleyn naik bilik dulu. Nak sambung tidur.’’ Balas Arleyna
dengan senyuman.
Waser
tersenyum memandang Arleyna, “Terima kasih, maggi ini…”
Arleyna
mengangguk dan bergegas naik ke bilik. Sampai sahaja di bilik, Arleyna pegang
dada. Kelam-kabut juga Arleyna tutup pintu bilik.
Malu giler
dengan Waser. Tapi Arleyna memang buat-buat tak ada apa-apa yang berlaku. Tak
mahu Waser cakap apa-apa pasal Arleyna yang tak bertudung tadi.
Arleyna
ketuk dahi sendiri. Dah tahu rumah ada manusia bukan mahram tapi elok aje dia
keluar bilik tanpa tudung. Mujur tak berpakaian seksi. Saja nak tayang wayang
free pada Waser. Dah dapat dosa.
Arleyna
kembali ke katil.
Jarang Waser
balik rumah umi. Jika Waser balik pasti ada yang bagitahu.
Itu yang
Arleyna berani keluar bilik tak pakai tudung. Biasanya Umi atau Waneyda akan
memaklumkan pada Arleyna jika Waser nak balik. Tak pernah pula tersalah
maklumat.
Arleyna
tutup lampu bilik dan kembali memejamkan mata.
Mengantuk.
Dahlah tadi mimpi buruk. Arleyna cuba sambung tidur.
֎֎֎
Di dapur…
Penuh
berselera Waser menjamah maggi sup yang dimasak oleh Arleyna. Makan sambil tersenyum-senyum macam orang
sewel. Lepas tu tergeleng-geleng kiri dan kanan. Jangan tak tahu yang Arleyna
tu ‘secret crush’ Waser.
Umi jadikan
Arleyna sebagai anak angkat sejak tiga tahun lepas.
Waktu tu,
Waneyda yang membawa Arleyna pulang ke rumah ini untuk makan tengahari
bersama-sama mereka sekeluarga.
Pertama kali
pandang, Umi dah jatuh sayang. Terus sahaja menyuruh Arleyna pindah ke rumah
ini. Lagipun, Waneyda banyak bercerita pasal Arleyna pada Umi dan pada Waser
juga.
Arleyna anak
yatim piatu dan dibesarkan oleh neneknya. Tiga tahun lepas nenek Arleyna dah
meninggal dunia kerana sakit tua.
Dek kerana
itu, Waneyda berkeras mahu mengajak Arleyna untuk menemui Umi. Jika Waneyda
yang ajak Arleyna tinggal di rumah ini, pasti Arleyna menolak.
Tapi apabila
Umi yang mengajak Arleyna agar menjadi anak angkatnya dan tinggal menetap di
sini, maka Arleyna jadi lembut hati.
Licik
strategi Si Waneyda ini.
Waser
sebagai abang tua dan menggalas gelaran ketua keluarga sejak abi meninggal
dunia lima tahun lepas tak menghalang.
Lagipun,
apabila melihat keperibadian Arleyna begitu… Memang sesiapa sahaja yang
memandang akan jatuh sayang.
Cantik.
Rajin. Berbudi bahasa. Umi memang suka sebab Arleyna pandai memasak.
Waneyda?
Memang Arleyna tu pelajar kesayangan Waneyda sebab Arleyna bijak dan baik.
Waneyda mengenali Arleyna sejak Arleyna menjejakkan kaki ke IPT di tempat
Waneyda bekerja. Waktu tu, Arleyna ambil program diploma.
Dan Waneyda
merupakan penasihat akademik Arleyna.
Sekarang
ini, Arleyna berada pada tahun akhir pengajian ijazah sarjana mudanya.
Waser yang
bayar semua yuran pengajian Arleyna. Jika diikutkan si Arleyna tu… Lepas
diploma memang dia nak bekerja sebab tak mahu menyusahkan sesiapa. Tapi Waneyda
memaksa Arleyna untuk menyambung pengajian.
Dalam masa
yang sama dipaksanya Waser untuk membayar segala yuran pengajian yang ada.
Waser tak
kisah pun sebab memang dia berduit. Syarikat peninggalan arwah Abi ni memang
dah berkembang luas.
Tambahan
pula, Waser memang pewaris yang berkaliber. Bukan main drastik lagi dia buat
perubahan pada syarikat sehingga syarikat sekarang dah semakin dikenali sebagai
salah sebuah syarikat multinasional yang terkenal bukan setakat kat Malaysia
sahaja. Tapi terkenal juga di Asia seperti Indonesia, Singapura, Brunei, dan
Jepun. Alhamdulillah.
Rezeki yang
Allah bagi ini memang ada bahagian yang Waser guna ke arah bekalan akhirat.
Moga arwah abi mendapat manfaat juga.
Hal Arleyna
tu, Waser guna duit sendiri. Gaji Waser tu memang terlebih cukup.
Lagipun
bukan Waser ada anak bini untuk ditanggung. Umi dan Waneyda pun memang ada
dapat duit bulan-bulan sebagai pemegang saham syarikat.
Walaupun,
Umi dan Waneyda hanya sekali-sekala sahaja datang audit. Tapi tetap ada peranan
dalam syarikat peninggalan abi ini.
Hal akaun
syarikat memang urusan Waneyda. Umi pula memang berperanan sebagai penasihat
syarikat. Apa-apa masalah kecil atau besar, Waser memang akan berbincang dengan
Umi dan Waneyda dahulu sebelum buat apa-apa keputusan.
Namun,
Waneyda memang tak berminat nak jadi wanita korporat. Waneyda lebih minat
mengajar. Waser tak menghalang impian Waneyda tu sebab menjadi seorang
pensyarah itu adalah satu pekerjaan yang mulia. Mendidik anak bangsa agar
berilmu dan berjaya.
Waser
tersedar daripada imbauan kenangan lalu apabila terdengar suara azan Subuh
bergema.
Maklumlah,
rumah mereka dekat dengan masjid. Arwah Abi memang pilih tanah lot ini sebagai
tapak rumah mereka sebab tak sampai 100 meter ke masjid. Jalan kaki aje dah
sampai.
Dah lama dah
mereka sekeluarga tinggal di sini. Dah hampir 30 tahun.
Masjid tu
pun wujud lama dah sebelum arwah abi beli tanah lot ini lagi. Salah sebuah
masjid yang tertua di sini.
No comments:
Post a Comment