Friday, October 17, 2025

MIA Love Story

 

MIA Love Story

Sinopsis Pendek: Mia Akashah, gadis kampung yang disisih keluarga sendiri. Walaupun, keluarganya antara golongan berada dan kaya tetapi Mia hidup dalam kesempitan. Semua perbelanjaan untuk Mia ibarat dicatu oleh ayah sendiri. Ibu tak mampu bersuara apabila ayah lebih prihatin pada Mikael yang diambil sebagai anak angkat sejak berusia 10 tahun. Ibu pula selalu dihina oleh ayah kerana tak dapat memberikan zuriat lelaki. Yea, Mia bukan anak lelaki seperti yang ayah idam-idamkan. Itu sahaja penyebab Mia diperlakukan dengan kasar ibarat Mia tak ada perasaan.

Mia bertemu Faheem Syazryl secara tidak sengaja dan disunting untuk bekerja sebagai model di syarikat Faheem. FS Modelling and Entertainment. Dek kerana terpukau dengan kecantikan semulajadi Mia maka Faheem sanggup buat apa sahaja asalkan Mia mengikutnya ke Kuala Lumpur.

Namun, ayah Mia mahu lepas tangan terus dan tak mahu ambil tahu lagi pasal Mia. Pada ayah… Mia hanya beban. Faheem boleh bawa Mia ke Kuala Lumpur walaupun Mia tak setuju tetapi dengan syarat Faheem mestilah menikahi Mia.

Faheem setuju. Mia menolak tapi keputusan ayah lebih terpakai. Mia atau ibu tak ada hak bersuara. Akhirnya, mereka menikah. Selepas menikah, Mia mula jatuh cinta pada Faheem. Faheem melayan Mia dengan baik. Tapi Faheem mahu merahsiakan hubungan mereka. Mia terpaksa menurut.

Sampai satu saat, Mia rasa Faheem hanya mahu mempergunakan kecantikan Mia untuk pelaburan syarikat. Sejak Mia menjadi model syarikat Faheem, memang Mia jadi model paling meletop dan banyak job masuk. Faheem semakin jauh daripada Mia.

Ayah dan ibu Mia meninggal dunia. Mikael mahu Mia serahkan semua harta keluarga Mia pada Mikael. Rupanya ayah wariskan semua harta termasuk tanah dan rumah pada Mia bukan pada Mikael, patutlah meroyan mamat tu mencari Mia. Ada Mia kisah? Lantak Mikael nak buat apa pun. Mia ada hak atas harta keluarga Mia. Lagipun, ayah tetap ada bagi bahagian untuk Mikael. Cukuplah tu…Selama ayah dan ibu hidup dah cukup kaya kasih sayang yang ayah bagi pada Mikael.

Mia serabut dengan Faheem yang tak mahu mengerti dan faham apa yang Mia rasa.

Mia juga serabut dengan Mikael yang begitu memaksa.

Akhirnya, Mia menghilangkan diri kerana kecewa dengan Faheem. Bolehkah Faheem memujuk Mia semula? Sedangkan kepercayaan Mia pada Faheem semakin menghilang.

No comments:

Post a Comment