Friday, October 17, 2025

HATIKU BUKAN KRISTAL

 

TEASER HATIKU BUKAN KRISTAL

Sara menarik nafas lega. Segala kerjanya di pejabat dapat diuruskan dengan baik. Nasib baik, Sara dapat mempelajari semua perkara dengan cepat. Pengarah urusan, Galaksi Bena juga baik orangnya dan begitu ramah. Hilang rasa kekok Sara ketika menjalankan segala tugas yang diberi.

 

“Kamu tak keluar rehat, Sara?”soal Raykal apabila dilihatnya Sara Aiza masih tenang di tempat duduknya.

 

Sara senyum, “Saya tunggu Zieyka. Kejap lagi kami keluar makan. Lewat sikit. Tapi tak pergi jauh pun. Kat kedai mamak depan bangunan ini aje.”

 

Raykal mengangguk dengan senyuman, “Okey. Tapi nanti jam tiga petang, boleh tak kamu wakilkan saya untuk hantar dokumen tender di Cyberjaya? Nanti saya suruh Osman hantarkan kamu.”

 

Sara mengangguk perlahan.

 

Raykal memandang Sara dengan senyuman, “Jangan risau Sara. Lama-lama nanti kamu akan terbiasa dengan tugas kamu. Kelak kamu akan ganti saya untuk buat pembentangan sebut harga dan macam-macam jenis pembentangan lagi. Perlu belajar dari sekarang untuk menjadi wakil saya. Wakil syarikat juga. Kalau saya oustation, automatik client akan cari kamu.”

 

Sara tersenyum kelat, “Saya cuba belajar untuk jadi wakil syarikat yang baik Encik Raykal. Terima kasih sebab percayakan saya. Terima kasih juga sebab banyak bagi tunjuk ajar pada saya. Malahan kakitangan dekat sini banyak membantu saya untuk lebih faham hal syarikat.”

 

Raykal tersenyum lagi. Hatinya sedikit lega kerana Sara Aiza Johari memang terang hati dan pandai buat kerja. Tidak seperti pegawai korporatnya sebelum ini yang juga merangkap Pembantu Peribadi Pengarah Urusan Galaksi Bena.

 

Dulu, yang ada asyik nak melawa sahaja. Pening kepala. Nak tinggal syarikat pun rasa tak selamat.

Tapi dengan Sara berbeza kerana Raykal rasa selamat. Sara ada gaya wanita korporat yang berwibawa.

 

Berani. Cantik. Mengujakan. Ini kalau isterinya, Latifah tahu bahawa dia memuji Sara. Pasti selalu isterinya itu datang ke pejabat untuk buat pengawasan.

 

Untung Galaksi Bena dapat aset bernilai iaitu pekerja yang bagus macam Sara. Walaupun baru tiga bulan bekerja di Galaksi Bena, Sara sudah banyak meringankan beban tugas Raykal.

 

Tempoh percubaan Sara juga telah tamat dengan cemerlang dan Sara kini berstatus pekerja tetap Galaksi Bena.

 

“Okeylah Sara. Saya pergi dulu. Jangan lupa hantar dokumen tender.” Pesan Raykal sekali lagi.

 

“Baik Encik Raykal,” kata Sara sambil menundukkan kepalanya tanda hormat.

 

Hilang kelibat bosnya itu, mata Sara terarah ke skrin komputer di depannya. Sara tersenyum manis melihat adegan dalam drama ‘Crash Landing On You.’ Sememangnya, Sara terlebih teruja jika melihat Hyun Bin berlakon.

 

“Oit..” Sergah Zieyka sambil menepuk bahu Sara.

 

Sara sudah menjerit kecil, “Oit Mak Cik Kecik. Nasib tak ada orang kat sini. Kalau tak pasti kena bambu. Sergah orang tak tentu pasal.”

 

“Aku lapar. Panggil kau banyak kali tapi tak menyahut. Rupanya sibuk layan Hyun Bin. Patutlah tak berjawab. Orang panggil. Acah-acah pekak...”

 

“Jomlah. Nanti banyak pula bebelan yang aku kena dengar. Tak larat nak tadah telinga. Lagipun kejap lagi aku kena pergi Cyberjaya hantar dokumen.” Kata Sara sambil menarik tangan Zieyka.

 

Zieyka mencebik. Namun langkah Sara diturutkan sahaja sambil tangannya menggeletek pinggang Sara. Mereka jalan beriringan ke kedai mamak yang berdekatan.

 

Cuaca di luar sudah gelap. Rupanya hari sudah hujan. Patutlah suhu penyaman udara di pejabat tadi sangat sejuk.

 

“Sara, aku ambil payung kejaplah. Kau jangan nak meluru aje ke seberang sana. Jangan mengada nak main hujan. Kejap lagi kau nak jumpa client. Duduk sini tunggu aku diam-diam.”

 

Sara menjeling manja

Zieyka ini dah macam ahli nujum. Tahu aje apa yang sedang bermain di kepalanya. Kelibat Zieyka sudah hilang dari pandangan mata. Sara memeluk tubuhnya sendiri.

 

Sejuk. Hari ini pula Sara hanya mengenakan blouse nipis dan skirt  labuh. Selendang terletak elok di atas kepala namun masih ada rambutnya yang terjuntai.

 

“Sejuk?”

 

Sara mendongakkan wajah apabila ditegur secara mengejut.

Terbuntang mata Sara apabila yang berada di depan mata adalah klon Hyun Bin yang pernah memberikannya ais krim sewaktu di tasik dulu.

 

Mata Sara tak berkelip memandang wajah klon Hyun Bin sehingga lelaki itu kurang selesa.

 

“Helo. Awak okey tak ni?”

 

Sara tersedar dari lamunan. ‘Ya Allah. Malunya. Kantoi. Mana nak letak muka ni.’

 

“Amboi. Pandang saya sampai tak berkelip. Kacak sangat ke saya ni?”soal klon Hyun Bin sambil tersenyum manis.

 

Hati Sara sudah parah. Apatah lagi melihat senyuman manis Klon Hyun Bin. Melting. Lengan sasa dan tubuh kekar Klon Hyun Bin dipandang tidak berkelip.

Sekali lagi Sara meneroka susuk tubuk Klon Hyun Bin.

 

“Nah, ambil jaket ni. Baju tu tak elok dipakai tanpa cardigan. Kalau saya yang lelaki ini pakai pakaian bertutup dengan kot bagai. Tapi tetap ada yang tak berkelip tengok. Inikan pula awak yang anak dara ini. Pakaian sebegini boleh buat semua mata lelaki tak berkelip tahu. Silap hari bulan ada pula yang obses nak dapatkan awak.”

 

Sara kelu seribu bahasa.

 

Pedas sungguh kata-kata Klon Hyun Bin ini. Tak pasal-pasal dapat tazkirah percuma. Padan muka kau, Sara. Lain kali jangan main sauk sahaja pakaian untuk ke pejabat.

 

Mata bertentang mata.

“Okeylah. Saya pergi dulu. Mata itu jangan nakal sangat pandang anak teruna orang. Takut disalah ertikan pula. Saya pergi dulu.”

 

Klon Hyun Bin sempat mengenyitkan matanya sebelum berlalu. Senyuman semanis madu telah diberikan oleh lelaki itu buat Sara.

 

Sara menggenggam jaket yang berada di tangannya. Seketika haruman yang melekat pada jaket tersebut mengkhayalkan Sara. ‘Klon Hyun Bin sudah tinggalkan jaketnya khas buat Sara Aiza. So sweet. Makin sayang Sara pada Klon Hyun Bin ni tau. Siapa dia? Dia… Orang yang sama kan? Yang selamatkan aku dulu? Yang pujuk aku dengan ais krim magnum juga? Tapi kenapa macam dia tak ingat aku?’

 

Sara tersedar daripada lamunannya. Lantas tangan kanannya menepuk dahi sendiri.

Zieyka yang baru sampai merenung Sara pelik. Tambah pelik apabila melihat Sara memegang sehelai jaket berwarna hitam.

 

“Kau ada bawa jaket ke tadi? Jaket siapa yang kau pakai?”soal Zieyka.

 

Sara menjungkitkan bahunya. Zieyka sudah naik geram melihat perangai Sara yang pelik-pelik. Banyak sangat tengok drama. Malas Zieyka nak ambil pusing. Perut dah lapar.

 

“Sudahlah. Jom makan. Layan kau yang sengal nanti aku yang hilang sabar. Jangan nanti kau yang aku makan.” Zieyka menarik tangan Sara agar mengikut langkahnya.

 

Bukan boleh percaya anak saudara keciknya ini. Kalau tak ditarik nanti Sara ambil peluang berkhayal pula tengah hujan.

Anak dara ini asyik berangan sahaja kerjanya. Nasib baiklah waktu bekerja, Sara kerja bersungguh-sungguh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment