Monday, June 22, 2026

RITMA YANG TERTULIS TAKDIR Karya Dalia Maritza

 

 

Pada sesiapa yang memiliki naskhah Ritma Yang Tertulis Takdir akan memiliki 
PREKUEL / ECerpen di bawah...


Dalia lampirkan sekali Blurb-Sinopsis-Teaser
Jika berminat boleh wasap
www.wasap.my/60182957365/komboritma




Kombo ini sah 20-30 Jun 2026 sahaja.
Kemudian Harga Single untuk RITMA YANG TERTULIS TAKDIR RM15 SEBUAH SEPANJANG JULAI 2026... KEMUDIAN HARGA SINGLE AKAN JADI RM16 (HARGA SEBENAR)

BLURB

RITMA YANG TERTULIS TAKDIR ... Satu Malaysia kenal siapa Zayne Zayyan. Bersuara emas, rupa kacak dan gelaran penyanyi nombor satu negara memang layak untuknya. Tapi bagi Umira, Zayne Zayyan adalah beban paling manis yang perlu dia jaga 24 jam. Menjadi pengurus kepada penyanyi nombor satu negara bukan senang. Apatah lagi bila artis itu jenis yang pakej sekali dengan anak berstatus rahsia! Umira sangka dia hanya perlu uruskan konsert dan kontrak.

Tapi rupanya dia juga kena jadi pakar pujuk Wisha yang kuat merajuk dengan daddynya. Macam Umira ni mummynya pula. Sakit otak nak memperbetulkan fakta pada budak umur 5 tahun.

"Kakak, nanti kalau papa kahwin. Kakak jadi mama Wisha, boleh?"

Soalan polos Wisha buat Umira tersedak kopi dan buat Zayne tersenyum penuh makna.

Di depan kamera, mereka profesional. Di belakang tabir? Mereka seperti suami isteri yang sibuk menguruskan anak.

Namun, sekuat mana pun mereka mengikat hati. Dunia glamor tetap memberi tekanan. Mampukah Umira bertahan bila karier Zayne menuntut pengorbanan sebuah privasi?

"Umira, kalau Wisha panggil I... Papa kat luar macam mana?" - Zayne

"I akan cakap I, mama dia. Puas?" - Umira.

Serabut Umira nak layan soalan-soalan tingkat tinggi Zayne dan Wisha.

Bermula dengan gurauan, hati Umira mula terjebak dalam dunia keluarga rahsia ini. Wisha yang manja dan Zayne yang terlalu bergantung padanya membuatkan Umira keliru. Adakah dia sekadar pengurus kerjaya atau sebenarnya pengurus hati yang bakal hancur bila rahsia ini terbongkar?

Antara sorakan peminat yang membingitkan dan lampu pentas yang menyilaukan, Zayne Zayyan hanya mencari satu wajah. Umira. Wanita yang setia memegang tangan anak perempuannya di sudut gelap di belakang pentas. Wisha adalah nyawanya dan Umira adalah nafasnya.

"I tak mahu dia membesar dalam bayang-bayang, Umira. Tapi I juga tak mampu hilang kerjaya ini." - Zayne.

Dalam kesibukan mengejar carta lagu, mereka membina sebuah dunia kecil yang indah. Ada tawa Wisha yang menceriakan hari dan ada gelagat romantik Zayne yang menenangkan jiwa Umira.

Namun, langit tidak selalu cerah. Apabila satu demi satu rahsia mula bocor, Umira terpaksa memilih. Sama ada untuk terus menjadi pelindung di balik tabir atau melepaskan segala-galanya demi keselamatan hati yang dia cintai.

 

SINOPSIS

Zayne Zayyan, penyanyi nombor satu negara yang menjalani kehidupan rahsia sebagai seorang bapa tunggal kepada Wisha. Kehadiran Umira sebagai pengurus bukan sahaja untuk menguruskan kerjaya seninya. Malah dia turut menjadi tonggak utama dalam menguruskan kehidupan peribadi dan menjaga Wisha. Lama-kelamaan, hubungan profesional mereka berubah menjadi cinta dan mereka membina kehidupan bahagia persis sebuah keluarga di belakang tabir. Namun, konflik timbul apabila Umira terpaksa berhadapan dengan tekanan dunia glamor dan risiko kerjaya Zayne Zayyan. Apabila rahsia tentang status Zayne mula bocor. Umira kini tersepit di antara terus menjadi pelindung rahsia itu atau melepaskan segalanya demi keselamatan hati dan privasi.

 

TEASER 1

Siapa yang tak sayang anak? Secara logiknya, tidak ada ibu bapa yang tak sayangkan anak. Apatah lagi kasihnya ibu... Laksana, kasih sayang tanpa syarat dan dipenuhi kelembutan hati.

Doa ibu juga sentiasa menjadi inspirasi dan kekuatan pada si anak.

Tiada halangan... terus tertuju hingga ke lapisan langit ketujuh.

Cinta seorang ayah juga tidak ternilai, mendalam dan tidak berbelah bagi.

Mungkin terlindung dek wajah yang tegas. Namun melalui pengorbanan masa, tenaga dan ketabahan dalam menjaga amanahnya... Itu sudah cukup menjadi bukti bahawa seorang ayah juga adalah lambang cinta sejati dalam sebuah keluarga.

Menjadikan setiap makmumnya rasa tenang dan selamat walau diduga.

Tapi...

Setiap manusia memilih jalan hidupnya sendiri. Duka atau suka. Kecewa atau bahagia. Air mata atau tawa. Semua itu berpaksikan pilihan sendiri.

Itu adalah rasionalnya. Mungkin ada yang berbeza susur galur rentak kehidupannya.

Itu lumrah kehidupan.

Kehidupan Zayne Zayyan juga tidak terkecuali. Hati sentiasa bahagia dengan kasih sayang dan doa daripada umi dan abi. Malangnya, pilihan sendiri telah merobek hati.

Mujur ada Awisha. Tanpa Awisha mungkin Zayne akan hilang arah kerana kecewa.

Zayne memagung wajahnya dengan kedua-dua tangan. Apabila bahagia menyinggah, dugaan pula datang menerjah. Moga hati Zayne tak goyah. Kekal tabah.

Hanya doa yang Zayne mampu titipkan setiap hari untuk isterinya, Umira Mustafa yang masih mengalami Post-Traumatic Amnesia (PTA). Umira merupakan pesakit kemalangan yang terlupa identiti diri setiap kali bangun daripada tidur. Zayne amat berharap agar Umira cepat sembuh dan kuat. Tidak mahu Umira mengalami amnesia fugue sehingga otaknya memadamkan memori tentang siapa dirinya.

Kata doktor, keadaan Umira bertambah baik dan ianya bersifat sementara, tetapi tempoh pemulihan bergantung kepada keterukan kecederaan otak.

Sesetengah pesakit mungkin pulih sepenuhnya, manakala yang lain mungkin mengalami kesan jangka panjang. 

Jadi, Zayne berusaha sendiri dengan terapi, penggunaan nota, gambar keluarga… dan macam-macam cara lagi bagi membantu Umira mengingati identitinya setiap kali terjaga.

 

TEASER 2

Umira menggosok mata sambil berjalan menuruni anak tangga untuk ke dapur.

Tekak terasa dahaga. Kering. Dengan langkah malas dan mamai, Umira gagahkan diri menapak ke ruang dapur dan membuka suis di dinding.

“Aaaaa.” Jerit Umira lantang.

Zayne yang sedang duduk di dalam gelap dan termenung di dapur sambil menghirup kopi panas juga turut terkejut.

Tiba-tiba sahaja lampu menyala dan telinga sakit mendengar jeritan lantang seorang perempuan.

Baru sahaja Zayne nak berdiri bangun Umira dah berteriak.

“Siapa kau?” Soal Umira separuh berteriak.

Fuh, menguji sungguh pencuri ini! Tengah malam buta dah memaksa Umira untuk menjadi Mak Lampir versi cun. Siap dengan uniform baju kelawar lagi.

Suara Umira bergema satu rumah. Kuat. Jelas. Marah tahap maksimum.

Apatah lagi, baru terbangun daripada tidur…

Semuanya berantakan gara-gara terkejut melihat Zayne Zayyan, sedangkan di dalam rumah ini hanya ada umi dan abi sahaja.

Umira mengerutkan dahi kerana kepalanya terasa berdenyut sedikit.

Umira berdiri di pintu cowboy di dapur.

Rambut kusut. Muka masih separuh hidup. Erk, separuh siap. Jangan kata macam jamban tak siap pula. Aku sula kang!

Dan di dapur seorang lelaki sedang minum kopi panas. Tenang. Sangat tenang. Seolah-olah rumah itu milik dia. Lelaki itu berpaling perlahan.

“Morning.” Tegur lelaki yang berwajah kacak.

Kemas. Kulit putih bersih dan rambut ala-ala Korean Wolf Cut. Walawei... Ada oppa sesat salah mendarat kat rumah aku ke?

Kalau dah cenggitu bunyinya, faham-faham sahajalah bagaimana rupa lelaki sesat ini. Hot nak mampus! Mujur Umira ini waras.

Umira tenung wajah lelaki yang berada dengan jarak 1 meter, “Siapa kau?”

Lelaki itu meletakkan cawan kopi dengan perlahan-lahan. Tenang.  Wajah tenang tapi ada aura jangan cari pasal. Seriau juga Umira.

“Zayne.” Kata Zayne Zayyan sepatah.

Umira blink blink mata.

“Zayne mana pulak?” Soal Umira bengang.

Zayne memandang Umira lama.

Future problem you yang you haven’t accepted yet.” Balas Zayne selamba.

Bergurau. Lama sungguh Zayne tak bergurau dengan Umira ini. Rindu.

Umira terus lempar senduk, “Out!”

Itu sahaja yang dapat dicapai Umira. Takkan nak lempar periuk nasi pula...

Zayne Zayyan tangkap senduk dengan satu tangan. Tanpa bergerak pun.

Nice aim.” Kata Zayne Zayyan tanpa riak.

Umira makin marah, “Out of my house.”

Zayne tenang, “This is my house too.”

“Kalau nak memperbodohkan orang, pergi cari mangsa lain. Jangan scam aku... Aku tak ada duit nak bagi.” Kata Umira bengang.

Zayne Zayyan menghirup kopi di depan mata lagi dan lagi, “Technically.”

Umira pandang sekeliling. Rumah dia. Sofa dia. Dapur dia.

Technically, what?” Soal Umira yang sudah hilang sabar.

Zayne bersandar di kitchen bar, “You are my wife...”

Umira terus beku, “I’m not married to any men...”

Zayne tersenyum, “You did. But I’m your man. Your only one...”

Umira terus capai phone, “Kalau kau tak keluar aku panggil polis...”

Zayne tak panik langsung, “Okey.”

Umira freeze, “Hah?”


TEASER 3

“Kalau tak percaya apa yang abang bagitahu, call polis. Tak perlu teragak-agak. Tapi standby, nanti kena kecam pula dengan polis bertugas. Masalah rumahtangga settle kat rumah tak perlu bawa ke balai, sayang...” Kata Zayne Zayyan dengan nada lembut.

Dalam masa yang sama, Zayne menghulurkan buku nikah kepada Umira. Sejak Umira mengalami amnesia ini memang Zayne sentiasa selit buku nikah mereka dalam dompet.

Mujur juga Zayne masih berseluar slack dan berkemeja. Kalau dah tukar baju tidur atau berkain pelekat... Jenuh nak bagi penjelasan dan berlari ke bilik cari bukti.

Umira mengambil buku nikah tersebut. Bulat mata Umira melihat nama dan gambar yang jelas terpamer di depan mata.

Diam.

Umira duduk atas kerusi. Pause. Rewind. Explain pada diri sendiri.

Zayne duduk bertentangan dengan Umira. Tenang. Macam orang tengah briefing meeting corporate pula.

“Kau paksa aku ker?”soal Umira naif.

Aryan angkat bahu dan tergelak, “Kita sama-sama setuju. Tak ada istilah paksa. Kita bercinta. Suka sama suka.”

Umira capai bantal sofa, “Aku tak setuju...”

Aryan pandang Umira, “Dah akad pun. Sah. Dah sama-sama jalankan rutin suami isteri pun. You didn’t say no either. Okey aje. Suka. Bahagia...”

Umira melempar sebiji epal ke arah Zayne. Namun, Zayne tangkas menangkap epal tersebut.

Umira tepuk dahi, “Aku tak ingat apa-apa. Jadi, sila berambus.”

“Ini syurga kita sayang. Kenapa mesti salah seorang kena keluar? Dan abang takkan benarkan sayang sendirian. Abang perlukan sayang. Sayang perlukan abang.” Kata Zayne panjang lebar dengan nada nakal.

Umira bungkam, “Kau tidur mana?”

Zayne tunjuk bilik atas, “Bedroom.”

Umira terus bangun, “Okey. Pandai-pandailah bawa diri. Esok kita bincang semula.”

“Siapa kata tidur asing-asing? Abang suami sayang.” Kata Zayne.

No.” Balas Umira laju.

Zayne pandang Umira, “No?”

Umira tekap dada, “Kau tak boleh tidur di bilik aku.”

Zayne mengangguk, “Okay.”

Umira blurr, “…okay?”

Aryan bersandar, “Then I’ll sleep here.”

Umira makin stress. Namun, setelah meletakkan air masak ke dalam botol kosong. Umira berpaling dan selamba menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Lantak kau! Janji... aku kunci pintu bilik aku.

Zayne tersenyum kecil.

Agaknya... kalau dia nampak Awisha, dia pengsan tak? Tawa kecil singgah lagi di bibir Zayne.

Namun, beberapa saat kemudian Zayne mengeluh perlahan. Moga kabus hitam ini cepat-cepat berarak pergi.

Lambat pula umi dan abi pulang. Zayne juga dah rindukan Awisha. Umi dan abi bawa Awisha balik kampung seminggu. Ada kenduri. Zayne tak dapat pergi kerana mahu menjaga Umira.

Mana mungkin Zayne mahu meninggalkan Umira sendirian.

 

TEASER 4

Umira biasa-biasa sahaja. Bangun pagi. Masak sarapan pagi. Siram pokok. Aryan hanya memerhatikan sahaja dari ruang tamu.

“Jom makan.” Panggil Umira lembut dari balik dinding meja makan.

“Mana yang lain?”soal Umira sambil mengunyah nasi goreng merah.

Zayne memandang ke wajah Umira. Dia dah ingat ke? Tenang aje ni...

“Siapa?”soal Zayne mahu menduga.

“Awisha... Umi dan Abi... Dorang pergi mana?”soal Umira sambil merenung tunak ke wajah Zayne.

Terlepas sudu yang dipegang oleh Zayne.

“Sayang ingat?” Soal Zayne sambil bangun dan duduk di sebelah Umira.

Umira mengangguk, “Kenapa pula nak lupa?”

Zayne garu kepala sendiri.

Petang pula, Umira duduk di dapur. Letih. Zayne datang sambil membawa secawan hot chocolate untuk Umira.

Kali ini, reaksi Umira agak berbeza.

Dalam masa yang sama, Umira memandang tepat ke wajah Zayne.

“Aku tak minta.” Kata Umira dengan wajah masam.

Zayne mengangguk, “I know. But you need it...”

Umira diam. Tapi tangannya tetap juga mencapai hot chocolate yang dibuat oleh Zayne. Selamba sahaja dia minum, seteguk... seteguk. Masing-masing diam melayan perasaan hati.

Sesekali Umira mencuri pandang ke arah Zayne.

Lelaki ini bukan sekadar suami...

Dia terlalu tenang untuk jadi masalah. Terlalu dekat untuk jadi orang asing. Terlalu prihatin untuk diabaikan.

Umira pandang Zayne, “Kau tak penat ke? Tak perlu pun jaga aku. You can go anywhere. I don’t mind...”

Zayne memandang ke wajah Umira.

Zayne menjawab perlahan, “Abang suami sayang. Someone who will stayed longer than you expected. Abang tak akan ke mana-mana.”

Umira diam.

Lelaki ini hadir bukan untuk mengganggu hidupnya.

Tapi sebagai semangat dan sandaran untuk Umira temui bahagia pada masa depan yang samar-samar dalam terang.

Umira mungkin sudah ingat. Tapi segalanya masih berkabut.

 

TEASER 5

Bunyi ketukan kecil di pintu apartment Umira hampir tidak kedengaran. Namun, cukup untuk membuatkan Umira yang baru sahaja hendak merebahkan badan di katil, terbangun sendiri.

Jam di dinding menunjukkan pukul 1:47 pagi. Waktu yang terlalu lewat untuk sesiapa datang tanpa janji.

Dia menghela nafas panjang dan mencapai telefon di meja. Tiada mesej. Tiada panggilan.

Ketukan itu datang lagi.

Kali ini sedikit kuat.

Umira mengerutkan dahi. Dalam kepala, pelbagai kemungkinan melintas.

Siapa? Urgent ke?

Dia bangun perlahan, kaki melangkah ke arah pintu utama. Tangan kanan memegang tombol tetapi daun pintu masih belum dibuka.

“Siapa?” suaranya separuh berbisik.

Diam.

Beberapa saat kemudian...

“Kak Mira…” Panggil satu suara dari luar.

Suara kecil itu buat jantung Umira berdegup laju.

Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka pintu.

Dan di situ...

Seorang kanak-kanak perempuan berdiri sambil memeluk patung beruang lusuh. Rambutnya sedikit berserabut, mata bundar itu memandang dengan harapan.

“Awisha?” Soal Umira terpinga-pinga.

Belum sempat Umira bertanya apa-apa, tubuh kecil itu terus meluru masuk dan memeluk pinggangnya, erat.

“Wisha tak boleh tidur.” Rengek Awisha manja.

Umira terpaku beberapa saat, sebelum tangannya spontan membalas pelukan itu. Hangat. Menenangkan.

Pelik betul Zayne ini. Cubalah prihatin sikit dengan anak. Boleh pula dibiarkan si kecil ini sendirian. Umira mengerutkan dahi sendiri. Tak mungkin...

Tapi sejak bila pula Zayne ini tak ambil peduli pasal Awisha. Errkkk!

“Kenapa Wisha kat sini? Papa mana?” Soal Umira.

Apabila diseru-seru sebegitu, seorang lelaki muncul dari arah belakang.

“Papa kat sini.” Kata Zayne selamba.

Umira mendongak.

Zayne Zayan berdiri di luar pintu, bersandar santai pada dinding batu. Lengkap dengan hoodie hitam dan topi yang ditarik rendah bagi menutup sebahagian wajahnya.

Tapi walau cuba disorokkan, aura itu tetap ada.

Aura seorang lelaki yang dikenali satu Malaysia.

Umira menghela nafas panjang, “Seriuslah… sekarang ini dah hampir dua pagi. Buat apa kat sini?”

 

TEASER 6

“Wisha nak jumpa you. Dia tak nak tidur kalau tak jumpa you.” Zayne bagi ayat penyata.

Umira memandang Awisha di dalam pelukannya itu.

“Wisha… betul ke ni?” Soal Umira inginkan kepastian.

Awisha mengangguk laju dan pipinya masih melekat di perut Umira.

“Wisha nak makan aiskrim… tapi Papa tak bagi.” Omel Awisha dengan wajah masam tanda merajuk.

Umira menutup mata seketika.

Ya Allah. Ini bukan sekadar tak boleh tidur. Ini mogok aiskrim.

Umira kembali memandang Zayne, tajam.

“You bawa anak you ketuk pintu rumah I semata-mata sebab aiskrim?” Soal Umira sambil memegang dahi.

Zayne tersenyum. Tenang. Seolah-olah itu perkara biasa.

You manager I, kan? So… handle lah.” Balas Zayne selamba.

Umira hampir tercekik apabila mendengar kata-kata itu.

I manager you, bukan babysitter!” Balas Umira tegas.

“Tapi sekarang... You tolong pikul dua-dua tanggungjawab tu. Pening I bila dia merengek nak you...” Balas Zayne.

Awisha di dalam pelukan Umira tiba-tiba mendongak. Arh, budak ini pula buat muka simpati dia! Banyak kali Umira cuba bertegas dengan tugas dan tanggungjawabnya.

Tapi bila berdepan dengan anak kecil ini, gagal. Benteng seteguh tembok besar China pun, runtuh.

“Kak Mira, please…” Pujuk Awisha lagi.

Umira pejamkan mata. Itu sahaja. Satu ayat ringkas dengan mata bulat yang mula berkaca.

Dan seperti biasa... Umira kalah. Dia mengeluh, kemudian mengusap kepala Wisha perlahan.

“Okey… tapi aiskrim sikit je. Lepas tu tidur.” Kata Umira dengan senyuman.

Awisha terus tersenyum lebar, “Yay! Kak Mira best!”

Zayne ketawa kecil di pintu, “See? Dia memang suka you.”

Umira menjeling tajam, “You ni… memang tak guna langsung sebagai papa. Budak kecil ni pun tak pandai pujuk. Cubalah guna ayat elok-elok... Pujuk dia tidur...”

Zayne hanya mengangkat tangan tanda surrender.

“Eh, I cuba. Tapi clearly… I kalah dengan you.” Tutur Zayne.

Beberapa minit kemudian, di ruang tamu kecil keadaan bertukar menjadi suasana yang… aneh.

Di satu sisi, Umira duduk di sofa dengan semangkuk kecil aiskrim vanila di tangan dan menyuapkan perlahan ke mulut Awisha yang duduk di riba.

Di sisi lain, Zayne bersandar di kerusi sambil memandang mereka berdua dengan satu ekspresi yang sukar ditafsir.

Tenang. Bahagia. Dan… sedikit lama. Pintu utama dibiarkan terbuka luas.

“You jangan pandang macam tu boleh tak?” Umira bersuara tanpa melihat.

Zayne mengangkat kening, “Macam mana?”

“Macam… kita ni keluarga.” Balas Umira selamba.

Nak bercakap dengan Zayne Zayyan ni kena jelas. Kalau berlapik nanti boleh jadi mental layan gila dia.

Senyap. Beberapa saat berlalu. Kemudian Zayne bersuara, perlahan.

“Tak boleh ke?” Soal Zayne tanpa riak.

Sudu di tangan Umira terhenti seketika. Dia tidak menjawab.

Awisha yang tidak sedar apa-apa menarik tangan Umira agar terus menyuap lagi aiskrim ke dalam mulutnya. Setelah habis, Awisha tersenyum puas.

“Sedap…” Soal Umira lembut.

Dalam masa yang sama, Umira menarik nafas perlahan. Cuba menenangkan diri. Tahu, Zayne memerhati segala gerak-gerinya.

“Dah habis. Lepas ni tidur.” Kata Umira lebih lembut.

Setengah jam kemudian, Awisha akhirnya terlelap. Merengek tak mahu balik.

Kepalanya bersandar di bahu Umira dan nafas kecilnya teratur. Patung beruang masih dalam pelukan.

Umira bergerak perlahan. Cuba bangun tanpa mengejutkan anak kecil itu. Niat hati mahu mengejutkan juga Awisha agar memudahkan Zayne membawa anaknya ini pulang. Dan Umira sendiri perlukan katil dan tilamnya untuk tidur. Esok, Umira perlu bekerja.

Namun sebelum sempat Umira bangun...

“Aku ambil.” Kata Zayne tenang.

Suara Zayne dekat di belakang.

Belum sempat Umira membantah, lelaki itu sudah mendekat dan mengambil Awisha dengan penuh berhati-hati. Gerakannya lembut. Berbeza dengan sikap selambanya tadi.

 

 

 

 

TEASER 7

Umira memerhati dalam diam. Ada sesuatu tentang cara Zayne menguruskan Awisha yang mencuit hati Umira.

Hati Umira tersenyum diam-diam.

“Thanks.” Kata Zayne ikhlas sambil menatap anak mata bundar milik Umira.

Suara Zayne perlahan.

Umira tersentak sedikit, “For what?”

For… being here. For her.” Balas Zayne.

Jelas dan tenang.

Umira menelan liur.

“I cuma buat kerja I. Erm, not my official task. But I’m happy... Sebab dapat bantu Awisha.” Balas Umira tergagap-gagap.

Zayne tersenyum kecil, “Thanks a lot. Ini di luar tugas you. Tapi... Terima kasih sebab layan anak I dengan baik.”

Mata mereka bertemu seketika. Dan entah kenapa, Umira cepat-cepat mengalihkan pandangan.

Zayne bersedia untuk berpusing dan berdiri di daun pintu. Awisha masih lena di dalam dukungannya.

Next time… You kena belajar pujuk Awisha. You, papa dia. Lagipun, kalau orang luar tahu. Buruk reputasi you tu...” Kata Umira tenang.

Zayne mengangguk, “Relax. I pakai hoodie. Kalau ada yang skodeng pun... Tak dapat the real me.”

Umira menjeling.

“I serius.” Kata Umira.

Zayne diam. Itulah hakikatnya. Dia bukan lelaki biasa. Dia milik umum. Milik peminat. Milik dunia.

Dan dunia itu tidak akan faham jika mereka nampak apa yang berlaku ini.

Seorang penyanyi nombor satu negara… dengan seorang anak kecil dan seorang wanita yang bukan sesiapa.

“Atau... You risau pasal diri you?” Zayne bersuara perlahan.

Soalan itu membuatkan Umira terdiam.

Dia sendiri tak pasti jawapannya. Akhirnya dia hanya menggeleng.

“Pergilah. Dah lewat. I pun nak tidur...” Kata Umira tegas nadanya.

Zayne mengangguk.

Namun, sebelum Zayne melangkah keluar dari rumah Umira, satu suara kecil tiba-tiba kedengaran.

“Mama…” Panggil Awisha dalam tidurnya.

Umira tersentak.

Zayne juga.

Awisha menggeliat sedikit dalam dukungan papanya dengan mata yang masih tertutup.

Mata Umira dan Zayne bertaut.

“Mama Mira…” Luah Awisha lagi sekali dan kali ini lebih tepat sasarannya.

Dunia terasa terhenti seketika. Umira kaku di tempatnya.

Zayne perlahan-lahan berkalih memandang ke arah Umira lagi dan lagi.

Satu pandangan yang terlalu dalam... Terlalu jujur. Dan terlalu berbahaya. Umira menelan liur.

“Itu… dia mengigau je.” Kata Umira cuba tenang dan tersenyum.

Zayne tidak menjawab.

Beberapa saat berlalu sebelum dia akhirnya mengangguk perlahan.

“Yeah… maybe.” Kata Zayne perlahan.

Namun, cara Zayne memandang Umira.

Seolah-olah dia tidak percaya itu sekadar mimpi.

Rasanya mahu direalitikan agar Awisha mendapat kasih sayang yang selayaknya tanpa perlu merayu.

Figura Zayne sudah hilang dari pandangan. Sunyi kembali mengisi ruang tamu itu.

Cepat-cepat Umira menutup pintu.

Gila!

Umira berdiri di situ untuk beberapa saat, tidak bergerak. Tangannya masih terasa hangat. Seolah-olah pelukan kecil tadi belum hilang.

Dan entah kenapa… Dadanya terasa kosong.

Dia mengeluh perlahan sambil berjalan kembali ke sofa dan duduk sambil memeluk kusyen.

Ini salah… Bisiknya sendiri. Dia tahu batasnya. Dia tahu siapa Zayne. Dia tahu siapa dirinya.

Namun pagi ini…

Segalanya terasa terlalu nyata. Terlalu… rapat dan dekat seperti keluarga.

Bahagia.

Umira memejamkan mata. Kemudian, Umira menggaru kepala yang tak gatal. Aku buat apa lagi kat sini? Masuk biliklah. Tidur. Bebel Umira pada diri sendiri dan terus melangkah ke tingkat satu.

Sampai sahaja di bilik, Umira berbaring dan memandang siling.

Sebelum lena datang, satu suara kecil masih terngiang di telinganya...

“Mama Mira…” Panggil Awisha lembut dan manja.

Dan buat pertama kali sejak dia menerima kerja itu... Umira mula takut. Bukan pada skandal. Bukan pada peminat. Tetapi pada hatinya sendiri.

 

TEASER 8

eritan itu memecah ruang stadium.

“Zayne! Zayne! Zayne!”

Bunyi ribuan suara bersatu, bergema hingga ke belakang pentas.

Lampu-lampu sorot berkelip, muzik latar berdentum kuat dan seluruh ruang terasa hidup.

Seolah-olah dunia hanya berputar di atas satu nama.

Zayne Zayan.

Di hadapan cermin besar dalam bilik persalinan.

Lelaki itu berdiri tegak, lengkap dengan jaket kulit hitam yang terletak sempurna di bahunya.

Rambutnya disisir rapi, wajahnya tenang. Terlalu tenang untuk seseorang yang bakal naik ke pentas terbesar malam ini. Mungkin Zayne sudah terbiasa dengan rutinnya sebagai performer.

Namun di belakangnya... Umira tidak tenang. Macam dia pula yang nak buat konsert solo.

Mic check dah settle. Setlist confirm. Wardrobe second half dah standby. Air mineral letak tepi stage. Security pun dah clear...” Bebel Umira seorang diri.

You nervous, ke I nervous?” Soal Zayne cuak.

Suara Zayne memotong santai.

Umira berhenti bercakap dan memandang refleksi lelaki itu di cermin.

“I tak ada masa nak nervous. I tengah buat kerja.” Balas Umira.

Zayne tersenyum kecil.

Relax lah, Mira. You macam nak pergi berperang.” Usik Zayne dengan senyum tawa kacak.

“Ini lagi teruk dari perang. Ini you.” Bebel Umira dengan nada yang tegas.

Zayne ketawa perlahan dan berpaling menghadapnya.

“You ni… sejak bila jadi garang macam ni?” Soal Zayne tak puas hati.

Umira mencebik, memandang tablet di tangan.

“Sejak I kena jaga artis yang suka bawa masalah peribadi walaupun di luar waktu kerja...” Luah Umira spontan.

Aryan mengangkat kening dan senyumannya semakin lebar.

“You boleh buat pilihan sendiri... I tak paksa.” Kata Zayne senada.

Umira terus memandang  Zayne tajam, “You jangan nak mula yea. Jangan buat I sakit kepala...”

Umira pamer wajah masam.

“Mula apa? I cakap benda betul kot...” Zayne melangkah sedikit dekat.

Jarak antara mereka semakin rapat.

Terlalu rapat.

Sehingga Umira dapat mencium bau  perfume Zayne yang lembut tapi cukup untuk buat dia sedikit… hilang fokus.

Umira cepat-cepat mengundur setapak.

Go warm up. Lima minit lagi.” Kata Umira tegas dengan muka ketat.

Zayne tidak bergerak. Sebaliknya, dia hanya memandang Umira.

Lama.

Seolah-olah ada sesuatu yang ingin dikatakan, tetapi ditahan.

Akhirnya dia menghela nafas kecil.

“Yes, boss.” Kata Zayne akhirnya.

Lampu pentas padam. Beberapa saat sunyi.

Kemudian, muzik meledak... Dan nama itu kembali bergema berkali-kali.

“ZAYNE ZAYYAN!”

Lampu menyala terang.

Zayne Zayyan muncul di tengah pentas.

Dan sekelip mata. Dia berubah. Daripada seorang lelaki santai di belakang pentas… Menjadi bintang yang memukau ribuan manusia.

Suara emasnya memenuhi ruang, setiap nada sempurna dan setiap gerak penuh karisma. Peminat menjerit, melompat dan menangis. Seolah-olah setiap lirik itu milik mereka.

Namun di belakang pentas...

Umira berdiri di sudut gelap, headset di telinga. Matanya tidak pernah lepas memandang ke skrin monitor.

Camera 2, closer. Lighting slow fade. Yes, sekarang!”

Arahan keluar tanpa henti.

Tangan bergerak pantas, otak bekerja dua kali ganda.

Tetapi di sebalik semua itu. Matanya tetap mencari satu wajah.

Zayne.

Dan setiap kali lelaki itu berpusing, setiap kali dia mendekati hujung pentas. Seolah-olah… Dia mencari seseorang. Dan setiap kali mata mereka hampir bertemu. Umira cepat-cepat mengalihkan pandangan. Fokus, Umira… Bisik Umira dalam hati.

Di tengah persembahan, muzik perlahan mula mengambil alih. Lampu menjadi malap. Suasana berubah. Ini turn lagu balada.

Zayne berdiri di tengah pentas, mikrofon di tangan dan wajahnya sedikit berbeza dari tadi. Lebih tenang. Lebih… jujur.

“Lagu seterusnya. Untuk seseorang yang… mungkin tak pernah tahu.” Suara Zayne bergema perlahan.

 

TEASER 9

“You tak sayang kerjaya you? Zayne, be serious. Jangan buat benda bodoh, bole?” Luah Umira tanpa riak.

“Siapa yang buat benda bodoh. I kerjalah ni...” Balas Zayne selamba.

“Hmm.” Tutur Umira sepatah.

Hilang kosa kata. Malas nak bertikam lidah dengan Zayne. Pening kepala jika dilayan. Nanti boleh jadi gila. Tambah serabut lagi ada.

Zayne mendekat lagi sedikit, “You selalu kerja. Tapi mata you… tak boleh tipu.”

Umira terasa nafasnya sedikit sesak, “You jangan nak perasan lebih sangat.”

“Do I?” Soal Zayne dengan suara garaunya.

Sunyi seketika. Bunyi krew di sekeliling seperti menjauh. Hanya mereka berdua di dalam ruang kecil yang penuh dengan sesuatu yang tidak diucapkan.

“Zayne...” Umira jeda lagi.

“I cari you atas pentas tadi.” Kata Zayne akhirnya mengaku.

Ayat itu membuatkan Umira kaku.

“I tahu you ada kat belakang. Dan setiap kali I pandang… I harap you pandang I balik.” Kata Zayne mendatar.

Suara Zayne perlahan tapi jelas.

Umira menelan liur. Jantungnya berdegup kuat. Ini salah. Ini sudah terlalu jauh.

“Zayne, kita kena...” Umira jeda.

“Kita apa?” Soal Zayne yang cuba menyampuk lembut.

Umira memejam mata sekejap, “Mereka semua tengok you.”

“Let them.” Bisik Zayne perlahan.

“You bukan milik I.” Kata Umira tegas.

Zayne terdiam. Untuk pertama kali... Senyumannya hilang sedikit.

“Dan you?” Soal Zayne dengan nada tak puas hati.

Soalan itu perlahan. Tetapi cukup berat. Umira membuka mata. Memandang tepat ke arahnya.

“I manager you.” Balas Umira tegas.

 

TEASER 10

“We need to talk...” Kata Datin Zailah dengan suara mendatar.

Nada suaranya cukup untuk membuatkan suasana menjadi berat. Umira mengangguk, menutup laptop.

“Duduk.” Kata Datin Zailah.

Arahan itu ringkas.

Dan Umira menurut.

Beberapa saat berlalu tanpa kata. Datin Zailah membuka fail di tangannya dan membelek beberapa helaian sebelum dia akhirnya bersuara.

“Awak tahu kenapa Zayne berada di tahap ini sekarang?” Soal Datin Zailah.

Soalan itu kedengaran mudah.

Namun, Umira tidak menjawab sembarangan.

“Disiplin. Konsistensi. Dan… sokongan pasukan.” Jawab Umira sedikit gugup.

Datin Zailah mengangguk perlahan.

“Betul. Tapi ada satu lagi perkara yang paling penting.” Kata Datin Zailah tegas.

Dia mengangkat muka, memandang tepat ke arah Umira.

“Kawalan.” Kata Datin Zailah sepatah.

Sunyi.

Umira hanya diam dan menunggu.

“Zayne Zayyan bukan sekadar penyanyi. Dia jenama. Dia produk. Dia pelaburan berjuta ringgit.” Kata Datin Zailah dengan bangganya.

Setiap perkataan disebut dengan jelas.

“Dan produk… tidak boleh rosak.” Sambung Datin Zailah lagi.

Umira menelan liur, “Ada apa-apa isu ke, Datin?”

Datin Zailah menutup fail itu perlahan.

“Semalam. Di Apartmen awak.” Kata Datin Zailah dan jeda.

Dunia Umira terasa berhenti. Jantungnya berdegup kuat. Dia cuba kekal tenang.

“Apa maksud Datin?” Soal Umira panik.

Datin Zailah menyandarkan badan ke kerusi, “Jangan buat saya ulang dua kali.”

Nada suaranya masih tenang. Tapi cukup tajam untuk melukakan.

“Ada orang yang nampak Zayne masuk ke apartmen awak. Dengan seorang budak perempuan.” Kata Datin Zailah dengan wajah tegang sambil merenung tepat ke anak mata Umira.

Umira menggenggam tangannya di bawah meja, “Budak itu anak Zayne.”

“Saya tahu.” Balas Datin Zailah senada.

Jawapan itu pantas.

“Dan itu lebih bahaya.” Kata Datin Zailah lagi dengan satu keluhan besar.

Umira terdiam.

“Awak sedar tak kalau benda ni keluar, kerjaya Zayne hancur... Imej single and available sebagai Penyanyi nombor satu negara, terpadam. Populariti merudum. Orang akan kata Zayne Zayyan, penipu.” Datin Zailah menyambung.

Umira terkesima.

Setiap perkataan seperti menekan dada Umira.

“I… I jaga keadaan. Tak ada siapa ambil gambar.” Kata Umira sedikit goyah.

“Belum berlaku...” Balas Datin Zailah sepatah.

Datin Zailah memperbetulkan, “Belum bukan bermaksud tak akan tertangkap.”

Sunyi seketika. Kemudian...

“Dan satu lagi.” Kata Datin Zailah.

Umira mengangkat muka.

Datin Zailah memandang Umira lama, “Terlalu banyak masa yang awak habiskan dengan dia… di luar skop kerja.”

Darah Umira terasa sejuk, “Datin, saya cuma...”

“Saya tak tanya. Saya beritahu.” Kata Datin Zailah tenang tanpa riak.



No comments:

Post a Comment