Friday, October 17, 2025

REDUP RENUNGAN MATA LUTFAN

 

TEASER REDUP RENUNGAN MATA LUTFAN

 

Pemandangan di Pantai Kemasek begitu mengujakan perasaan Marissa sehingga senyuman semanis nekbat terukir di bibirnya. ‘Macam dalam lukisan. Cantik dan nampak hidup.’ Marissa tersenyum lagi. Sejak datang ke Pantai Timur ini, Marissa sendiri sudah tidak mampu mengira berapa banyak pantai yang telah dia singgah. Untung juga Marissa,

Sofy dan Abang Haris mengikut along a.k.a Muqri ke bumi penyu bertelur ini. Malangnya, mereka terpaksa melilau tanpa Muqri. Sibuk benar alongnya itu dengan projek lanskap di Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

 

Marissa pula pantang nampak laut pasti ditariknya tangan Sofy untuk berenang-renang di tepian pantai. Kulit Marissa dan Sofy pun sudah mula menegang dan kemerahan. Haris sekadar menggelengkan kepala melihat tingkah keanak-anakkan Marissa dan Sofy.

 

Matanya tak lepas memantau pergerakan dua gadis kesayangan Muqri.

 

Mata Haris melilau mencari tandas awam. Tak boleh ditangguhkan lagi hajatnya ini. Jika Haris mahu menunggu budak dua orang ini berhenti main air, bimbang memberi peluang penyakit batu karang pula dialaminya nanti jika ditangguhkan.

 

“Sofy.” Jerit Haris lantang.

“Apa dia? Tak nak mandi ke?”soal Sofy sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Haris.

“Aku nak ke tandas. Rissa tu jangan dibiarkan berenang ke tengah pula.” Jerit Haris lagi.

Marissa sudah buat muka mengejek.

 

Haris selalu melayan Marissa macam budak tadika. Kalau Haris ada bersama mereka. Marissa berasa macam klon Muqri dan Mifzal ada di sisi memerhatikan dirinya. Sudahlah, Sofy ini pun very protective.

 

Lapang dada Marissa apabila Haris tiada memantau mereka. Nak main air pun rasa tak selesa.

 

Scary tengok pandangan mata Haris apabila melihat Marissa dan Sofy dalam keadaan basah kuyup kena air masin ini.

 

Tapi tak adalah macam lelaki kasanova sangat. Cuma mata tersebut tajam memandang mereka macam mata Tarabas dalam Movie Fantaghiro yang pernah meletop satu masa dahulu.

 

‘Hehehe… Kalau Abang Haris tahu, apa yang sedang Marissa fikirkan tentang dirinya pasti Marissa kena tazkirah lagi.’

 

Padahal kalau Abang Haris tiada, maka tak dapatlah Marissa dan Sofy merayap sesuka hati. Berkurung sahaja dalam bilik seperti kebiasaannya.

 

“Rissa, aku nak minum air jap. Nanti aku datang balik. Stay here.” Arah Sofy tegas.

Marissa sekadar mengangguk dan tersenyum manis.

 

Namun, tak sampai lima minit Sofy cemas melihat Marissa di bawa ombak menjauh dari pantai.

 

Belum sempat Sofy menjerit, kelihatan seorang lelaki sasa seusia atau mungkin lebih berusia daripada Muqri dan Haris telah berenang ke tengah untuk menyelamatkan Marissa.

 

Sofy sudah terduduk di gigi air.

Dari jarak seratus meter kedengaran Haris menjerit lantang, “Marissa.”

 

Namun kaki Haris kaku terpasak di pasir pantai. Sesungguhnya, Haris panik melihat situasi tersebut. Apatah lagi melihat Marissa yang terumbang-ambing dipukul ombak.

Sofy berasa lega apabila lelaki sasa itu dapat menyelamatkan Marissa. Pantas sahaja Sofy menghampiri Marissa yang berada dalam dukungan dan pelukan lelaki sasa itu.

 

Tubuh Marissa diletakkan di atas pasir pantai.

Cekap sahaja lelaki sasa itu menekan dada Marissa agar keluar semua air masin yang memasuki rongga mulut dan ruang di dalam dada Marissa.

 

Sofy menarik nafas panjang apabila Marissa sudah sedar dan terbatuk-batuk akibat tertelan air masin tadi. Nasib baik Marissa sudah sedar jika tidak Sofy perlu mempraktikkan CPR pada Marissa. Sudahlah Sofy tidak ingat, bagaimana cara melakukan CPR tersebut. Ilmu JPAM dalam menangani lemas di dalam air ini perlu diasah lagi. Agaknya banyak sangat minum air gula sampai otak pun bersemut dan mudah lupa. Tekad dalam hati, tidak mahu meremehkan ilmu bantuan kecemasan sebegini. Ini baru CPR, belum lagi teknik Heimlich Maneuver jika tercekik.

 

Tiba-tiba...

Sofy terkejut gila melihat Haris yang tanpa berfikir panjang telah menumbuk wajah lelaki yang menyelamatkan Marissa. Masing-masing diam tak berkutik kerana terkejut dengan situasi tegang tersebut. Tanpa sebarang kata, lelaki sasa itu bangun dan meninggalkan mereka bertiga. Marissa yang separa sedar blurr dengan situasi tersebut. Terus Marissa memeluk tubuh Sofy erat.

 

Haris mencerlung pandang wajah Marissa dan Sofy silih berganti.

 

Peristiwa tadi membuat nafas Haris terasa mahu berhenti. Kakinya terpaku di pasir pantai apabila melihat Marissa terkapai-kapai di lambung ombak. Nasib baik ada seorang lelaki yang pantas bertindak menyelamatkan Marissa yang sudah tidak mampu melawan ombak.

 

“Aku dah cakap jaga dia. Kau pun tahu kan dia amanah Muqri pada kita. Kalau apa-apa jadipada Marissa pasti Muqri tak akan memaafkan kita berdua. Sama-sama lalai jaga adik perempuan tunggalnya.”

 

Marissa mendengus kasar, “Tak perlu nak salahkan Sofy. Rissa yang salah. Lagipun benda dah jadi, Rissa pun dah selamat. Sofy tu bff Rissa merangkap bakal tunang Abang Muqri, sudah tentu dia akan sentiasa mahu menjaga Rissa. Jangan nak tengking dia sesuka hati pula. Panik tak tentu pasal. Kita yang lemas, dia pula yang kekwat.”

 

“Rissa.” Tegur Sofy lembut.

 

“Tak payah nak memujuk. Bengang betul Rissa. Tak sempat nak berterima kasih pada lelaki tadi. Orang dah selamatkan Rissa tapi Abang Har pergi tumbuk muka dia. Dah kenapa? Tak ada adab…”

 

“Dia peluk tubuh Rissa. Mestilah abang bagi sebiji.” Jelas Haris sedikit nyaring.

“Terima kasih sebab nak jaga aurat dan maruah Rissa. Tapi keadaan darurat kan tadi. Kalau dia nak buat tak elok kat dalam air tadi dia dah raba Rissa. Ada abang nampak ke? Kalau dia tak peluk, macam mana dia nak selamatkan Rissa? Akal Abang Har ni yang Rissa rasa dah hanyut lemas kat dasar Laut China Selatan tu.” Marissa membidas kasar.

Sofy tergelak mendengar bidasan kata yang keluar daripada mulut Marissa. Ada betulnya juga kata-kata Marissa itu.

 

Haris ini dah mereng agaknya. Cemburu tak bertempat. Sudahnya, pengorbanan lelaki hot tadi untuk menyelamatkan nyawa Marissa dibalas dengan tumbukan padu Haris yang cemburu buta. Marissa pamer muka cemberut. Panas betul hati Marissa mengenangkan perangai tak semenggah Haris.

 

Patutnya orang berbudi, kita berbahasa. Mana pergi entah lelaki hot tadi. ‘Seketika dia

terbuai dengan haruman yang ditinggalkan oleh lelaki hot tadi. Sedihnya sebab dia tak sempat nak lekatkan gambaran wajah lelaki hot tu dalam fikirannya.’

 

Marissa sudah bangun dan berjalan menuju ke kereta. Haris memandang ke arah Sofy dengan

wajah masam.

“Maaf.” Luah Haris perlahan.

 

“Tak apa. Sofy faham. Sofy pun… ada salah juga tadi. Tak sepatutnya Sofy biarkan Rissa yang tak tahu berenang tu dalam air. Tapi bro nampak sangat cemburu buta tu. Jangan Rissa salah mentafsir sudah.” Sofy tersenyum sambil berkata dengan nada yang perlahan..

 

“Aku panik,”balas Haris perlahan.

 

Haris tidak mampu membalas pandangan mata Sofy.

 

“Panik? Cemburu namanya tu bro. Teruk sangat. Apabila kebaikan orang, dibalas dengan

kekasaran. Cuba bayangkan kalau lelaki hot itu tak selamatkan Rissa? Bro nak dia mati lemas ke?”soal Sofy bertubi-tubi.

 

“Lelaki hot? Ergh. Stress aku dengar gelaran itu. Memang patut pun dapat penumbuk aku.” Luah

 

Haris geram.

 

Belum sempat Sofy membidas semula, Haris sudah menyambung bicaranya.

 

“Kau nampak kan, lelaki tu peluk Rissa macam mana. Sudahlah dia tak berbaju. Aku…”

Haris berhenti berkata-kata dan cuba menahan rasa amarah yang masih tersisa.

Sofy menarik nafas panjang.

 

“Bro cemburu tu. Kita mandi pantai. Lelaki itu pun mandi pantai. It’s a normal situation, bro. Sepatutnya bro berterima kasih terlebih dahulu.” Bidas Sofy tegas.

Haris sudah menarik nafas panjang. ‘Memang aku cemburu jika ada lelaki lain yang berani sentuh Marissa Syauqi.’ Sekilas Haris memandang ke arah Marissa yang masih berwajah masam akibat kejadian tadi. Pasti Marissa akan tarik muka dan merajuk dengan dirinya dalam beberapa hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment