DAMAI BERSAMA
BINTANG - Pertemuan ini
begitu mudah, Ashdaq Emry tak perlu bersusah untuk mencari anak perempuan Hadad.
Gadis itu datang sendiri dan mesra.
“Sorry. My
mistake. Are you Malaysian?”- Ashdaq
Gadis itu mengangguk.
“Shadhia. Shadhia binti Hadad. Pelajar Tahun Akhir
Universiti Tokyo.” Shadhia
Buk. Terjatuh beg sandang Ashdaq tatkala mendengar gadis
di hadapannya ini memperkenalkan diri. Cantik gila anak Hadad ni.
Astaghfirullah. Baru ada niat nak buat pick up line banyak-banyak tadi. Mana
tahu sangkut. Takdir Tuhan. Mungkin niat Ashdaq Emry memang ikhlas mahu
membantu Hadad maka dipermudahkan urusan. Apatah lagi, doa Hadad dan Ibu Alijah
mengiringinya.
“Abang, okey ke?”soal Shadhia blur.
Nak panggil Uncle tapi tak sampai hati. Kacak
sangat. Tak sesuai. Elok jadi calon pengganti si Wariq ni. Papa selalu kata
bahawa setiap pertemuan itu ada cerita. Bukan sesaje Tuhan wartakan. Jadi
mungkin Ashdaq Emry ni lelaki yang dihantar oleh Allah SWT untuk mengubat duka
di hati Shadhia. Ashdaq Emry... Nama pun sedap je nak sebut. Tak tergeliat
pun lidah nak sebut berulang kali. Tak macam nama Wariq Zeemat tu. Huh...
Bagi Ashdaq... Antara Ashdaq dan Shadhia perlu ada
benteng yang memisahkan jurang hati. Agar hati tak terpesong.
“Panggil saya Uncle...” -Ashdaq
“Selalunya lelaki macam abang ni... Suka kalau perempuan
panggil abang.” -Shadhia
“Saya dah tua, Shadhia. Hampir dua puluh tahun lebih tua
daripada kamu.” Ashdaq
“What to worries? Papa Sha kata... A man life
begin at forty.” - Shadhia
Hampir tersembur air yang diminum oleh Ashdaq.
Cepat-cepat Shadhia hulurkan tisu yang memang terletak elok di atas meja.
Senyuman mekar bertandang di hati Shadhia.
Misi Ashdaq Emry bukan biasa-biasa. Diamanahkan untuk
menjadi mata-mata demi keselamatan anak dara BFFnya yang belajar di luar
negara. Ashdaq yang memang mahu lari dari realiti hampa di dunia nyatanya,
bersetuju untuk terbang ke negara Jepun. Untuk merawat luka dan membantu BFFnya.
“Abang ni suka
saya yea? Sampai duk mengekor saya dua tiga hari ni. Saya sedar tau keberadaan
abang ni. Saya saja buat tak tahu.” – Shadhia
Ashdaq blurr mendengar ayat-ayat yang keluar daripada
mulut Shadhia.
“Sorry. My mistake. Less respect for your privacy.”
-Ashdaq
Hadad meroyan bila keselamatan anak daranya menjadi
taruhan. Berharap agar Ashdaq berjaya membawa Shadhia pulang ke Malaysia dengan
selamat. Tapi Shadhia bukan mudah untuk diarah sesuka hati. Dan Hadad rasa
serba salah apabila anaknya bagi masalah pada Ashdaq yang memang dah terbeban
jiwanya dengan masalah sedia ada.
“Uncle Ashdaq tu sebaya
Papa. Hilang ingatan ke? Sha jangan jadi kurang sopan pula dengan dia. Hormat
sikit orang tua. Papa tak ajar tau anak dara Papa jadi manusia kurang
adab.”-Hadad
“Kalau buat dia jatuh cinta, boleh tak Papa?”-Shadhia
Bila Shadhia mengubah sasaran ke arah Ashdaq Emry,
berjayakah lelaki itu mengawal emosi?
“Jangan duk berabang sangatlah. Aku ni sebaya ayah kau
tau. Sana sikit. Cuba simpan kemesraan tu pada yang halal.” -Ashdaq
Jadi, bagaimanakah
kesudahan kisah Ashdaq Emry dan Shadhia? Damai Bersama Bintang merupakan kisah stranger
become a lover. But not really a stranger because that handsome man was
her father’s childhood friend a.k.a best friend forever. Bagaimana dengan
Hadad pula? Bolehkah menerima Ashdaq Emry sebagai calon menantu pada anak
tunggalnya? Berjayakah Ashdaq Emry membina benteng hati seteguh Tembok Besar
Cina? Sedangkan si naughty girl tu banyak betul tricky plannya.
Jangan lupa untuk
memiliki DAMAI BERSAMA BINTANG.
No comments:
Post a Comment