Tuesday, November 11, 2025

DATING APP

 

BLURB: DATING APP

DATING APPS mengisahkan Leyla Samira yang mencari cinta tapi takut menerima mana-mana lelaki yang ada di depan mata. Semuanya serba tak kena di mata Leyla. Umur dah masuk 26 tahun tapi tak pernah bercinta. Tak pernah menyukai mana-mana lelaki.
Sudahnya, Kak Ngah gatal tangan daftar akaun Dating Apps atas nama Leyla dengan gelaran Beatiful Soul.

Tiba-tiba, Beautiful Soul dipadankan dengan seorang jejaka bernama Mr. Beku dengan gambar profil King Kong. Kak Ngah tertekan accept.

Accepted.
Sejak itu, dunia Leyla berubah.


ABANG LONG: Memang dorang kat dating apps ini mencari cinta. Tapi kena hati-hati, takut ada yang mencari mangsa.

KAK NGAH: Buaya darat bunyi macam mana?

LEYLA SAMIRA: Buaya darat bunyinya begini... Hai, sayang... (Dengan wajah gatal)

Leyla baru tahu apabila ada lelaki acah-acah boyfriend yang prihatin padanya, membuatkan hari-harinya bertambah indah.

Jiwa rasa disirami hujan cinta dan dilakar pelangi bahagia.

Tiba masa, Mr. Beku ajak bertemu. Leyla tak mampu menolak kerana hati Leyla pun mahu mengenali Mr. Beku di alam nyata. Maka mereka bertemu.

Apa yang berlaku? Siapakah Mr. Beku?

MR. BEKU: Cinta ini adalah takdir yang bisa mengubah arah dan mencipta sejarah. Cinta ini dekat tapi jauh. Kini, cinta ini dekat dan penuh surprise.



RANDOM TEASER 1: DATING APP

Segak berjubah putih, Qaid Haiyan berjalan laju merapati Luth Shafy. Kelihatan, beberapa orang jururawat berbisik-bisik sesama sendiri. Apabila doktor kacak berada di depan mata, memang akan jadi gosip of the day. Apatah lagi, wujud pula si Luth Shafy yang boleh tahan kacak juga.

Umpama menyaksikan catwalk Hero Remaja. Indahnya ciptaan Tuhan.

Dahi Qaid Haiyan berkerut seribu sambil memandang ke wajah Luth Shafy.

“Kenapa kau kat sini?”soal Qaid pelik.

Cut the word. Sekarang ini, boleh tak kau tolong tengokkan Leyla dulu...” Kata Luth dengan wajah resah dan panik.

“Leyla?” Soal Qaid cuba bertenang.

Luth mengangguk laju dan menarik lengan Qaid menuju ke wad.

Masuk sahaja ke bilik tersebut, kelihatan Leyla terbaring lena di situ dengan botol drip tergantung di sebelah kiri katil.

“Sejak bila?”soal Qaid sambil membuat pemeriksaan ringkas pada Leyla.

“Sejak jam 2 pagi tadi.” Balas Luth Shafy ringkas.

Luth ingatkan Qaid on duty awal pagi tadi. Rupa-rupanya, jam lapan pagi baru Qaid datang bertugas. Kata jururawat yang bernama Arina, malam tadi Doktor Qaid balik lambat sebab ada minor operation.

Jadi, Luth pun tak mahu mengganggu waktu rehat dan waktu tidur Qaid. Tahu, Qaid penat. Walaupun, Luth yakin yang Qaid akan bergegas datang ke QH jika diseru.

Dalam masa yang sama, Qaid mengambil telefon di kocek seluarnya dan membuat panggilan. Siapa lagi yang nak dihubungi Qaid jika bukan doktor yang bertanggungjawab merawat Leyla pada awal pagi tadi...

Qaid Haiyan menarik nafas panjang. Dalam masa yang sama, Qaid cuba memberi penjelasan kepada Luth berkaitan keadaan kesihatan Leyla selepas dirawat.

Luth yang kalut sedikit lega apabila Doktor Haniya yang merawat Leyla memberitahu yang keadaan Leyla stabil. Cuma yang merunsingkan Luth sekarang ini, kenapa Leyla tak sedar lagi.

Luth memang dikenali di Hospital QH Group Specialist ini. Satu-satunya, klien vip Doktor Qaid Haiyan. QH Group Specialist ini merupakan hak milik keluarga Qaid Haiyan.

“Aku cuma nak tahu, kenapa Leyla tak sedar-sedar lagi? Doktor dah rawat. Demam dah kebah. IV drip pun dah berbotol...” Luah Luth bingung.

Siapa tak sayang adik? Adik kandung kot... Adik yang paling manja dan paling disayangi. Selain Lyana Sofea... Leyla Samira ini yang Luth Shafy paling sayang kerana dia yang paling bongsu. Mereka hanya tiga beradik sahaja. Ibu bapa mereka dah lama meninggal.

Wajah pucat Leyla direnung lama oleh Qaid Haiyan.

“Jangan risau. Kesan ubat sahaja. Biarlah Leyla rehat. In shaa Allah, dia akan sedar bila-bila masa sahaja. Cuma, dia kena admit dalam lima hari di sini. Ada kuman dalam darah. Jadi, Leyla perlukan rawatan berkala dan pantauan doktor di sini.” Kata Qaid lagi.

“Kuman dalam darah?”soal Luth Shafy bingung lagi.

“Ye. Tapi jangan bimbang. In shaa Allah, Leyla akan sihat semula seperti sediakala. Jangan risaulah. Aku sendiri yang akan merawat Leyla dan memantau tahap kesihatan dia.” Kata Qaid ikhlas.

Luth duduk di sofa di tepi jendela. Wad ini merupakan wad khas jadi tidak hairanlah jika ruangan wad ini hanya ada satu katil pesakit sahaja dengan kelengkapan yang lengkap.

“Petang ni, aku kena fly ke Vietnam. Ada meeting penting dengan klien kat sana. Lyana pula akan sampai esok pagi dari China.” Kata Luth sugul.

Qaid Haiyan memandang wajah Luth yang serba salah.

“Aku ada di sini. Kalau urusan kau tak boleh ditangguh. Kau pergi ajelah. Aku akan jaga dia. Selama inipun, kita bertiga memang sama-sama jaga Leyla. Adik kau... Adik aku juga...” Balas Qaid sambil menepuk bahu kanan Luth lembut.

Luth Shafy merenung ke wajah Leyla Samira.

“Aku serahkan Leyla pada kau. Aku harap kau dapat rawat dan jaga dia dengan baik. Apa-apa, update aku selalu.” Kata Luth.

Qaid Haiyan sekadar mengangguk sahaja.

Persahabatan Luth Shafy dan Qaid Haiyan bukan sehari dua. Mereka bersahabat sejak kecil, lagipun ibu bapa Luth dan Qaid bersahabat baik. Dan perhubungan antara Qaid, Luth, Lyana dan Leyla sangat baik sejak dulu hingga sekarang.

Sebagai sahabat baik Luth Shafy mungkin Qaid berasa segan untuk berbual dengan Leyla Samira.

Tetapi dalam keadaan begini, apabila Leyla Samira menjadi pesakit Qaid... Maka, Qaid tanpa segan memberi layanan first class buat Leyla Samira.

Tak mungkin, Luth, Lyana atau Leyla sendiri akan curiga dengan tingkah Qaid ni.

Doktor memang penyayang. Doktor memang prihatin. Doktor memang berlemah-lembut dalam merawat pesakit. Tak gitu?


RANDOM TEASER 2: DATING APP

Perlahan-lahan, Leyla Samira membuka mata. Tangan kirinya terasa pedih. IV Drip masih menitik dengan sempurna. Leyla terkedu apabila terpandangkan Qaid Haiyan yang sedang duduk bersilang kaki di kerusi di sebelah katil Leyla.

Apabila melihat Leyla sudah terjaga, Qaid cepat-cepat bangun dan membuat pemeriksaan ringkas. PVC Tube dan roller clamp juga di sentuh beberapa kali bagi memastikan ianya lancar dan sempurna.

Dalam masa yang sama, Qaid Haiyan memegang tangan kiri Leyla dan melihat seketika pada injection site, connector dan needle bagi memastikan cecair ubat masuk ke dalam darah tanpa sebarang masalah.

“Leyla ada rasa pening?”soal Qaid lembut.

Leyla menggeleng laju.

“Leyla rasa ... Lapar.” Luah Leyla segan.

Tapi perut Leyla memang rasa pedih sebab lapar.

Qaid Haiyan tersenyum manis. Dalam masa yang sama, Qaid ambil satu bungkusan dalam beg kertas.

“Ada bubur ayam. Along yang beli tadi. Nah, makanlah...” Hulur Qaid kepada Leyla.

Namun, sebelum sempat Lelya mencapai huluran mangkuk bubur tersebut Qaid telah terlebih dahulu meletakkan mangkuk tersebut di meja di tepi katil Leyla semula.

Kemudian, Qaid melaraskan katil Leyla  agar Leyla dapat duduk bersandar dengan selesa untuk makan.

Terkejut Leyla apabila tangan Qaid menyentuh belakang bahu Leyla bagi membantu Leyla duduk bersandar di katil wad ini.

“Selesa?”soal Qaid lembut.

Leyla hanya mengangguk sahaja.

“Abang suapkan...” Kata Qaid sambil duduk di tepi katil dengan mangkuk bubur ayam di tangannya.

Leyla hilang kata. Ni layanan versi doktor juga ke? Tapi Qaid bahasakan diri sebagai abang. Bukan Doktor Qaid... Semak otak Leyla nak hadap teka-teki jiwa.

Apabila sudu dah disuakan ke mulut Leyla... Leyla jadi serba salah untuk menolak.

Kesudahannya, Leyla nganga mulut aje. Letak tepi dulu perasaan malu ni. Perut lapar. Tangan sakit.

Otak lemah nak berfikir. Badan pun tak berapa ada tenaga. Jadi, Leyla terima sahaja layanan baik Qaid Haiyan tanpa banyak soal.

“Nak mandi?”soal Qaid lembut.

Merah padam wajah Leyla apabila Qaid bertanyakan soalan sebegitu. Aku busuk ke? Bisik hati kecil Leyla Samira.

“Bukan apa. Abang Cuma nak Leyla rasa lebih segar lepas mandi. Lagipun, waktu Zohor dah masuk... Boleh solat terus.” Kata Qaid perlahan.

Leyla lega.

“Abang panggil jururawat, biar dia bantu Leyla. Baju bersih ada kat dalam tandas, abang dah letak kat situ. Leyla kena pakai baju hospital. Lebih mudah dan selesa. Peralatan mandi pun dah abang sediakan kat dalam tu. Abang keluar dulu... Tunggu jururawat datang dulu. Jangan bergerak sendiri.” Pesan Qaid lembut sambil menekan butang nursing call bell.

Leyla mengangguk perlahan.

Seorang jururawat masuk dengan senyuman manis.

“Doktor Qaid... Cik Leyla perlukan apa-apa ke?”soal Jururawat Khalija sambil tersenyum manis memandang ke arah Leyla Samira.

“Bantu Cik Leyla. Dia nak mandi.” Kata Qaid mendatar.

Kemudian, Qaid berpaling ke wajah Leyla Samira.

“Leyla. Abang keluar dulu. Telefon Leyla abang dah tolong cas kat tepi katil tu. Dah siap mesej abang. Abang keluar solat kejap. Khalija, anything urgent just call me...” Kata Qaid.

Khalija mengangguk.

Pertama kali dalam sejarah, Khalija dapat mendengar Doktor Qaid menggelarkan diri sebagai abang dengan pesakit. Tentu Cik Leyla Samira ini orang penting dalam hidup Doktor Qaid.

Doktor Qaid yang off duty ini tiba-tiba muncul di wad. Bertapa di wad khas ini sejak awal pagi tadi. Pesakit tak ditemani sesiapa melainkan Doktor Qaid Haiyan. Malahan, Khalija perasan tadi yang nombor telefon Doktor Qaid Haiyan juga merupakan salah satu emergency contact number bagi Cik Leyla Samira ini.

Khalija tenung pandang ke wajah Leyla Samira. Cantik.

Tersenyum-senyum Khalija sepanjang membantu Leyla Samira. Tak banyak pun yang dibantu Khalija. Sekadar memantau pergerakan pesakit sahaja. Cik Leyla Samira tak benarkan Khalija membantu sepenuhnya. Malu barangkali...

Melihat raut wajah lembut Cik Leyla Samira buat Khalija teruja nak tahu hubungan antara Doktor Qaid Haiyan dengan pesakit di wad khas ni. Ruang gosip staf di Telegram pun memang dah meletop dengan gambar-gambar Doktor Qaid dan Cik Leyla.

Macam-macam andaian dah dibuat oleh detektif conan QH Hospital ini. Macam-macam teori yang dah keluar.

“Terima kasih, Khalija.” Kata Leyla Samira dengan senyuman manis.

“Sama-sama. Err... Cik Leyla ini, bakal isteri Doktor Qaid ke?”soal Khalija gelojoh ingin tahu.

“Awak buat soalan apa, Khalija? Saya suruh bantu pesakit bukan korek privacy pesakit. Dah, keluar...” Arah Qaid Haiyan lantang.

“Maaf Doktor. Maaf Cik Leyla.” Kelam-kabut Khalija berlari anak keluar dari wad khas ini.

Leyla Samira tak sempat memperbetulkan fakta.

“Kenapa suruh keluar? Leyla tak sempat nak perbetulkan fakta. Tentu Khalija akan salah faham.” Kata Leyla dengan keluhan kecil.

“Tak pentingpun, Leyla. Yang penting sekarang ini, Leyla rehat. Ouh ya, buat video call dengan Luth. Dia risau tu.” Kata Qaid lembut.

Leyla mengangguk sambil mencapai telefon bimbit yang dihulurkan oleh Qaid.

Sepanjang Leyla video call dengan along, Qaid duduk diam sahaja di sofa. Sibuk dengan ipadnya. Nampak santai. Bukan doktor selalu sibuk ke jika berada di hospital? Leyla mencuri pandang ke arah Qaid. Tiada jubah doktor. Tiada stetoskop tergantung di leher. Helok aje penampilan dia dengan seluar slack hitam dan kemeja lengan panjang yang berlipat ke paras siku yang berwarna coklat cair. Kacak! Leyla Samira rasa nak hempok kepala sendiri ke dinding.

Ayat apa yang Leyla karang tu? Bengong. Luth Shafy yang masih bervideo call dengan Leyla sedikit pelik dengan riak wajah Leyla.

Luth Shafy: Leyla... Kenapa tu?

Leyla: Hah, tak ada apa-apa. Dahlah, along. Adik ngantuklah. Cepat balik. Jaga adik pula.

Luth Shafy: Yealah. Adik tu. Dengar kata Qaid. Jangan degil.

Leyla: Bila masa adik degil. Adik baiklah...

Qaid Haiyan tergelak kecil apabila mendengar perbalahan kecil antara Leyla dan Luth.

Talian dimatikan.

“Abang. Leyla okey. Kalau abang sibuk. Abang boleh aje buat kerja abang.” Kata Leyla Samira lembut.

“Abang tak sibuk. Lagipun abang dah minta cuti hari ni untuk teman Leyla. I’m on duty only for you. Leyla rehatlah.” Kata Qaid Haiyan lembut juga.

Leyla Samira hilang kata-kata.

I’m on duty only for you. Ceewah. Leyla ulang balik ayat Qaid dalam hati. Makin sasau dah si Leyla Samira ini. Along, cepatlah balik. Leyla sungguh rasa tak selesa. Nak bernafaspun susah. Takkan nak halau pula Doktor Qaid Haiyan ni... Tapi, Leyla memang tak selesa berdua dengan Qaid di wad ini. Sudahnya, Leyla pejam mata dan pura-pura tidur. Akhirnya, Leyla tertidur lena juga.

 

 

 

 

 

 

RANDOM TEASER 3: DATING APP

Hari sukan tahunan sekolah dah bermula. Kesibukan dan kemeriahan di padang memang mengundang keterujaan di hati semua pelajar Sekolah Menengan Nusa Bakti Abadi.

Pelbagai aktiviti sudah berlangsung sepanjang hari sukan selama tiga hari berturut-turut ini termasuk acara balapan dan acara padang serta sukaneka.

Aktiviti ini melibatkan kesemua pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Malahan orang awam juga dibenarkan untuk menghadiri acara ini.

Hari sukan tahunan sekolah ini bukan sahaja ditunggu oleh semua warga sekolah, tetapi warga setempat di kawasan berdekatan juga teruja menanti acara sukan tahunan sekolah. Masing-masing tidak sabar mahu datang pada hari terbuka ini.

Mana tidaknya, pada hari sukan tahunan sekolah ini bukan sahaja acara sukan yang diraikan.

Food truck, booth jualan dan pelbagai pameran juga wujud.

Setiap badan beruniform, kelab dan persatuan juga turut melibatkan diri dengan ruang pameran bagi berkongsi aktiviti mereka di sepanjang tahun.

Yang paling meriah adalah Kelab Teknologi Komputer dan Persatuan ESukan. Setiap tahun memang ramai yang bertandang ke ruang pameran mereka. Semua yang datang bukan sahaja dapat mengetahui informasi terkini tetapi juga dapat merasai dan menikmati sendiri pengalaman IT, Fiksyen dan 3D serta permainan Mobile Legend yang diadakan bagi mencungkil bakat baru dalam ESukan. Meriahkan?

Jam menunjukkan pukul tujuh setengah pagi.

Sebentar lagi akan berlangsung perarakan unit beruniform dan rumah sukan. Ini juga antara acara yang ditunggu-tunggu oleh semua. Hah, ada satu lagi yang best! Pertandingan rumah sukan tercantik. Inilah yang Leyla Samira duk usahakan sejak semalam.

         Leyla Samira tersenyum manis sambil memandang ke arah rumah sukan yang disertainya iaitu Rumah Sukan Hijau dengan nama ALPHA. Sungguh kreatif. Kesemua rumah sukan memang berusaha gigih mahu memberikan hasil yang terbaik. Siapa tak mahu menang? Tapi kalah menang tu tidak menggugat semangat setia kawan antara mereka.

         Masing-masing masih boleh bergurau-senda dan memuji antara satu sama lain, walaupun berbeza rumah sukan.

         Suasana menjadi riuh-rendah apabila kumpulan perarakan mula bergerak dan melintasi khemah utama yang menempatkan tetamu kehormat, pengetua, guru-guru, dan ibu bapa.

         Tiba-tiba, Wady yang mengetuai perarakan rumah biru atau BETA menjeling pandang ke arah Leyla Samira dan mengenyitkan matanya. Gila. Depan semua orang si Wady ni duk try Leyla Samira.

Leyla Samira?

Dia buat bodoh dan tak bagi apa-apa reaksi. Tidak senyum. Tidak marah. Lebih malang lagi, Leyla Samira langsung tidak memandang ke wajah Wady.

Alhamdulillah! Acara tersebut berjalan lancar. Rumah Sukan Alpha memenangi rumah sukan tercantik dan menjadi juara keseluruhan pada tahun ini.

Jam menunjukkan pukul enam setengah petang. Leyla dah tercari-cari kelibat Lyana Sofea. Tak sabar nak balik. Penat sangat. Tapi hati rasa puas dan gembira sebab segala penat lelah akhirnya membuahkan hasil.

Leyla kan ahli Rumah Sukan Alpha. Mahu tak hepi...

“Leyla...” Panggil Wady nyaring.

Terkejut Leyla. Mujur tak melatah. Geram dengan perangai Wady. Suka sangat buat perangai Mamat Kasanova.

Ini sekolah. Bukan Taman Tema yang dia duk nak buat perangai menggatal tu.

“Wady. Aku nak balik. Jangan duk kacau aku. Tolonglah balik aje... Jangan duk ganggu aku.” Kata Leyla Samira tenang.

Mana Kak Ngah ni? Leyla dah tak senang duduk. Terus berjalan laju ke arah pagar utama. Tapi Wady dah berlari ke depan dan berdiri sambil mendepangkan tangan di hadapan Leyla Samira.

“Hey, Wady. Kau buat apa ni?” Sergah Lyana Sofea dari arah belakang.

Leyla menarik nafas lega.

“Aku tak buat apa. Aku nak berbual aje dengan Leyla. Salah ke?” Balas Wady bengang.

Keruh pada wajah Wady tu memang ketara sangat menggambarkan perasaan tak puas hati sebab Lyana Sofea tiba-tiba muncul.

 

Baru Wady rancang untuk meluahkan perasaan kepada Leyla. Tapi dah diganggu gugat pula dek kewujudan si Lyana Sofea ni. Hampa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RANDOM TEASER 4: DATING APP

Petang itu, cuaca panas terik. Leyla Samira tetap tersenyum memandang ke langit. Hujan ke... Panas ke... Walau apapun iklimnya, Leyla bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Bersyukur dengan segala kurniaan.

 

Dalam masa yang sama, mata Leyla melilau juga ke kiri dan ke kanan.

 

Bimbang bertembung dengan si Wady Hakimi yang merupakan anak Cikgu Disiplin sekolah. Si Wady tu memang suka kacau Leyla. 

 

Kononnya, nak mengurat Leyla. Bukan main kecoh satu sekolah kerana dicanangnya yang Leyla adalah bakal isteri apabila sudah tamat STPM nanti.

 

Siap Leyla kena panggil dengan mak dia lagi. Mujurlah pelajar STPM bukan pelajar SPM. Orang sibuk nak belajar sungguh-sungguh, dia sibuk nak ajak bercinta. Padahal baru jer lapor diri sebagai pelajar STPM ini.

 

Gila.

 

Leyla baru nak gembira tapi terus berubah air muka Leyla apabila Wady menyekat perjalanan. Betul-betul di laluan susur gajah yang agak terlindung.

 

Kawasan ini, dahlah di luar sekolah. Laluan biasa yang Leyla guna apabila datang ke sekolah dan pulang dari sekolah.

 

Cuma waktu hujan begini, laluan ini agak sunyi. Tambahan pula, Leyla pulang lewat kerana ada mesyuarat untuk Hari Sukan Sekolah yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

 

“Tepi. Aku nak balik.” Kata Leyla kasar.

 

Sedikitpun Leyla tak pandang wajah Wady. Buat apa nak pandang muka manusia yang paling Leyla benci. Buat menyakitkan hati sahaja.

 

Wady masih tersengih menyeringai sambil bola matanya memandang Leyla.

 

Bahaya spesies miang dan gatal ni. Tak boleh dilayan. Leyla diam Sahaja.

 

“Leyla. Jom kahwin. Aku nak kau... ler.” Luah Wady sambil memandang wajah Leyla.

Leyla tarik muka. Risau juga melihat riak wajah Wady yang bersungguh ini.

 

Bertambah resah apabila mendengar ayat Wady yang dah mula berkata yang bukan-bukan.

 

“Aku nak balik, Wady. Jangan ganggu aku.” Kata Leyla senada.

 

Wadi tersenyum sambil cuba mencuit pipi Leyla. Namun, Leyla pantas mengelak.

 

“Apa ini, Wady? Jangan nak pegang-pegang sesuka hati.” Kata Leyla dengan nada keras.

 

“Alah, pegang sikit je. Lagipun, aku memang teringin nak bermesra dengan kau macam pasangan bercinta. Bolehlah, Leyla. Aku sayang kau tau...” Pujuk Wady lembut sambil cuba memegang tangan kanan Leyla pula.

 

Leyla menepis kasar.

 

“Wady. Jangan ganggu aku. Aku report kat mak kau kang.” Ugut Leyla geram.

 

Wadi tersengih, “Aku tak takut. Sekarang ini, aku nak ajak kau dating. Jom ikut aku. Kita ronda-ronda kat bandar. Pergi mall. Tengok wayang pun okey. Jomlah Leyla.”

Leyla menggeleng laju.

 

Wady cuba memeluk bahu Leyla pula.

Leyla dah menjauh dan mencipta jarak dengan Wady.

 

“Aku masuk meminang kau, erh. Kita kahwin.” Kata Wady selamba.

 

Leyla dah menyirap mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Wady ini.

 

Leyla malas nak layan. Jadi, Leyla mula berjalan terus untuk menuju ke stesen minyak pula. Ramai orang sikit kat situ. Jadi, Leyla mahu menunggu Luth di situ. Jika terus berada di sini, Leyla risau Wady makin lebih berani.

 

“Leyla. Kau nak pergi mana pula ini? Aku tengah bercakap dengan kau kot. Leyla...” Panggil Wady sambil mengikut langkah Leyla.

 

         Bila nampak Wady mengejarnya maka Leyla makin membuka langkah yang lebih besar dan laju.

 

         Wady menarik beg sekolah Leyla. Hati Wady mula rasa bengang apabila Leyla tidak mendengar kata.

 

Leyla cuba melepaskan pautan tangan Wady pada beg sekolah Leyla. Sedaya upaya Leyla cuba melepaskan diri daripada Wady yang dah naik gila.

 

Wady mendengus kasar. Tak puas hati apabila Leyla Samira selalu menolaknya terang-terang.

 

“Kau ni Leyla kalau aku yang tegur, susah benar nak pamerkan senyuman manis kau tu. Susah benar nak ikut cakap aku. Aku cintakan kau, Leyla. Aku nak kau...” Kata Wady sambil berdiri betul-betul di sebelah Leyla.

 

         Leyla menapak ke belakang. Leyla tersilap langkah. Nyaris kaki Leyla terpelecok ke dalam longkang.

 

         Leyla dah reda jika Leyla memang jatuh terlentang.

 

Tubuh Leyla terasa melayang tetapi kaki Leyla tak rasa sakit.

         Leyla pejamkan mata kerana bimbang dirinya jatuh terlentang ke dalam kolam ikan yang indah menghiasi laman di situ.

 

Pucat wajah Leyla namun tubuhnya dipaut erat oleh seseorang.

 

Leyla buka mata. Gemuruh di jiwa terasa berleluasa.

 

Terkesima Leyla apabila terpandangkan wajah sahabat baik abang yang sedang memeluk erat pinggangnya.

 

“Okey?”soal Qaid lembut.

 

Terkebil-kebil mata leyla memandang wajah Qaid. Cepat-cepat juga Leyla stabilkan diri dan cuba mencipta jarak.

 

Qaid juga melepaskan pegangannya pada Leyla apabila melihat Leyla sudah boleh berdiri tegak dengan sendiri.

 

Luth Shafy bawa geng?

Blurr Leyla apabila terpandangkan wajah Luth, Qaid dan Adam.

Luth tarik tangan Leyla agar berdiri di belakangnya. Leyla menurut sahaja. Apatah lagi melihat wajah masam Luth.

 

         Dalam masa yang sama, Leyla rasa segan apabila terpandang tatapan mata Qaid. Kenapa Leyla rasa bahang wajah Qaid lebih teruk daripada wajah bengis yang Luth pamerkan sekarang ini?

 

Meremang pula bulu roma Leyla Samira apabila melihat Luth Shafy, Qaid Haiyan dan Adam Harbat merenung tajam ke wajah Wady. Padan muka dia. Ada berani? Baru kena buku dengan ruas.

 

“Leyla. Masuk kereta sekarang.” Arah Luth tenang tapi dengan nada yang sedikit keras.

 

         Leyla bergegas berlari anak ke kereta milik Luth. Wady? Lantaklah dia...

 

         Luth pandang wajah Wady, “Aku bagi kau amaran. Jangan ganggu adik aku lagi. Kau jangan ingat bila mak kau, Cikgu Disiplin sekolah... Aku takut. Sepatutnya, kau jaga tingkah laku supaya mak kau tu tak susah dapat anak macam kau.”

 

Wady beranikan diri bertentang mata dengan Luth Shafy. Tahu sangat yang abang sulung Leyla ini memang garang dan protective.

 

“Abang. Saya memang sukakan Leyla. Tak main-main. Saya nak kahwin dengan Leyla.” Luah Wady dengan nada yang sedikit lembut dan memujuk.

 

         Luth geleng kepala.

Luth juga mencerlung pandang pada wajah Wady.

 

“Kalau korang suka sama suka. Aku memang nikahkan korang. Tapi masalahnya, Leyla tak suka kau. Ada orang bagitahu aku yang kau selalu kacau Leyla. Patutlah Leyla tu tak suka sambung tingkatan enam kat sini. Rupanya ada kau. Ingat erh, kalau orang tak suka jangan nak menggoda gaya kasanova pula. Tak sesuai dengan title budak sekolah kau ni.” Nasihat Luth lantang.

         Baru sahaja Luth nak angkat penumbuk, Qaid dan Adam dah tarik bahu Luth.

 

         Namun Luth sempat menarik kolar baju Wady. Hampir terjerut dan tercekik juga leher budak Wady tu.

 

“Weyh, sabarlah. Amaran aje... Tak perlu guna tangan. Lagipun, Leyla tak apa-apa. Jomlah, kita blah.” Tarik Qaid risau.

 

         Jika dibiarkan angin gila si Luth ni, bimbang jadi kes polis pula.

Qaid rasa tak perlu pun untuk terlalu berkasar dengan Wady. Qaid tak mahu Leyla pula yang jadi mangsa di kemudian hari.

 

Tak mahu Wady berdendam. Cukuplah begini...

 

Apabila melihat Leyla selamat, Qaid dah rasa okey. Walaupun marah dan bengang pada si Wady ini masih ada.

 

Tapi cukuplah dengan kata-kata sahaja. Kalau diikutkan hati mahu bersepai gigi budak ini. Tapi, tak perlu diikutkan emosi.

 

         Apatah lagi emosi yang  sememangnya sedang menggila dengan gelodak amarah yang membara. Jika semua hilang akal, nanti panjang pula cerita. Setan pun suka.

 

         Luth tarik nafas panjang.

 

         Sedikit demi sedikit rentapan Luth pada kolar baju Wady melonggar.

Qaid pandang wajah Luth. Dalam hati Qaid berdoa agar Luth sabar dan kembali tenang.

 

         Adam dah lega besar juga apabila melihat reaksi Luth yang mendengar kata. Mujur si Qaid dapat meredakan kemarahan Luth. Si Luth ini payah nak lut dan dengar nasihat orang.

 

         Antara mereka bertiga, Luth memang baran dan tegas. Mudah melenting dan mengamuk jika ada benda yang tak kena. Pantang juga jika melibatkan Leyla atau Lyana.

 

         Jika ada konflik, selalunya Qaid akan jadi pendamai dan penyejuk hati Luth.

 

         Luth memang selalu sependapat dengan Qaid. Jika Qaid yang bagi pendapat memang Luth akan consider. Kalau orang lain yang bersuara memang selalunya kena palau sebab tak sekufu.

 

         Tak pelikpun. Qaid Haiyan memang terkenal dengan pesonanya.

Sentiasa tenang. Baik. Walaupun Qaid kaya tapi sentiasa merendah diri.

 

         Jika ada masalah, Qaid lebih suka menggunakan akal yang waras daripada emosi marah.

 

         Luth pandang wajah Wady sekali lagi. Luth cuba bertenang.

 

“Ingat Wady. Aku tak nak kau ganggu Leyla lagi.” Kata Luth.

 

Tegang aje wajah Luth Shafy ini sampai nampak urat hijau di lehernya. Seriau dah Qaid apabila terpandangkan urat saraf Luth yang mula timbul akibat menahan marah.

 

Qaid masih memegang lengan Luth agar mengikutnya kembali ke kereta. Adam juga mengekori langkah Luth dan Qaid.

 

Sampai di kereta, Luth tak jadi buka pintu kereta tetapi rapat menghampiri Qaid yang baru meletakkan tangan kanannya di pemegang pintu kereta di bahagian belakang.

 

Leyla dah duduk di bahagian depan. Jadi Qaid dan Adam perlu duduk di bahagian belakang. Takkan salah seorang antara mereka nak duduk di sebelah Leyla pula. Ada berani? Dengan sikap Qaid yang bengis begitu.

 

Berkerut juga dahi Qaid dan Adam apabila melihat Luth yang masih memandang tunak ke wajah Qaid Haiyan.

 

Aku ada buat salah ke? Detik hati Qaid. Cuak.

Adam dah berganjak setapak ke belakang. Drama apa pula ini? Gumam Adam sendiri.

 

“Aku nak ucap terima kasih sebab kau sambut Leyla tadi. Tapi...” Luth jeda.

 

         Qaid telan liur sendiri. Kesat. Pahit.

 

         Adam dah simpan senyum. Selamba Adam tarik bahu Luth dan menolak Luth masuk ke tempat duduk bahagian pemandu.

         Kus semangat. Hampir hilang nafas Qaid. Mujur ada Adam. Apalah yang Luth nak cakap tu? Marah ke aku pegang adik dia? Aku bantu jer. Bukan ambil kesempatan.

 

         Adam tahan gelak.

 

Tapi memang nampak riak sengih minta penampar pada wajah Adam tu. Geram pula Qaid apabila terpandang reaksi wajah Adam yang begitu. Menganjing!

 

         Masing-masing diam melayan emosi sendiri. Termasuk Leyla.

“Abang dah daftarkan Leyla ke Kolej Swasta. Urusan berhenti sekolah ini nanti Lyana akan bantu Leyla uruskan dengan pihak sekolah. Tak perlu nak hadap si Wady tu lagi. I don’t trust him. Dengar luahan ayat dia pun abang dah meluat. Tengok apa dia buat kat Leyla pun abang dah menyirap.” Kata Luth bengang.

 

         Leyla diam.

 

         Qaid dan Adam berpandangan seketika. Aura Abang Long si Luth Shafy ini memang menyeramkan.

         Jika Leyla pun tak berani bersura apa-apa. Qaid dan Adam? Memang tak berani menyampuk. Fuh, belum hilang kot urat hijau kat kepala dia tu. Omel Qaid dalam hati.

 

         Qaid berdoa dalam hati agar Luth tak panjangkan kes Qaid yang memeluk Leyla tu tadi. Bukan Qaid sengaja. Tapi reaksi spontan untuk selamatkan Leyla.

 

         Terpeluk pula. Nak buat macam mana? Tindakan refleks sebelum sempat akal berfungsi dan memproses segala maklumat.

         Leyla pula hanya tundukkan wajah. Tak berani pandang ke mana-mana. Takut bertembung pandang dengan Qaid dan Adam.

 

         Bukan Leyla tak dengar apa yang Luth cakap pada Qaid tadi. Pleaselah Abang Long... Jangan ungkit babak tu lagi. Leyla yang malu ini. Malu dengan Qaid Haiyan. Boleh mengigau Leyla dengan haruman dan sentuhan Qaid tadi.

 

         Arghhhhh.

Otak Leyla dah bengong dah ini. Aura Qaid ini lain macam. Leyla masih terasa otot-otot sasa milik Qaid tadi. Walawey... Leyla, stop being naughty! Apa yang otak aku tengah merapu ini? Abang Qaid ini, memang handsome. Badan pun tegap je. Leyla... Leyla... Istighfar. Syuh... Syuh... Setan pergi main jauh-jauh.

 

 

 

RANDOM TEASER 5: DATING APP

Lyana tergelak besar. Mendengar cerita Abang Long pun Lyana rasa nak terguling-guling. Sejak bila Abang Long yang hati kental ini ada rasa serba salah. Semua kerana Qaid Haiyan. Mujurlah Leyla dan Qaid tak ada kat sini. Jika ada pasti kedua-duanya merah muka.

Malu.

Suka hati si Luth aje nak suruh Qaid menikah dengan Leyla. Angin tak ada. Ribut tak ada. Tiba-tiba, Luth nak isytihar banjir besar pula.

Silap hari bulan bukan Leyla sahaja yang merajuk, si Qaid pun naik takut. Sebab kena paksa dengan sahabat baik sendiri.

Dipaksa menikahi adik perempuan bongsu Luth kerana Qaid tersilap peluk waktu nak selamatkan Leyla daripada terjatuh ke dalam kolam ikan.

Bengong aje.

Lainlah jika Leyla dan Qaid tu bercinta. Soal hati ini mana boleh dipaksa. Merana jiwa tu mungkin boleh dipujuk. Tapi jika hidup bak patung bernyawa. Acaner?

Ada-ada aje.

“Tak payah fikirlah. Along anggap kejadian tu satu insiden yang tak dapat dielak. Accident. Lagipun, dua-duanya okey je. Tak ada masalah hati. Along ini banyak sangat fikir. Tahulah... Along ini ketua keluarga. Pengganti arwah ayah. Tapi janganlah over protective sangat. Kasihan Leyla tu.” Nasihat Lyana tenang.

Jika bercakap dengan Luth Shafy kena lemah lembut.

Tak boleh berkeras. Itulah yang ibu selalu pesan.

“Lagi satu. Tak perlu diasak si Qaid tu dengan soalan-soalan pelik along. Takut, dia nanti. Kang along hilang kawan baik pula. Pening pula kepala angah nak hadap si Adam tu. Pot pet pot pet kat angah juga.” Kata Lyana Sofea dengan senyuman manis.

Luth Shafy tak bagi respon. Diam sambil memandang dinding batu. Tak tahulah tertembus hingga ke mana.

Lyana Sofea tunangan Adam. Mereka memang bercinta sejak sekolah lagi.

Adam tu, anak kawan baik arwah ayah. Memang dulu, mereka semua satu sekolah. Rapat. Lyana pun hanya muda dua tahun daripada Luth, Adam dan Qaid.

Setahun sebelum ayah meninggal, Lyana sepatutnya menikah dengan Adam. Tapi tak jadi sebab, Lyana mahu jaga ayah dan tak mahu tukar status. Tak mahu terikat dengan suami. Mahu bebas menjaga ayah yang sakit dan bergilir-gilir dengan Luth dan Leyla juga.

Jadi pernikahan mereka tertangguh. Ayah dah lebih enam bulan meninggal dunia. Hujung tahun ini, Leyla dan Adam akan menikah.

Luth lega. Tapi apabila mengenangkan Leyla yang baru berusia 19 tahun, Luth risau. Sampai Luth tak rasa teringin nak beristeri selagi Leyla tak menikah.

Leyla tu satu amanah yang besar pada Luth. Kata-kata terakhir arwah ayah adalah meminta Luth menjaga Leyla sampai Leyla berjaya, berkerjaya dan bertemu jodoh seperti Lyana. Masih jauh perjalanan tu.

Moga Luth akan sentiasa berada pada paksi yang betul untuk memimpin dan menjaga ibu, Leyla dan Lyana.

Lyana menolak lembut bahu Luth. Berangan pula Abang Longnya ini.

“Along. Daripada berangan yang bukan-bukan. Lebih baik, Along berangan tentang jodoh Along. Tebal dah telinga Angah ini nak dengar bebelan ibu. Dia nak menantu perempuan. Nak cucu.” Usik Lyana selamba.

Luth tolak belakang kepala Lyana.

“Aku nak nikahkan korang berdua dulu. Baru aku tenang nak cari jodoh dan menikah juga. Kau tu... Adam minta percepatkan tarikh nikah. Yang kau nak juga tunda sampai hujung tahun, kenapa?” Soal Luth pula.

Lyana garu kepala sambil tersengih-sengih memandang Luth Shafy.

Mahu dijentik Luth tetapi Lyana pula yang terjentik. Aduh, pedih... Lyana telan liur sendiri.

         “Biarlah... Orang nak bermanja dengan Along dulu. Takkan tak boleh?” Luah Lyana sambil duduk dekat memeluk lengan Luth Shafy.

Terkebil-kebil Luth Shafy memandang Lyana Sofea yang nak bermanja konon.

Luth tolak kepala Lyana, “Kau nikah. Pergi bermanja dengan Adam. Tak kuasa aku nak melayan perangai luar alam kau ini. Adam tu, setiap hari suruh aku pujuk kau. Silap hari bulan aku guna kuasa veto pula. Nikah hujung bulan ini. Rimas aku dengan korang berdua ini. Time gaduh-gaduh manja lagi aku meluat. Sampai Leyla pun terpaksa hadap drama 18sx korang. Menyebalkan.”

Lyana tersengih.

“Erm, angah takut nanti. Kalau angah dah nikah Along dan Leyla yang melalak tak ingat dunia. Ibu steady je. Lagipun, angah dah kawtim dengan Adam. Lepas nikah stay rumah sebelah. Tak mahu pindah mana-mana dah. Dekat sikit dengan ibu, along dan Leyla.” Kata Lyana senada.

Luth gelak besar, “ Nampak sangat takut nak berdikari. Takut Adam buli ler tu.”

Lyana menjeling ke arah Luth. Geram.

Luth berhenti gelak apabila terpandangkan kelibat Leyla yang datang menghampiri mereka berdua. Automatik otak Luth terbayangkan Qaid Haiyan. Elok sahaja sahabat baiknya tu peluk pinggang Leyla.

Luth memang tak boleh nak padam bayangan tersebut. Menganggu dan menggugat sungguh.

“Macam mana dengan kolej? Ada wujud lagi ke yang spesies si Wady?” Soal Luth sambil merenung tenang wajah Leyla.

Bukan main lembut lagi Luth ini jika bercakap dengan Leyla. Jika dengan Lyana, bukan main brutal.

Tapi, Lyana faham. Leyla ini hati tisu. Banyak dapat gen ibu. Mudah tersentuh. Tapi kalau dia terasa hati pun, Leyla ini akan diam aje. Jarang nak pamer perasaan sebenar tu. Suka memendam rasa sendirian. Itu yang Luth risaukan.

Susah Luth nak tebak apa yang ada dalam hati Leyla. Berbeza dengan Lyana.

“Okey. Semua okey. Along jangan risau. Tak ada yang gatal miang macam si Wady tu.” Balas Leyla sambil duduk di sebelah Luth.

Leyla ini memang manja dengan Luth. Pergi dan balik sekolah pun mahu Luth yang hantar. Tak mahu orang lain. Terdetik juga di hati Lyana yang Leyla ini sebenarnya rindukan arwah ayah. Antara mereka tiga beradik memang Leyla yang paling banyak luangkan masa dengan arwah ayah dulu.

Leyla dan Luth tahu yang Leyla sedih. Tapi Leyla sentiasa tunjuk kuat depan ibu, Luth dan Lyana.

“Dah jumpa cinta hati?”soal Lyana mengusik Leyla.

Luth pandang wajah Leyla.

Berkerut dahi Leyla nak hadam soalan Lyana.

“Kak Ngah ini. Ingat Leyla masuk program realiti TV Korea ke? Heart signal, Transit love, Love catcher...?” Balas Leyla dengan jelingan manja.

Luth sudah ternganga.

Leyla pandang wajah Luth, “Jangan risau Along. Kalau Leyla ini dah bertemu jodoh. Orang pertama yang Leyla akan bagitahu adalah Along...”

“Habis Kak Ngah?” Soal Lyana tak puas hati.

“Yealah... Leyla bagitahu Along dengan Angah serentak. Puas hati?” Soal Leyla pening.

Lyana tersenyum.

“Sekarang ini, memang tak de tersangkut atau rasa tersuke ke sape-sape lah yea?”soal Lyana lagi sambil anak matanya memandang ke arah Luth.

Luth tegakkan badan.

Leyla menggeleng laju.

Maksudnya, Leyla memang tak terkesanlah dengan sentuhan Qaid? Parah begini. Qaid tu lelaki idaman Malaya kot. Handsome. Gentle. Takkan Leyla tak rasa apa-apa? Detik hati Luth.

Leyla ini ada masalah hati ke? Luth pandang wajah Leyla.

Lyana dah tergelak besar.

Leyla pandang wajah Lyana, “Dah kenapa, Ngah? Kena sampuk erh?”

“Along tu nak tahu, Leyla ada suka sape-sape ke dalam diam? Along tu kalau boleh nak adik-adik dia, nikah awal. Baru lega hati dia. Boleh dia fokus cari bakal isteri dia pula.” Luah Lyana selamba sambil mengusik Luth pula.

Leyla sudah tersenyum manis.

“Along carikan ler, jodoh Leyla. Leyla ikut je.” Kata Leyla dengan senyuman manis.

Leyla ikhlas meluahkan kata. Tahu along takkan kahwin selagi Lyana dan leyla belum kahwin.

“Mana boleh macam tu. Leyla kena cari sendiri soul mate Leyla. Lagipun Along tak terdesak lagi.” Luah Luth sambil menggosok lembut belakang kepala Leyla.

“Leyla rindukan ayah...” Luah Leyla separuh berbisik.

Luth dan Lyana serentak memeluk bahu Leyla.

“Kita semua memang rindukan ayah. Kita semua kena kuat. Untuk ibu dan untuk memenuhi segala amanat ayah. Ayah nak kita berjaya dan bahagia dengan jodoh kita. Ayah minta kita jaga ibu dengan baik. Leyla jangan ikutkan perasaan itu. Kena kuat. Baru arwah ayah akan tenang kat sana. Sebagai anak yang baik, jangan pernah putus melakukan kebaikan. Moga arwah ayah akan tenang dan baik-baik sahaja di alam sana.” Kata Luth lembut dengan nada memujuk.

Leyla mengangguk faham. Seboleh mungkin Leyla tahan air mata agar tak mengalir laju.

“Assalamualaikum...”

“Waalaikumussalam.” Balas Luth, Lyana dan Leyla serentak.

Suara siapa lagi jika bukan suara Adam dan Qaid.

“Lyana... Jom dating.” Ajak Adam selamba.

Menyirap aje Luth memandang wajah Adam.

“Hah, kau pulak? Nak bawa Leyla keluar ke?”soal Luth selamba.

Sengaja menduga jiwa kedua-duanya.

Qaid dan Leyla cuak. Panik dan terkejut. Apa kena Luth ini?

“Yang bercinta dengan adik kau tu, Adam.” Kata Qaid tenang.

Leyla tersenyum kelat.

Tak sanggup memandang wajah Qaid. Malu.

“Aku tanya aje. Dah si Adam ini galak sangat. Mana tahu kau pun nak ikut perangai dia.” Kata Luth menduga lagi.

Lyana sudah tersenyum memandang Luth dan Qaid.

“Bukan kau ke suruh aku datang untuk teman kau ke bengkel. Kereta siapa yang rosak?”soal Qaid cuba mengubah topik.

“Kereta Leyla. Nak kena repair sebelum jual.” Sampuk Lyana yang sudah berdiri menghampiri Adam.

“Jual? Kenapa?”soal Qaid pula.

“Asyik rosak aje. Lagipun, Luth dah belikan kereta baru.” Kata Lyana lagi.

Leyla hanya mampu tersengih aje. Tak tahu nak menyampuk bagaimana... Walaupun topiknya berkaitan diri Leyla.

“Ouh...” Hanya sepatah kata itu sahaja yang mampu terkeluar dari anak tekak Qaid.

Luth masih memandang wajah Qaid. Jika berterusan begini, boleh hilang tingkah Qaid.

Tiba-tiba, Leyla berdiri... Semua mata memandang Leyla.

“Leyla nak jenguk ibu kat dapur. Along nanti jangan lupa ambil kad Watson Leyla dalam kereta yea. Banyak poin yang belum tebus lagi tu.” Tutur Leyla.

Luth mengangguk sahaja sambil anak matanya tunak merenung wajah Leyla.

Qaid tak berani pandang Leyla. Pura-pura sibuk dengan telefon bimbitnya.

Sejak terpeluk si Leyla ini, ada sahaja ayat luar alam Luth buat Qaid. Seram.

No comments:

Post a Comment