Tuesday, November 11, 2025

BUNGA HATI

 

BUNGA HATI

SINGLE RM18

280+-MS / 27K+-PATAH KATA

 

SINOPSIS

BUNGA HATI mengisahkan persahabatan Arlisa, Alana, Sirhan dan Kaesar. Kisah empat sahabat yang akrab namun diuji dengan satu salah faham. Arlisa dan Alana bersahabat sejak kecil namun kerana salah faham persahabatan mereka ternoktah dan memberi impak pada Kaesar dan Sirhan yang juga mula bersahabat baik dengan mereka berdua sejak zaman kolej. Masing-masing tidak tahu punca keretakan hubungan antara Arlisa dan Alana.

Yang pasti, Arlisa menghilang. Tanpa khabar. Tanpa jejak.

Sehinggalah, mereka berempat dipertemukan semula di majlis reunion kolej. Sesuatu yang mustahil berlaku, setelah mereka semua reunion berkali-kali. Reunion tahun ke-sepuluh ini, mempertemukan Arlisa dengan Alana, Sirhan dan Kaesar. Rahsia jiwa akhirnya terbongkar juga. Melibatkan hati dan perasaan kesemua mereka. Lantas, mungkinkah mereka akan berbaik semula? Atau kebencian dan duka kekal berpanjangan?

Apakah akan ternoktah sebuah persahabatan hanya kerana latarbelakang yang tak sempurna? Sedangkan yang indah tak semestinya selalu sempurna. Yang pasti, bahagia itu kerana sabar dan saling menerima baik buruk sesama kita. Jangan lupa memiliki naskhah ini, kisah cinta budak kolej yang mungkin berlaku dalam kehidupan realiti. Cinta monyetkah? Atau cinta sejati?

BLURB

BUNGA HATI mengisahkan persahabatan Arlisa, Alana, Sirhan dan Kaesar. Kisah empat sahabat yang akrab namun diuji dengan satu salah faham. Yang pasti, Arlisa menghilang. Tanpa khabar. Tanpa jejak.

Sehinggalah, mereka berempat dipertemukan semula di majlis reunion kolej. Sesuatu yang mustahil berlaku, setelah mereka semua reunion berkali-kali. Reunion tahun ke-sepuluh ini, mempertemukan Arlisa dengan Alana, Sirhan dan Kaesar.

“Kau rasa, apa yang aku nak daripada kau Arlisa? Sejak di meja pendaftaran tadi... Aku tunggu satu patah kata sahaja daripada kau. Tapi kenapa keras sangat hati kau Arlisa?” -Alana

“Aku minta maaf.” -Arlisa

Akhirnya, beban jiwa ternoktah dengan kata maaf.

“Jangan lupa mesej aku Arl... You are my missing half. Jangan menghilang lagi. Kami semua rindukan kau. We can make it again. Together for ever. But... Please, do as I wish. Don’t waste time anymore.”-Alana

Rahsia jiwa akhirnya terbongkar juga. Melibatkan hati dan perasaan kesemua mereka. Lantas, mungkinkah mereka akan berbaik semula? Atau kebencian dan duka kekal berpanjangan?

“Sayang. Apa sayang merepek ini? Apa yang dah Arlisa buat? Salah faham pada siapa? Rahsia? Rahsia apa ni? Korang ni bergaduh sebab jantan mana ni? Sebab ni ke, kau hilangkan diri Arlisa?” -Kaesar

“Ecah bagitahu. Kau ada seminar esok. I’m proud of you. Coz you one of the speaker on that seminar. Kamipun memang stay kat sini Arl. Kami tunggu kau free esok. Aku harap kau boleh luangkan masa at least sehari untuk aku, Kae dan Han. Kami rindukan kau, Arl. A lot of things to story. Ten years Arl, one day still not enough.” -Alana

“Betul tu, Arl. Aku harap kita boleh perbaiki persahabatan kita berempat ini menjadi lebih baik dan lebih erat lagi. We need you. Alana, rindu nak bergurau dengan kau. Aku rindu nak mengusik kau. Sirhan, rindu dengan masakan kau. Jangan abaikan kami lagi Arl.” -Kaesar

Welcome back, Arl... Miss you so much.” -Sirhan

Mujur Arlisa boleh kawal hatinya, jika tidak mahu Arlisa meraung kat situ. Sebab apa? Sebab Sirhan mengusap belakang kepalanya. Momen yang paling Arlisa rindu. Antara mereka bertiga, Sirhan memang prihatin dan sentiasa memanjakan Arlisa. Mungkin sebab itu juga, hati Arlisa jadi tak keruan. Kebaikan Sirhan disalah ertikan. Persahabatan berubah menjadi rasa yang berbeza.

Hati kembali berbunga. Dalam masa yang sama, luka lama akan berdarah kembali. Kali ini, bagaimana pula perjalanan hati? Makin terlukakah? Alana dah jadi isteri Kaesar. Sirhan? Pasti Sirhan pun dah ada pasangan pilihan sendiri. Sedar diri, Arlisa. Don’t make a mess again.

Apakah akan ternoktah sebuah persahabatan hanya kerana latarbelakang yang tak sempurna? Sedangkan yang indah tak semestinya selalu sempurna. Yang pasti, bahagia itu kerana sabar dan saling menerima baik buruk sesama kita. Jangan lupa memiliki naskhah ini, kisah cinta budak kolej yang mungkin berlaku dalam kehidupan realiti. Cinta monyetkah? Atau cinta sejati?

 

 RANDOM TEASER 1

Safe zone Arlisa adalah di sisi dia. Tidak kira berapa jauh terpisah, dia tetap ada dalam hati. Sebelum ini, Arlisa percaya bahawa menyintai tak semestinya perlu memiliki. Hanya sekadar ingatan sudah cukup memberikan semangat dan inspirasi untuk Arlisa berusaha menjadi wanita hebat.

Setiap kata yang pernah terluah oleh dia, tersemat utuh dalam kotak ingatan Arlisa.

Kerana dia, Arlisa berani untuk bangkit.

Kerana dia, Arlisa mahu jadi manusia yang lebih baik.

 

Walaupun dengan susur galur kisah hidup yang merobek jiwa. Arlisa juga mahu bahagia.

 

Salah ke?

Selfish ke?

 

Sayangi diri sendiri sebelum menyayangi insan lain. Kata-kata keramat itu yang membuatkan Arlisa berjaya seperti sekarang.

 

Tapi sampai bila?

 

Bumi berputar. Usia makin tua. Sampai bila mahu kosongkan jiwa dan hanya menyayangi diri sendiri?

Arlisa tergelak kecil. You are so stupid Arlisa. That kind of love still in your heart. And you are hurting yourself to love someone who doesn’t love you.

 

Airmata yang mula menitis diseka. Tak mahu menangis. Tapi jiwanya yang rapuh, setiap hari dihujani airmata luka.

 

Hati tak boleh berdusta. Rindu. Sangat rindu. Nama itu yang sentiasa berbisik di jiwa. Tapi tak mampu untuk Arlisa ikut kata hati. Walau kehadirannya menerangi dunia kelam Arlisa, namun itu tinggal sejarah.

Dia mungkin sudah melupakan Arlisa.

 

Sejak menjejakkan kaki di bumi kelahirannya ini, Arlisa banyak termenung. Banyak berfikir. Banyak diam. Banyak mengelamun.

Takut.

 

Yea, Arlisa takut. Takut takdir mempertemukan mereka kembali. Debaran di dada semakin kerap berdegup kencang. Adakah hanya halusinasi Arlisa? Atau petanda bahawa sesuatu yang yang mahu dielak ditakdirkan untuk bertembung kembali? Tapi bila?

 

Sejak kembali ke sini, Arlisa takut untuk keluar rumah. Arlisa takut untuk jumpa klien di luar pejabat.

 

Tapi sampai bila, Arlisa mahu bersembunyi pada sesuatu yang tak pasti? Bukankah itu merugikan diri?

 

Thea memerhati Arlisa dari pintu bilik. Beberapa kali pintu diketuk. Tapi sepi tanpa jawapan.

Tanpa menunggu lebih lama, Thea terus membuka tombol pintu dan melangkah masuk ke ruang bilik tidur milik Arlisa.

 

Dan apa yang dilihat Thea adalah seperti yang dijangka. Arlisa dengan dunianya.

 

Arlisa duduk sambil memeluk lututnya di balkoni bilik. Memandang jauh ke langit biru. Melihat awan. Tanpa senyuman.

 

Thea memegang bahu Arlisa lembut, “Kau buat apa kat sini?”

 

Arlisa tersenyum tawar, “Bila balik semula ke tempat di mana aku pernah jatuh. Tiba-tiba, aku rasa sebak. Rasa takut. Rasa lemah. Rasa hilang semangat. Baru aku sedar, sejauh mana aku lari. Sejauh mana aku tinggalkan kenangan. Bila kembali semula tetap melukakan. Yang paling sedih, baru aku sedar yang aku tak pernah melupakan segala kisah. Sakit, Thea. Pedih.”

 

Thea memeluk Arlisa.

 

“Aku, Diwan dan Mikael sentiasa nak kau bahagia. Gembira. Berjaya. Yang paling penting, kami nak kau move on. Berdamai dengan takdir. Walaupun, aku tahu hidup ni keras. Kau kena berdepan dengan kenyataan, bukan lari. Kalau kau lari, jiwa kau takkan tenang. Sampai bila mahu menidakkan perasaan? Kau boleh tipu semua orang. Tapi ingat, kau tak boleh tipu diri sendiri.” Nasihat Thea lembut.

 

Arlisa tersenyum kelat, “Aku faham. Sebab tu aku setuju untuk berada di sini.”

 

“Tapi... Sekarang ini, aku nampak kau macam takut dengan bayang-bayang sendiri. Come on, Arlisa. Apa yang berlaku dulu, bukan salah kau. Kau mangsa keadaan. Kenapa orang nak pandang serong pada kau? Lagi satu, tak ramai manusia yang tabah dan mampu bangkit dari kegelapan masa silam. Tapi kau... Kau mampu bersinar. Berada dalam class kau yang tersendiri. You have your status, you have your power... Semua orang nak kenal rapat dengan kau. Semua orang bangga dapat bekerjasama dengan kau. Aku yakin tak ada sesiapa yang berani hina kau lagi. Tak ada sesiapa yang akan pandang rendah pada kau. Bagi peluang untuk diri kau meminta maaf dan memaafkan.” Pujuk Thea lembut.

 

Arlisa tersenyum.

 

“Terima kasih, Thea.” Luah Arlisa sambil memeluk bahu Thea.

 

Thea tersenyum juga, kemudian merenung wajah Arlisa.

 

Arlisa pula yang pelik.

 

“Kenapa?”soal Arlisa.

 

Thea tersenyum meleret, “Sebenarnya aku nak sangat jumpa dengan dia...”

 

Arlisa cuak.

 

“Siapa?”soal Arlisa pura-pura tak tahu.

 

“Dengan that guy... Yang gambar dia ada dalam dompet kau.” Luah Thea dengan nada mengusik.

 

Terbuntang mata Arlisa mendengar kata-kata Thea.

 

“Kau skodeng hak privasi aku?” Jerit Arlisa nyaring.

 

Thea tergelak besar, “Aku ter... Tertengok waktu cari kad pengenalan kau. Almost ten years... Kau masih simpan gambar tu...”

 

RANDOM TEASER 2

Arlisa tak pandang langsung ke arah mereka. Cuma dari hujung mata, Arlisa perasan tiga pasang mata itu sedang merenung tajam ke arahnya.

Arlisa rindukan mereka bertiga. Teramat rindu. Tapi Arlisa malu untuk berdepan dengan mereka. Dada Arlisa bagai nak pecah apabila menyedari lelaki yang ingin dia lupa juga hadir. Jika Kaesar dan Alana hadir memang akan jadi pelik jika Sirhan tiada.

Sirhan... Nama itu kembali menyesakkan jiwa dan minda Arlisa. Sungguh... Arlisa mahu menatap wajah itu lama. Dengan jarak yang dekat. Tapi... Arlisa tak boleh membuka ruang untuk dirinya terluka lagi.

Tempoh sepuluh tahun ini, masih belum mampu memadamkan nama Sirhan dari hati Arlisa. Rasa yang tersembunyi ini, masih wujud mekar di jiwa seorang Arlisa.

Arlisa memandang Ecah.

“Ecah... I need to go now. I can’t stay till the end.” Tutur Arlisa lembut.

Ecah merenung pandang wajah Arlisa.

“Kau tak mahu sapa Kae, Lana dan Han ke? Lisa... Sejak tadi dorang perhatikan kau. Aku rasa dorang memang nak berbual dengan kau. You are one of them. Dorang rindukan kau, Arlisa.” Kata Ecah dengan nada memujuk.

This is not the right time. Aku pergi dulu Ecah. Sampaikan ucapan terima kasih aku pada pihak penganjur. Anything... Just let me know.” Kata Arlisa dan mencapai tas tangannya.

Alana bangun dan mengejar langkah Arlisa. Kaesar dan Sirhan berpandangan. Beberapa saat kemudian, Kaesar dan Sirhan turut bangun dan mengejar langkah Alana. Tangan Kaesar menyambar lengan Alana.

Hey... Let her go.” Luah Kaesar lembut.

What? Peluang ni datang setelah sepuluh tahun. You ingat I penyabar sangat ke? I don’t care. I want to see her. Kalau you suka, you ikut. Kalau you tak suka, you stay here.” Balas Alana menahan rasa.

Kaesar dan Sirhan berpandangan. Masing-masing hanya diam.

RANDOM TEASER 3

Alana menolak tubuh Arlisa sedikit kuat hingga tubuh Arlisa tersandar di dinding yang memisahkan ruang tamu dan bilik tidur.

Kaesar, Sirhan dan Thea terkejut dengan tindakan kasar Alana tu.

“Kau ingat, kau siapa? Sesuka hati datang dan sesuka hati pergi?” Luah Alana dengan nada kasar.

Arlisa diam.

“Kau rasa, apa yang aku nak daripada kau Arlisa? Sejak di meja pendaftaran tadi... Aku tunggu satu patah kata sahaja daripada kau. Tapi kenapa keras sangat hati kau Arlisa?” Luah Alana lagi.

Arlisa membalas pandangan Alana.

“Aku minta maaf.” Luah Arlisa tergagap-gagap.

Alana tergelak besar, “Kau tahu rupanya... Aku ingat kau hilang ingatan. Takpun pura-pura lupa. Tapi Arlisa... Maaf sahaja tak cukup tanpa perjelaskan perincian kesalahan.” Bidas Alana geram dengan senyuman sinis.

“Aku... Aku... Aku minta maaf sebab buat begitu dulu.” Kata Arlisa tidak tenang.

Takut jika segala yang dilakukannya dahulu diketahui Kaesar dan Sirhan.

“Buat apa Arlisa...” Tengking Alana kuat.

Kaesar sudah memegang bahu Alana.

“Sayang... Cool down, okey. Chills.”

Serentak itu juga, Arlisa berpaling memandang ke arah Kaesar.

“Sayang?”soal Arlisa tanpa sedar dengan nada yang sedikit penasaran.

Alana tergelak kecil dengan senyuman sinis.

“Dia suami aku. Mestilah dia panggil aku sayang.” Balas Alana sambil memeluk leher Kaesar.

Alana sengaja mempamerkan kemesraan.

Automatik, mata Arlisa memandang ke wajah Sirhan. Tenang. Tiada riak. Arlisa keliru.

Alana tergelak. Memandang Arlisa sinis.

“Sepuluh tahun yang sia-sia Arlisa. You never know the true. Kau buat semua tu sebab dah salah faham pada aku. Kau juga dah salah faham pada dia. Dulu, aku cuma nak kau luahkan Arlisa. Luahkan segala apa yang kau rasa. Bukan melarikan diri tanpa sepatah kata. Aku mengaku, bila dapat tahu kau buat begitu, aku memang marah. Marah sebab kau buat kerja gila. Pada mulanya, aku tak faham. Kenapa? Tapi, aku tak bodoh Arlisa untuk baca hati kau. Kau lupa yea... Kita bukan sekadar bff tapi kita dah macam adik-beradik. You’re my childhood friend. Membesar sama-sama. Mana mungkin aku tak tahu rahsia apa yang ada kat hati kau tu.” Tutur Alana panjang lebar.

Arlisa sudah bersandar di dinding dan sebelah tangannya memaut meja hiasan. Lemah longlai rasa tubuh Arlisa apabila mendengar penjelasan Alana.

“Aku minta maaf...” Luah Arlisa.

Arlisa juga sudah memegang lengan Alana. Erat.

“Aku tak akan maafkan kau, selagi kau tak settlekan semua ini. Just make sure everything in the right track. For your own happiness, Arlisa.” Kata Alana tegas.

Kaesar garu kepala.

“Sayang. Apa sayang merepek ini? Apa yang dah Arlisa buat? Salah faham pada siapa? Rahsia? Rahsia apa ni? Korang ni bergaduh sebab jantan mana ni? Sebab ni ke, kau hilangkan diri Arlisa?”soal Kaesar sudah hilang sabar.

Bulat mata Sirhan memandang ke wajah Arlisa apabila mendengar luahan Kaesar.

Arlisa cuak.

Alana tersenyum sinis.

“Arlisa... Someone need your explaination. Aku harap kau takkan menghindarkan diri daripada aku, Kaesar dan Sirhan lagi. You are totally wrong, Arlisa. You need to say sorry. Kenapa susah sangat kau nak berdepan dan minta maaf?” Kata Alana lagi.

Arlisa diam.

Alana mengeluarkan business card dari beg tangan miliknya. Kemudian, business card tersebut diberikan kepada Arlisa.

“Jangan lupa mesej aku Arl... You are my missing half. Jangan menghilang lagi. Kami semua rindukan kau. We can make it again. Together for ever. But... Please, do as I wish. Don’t waste time anymore.” Kata Alana lagi.

Alana sempat memeluk Arlisa. Lama.

Arlisa tersenyum hambar. Sudah lama Arlisa tidak mendengar nama panggilan Arl untuknya. Hanya Alana, Kaesar dan Sirhan sahaja yang tahu dan selalu memanggil Arlisa begitu. Itu nama manja Arlisa waktu kanak-kanak dulu. Panggilan arwah mama Arlisa untuk Arlisa.

Suasana hening.

Semua mata hanya tertumpu ke arah Arlisa dan Alana. Otak tak mampu mencerna butir bicara Alana untuk Arlisa.

Airmata mengalir laju di pipi Arlisa. Tidak mampu dibendung lagi. Alana juga sudah menangis teresak-esak. Pelukan mereka berdua bertambah erat.

Kaesar, Sirhan danThea berlapang dada.

Jadi... Mereka berdua bergaduh dalam diam? Sampai Arlisa menghilang? Apa punca mereka bergaduh ni? Masing-masing mahu bertanya lebih lanjut. Namun, tak mampu melontarkan segala isi hati.

Alana melepaskan pelukan.

“Ecah bagitahu. Kau ada seminar esok. I’m proud of you. Coz you one of the speaker on that seminar. Kamipun memang stay kat sini Arl. Kami tunggu kau free esok. Aku harap kau boleh luangkan masa at least sehari untuk aku, Kae dan Han. Kami rindukan kau, Arl. A lot of things to story. Ten years Arl, one day still not enough.”

“Betul tu, Arl. Aku harap kita boleh perbaiki persahabatan kita berempat ini menjadi lebih baik dan lebih erat lagi. We need you. Alana, rindu nak bergurau dengan kau. Aku rindu nak mengusik kau. Sirhan, rindu dengan masakan kau. Jangan abaikan kami lagi Arl.” Kata Kaesar sambil menepuk perlahan bahu Arlisa.

Arlisa mengesat air mata yang masih bersisa pada wajahnya.

Welcome back, Arl... Miss you so much.” Luah Sirhan sambil mengusap belakang kepala Arlisa lembut.

Mujur Arlisa boleh kawal hatinya, jika tidak mahu Arlisa meraung kat situ. Sebab apa? Sebab Sirhan mengusap belakang kepalanya. Momen yang paling Arlisa rindu. Antara mereka bertiga, Sirhan memang prihatin dan sentiasa memanjakan Arlisa.

Mungkin sebab itu juga, hati Arlisa jadi tak keruan. Kebaikan Sirhan disalah ertikan. Persahabatan berubah menjadi rasa yang berbeza.

Hati kembali berbunga. Dalam masa yang sama, luka lama akan berdarah kembali. Kali ini, bagaimana pula perjalanan hati? Makin terlukakah? Alana dah jadi isteri Kaesar. Sirhan? Pasti Sirhan pun dah ada pasangan pilihan sendiri. Sedar diri, Arlisa. Don’t make a mess again.

 

No comments:

Post a Comment