Monday, November 4, 2024

KERNA AWAN ITU RAPUH

 


KERNA AWAN ITU RAPUH (KAIR)
225+- Muka Surat
RM15

Klik Link di bawah untuk Harga PROMO...


Random Teaser: Kerna  Awan Itu Rapuh

Weena Sofya hilang fokus. Mata galaknya berkali-kali menjeling penuh makna ke arah Adrian. Tak berkelip Weena menatap Adrian dengan gaya atlet marathon peringkat Kebangsaan yang nampak tampan dan berkarisma. T-shirt berkolar warna biru laut yang dipakai Adrian terlihat basah dek kerana peluh jantan. Hampir jatuh rahang Weena menatap figura seksi milik Adrian. Walaupun hanya memakai pakaian sukan namun  aura maskulin Adrian memang jelas menggugat hati Weena.


Pertama kali Weena melihat Adrian berpakaian sukan begitu. Hati Weena dah rabak. Kenapa mata Weena tak mahu abaikan figura yang penuh pesona tu? 

Dalam masa yang sama, emosi Bazli sudah meningkat suhu amarahnya. Merah wajah Bazli menahan rasa. Apatah lagi, melihat calon menantu mama tak berkelip memandang lelaki lain.

Bazli mengetuk meja dengan buku lima. Sadisnya, tindakan Bazli itu tak diendahkan oleh Weena. Asyik sungguh Weena menatap lelaki yang sedang fokus dengan ipadnya di meja sebelah. Tercabar sungguh Bazli. Menyirap.

Tanpa membuang masa, Bazli menyimbah segelas air Sirap Laici ke wajah Weena. Semua mata yang ada di dalam restoran itu tertumpu ke arah Weena yang sedang terkebil-kebil memandang Bazli. Mujurlah suasana di restoran ini sedikit lengang. Jika tidak, pasti lebih malu si Weena Sofya ini.

Adrian juga berkalih pandang ke arah Weena dan Bazli apabila mendengar beberapa pelanggan berbisik-bisik. Berkerut dahi Adrian mahu memahamkan situasi.

Bazli sudah berdiri sambil tersenyum sinis menatap wajah Weena.

“Kalau tak ada hati dengan aku, buat apa dating dengan aku?”soal Bazli lantang.

“Bila masa pula aku nak dating dengan kau?”soal Weena bengang sambil mencapai tisu dan mengelap wajahnya yang basah.

Memang Weena sempat menyumpah seranah Bazli dalam hati. 

“Kalau ini bukan dating… Apa? Sesi suai kenal budak tadika?” Tempelak Bazli selamba.

“Bazli. Kalau begini baran kau, memang aku pun tak hadap dengan blind date ini. Mujurlah, kau dah tunjuk belang kau pada pertemuan pertama ini. Blahlah… Aku lebih rela jadi andartu daripada jadi bini lelaki yang tak ada sikap sabar ini.” Berdesing suara Weena menjerkah Bazli.

Adrian sudah menarik nafas panjang. ‘Apa pula yang Weena dah buat ini? Sampai Bazli mengamuk.’

“Aku memang nak blah daripada tadi lagi. Kau fikir sendiri ler… Mana ada perempuan pergi blind date tapi mata tak fokus pada lelaki di depannya? Mata kau tu dah terjojol sampai nak keluar tengok mamat sebelah tu. Bukan artis pun? Aku lagi hot apa… Aku, Bazli Ariffin artis paling hot. Kau memang buta. Buta mata. Buta hati.” Sindir Bazli dengan nada sinis.

Adrian ternganga. ‘Weena Sofya pandang aku ke tadi?’ Adrian pandang tubuh sendiri. ‘Biasa aje… Serabai ada ler.’

Weena tundukkan wajah. Malu. Melihat ekspresi wajah Adrian yang terkejut beruk mendengar kata-kata Bazli itu buat Weena rasa lebih tak keruan. ‘Apa agaknya yang sedang bermain di fikiran Adrian? Boleh tak nak pinjam Invisibility Cloak milik Harry Porter? Alang-alang begini, apa kata kita rendah je plot cerita?’

Susuk tubuh Bazli dah hilang dari ruang restoran ini. Weena menarik nafas panjang. 

Adrian bangun dan membayar bilnya di kaunter. Kemudian, selamba Adrian berjalan keluar dari restoran. Weena terkebil-kebil sendiri melihat Adrian yang berjalan keluar dengan wajah masam.

Menggelabah  Weena mencapai beg tangannya. Mujur Bazli dah bayar bil mereka tadi. Kemudian, kelam-kabut Weena melangkah keluar dan mengejar langkah Adrian.

“Doktor Adrian… Tunggulah.” Jerit Weena sambil berlari anak.

Adrian berhenti melangkah.

Sempat juga Adrian menjeling ke arah Weena yang dah hilang nafas. Nampak sangat perempuan bernama Weena Sofya Dasuki ini jarang bersukan. Tercungap-cungap. Mungkin sebab ini juga yang menjadikan fius otak perempuan ini tak berfungsi dengan baik. Suka buat benda merepek. Cakap yang pelik-pelik. Bertindak yang tidak-tidak.

Adrian tenung Weena tanpa kata.

“Apa masalah otak kau, hah?” Soal Adrian geram.

“Eh, masalah otak saya, bukan tugas doktor ke? Patutnya, doktor yang lebih tahu. Tanya saya pula…” Balas Weena selamba.

Panas hati Adrian mendengar jawapan Weena.

Adrian malas nak layan Weena. Hatinya beristighfar berkali-kali sambil berjalan menuju ke kereta. Ingatkan tamat di situ sahaja babak drama yang di lakonkan oleh Weena. Tapi Weena mengikut Adrian ke kereta dan memboloskan diri ke tempat duduk sebelah pemandu. Selamba. Memang muka tak tahu malu sungguh si Weena ini.

“Apa kau buat dalam kereta aku ini. Syuh… Syuh… Pergi balik. Muka kau tu dah macam hantu Kak Limah dah. Baliklah… Cik Weena Sofya. Nanti kita bincang bila otak kau waras.” Adrian sempat menolak tubuh Weena supaya Weena segera keluar dari keretanya.

Adrian sebenarnya tak tahu bagaimana nak hadap Weena versi menggoda ini. Tengok muka pun dah tahu dah macam kucing parsi tak cukup whiskas.

Weena pegang tangan Adrian, “Doktor dengar apa yang Bazli cakap tadi, kan? Macam inilah, saya tak mahu berselindung lagi. Saya memang… Saya… Saya rasa saya suka doktor. Jadi saya tak perlukan blind date lagi. Cukuplah kalau dapat dating dengan doktor aje. Dan saya rasa, doktor dah boleh  bagitahu mama saya yang mission accomplished. Saya pilih doktor jadi calon suami saya. Doktor tak boleh menolak…”

Adrian tersentak. Berderau darah Adrian.

“Ini… Bukan mission accomplished tapi mission impossible. Kau ingat, suami tu boleh tangkap muat jer ke? Main paksa-paksa pula. Aku professional, okey. Kau, pesakit aku bukan jodoh. Lagipun, aku masih muda. Dan memang muda lagi daripada kau. Jadi, aku memang tak layak jadi calon kau.” Luah Adrian dengan nada bergetar.

Weena tergelak.

Sempat Weena menyuakan wajahnya sambil menghidu dada dan leher Adrian. Bukan bersentuhan. Sekadar mendekatkan wajah ke sekitar tu sahaja. 

Adrian tahan nafas dan menolak tubuh Weena lembut. 

Weena sudah tersenyum simpul.

“Waktu saya cal tadi memang tengah jogging yea? Hurm, nanti boleh tak bawa saya jogging sekali. Saya suka tengok dan bau original perfume milik doktor ini. Eksklusif untuk saya je tau…” Usik Weena lagi.

Adrian berkalih pandang ke arah lain.

“Aku nak balik. Turun sekarang…” Arah Adrian tanpa memandang ke arah Weena.

Weena menopang dagu sambil memandang wajah Adrian tak berkelip.

“Saya datang dengan grab tadi. Tolong hantar saya balik. Lagipun saya sehelai sepinggang. Tak bawa dompet.” Balas Weena.

Adrian berdehem seketika, “QR jerlah. Handphone ada…” 

“Saya nak doktor hantarkan. Lagipun, laluan kita searah. Seperti garis kehidupan kita. Berjodoh ke satu destinasi yang sama.” Usik Weena sambil tergelak kecil.

Adrian cuba bertenang. Weena ini jika dah datang ting tongnya memang seeloknya diam sahaja. Jika berbalas kata, makin parah nanti ayat-ayat yang keluar daripada bibir mungil milik Weena ini. ‘Ah, sudah. Kosa kata Adrian pun dah teruk. Tacot oiiii…’

Adrian cuba berlaga cool sambil memandu dengan tenang.

“Seat belt tu, pakai.” Arah Adrian mendatar.

Weena tersenyum manis. Doktor Adrian ini nampak aje bermuka ketat tapi berhati baik. Lembut dan penyayang orangnya. Weena dah tangkap cintun dengan doktor psikiatrik yang mama upah ini. Bila nak confess pada mama? Berbunga-bunga hati Weena di sepanjang perjalanan. Bukan main lagi Weena tenung anak bujang orang. Seksi betul Doktor Adrian ini bila cuba berlagak tenang. Bukan Weena tak tahu yang Adrian sedang menahan rasa melawan godaan. Sampai merah cupping telinga. Tak mungkin marah. Malu tu…


No comments:

Post a Comment