Pertemuan itu bersyarat dan perpisahan itu mutlak...
Seseorang yang bersama kita saat ini mungkin pernah datang menyapa pada masa lalu secara kebetulan atau suratan. Tanpa pengetahuan kita takdir itu telah memberi petunjuk awal namun mungkin kerana kita manusia biasa maka segala petunjuk tak memberi kesan di mata atau di hati. Bukan kerana dia tidak tepat untuk kita. Tetapi kerana masanya belum tiba...
Cinta akan hadir pada saat yang tepat...
Hari ini DM pilih beberapa lagu Cinta dengan lirik yang indah. Sama-sama kita mengungkap kembali saat pertemuan pertama bersama insan yang kita cinta. Moga kenangan itu mampu menambah rasa agar kita sentiasa cinta.
DM sendiri merasakan hari demi hari DM semakin cinta pada insan kesayangan DM. Semakin hari berlalu... Semakin banyak kelebihan dan kelemahan dia yang DM tahu. Tapi itu semua buat cinta semakin menggebu.
No comments:
Post a Comment